Apa Itu Krim Abal Abal
APA ITU KRIM ABAL ABAL. Sesejak suka melepak di aplikasi sosial tiktok ni ada saja la benda baru den belajar. Sebab tiktok ni dia tak sama macam facebook, instagram atau twitter. Biasanya kita akan nampak posting atau content di kalangan kawan, kawan atau konten konten viral sahaja. Tapi di tiktok di fyp akan muncul macam macam content dari serata negara buat secara tak langsung kita akan ikuti juga walau kita follow pemilik akaun tersebut.
Biasa la indonesia & malaysia ni kan jiran. Kadang kadang jadi teman bergaduh kat media sosial & kadang kadang dalam sesuatu isu masih sependapat & boleh bekerjasama. Adat berjiran katanya
Seperti ramai sedia maklum saya memang suka isu isu berkaitan produk. Kat tiktok Indonesia sekarang dah nampak golongan profesional kesihatan & kecantikan mula tampil memberi kesedaran tentang produk produk kosmetik yang bahaya di indonesia. Antara yang tengah trending selain Dr Richard lee.. ada juga dr Ika. Kedua dua adalah dari bidang Aesthetic. So memang mereka layak untuk bercakap berkaitan produk kecantikan ni
Kalau hangpa ada ikuti tiktokers indonesia atau kedua dua Dr Aesthetic ni di tiktok mesti biasa dengar istilah krim abal abal. Depa kan orang Indonesia jadi depa menggunakan bahasa Indonesia la dalam content video mereka. Kat Indonesia walau cina tu wajib tahu berbahasa Indonesia ok. Tu bezanya dengan Malaysia
Mungkin ada di antara kita yang kurang jelas apa makna krim abal abal tu?
Krim abal abal tu adalah produk yang tidak berdaftar dengan kementerian kesihatan. macam malaysia KKM tapi kalau di Indonesia BPOM. Selain itu ia juga merujuk kepada produk yang tidak selamat. Contoh produk yang mengandungi bahan terlarang seperti racun berjadual & ubat terkawal yang tidak di benarkan pada produk
Kalau kat Malaysia ni krim abal abal tu produk sampah, produk timbang kilo, produk beracun & sewaktu dengannya. Maksud dia sama macam krim abal abal la cuma beza sebutan & istilah je la
Kat Malaysia kita pun ada aktivis yang berani melawan produk produk macam ni juga. Contohnya Khairul yoi, Dr Rusyainie ramli. Dr Rusyainie pun ada menulis buku tentang produk sampah. Dan ramai lagi la. Nak list semua banyak sangat
Sekarang ni tak susah nak belajar mengenali produk tidak selamat. Kalau kat facebook cuma taip sahaja kata kunci di ruangan search.. contoh nak tahu tentang ciri ciri produk timbang kilo. Taip je ciri ciri produk timbang kilo bersepah info percuma boleh dapat. Begitu juga dengan fungsi carian google. Tapi masalahnya ramai tak nak belajar tapi lebih percaya pada tipu daya founder & penjual produk beracun. Lebih menyedihkan lagi orang yang berusaha menyampaikan kesedaran di anggap jahat, dengki & cuba menutup rezeki orang lain
2021 saya sendiri pun memilih..kita memberi kepada yang ingin menerima. Kita menentang pada yang menganiaya. Yang tahu tapi tetap statik untuk kekal bersama sesuatu yang memudaratkan..kita sedekahkan Al Fatihah je la. Yang tu dah tak boleh nak bagi hidayah
Apapun semoga perkongsian ini memberi manafaat kepada yang membaca blog lekatlekit.com
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.lekatlekit.com/2021/03/apa-itu-krim-abal-abal.html