Apa Itu My Digital Id
Apa itu Digital ID?
ID Digital Nasional (IDN) adalah suatu bentuk pengenalan dan pengesahan diri secara digital berasaskan pendekatan ‘What You Are’, ‘What You Have’ dan ‘What You Know’
Ia mempunyai ciri-ciri biometrik seperti cap jari, pengecaman wajah, iris dan maklumat demografik yang membolehkan rakyat mempunyai pengenalan diri digital yang unik
IDN adalah satu platform yang selamat, terjamin dan terlindung untuk pengesahan identiti individu apabila melakukan transaksi digital, bayangkan ia seperti mempunyai satu MyKad secara maya
IDN akan terpakai untuk kegunaan semua warganegara Malaysia dan pemastautin tetap bagi membolehkan mereka berurusan dengan sektor kerajaan mahupun swasta
Namun IDN ini tidak akan menggantikan MyKad sepenuhnya tetapi menjadi satu ciri tambahan pengesahan identiti secara atas talian dan jarak jauh
Perlu kita fahami, fungsi ID Digital Nasional (IDN) sebenarnya bukanlah untuk menyekat kebebasan atau mengawal kita semua
Akan tetapi IDN digunakan sebagai satu identiti digital kepada setiap individu dalam era digitalisasi yang semakin pesat
Fungsi IDN antaranya adalah memudahkan pengesahan identiti secara digital atau atas talian dengan selamat
IDN juga menjadi tandatangan digital atau elektronik, yang digunakan untuk mengesahkan identiti dalam transaksi elektronik dan boleh dibuat dari jauh
Ternyata, IDN sebenarnya boleh membantu memudahkan urusan kita di masa hadapan selari dengan perkembangan dunia digital yang kita alami kini
Ia bukanlah alat untuk mengawal atau menyekat kita semua, tetapi sebaliknya satu aplikasi yang selamat dan terlindung bagi mewujudkan identiti unik buat kita secara digital
IDN tak guna cip akan implan dalam tubuh. Jangan risau. Ia cuma teknologi luaran, untuk memudahkan.
Sumber :https://twitter.com/jkomprobono
https://twitter.com/changlihkang
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://arnamee.blogspot.com/2024/02/apa-itu-my-digital-id.html