Apa Itu Inisiatif Pendapatan Rakyat



Apa Itu Inisiatif Pendapatan Rakyat? | Menteri Ekonomi Rafizi Ramli yakin Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) akan mengelak masalah dan kepincangan program pembasmian kemiskinan sebelum ini

Untuk tujuan ini, dia berharap ahli parlimen dan Adun pembangkang - terutamanya di negeri yang mempunyai kadar kemiskinan ketara - membantu dalam usaha mengenal pasti golongan yang akan mendapat manfaat daripada program itu.
IPR adalah program yang bertujuan membantu golongan miskin tegar menjana pendapatan bulanan antara RM2,000 hingga RM2,500 dengan mengambil bahagian dalam satu daripada tiga sektor - makanan, pertanian dan perkhidmatan.

Para peserta akan dipantau oleh kementerian selama 24 bulan, dengan harapan peserta dapat berdikari selepas tempoh tersebut.
Bercakap pada sidang media yang panjang lebar di Putrajaya hari ini, Rafizi berkata sejak pelancarannya minggu lepas, terdapat lebih 22,000 peserta yang telah mendaftar untuk mengambil bahagian dalam IPR - yang menurutnya amat menggalakkan.
Apa Itu Inisiatif Pendapatan Rakyat?Daripada jumlah ini, Rafizi berkata 52 peratus mendaftar untuk program Insan di mana peserta akan menjual makanan - berharga RM2 - di mesin layan diri di lokasi strategik.
Katanya, digandingkan dengan hidangan Menu Rahmah RM5, inisiatif itu diharap dapat menangani permintaan untuk makanan mampu milik kepada orang ramai.
Tambahnya, jika pengguna menyokong inisiatif sedemikian, ia akan membawa kepada persaingan dalam kalangan perniagaan untuk bersaing dengan harga berkenaan, yang seterusnya akan membantu menurunkan harga makanan yang menjadi penyumbang utama kepada inflasi ketika ini.
Rantaian bekalan lengkap IPR
Sementara itu, Rafizi berkata 29 peratus lagi permohonan IPR adalah untuk program Intan, di mana peserta dibenarkan bertani di kawasan kecil yang merupakan tanah kerajaan.
Rafizi berkata sebelum ini, program seumpama itu gagal kerana pelbagai faktor.
Satu contoh yang dipetiknya, ialah kerajaan hanya menyediakan bakal petani dengan peralatan yang diperlukan, tetapi mereka terpaksa membeli baja untuk tanaman.
Tambahnya, program lepas turut menyerahkan kepada peserta untuk menjual dan memasarkan hasil sendiri.
Namun, kata Rafizi, IPR mengambil kira keseluruhan rantaian bekalan, termasuk baja, elektrik dan lain-lain supaya peserta Intan tidak dibebani dengan kos tersebut.
Tambahnya, IPR juga telah menyediakan pembeli keluaran Intan bagi memastikan ia terjual dan 100 peratus daripada hasil itu disalurkan kepada peserta.
Apa Itu Inisiatif Pendapatan Rakyat?Setakat ini, katanya 376 syarikat, agensi dan pihak lain telah mendaftar untuk menjadi pembeli barangan keluaran Intan.
Rafizi berkata beberapa rakan industri - termasuk pasar raya - juga akan menempatkan mesin layan diri Ihsan di premis mereka.
Menteri ekonomi itu berkata ladang Intan pertama akan dilancarkan di Putrajaya pada minggu pertama April, dengan 20 peserta, melibatkan sebidang tanah seluas 10 ekar, dengan setiap peserta mendapat 0.5 ekar tanah untuk diusahakan.
“Ia di Putrajaya supaya dekat dengan kementerian, dan juga Lembah Klang yang lebih terjejas oleh turun naik harga.
“Ia juga mudah untuk saya dan ketua setiausaha (Kementerian Ekonomi) memeriksa tanaman itu,” katanya.
Rafizi berkata 800 bidang tanah untuk program Intan telah dikenal pasti, dan kerajaan sedang berusaha untuk mempercepatkan kelulusan yang diperlukan untuk peserta bekerja di tanah kerajaan.
Bagi program Ikhsan IPR - yang menyediakan peluang pengendali perkhidmatan - Rafizi berkata tujuannya adalah untuk peserta mengambil jawatan perkhidmatan dalam kerajaan negeri dan majlis tempatan yang kini dianugerahkan melalui kontrak.
Rafizi berkata kementeriannya akan mengadakan pertemuan dengan kerajaan negeri dan majlis tempatan tidak lama lagi untuk membincangkan perkara ini.
Secara keseluruhannya, Rafizi menegaskan bahawa program IPR adalah program yang mempunyai sasaran spesifik.
Sebagai contoh, dia berkata seorang peserta di kawasan luar bandar di negara ini, yang tinggal 50km dari lokasi perniagaan berdaya maju terdekat, mungkin boleh dijangka menjual makanan di bawah Ihsan, atau mengambil kerja perkhidmatan di bawah Ikhsan.
"(Pilihan ini) tidak masuk akal," katanya.
Apa Itu Inisiatif Pendapatan Rakyat?Justeru, dia berkata adalah penting bagi kementerian menjalankan proses pemetaan supaya bakal peserta dipadankan dengan program yang betul.
Dia berkata program ini juga memastikan jenis makanan yang betul dijual atau jenis tanaman yang betul ditanam bagi memenuhi permintaan khusus setiap komuniti.
Bagaimanapun, Rafizi berkata bilangan pemohon program IPR dari negeri yang mempunyai kadar kemiskinan tinggi ketika ini adalah sangat rendah.
Dia berkata daripada lebih 22,000 pemohon setakat ini, hanya 1.7 peratus daripada Kelantan, Terengganu (1.5 peratus), Perlis (0.5 peratus), Sabah (5.7 peratus) dan Sarawak (2.4 peratus).
Sebagai perbandingan, 34 peratus pemohon setakat ini adalah dari Selangor, Johor (11 peratus), Perak (9 peratus, dan Kuala Lumpur (8.5 peratus).
Justeru, Rafizi berkata dia berharap dapat bertemu dengan wakil pembangkang, supaya mereka dapat memujuk pengundi mereka yang memerlukan untuk mendaftar IPR.
Apa Itu Inisiatif Pendapatan Rakyat?"Saya harap (IPR) tidak dipolitikkan. Saya menjemput wakil rakyat daripada pembangkang untuk duduk bersama kita, supaya mereka juga boleh terlibat mencari golongan yang berada dalam kemiskinan untuk mengambil bahagian dalam inisiatif ini," katanya.
Dia berkata kementerian menyasarkan untuk memberi perhatian khusus untuk memperluaskan IPR ke 20 daerah termiskin di negara ini seperti Pitas, Kudat dan Kota Marudu di Sabah, Jeli, Kuala Krai, Bachok di Kelantan, dan Besut dan Marang di Terengganu. - mk




Maklumat lanjut Inisiatif Pendapatan Rakyat


Daftar sekarang Insiatif Pendapatan Rakyat






BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..
http://beriklandiwebaddin.wasap.my/ http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/

Iklan TeksPeluang Menjana Pendapatan Pasif 5-20% Sebulan Tanpa Perlu Buat Apa2 atau Menaja Sesiapa Yang Terbukti Sejak Tahun 2019 Hingga Hari Ini (KLIK SINI)
Anda Nak Income Dari Trading? Tetapi Tak Mahir Trade Sendiri? Tak Pandai Analisis? Tak Ada Masa? Sibuk Dengan Kerja? Ini Solusinya Trade ANDA Jalan Secara Automatik 24 Jam Sehari, 5 Hari Seminggu! (KLIK SINI)
Hak Penjagaan Harta Anak Bawah Umur Bukannya Isteri Tersayang (KLIK SINI)

                                                                                Iklan  






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://addindeen2.blogspot.com/2023/03/apa-itu-inisiatif-pendapatan-rakyat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Inisiatif Kemudahan Rakyat Masih Boleh Memohin Ini Janji Kerajaan Perpaduan

Inisiatif Kemudahan Rakyat Masih Boleh Memohin Ini Janji Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 15/9/2023 - jumlah : 272 hits
Inisiatif kemudahan rakyat dilancarkan pada 20 Jun 2023 Setakat 25 Ogos 3 998 permohonan diterima dan 1 385 telah dikemukakan kepada PBT agensi pelaksana berkenaan untuk semakan sebelum dana disalurkan Tak pernah terjadi semenjak merdeka ke...
Seat Belongs To Rakyat Not Party Muda No 2

Seat Belongs To Rakyat Not Party Muda No 2

papar berkaitan - pada 14/9/2023 - jumlah : 285 hits
Muda s Puteri Wangsa assemblyperson Amira Aisya Abd Aziz has dismissed the call for her to vacate her seat after the party s decision to quit the government bloc The Muda deputy president said she will not give in to the ultimatum from Joho...
Jangan Hukum Rakyat Dengan Nafikan Dana Ke Mp Pembangkang

Jangan Hukum Rakyat Dengan Nafikan Dana Ke Mp Pembangkang

papar berkaitan - pada 15/9/2023 - jumlah : 159 hits
malaysiakini comPARLIMEN l Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa bahawa Putrajaya mahu menghentikan pembinaan dewan serbaguna di empat sekolah di kawasannya berikutan keputusannya menarik diri daripada gabungan kerajaan ...
Jenderal Dudung Kalau Kita Tanya Rakyat Papua Mereka Berharap Aman

Jenderal Dudung Kalau Kita Tanya Rakyat Papua Mereka Berharap Aman

papar berkaitan - pada 15/9/2023 - jumlah : 128 hits
Dalam kajian Percepatan pembangunan Papua tersebut TNI telah mendapat amanah untuk menjalankan tiga tugas
Wakil Rakyat Pas Bergaduh Dalam Whatsapp Guna Istilah Beruk Kepada Lawannya

Wakil Rakyat Pas Bergaduh Dalam Whatsapp Guna Istilah Beruk Kepada Lawannya

papar berkaitan - pada 14/9/2023 - jumlah : 194 hits
HarapanDaily comBORHAN AHMAD Tindakan seorang ahli parlimen Pas bergaduh dengan rakyat kawasan beliau di dalam kumpulan whatapps sehingga memanggilnya sebagai beruk telah menarik perhatian pelbagai pihak kini tular di media sosial Dalam pet...
Sanusi Best Kutip Duit Rakyat

Sanusi Best Kutip Duit Rakyat

papar berkaitan - pada 14/9/2023 - jumlah : 139 hits
terima kasih kerajaan negeri kedah sanusiBEST ini bukan arahan PmX ye
Dewan Rakyat Kecoh Takiyuddin Didakwa Fitnah Pm

Dewan Rakyat Kecoh Takiyuddin Didakwa Fitnah Pm

papar berkaitan - pada 14/9/2023 - jumlah : 157 hits
HarapanDaily comSITI NUR ZAWANI Sidang Dewan Rakyat berlangsung agak kecoh pagi ini apabila Datuk Seri Takiyuddin Hassan didakwa cuba memfitnah Ahli Parlimen Tambun Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam Dewan Sim Tze Zin ketika membangkitkan pe...
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Johor Umno Rep Wants Organisers Prosecuted Over Chinese Flag Fiasco

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Bagaimana Mendapatkan Kebebasan Kewangan

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

Persahabatan

Tular Bakar Motosikal Seorang Wanita Ditahan

Bapa Didakwa Lilit Leher Lambung Anak Ke Katil

Malas Layan Tong Kosong Kredibiliti Dipersoal Man Bai Ini Jawapan Ramli Ms