Apa Itu Polio Siapakah Yang Berisiko Dan Bagaimana Polio Merebak


Apa itu POLIO? Siapakah Yang Berisiko Dan Bagaimana POLIO Merebak | Apa itu POLIO? Siapakah diantara kita yang berisiko dan bagaimanakah POLIO boleh merebak? Sama sama kita ketahui lebih lanjut mengenai penyakit POLIO ini dan langkah langkah pencegahan yang boleh kita ambil bagi menangani penyakit POLIO












Ibu bapa perlu memastikan anak menerima imunisasi Polio (IPV) yang lengkap iaitu ketika bayi berumur 2 bulan, 3 bulan, 5 bulan dan imunisasi tambahan ketika bayi berumur 18 bulan. Lengkapkan semua imunisasi untuk melindungi anak anda daripada penyakit Polio. 
Program Imunisasi Kebangsaan adalah percuma untuk warganegara dan boleh didapati di semua klinik kesihatan

SUMBER: Kementerian Kesihatan Malaysia

Seorang bayi lelaki berusia 3 bulan dari Tuaran, Sabah, yang disahkan dijangkiti Polio telah mengemparkan seluruh negara kerana menjadi kes pertama selepas 27 tahun negara kita diisytihar bebas daripada penyakit itu. Penyakit Polio telah kembali di negara ini selepas 27 tahun kita bebas daripada penyakit itu. Justeru, tindakan lebih tegas perlu diambil.
Mungkin ramai terutama generasi muda tidak tahu apa itu penyakit Polio dan status penyakit ini di Malaysia.

KKM sedang menjalankan kaji selidik berkaitan Imunisasi dan isu Polio menggunakan platform Google Forms. Bagi menjawab 3 soalan ini, mohon kerjasama anda untuk klik pada pautan yang diberikan

https://forms.gle/wBnKAvcmbGfRpAwk6



Soalan Lazim Penyakit PolioSoalan 1: Apakah Penyakit Polio

Penyakit polio adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus polio. Virus ini menyerang sistem saraf manusia dan boleh menyebabkan kelumpuhan kekal. Sekiranya kegagalan pernafasan berlaku, ia boleh membawa maut kepada manusia

Soalan 2: Apakah Status Penyakit Polio di Malaysia

Kes polio terakhir di Malaysia berlaku pada tahun 1992, dan sejak Oktober 2000, Malaysia bersama-sama dengan negara-negara Rantau Pasifik Barat (Western Pacific Region), telah diisytiharkan bebas daripada penyakit polio. Walau bagaimanapun, setelah 27 tahun Malaysia bebas daripada penyakit tersebut, satu (1) kes telah disahkan dijangkiti virus polio pada 8 Disember 2019

Soalan 3: Adakah Negara Kita Berisiko untuk Mendapat Jangkitan Virus Polio

Ya. Negara kita berisiko untuk mendapat jangkitan virus polio sekiranya terdapat lokaliti dengan liputan imunisasi polio kurang daripada 95% serta tidak mengutamakan kebersihan diri dan persekitaran

Soalan 4: Apakah Risiko Jangkitan Virus Polio kepada Pelawat yang Mengunjungi Negeri Sabah

Berdasarkan kepada laporan The International Health Regulations Emergency Committee Regarding the International Spread of Polio Virus, World Health Organisation (WHO), kewujudan vaccine-derived poliovirus (VDPV) boleh memberi risiko jangkitan kepada pelawat. Justeru, pelawat yang bercadang mengunjungi Negeri Sabah dinasihatkan untuk memastikan telah mendapat imunisasi polio yang lengkap serta mengamalkan kebersihan diri dan persekitaran

Soalan 5: Siapakah yang Berisiko Mendapat Penyakit Polio

Seseorang individu adalah berisiko dijangkiti virus polio jika;- Tidak membasuh tangan dengan sempurna selepas membuang air besar atau selepas menukar lampin bayi
- Tidak menggunakan bekalan air bersih
- Tidak menggunakan tandas dengan sempurna
- Mempunyai sistem imun yang rendah seperti pesakit yang sedang menjalani rawatan kemoterapi dan penerima organ
- Sejarah terkini perjalanan ke kawasan yang berlaku wabak polio
- Mengendalikan spesimen makmal virus polio

Soalan 6: Bagaimanakah Cara Virus Polio Merebak

Virus polio menjangkiti manusia secara tinja- mulut (faecal- oral) Virus ini memasuki tubuh melalui beberapa cara seperti:- Memakan makanan dan/ atau minuman tercemar
- Tangan tercemar dengan najis dan kemudian menyentuh mulut
- Apabila objek seperti mainan yang tercemar dimasukkan ke dalam mulut

Apabila virus ini masuk ke dalam badan, ia akan membiak dalam usus. Ia kemudiannya dikumuhkan melalui najis dan menjangkiti orang lain yang tercemar dengan najis tersebut. Individu yang dijangkiti boleh menyebarkan virus kepada orang lain dalam tempoh satu (1) hingga dua (2) minggu selepas gejala muncul

Soalan 7: Apakah Tanda dan Gejala Penyakit Polio

Kebanyakan orang yang dijangkiti virus polio tidak menunjukkan sebarang gejala. Hanya 1 daripada 4 orang dengan jangkitan virus polio akan mengalami gejala demam selesema. Gejala ini biasanya dialami selama dua (2) hingga lima (5) hari dan kemudian sembuh dengan sendiri tanpa sebarang komplikasi. Walau bagaimanapun, sebilangan kecil kes akan mengalami gejala lebih serius akibat jangkitan pada otak dan saraf tunjang seperti:- Kebas- Meningitis iaitu keradangan pada selaput otak- Lumpuh- Kematian
- Post-Polio Syndrome
Soalan 8: Apakah yang dimaksudkan dengan Vaccine-Derived Poliovirus (VDPV)
Vaksin polio yang diberi secara oral (OPV) mengandungi virus polio yang dilemahkan (attenuated). Apabila seseorang kanak-kanak diimunisasi dengan OPV, virus yang lemah ini akan berada di dalam usus dan mengaktifkan tindak balas imun dalam badan dengan meningkatkan antibodi. Pada masa yang sama, virus ini juga turut dikumuhkan

Dalam kalangan populasi dengan liputan imunisasi polio <95%, virus yang dikumuhkan ini akan terus berada dalam persekitaran dalam jangka waktu yang lama. Virus ini boleh berubah secara genetik menjadi virus polio yang boleh melumpuhkan dan dikenali sebagai vaccine-derived poliovirus (VDPV)

Terdapat tiga (3) jenis VDPV iaitu VDPV Jenis 1 (VDPV1), VDPV Jenis 2 (VDPV2) dan VDPV Jenis 3 (VDPV3)

Soalan 9: Apakah Kesan Penggunaan OPV

Sejak tahun 2000, lebih daripada 10 bilion dos OPV telah diberikan kepada hampir 3 bilion kanak-kanak di seluruh dunia. Kesannya, lebih daripada 13 juta kes polio telah dicegah, dan lebih daripada 99% insiden penyakit polio telah dapat dikurangkan. Walau bagaimanapun, pemberian OPV ini telah menyebabkan kurang daripada 800 kes VDPV dalam tempoh 15 tahun (0.08 kes / 10 juta dos OPV)

Risiko VDPV dengan penggunaan OPV adalah kecil berbanding dengan manfaat kesihatan awam yang besar. Setiap tahun, ratusan ribu kes akibat WPV telah dicegah melalui pemberian OPV ini. Lebih dari 10 juta kes telah dicegah sejak penggunaan OPV berskala besar mulai 20 tahun yang lalu

Soalan 10: Bagaimanakah Cara Mencegah Penyakit Polio

Cara terbaik untuk melindungi diri daripada penyakit polio adalah dengan mendapatkan vaksin polio. Di Malaysia, vaksin polio diberi sebanyak empat (4) dos secara kombinasi bersama vaksin difteria, pertussis, tetanus dan Haemophilus influenzae type b (Hib) kepada kanak-kanak yang berumur 2, 3, 5 dan 18 bulan. Vaksin ini diberi secara percuma untuk warganegara di semua fasiliti kesihatan kerajaan dan caj minima dikenakan bagi bukan warganegara. Di samping itu, orang ramai juga dinasihatkan untuk menjaga kebersihan diri dan persekitaran

Soalan 11: Apakah Jenis Vaksin Polio yang digunakan di Malaysia Sejak Program Imunisasi Kebangsaan (National Immunization Programme) untuk Mencegah Penyakit Polio diperkenalkan

Program Imunisasi Kebangsaan (National Immunization Programme - NIP) untuk mencegah penyakit polio dimulakan dengan pemberian OPV sejak tahun 1972. NIP dimantapkan lagi dengan pertukaran cara pemberian vaksin daripada OPV kepada secara suntikan (Inactivated Poliovirus Vaccine – IPV) pada tahun 2008. Langkah ini diambil bagi mencegah kejadian vaccine-derived poliovirus (VDPV) dan vaccine-associated polio paralysis (VAPP)

Soalan 12: Adakah Vaksin Polio (IPV) Selamat untuk diberi kepada Kanak-Kanak dan Apakah Kesan Sampingannya

Ya. Vaksin polio adalah selamat dan berkesan untuk diberi kepada kanak-kanak bagi mencegah penyakit polio

Kebanyakan kanak-kanak yang menerima vaksin polio IPV tidak mengalami kesan sampingan. Kesan sampingan yang lazim adalah seperti kemerahan sementara dan kesakitan di tempat suntikan yang ringan dan sembuh tanpa rawatan

Soalan 13: Bagaimanakah Pemantauan Penyakit Polio dijalankan di Malaysia

Penyakit polio wajib dinotifikasikan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dalam tempoh 24 jam. Pemantauan gejala penyakit yang menyerupai gejala penyakit polio iaitu Acute Flaccid Paralysis (AFP) dijalankan ke atas kanak-kanak berumur kurang daripada 15 tahun di fasiliti kesihatan di Malaysia. Sebanyak dua (2) sampel najis diambil dari kanak-kanak yang bergejala dalam tempoh 14 hari paralisis dan diuji di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR). IMR adalah Makmal Rujukan Polio Kebangsaan bagi menjalankan ujian pengesanan virus polio

KKM juga menjalankan pemantauan kehadiran virus polio dalam persekitaran melalui pensampelan air kumbahan di beberapa loji rawatan air kumbahan yang terpilih sejak tahun 2012. Sehingga kini, tiada virus polio liar (WPV) atau VDPV di kesan

Soalan 14: Apakah Pandangan Islam Terhadap Imunisasi Polio

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-24 yang bersidang pada 5-6 Jun 1989 telah membincangkan Pandangan Islam Terhadap Imunisasi Campak, Tibi, Batuk Kokol, Difteria, Tetanus dan Polio dan memutuskan seperti berikut:- Program imunisasi campak, tibi, batuk kokol, difteria, tetanus dan polio adalah harus dari segi syarak kerana berdasarkan kaedah درء المفاسد مقدم على جلب المصالح " menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan" dalam perundangan Islam
- Vaksin-vaksin yang digunakan dalam imunisasi bagi penyakit-penyakit tersebut hendaklah diambil daripada bahan yang suci. Sekiranya vaksin daripada bahan suci tidak diperolehi atau sukar diperolehi, maka penggunaan vaksin yang sedia ada adalah diharuskan

Soalan 15: Apakah nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menasihatkan orang ramai untuk:- Memastikan anak-anak mendapat vaksinasi polio yang lengkap mengikut jadual yang telah ditetapkan
- Membawa kanak-kanak yang cicir imunisasi ke fasiliti kesihatan yang terdekat
- Mendapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan yang terdekat sekiranya mengalami gejala AFP
- Sentiasa mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer), terutamanya selepas keluar dari tandas dan selepas menukar lampin serta menjaga kebersihan persekitaran
- Menyediakan makanan secara bersih dan selamat termasuk membasuh ulam-ulaman atau sayur-sayuran yang dimakan mentah dengan air bersih, minum air yang telah dimasak serta memilih premis makanan yang bersih
- Mendapatkan maklumat terkini berkaitan penyakit polio dari laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.akifimtiyaz.com/2019/12/apa-itu-polio-siapakah-yang-berisiko-dan-bagaimana-polio-merebak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Itu Penyakit Polio

Apa Itu Penyakit Polio

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 569 hits
Polio atau poliomyelitis adalah penyakit akibat jangkitan virus polio yang merosakkan sistem saraf pusat dan lazimnya menjangkiti kanak kanak berusia di bawah 5 tahun yang belum mendapat pelalian namun virus ini juga boleh menjangkiti orang...
Itu 3 Garis Calit Kat Dahi Itu Abu Apa Abu Chin Peng Ke

Itu 3 Garis Calit Kat Dahi Itu Abu Apa Abu Chin Peng Ke

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 421 hits
2 digantung Jelutong tetap selamatDUA lagi Ahli Parlimen diarahkan keluar Dewan digantung 2 hari oleh Tan Sri Ariff Yang Di Pertua Dewan Rakyat sebelum sesi pagi Dewan Rakyat berakhir semalam Ahli Parlimen Pasir Salak dan Ahli Parlimen Kota...
Oh Bahagia Sungguh Keluarga Itu

Oh Bahagia Sungguh Keluarga Itu

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 493 hits
Bila suami bernyanyi Indah sungguh panorama Balas pula si isteri Bagai pulau nirwana Si anak Uh lala Diakhiri pula jiran sebelah Tropika Oh Bahagia sungguh keluarga itu SumberFB MakBudakStatusHati Sayang selalu
Asuransi Itu Hoax

Asuransi Itu Hoax

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 312 hits
HOAX Kenapa kita butuh yang namanya asuransi kenapa setiap orang harus punya asuransi memang jika kita punya asuransi kesehatan kita terjamin Asuransi itu cuma HOAX nah ini alasannya kenapa asuransi itu HOAX di zaman sekarang ini Rugi Beli ...
Terburu Buru Tu Dari Syaitan Tenang Itu Dari Allah Nasihat Ustazah Norhafizah Untuk Suami Yang Mahu Tambah Isteri

Terburu Buru Tu Dari Syaitan Tenang Itu Dari Allah Nasihat Ustazah Norhafizah Untuk Suami Yang Mahu Tambah Isteri

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 344 hits
Penceraian merupakan isu yang amat berat berat telinga mendengar berat lagi hati yang menanggung Kesan dari perpecahan rumah tangga bukan sahaja memberi kesan kepada suami isteri namun turut menggangu proses perkembangan anak anak yang meme...
Apa Itu Dajjal Dabbah Dan Ya Juj Dan Ma Juj 9418

Apa Itu Dajjal Dabbah Dan Ya Juj Dan Ma Juj 9418

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 288 hits
Diterbitkan oleh Halaman Disukai Apa Itu Dajjal Dabbah dan Ya juj dan Ma juj by SodikinTANYA Hari kiamat ditandai dengan kemunculan Dajjal Dabbah dan Ya juj dan Ma juj Apa dan seperti apa mereka JJAWAB Dikutip dari Islamqa info berikut ini ...
Ingat Rezeki Itu Ada Di Langit Bukan Di Bumi

Ingat Rezeki Itu Ada Di Langit Bukan Di Bumi

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 354 hits
Suka banget dengan tulisan ini Saya nemu digrup Fb dan agar tidak hilang jejak saya post di sini Yang jelas kontennya bagus Silahkan diaca di bawah ini Saya punya sate langganan di kawasan Condet Jakarta Timur Ini sate paling enak di Jakart...
Polio Golongan Tolak Pelindung Vaksin Perlu Insaf

Polio Golongan Tolak Pelindung Vaksin Perlu Insaf

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 191 hits
Tiada penawar sembuhkan polio tapi boleh dicegah melalui vaksinMELAKA Golongan menolak vaksin terutama ibu bapa yang enggan membenarkan anak mereka diberi suntikan vaksin imunisasi seharusnya insaf dengan kes polio baru baru ini yang hanya ...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever