Apa Itu Kemurungan
Kemurungan adalah gangguan perasaan seseorang yang boleh menyebabkan seseorang itu akan berasa sedih yang berlarutan, kepenatan dan ketiadaan tenaga, mudah marah serta hilang minat dalam aktiviti harian.

Apa itu Kemurungan (Despression)?
Credit Pic : SUMBER
Ia boleh berlarutan sekurang-kurangnya dalam masa 2 minggu. Penyakit ini tidak kira umur, jantina atau bangsa.
Apa itu Kemurungan (Despression)?
Kemurungan boleh berlarutan sehingga berbulan-bulan bahkan bertahun-tahun.
Penyebab/ Punca Kemurungan• Perubahan kimia dalam otak iaitu berlaku ketidakseimbangan kimia (Neurotransmitter Serotonin dan Neropinephine)
• Baka keturunan : seseorang yang mempunyai keluarga yang mempunyai sejarah kemurungan
• Persekitaran : Peristiwa hidup lampau dan kekurangan daripada sokongan keluarga
• Ubat-ubatan : Sesetengah jenis ubat darah tinggi boleh mencetuskannya kemurungan.Walaubagaimanapun, ia akan beransur hilang apabila ubat tersebut diberhentikan
• Penyakit-penyakit lain : seperti gangguan fungsi thyroid hypothyroidsm juga boleh menyebabkan kemurungan
• Corak pemikiran : terdapat corak tertentu dalam pemikiran yang boleh mencetus kemurungan. Ini termasuklah bagaimana persepsi kita kepada diri sendiri, kehidupan dan dunia keseluruhannya.
• Stressor (punca stres) juga berupaya terjadinya kemurungan sekiranya tidak dikawal.
• Peristiwa lain yang boleh terjadinya kemurungan termasuklah penyalahgunaan dadah berbahaya dan ketagihan arak terlampau, juga menghidapi penyakit serius.
• Kehilangan orang yang disayangi
• Baru melahirkan anak
Tanda-tanda dan gejala kemurungan• Kesedihan atau “kekosongan” perasaan yang berpanjangan
• Hilang minat atau keseronokan pada hobi sendiri lain yang biasanya mendatangkan keseronokan
• Mudah berasa letih dan tidak bertenaga
• Perasaan pesimistik dan mudah putus asa
• Perasaan bersalah
• Rasa diri tidak berguna
• Gangguan waktu tidur, bangun tidur terlampau awal atau tidur berlebihan
• Hilang selera untuk makan dan penurunan berat badan secara mendadak
• “Rasa seperti mati lebih baik”, kekadang disertai dengan percubaan untuk membunuh diri
• Rasa tidak tenteram dan mudah marah
• Kurang daya tumpuan dan ingatan
• Sukar membuat keputusan
• Sakit kepala, sengal-sengal badan dan gangguan penghadaman
• Kurang nafsu seksual
• Pergerakan menjadi kaku atau menjadi resah gelisah
• Mudah cemas atau fobia
Siapa yang berisiko• Pernah mengalami kemurungan pada masa lepas
• Mempunyai ahli keluarga yang menghidap kemurungan
• Penghidap penyakit kronik seperti Kanser, Diabetes, Hipertensi, Sakit Buah Pinggang, Strok, Sakit Jantung atau kesakitan berpanjangan)
• Hilang anggota tubuh badan secara tiba-tiba
• Kematian orang yang disayangi secara tiba-tiba
• Perceraian
• Masalah rumahtangga
• Masalah keluarga
• Penyalahgunaan dadah dan arak
• Pengambilan ubat-ubatan tertentu
• Mangsa penderaan
• Tekanan di tempat kerja
• Pernah mengalami penderaan semasa kanak-kanak
• Kecenderungan mudah risau atau bimbang
• Perasaan sedih selepas bersalin (dalam berpantang)
• Krisis ekonomi
Kesan sampingan• Mulut menjadi kering : minum air yang banyak, kunyah gula-gula getah yang kurang gula,
bersihkan gigi setiap hari.
• Sembelit
• Masalah pundi kencing
• Masalah seksual
• Penglihatan yang kabur
• Pening
Pencegahan• Ketahui penyakit anda
• Patuh kepada ubat-ubatan dan rawatan susulan
• Ber tenang dan sentiasa bersikap positif
• Rancang kewangan anda
• Amalkan gaya hidup sihat
• Menyertai aktiviti yang boleh membuatkan hati kita gembira. Contohnya mendengar lagu, menonton wayang, menonton video kegemaran atau bersenam.
• Senaraikan tugasan yang besar kepada yang kecil
RawatanPenyakit kemurungan boleh dirawat, lebih 80% orang daripada pesakit dapat disembuhkan sepenuhnya dengan rawatan yang teratur dan intensif
• Penggunaan ubat ‘Anti-depressant’
• Terapi elektrokonvulsif (ECT)
• Psikoterapi
• Kaunseling
Apa yang perlu anda lakukan jika mengalami kemurungan• Rujuk dengan doktor di Hospital atau klinik Kesihatan yang berdekatan
• Berjumpa dengan kaunselor
• Membuat sesuatu yang boleh membuat anda tersenyum dan ketawa
• Rehatkan diri dari perkara rutin
• Elakkan membuat keputusan yang besar dan berisiko tinggi
• Senaraikan tugasan yang besar kepada yang kecil dan beri keutamaan
• Dekatkan diri kepada tuhan
Salah faham tentang kemurungan• Ianya tidak boleh dirawat
• Ianya boleh hilang dengan sendirinya
• Ianya sesuatu yang memalukan
• Ianya petunjuk seorang yang mempunyai perwatakan yang lemah
SUMBER
Baca Juga : Tips Mencegah Batu Karang
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://dakcaii.blogspot.com/2021/01/apa-itu-kemurungan-despression.html