Bukan Kadang Kadang Memang Biasanya Kebenaran Itu Pahit




Zukri.







Dalam mesyuarat awal selepas saya menang Timbalan Ketua Cabang Indera Mahkota dahulu, apabila dimaklumkan oleh Ketua Cabang saya, Dato' Ahmad Farhan Fauzi, yang juga Setiausaha Politik Perdana Menteri, bahawa Pilihanraya Umum mungkin awal, saya memberitahunya bahawa dalam keadaan kita "kalah" perang media sosial baru seperti TikTok dan Instagram yang penghuni aktif majoritinya adalah pengundi remaja (18 hingga mungkin 25 tahun), dan hampir mustahil untuk kita menukar senario "kalah" itu kepada menang dalam tempoh setahun atau setahun lebih, maka kita tidak boleh menari rentak yang sama, kalau kita mahu menang Indera Mahkota, kaedah lainnya ialah dengan meningkatkan sokongan Melayu dewasa. Walaupun mereka juga terdedah dengan media sosial, tetapi mereka masih mempertimbang maklumat dari sumber konvensional.


Begitu juga baru-baru ini saya sempat ke Yadim dan bertemu pula dengan Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz, masa terluang kami bersembang politik, topik yang sama tentang kegagalan komunikasi di media-media sosial baru. Ustaz Nik Omar menjelaskan bahawa cara beliau menepis cerita-cerita media sosial baru ini adalah dengan turun sendiri berjumpa dengan golongan sasar, golongan pengundi remaja ini, dan in shaa Allah katanya, reaksi mereka agak positif. Pertamanya saya akui memang kohot terbaru pengundi remaja yang akan mengundi pertama kali jika pilihanraya umum diadakan akhir tahun hadapan atau awal tahun 2027 merupakan kumpulan pemain media sosial yang lebih kritikal, lebih banyak bertanya dan tidak menelan bulat-bulat, kita mungkin ada harapan dengan mereka, tetapi untuk pengundi remaja secara keseluruhannya kita masih kalah dalam perang media sosial baru ini. Kedua saya bersetuju dengan cara Ustaz Nik Omar, dalam keadaan kita tahu kita kalah dalam perang media sosial baru, cara lain untuk melawannya adalah kembali ke cara konvensional, turun bersemuka secara fizikal. Namun saya lontarkan satu persoalan kepada Ustaz Nik Omar, adakah orang lain berbuat perkara yang sama seperti beliau buat? Berapa ramai? Adakah ia menyeluruh? Ustaz mungkin berjaya dengan kumpulan remaja yang Ustaz jumpa, tetapi kalau ia tidak menyeluruh, hasilnya secara "nasional" akan tetap sama. Ustaz Nik Omar hanya tersenyum sebagai reaksi kepada pandangan saya.


Kita tengok keputusan Pilihanraya Negeri Sabah tempohari. Saya tahu kita pergi dengan jentera lengkap dan tersusun, membawa sekali latihan, ilmu serta kemahiran, tanpa lelah berminggu-minggu turun ke lapangan. Akhirnya kita kalah, kalah kerana apa? Bukan kerana jentera, kempen dan kerja. Tetapi kita kalah kerana sentimen, sentimen kenegerian, "Sabah for Sabahan" serta seumpamanya. Isu besarnya bukan sentimen itu, tetapi di mana sentimen itu ditularkan? Di media-media sosial baru. Kita tidak berdaya dan tidak bermaya melawan naratif yang dimainkan di situ. Kita kalah teruk di situ.


Saya tidak menulis ini untuk menyalahkan mana-mana pihak, agensi atau individu. Tetapi hakikatnya, semua senario yang saya ceritakan di atas menjurus kepada satu kesimpulan sahaja, bahawa komunikasi media sosial kita setakat ini ada masalah yang sangat besar, kita berterusan "kalah perang" di dalam sana. Mungkin benar, kita perlukan rekonstruksi besar-besaran sebelum terlambat.


Zukri Aksah 
Setiausaha Negeri Keadilan Pahang 
Timbalan Ketua Cabang Keadilan Indera Mahkota 


#reformasi27tahun #keadilan26tahun #MADANIBekerja #AnwarIbrahimPM10 #neoreformia #MalaysiaMadani #PMX #AnwarIbrahim #DemiPertiwi #harapan 
Anwar Ibrahim Dr Wan Azizah Wan Ismail Parti Keadilan Rakyat Pakatan Harapan MyMadani Pertubuhan Generasi Keadilan Malaysia






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/12/bukan-kadang-kadang-memang-biasanya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kadang Yang Penat Itu Bukan Kerja Tapi Sikap Orang

Kadang Yang Penat Itu Bukan Kerja Tapi Sikap Orang

papar berkaitan - pada 29/11/2025 - jumlah : 188 hits
Ada waktu kita kerja bukan sebab minat pun tapi sebab amanah dan rezeki Tapi yang memenatkan bukan tugasan harian Yang memenatkan ialah drama yang kita tak minta Kawan satu cakap lain kawan satu lagi bawa cerita lain Masing masing dah besar...
Mana Saya Boleh Halang Itu Ayah Mereka Rebecca Nur Al Islam Kongsi Keadaan Selepas Bergelar Ibu Tunggal

Mana Saya Boleh Halang Itu Ayah Mereka Rebecca Nur Al Islam Kongsi Keadaan Selepas Bergelar Ibu Tunggal

papar berkaitan - pada 1/12/2025 - jumlah : 142 hits
Pelakon Rebecca Nur Al Islam 39 mengakui sedang membiasakan diri dengan kehidupan sebagai ibu tunggal kepada tujuh anak selepas melalui fasa perceraian baru baru ini Menurut Rebecca keutamaan utamanya kini adalah memastikan anak anak stabil...
Dulu Cpu Amp Gpu Je Kini Kenali Apa Itu Lpu Npu Dpu Amp Tpu

Dulu Cpu Amp Gpu Je Kini Kenali Apa Itu Lpu Npu Dpu Amp Tpu

papar berkaitan - pada 29/11/2025 - jumlah : 142 hits
Kalau dulu komputer hanya ada dua pemprosesan unit utama sahaja iaitu CPU dan GPU CPU ialah otak komputer yang bertanggungjawab untuk melaksanakan arahan melakukan pengiraan dan mengurus aliran data antara perkakasan dan peri
Owhhh Runding Terus Itu Kiok

Owhhh Runding Terus Itu Kiok

papar berkaitan - pada 2/12/2025 - jumlah : 122 hits
Che IbrahimRunding terus tu memang ada dalam Pekeliling Perolehan tapi menamakan syarikat tunggal untuk diberi projek secara runding terus tu semacam ada fishy Tapi surat sokongan memperpanjangkan sahaja bukan untuk dipilih pun bagai nak ra...
Apa Itu Skim Lindung 24 7 Cara Tuntutan

Apa Itu Skim Lindung 24 7 Cara Tuntutan

papar berkaitan - pada 7/12/2025 - jumlah : 157 hits
Skim Lindung 24 7 adalah skim perlindungan sosial terbaru di Malaysia yang menyediakan perlindungan 24 jam sehari kepada pekerja formal termasuk pekerja asing ketika berada di luar waktu kerja pada hari cuti atau ketika dalam perjalanan har...
Peranan Makmal Universiti Ke Arah Kampus Lestari Apa Itu Green Lab

Peranan Makmal Universiti Ke Arah Kampus Lestari Apa Itu Green Lab

papar berkaitan - pada 8/12/2025 - jumlah : 121 hits
Penulis Dr Nur Musfirah Mahmud Dr Ain Zubaidah Ayob Dr Aslina Pahruddin Arrozi Pensyarah Kanan Jabatan Oftalmologi Fakulti Perubatan Universiti Malaya Pensyarah Kanan Jabatan Perubatan Molekul Fakulti Perubatan Universiti Malaya Pengenalan ...
Apa Itu Spot Uv Bagaimana Ia Jadikan Packaging Nampak Lebih Eksklusif

Apa Itu Spot Uv Bagaimana Ia Jadikan Packaging Nampak Lebih Eksklusif

papar berkaitan - pada 28/11/2025 - jumlah : 167 hits
Dalam dunia reka bentuk pembungkusan moden teknik finishing memainkan peranan penting untuk menjadikan sesuatu produk lebih menonjol dan eksklusif Salah satu teknik paling popular dan sering digunakan dalam packaging premium ialah Spot UV R...
Tanggung Itu Berat Bila Kita Diam Seorang

Tanggung Itu Berat Bila Kita Diam Seorang

papar berkaitan - pada 26/11/2025 - jumlah : 122 hits
Tanggung Itu Berat Bila Kita Diam SeorangBeban paling halus ialah beban yang tak nampak Yang tak kita cerita tak kita tunjuk tak kita luah kepada sesiapa Ada malam malam tertentu kita baring dan rasa seluruh dunia di atas dada Rasa macam ta...
Perjanjian Ekstradisi Indonesia Dan Rusia Langkah Diplomatik Menuju Kerjasama Penegakan Hukum

Keajaiban Melk Permata Sejarah Di Tepian Sungai Danube

Yusuf Azmi Tewas Tko Yunus Martin Raih Kemenangan Sulung Di Malaysia

Relik Menarik Dari Pompeii Dua Temuan Menakjubkan Yang Mengungkap Kisah Lalu

Mca Takkan Pilih Sertai Pn Ka Siong Dedah Masyarakat Cina Sukar Terima Pas

Iesf Wec Malaysia Juara Kejohanan Dunia Iesf 2025 Dua Tahun Berturut Turut

Buy My House Now And Seize Your Dream Home Today

Find Local Real Estate Agents For Your Dream Home


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nanjing Yuhuatai Scenic Area Dan Li Ji Muslim Restaurant

Macam Mana Nak Dapat Gelaran Datuk

Aktiviti Perjumpaan Toqqi Bersama Saudara Akmal Dahalan Ppim 06 12 2025

Raja Buah Siapa Mampu Menolak

Donut Kampung Lembut Gebu Resipi Nostalgia Paling Sedap Yang Wajib Cuba

Usd Jpy Analisis Harga Dan Ramalan Yen Jepun Mencuba Mempertahankan Sentimen Kenaikan Harga Menjelang Kdnk Jepun