Apa Itu Http 3



Laman-laman sesawang akan menjadi lebih pantas dan responsif apabila Cloudflare, Firefox dan Chrome mula menggunakan HTTP/3. Dengan kadar penggunaannya yang akan meningkat saban hari setelah tiga organisasi ini merasmikan ia, seluruh dasar akan turut serta mengikuti perubahan ini.
Jadi apa sebenarnya HTTPS/3?
HTTP/3 ialah versi terbaru bagi HTTP, iaitu protokol yang digunakan untuk menghantar data dari pelayan di mana sesebuah laman sesawang itu dihoskan, kepada klien seperti pelayar web.
HTTP/3 mengguna pakai protokol berbeza berbanding versi terdahulu. Versi awal menggunakan Transmission Control Protocol atau TCP, manakala HTTP/3 pula menggunakan protokol QUIC (Quick UDP Internet Connections) yang lebih pantas dengan bersandarkan kepada UDP. Atas sebab itu pada asalnya ia dikenali sebagai HTTP-over-QUIC.
QUIC dibangunkan oleh Google, dan merupakan protokol generasi baru yang mampu mempercepat aktiviti internet seperti pencarian, penstriman, dan sebagainya lagi dengan mengurangkan round-trip time (RTT) yang diperlukan untuk berhubung ke sesebuah pelayan.
Dengan menggantikan protokol TCP kepada UDP dan membuat enkripsi kepada muatan, QUIC mampu mengurangkan waktu pemindahan data dan dalam masa yang sama mengekalkan keselamatan data pengguna.
Secara ringkas, dengan perubahan-perubahan yang dibuat pada HTTP versi awal, HTTP/3 mempunyai lebih ketahanan dari sebarang ralat. Ia juga mempunyai enkripsi terbina dalaman iaitu TLS 1.3, oleh itu tidak perlu lagi HTTPS berasingan yang memasukkan ciri sekuriti ke dalam protokol pemindahan data seperti mana sedang digunakan sekarang.
Dengan jasa dari QUIC, protokol terbaru ini akan menghasilkan latensi rendah berbanding TCP. Ia juga menjadikan pemindahan data lebih cepat, dan isu-isu seperti kehilangan data sewaktu proses penghantaran data tersebut tidak akan menyebabkan sambungan menjadi terputus, sebaliknya QUIC akan membantu data dipindah dan integritinya dikekal sementara isu-isu rangkaian sedang diselesaikan.
Buat masa ini anda dapat menguji HTTP/3 pada Google Chrome Canary.
Dengan melancarkan ia bersama perintah:
–enable-quic –quic-version=h3-23
: Protokol HTTP/3 akan diaktifkan.
Bagi pengguna Firefox, Mozilla berkata mereka akan memasukkan sokongan terhadap HTTP/3 di masa akan datang ke dalam Firefox Nightly.
Sementara itu, Cloudflare telah pun menambah ciri sokongan terhadap HTTP/3 kepada pelanggan mereka (yang telah mendaftar sebagai senarai menunggu untuk ciri tersebut). Jika anda melanggan servis dari Cloudflare, anda boleh masuk ke pemuka (dashboard) dan aktifkan ‘HTTP/3 (with QUIC)’.

Dalam tempoh beberapa bulan akan datang, kita bakal melihat protokol ini mulai matang sedikit demi sedikit apabila organisasi dan syarikat besar seperti Google, Mozilla dan Cloudflare bekerjasama dalam membentuk hasil akhir.
HTTP/3 adalah era baharu dalam proses evolusi internet kerana ia merupakan perubahan besar ketiga kepada ‘bahasa’ yang digunakan setiap laman web untuk berkomunikasi sejak jaringan internet dilahirkan tiga puluh tahun yang lalu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://omghackers.com/apa-itu-http-3-http-over-quic/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Campur Itu Ini Dengan Peluntur Konon Nak Bersihkan Rumah Rupanya Jadi Racun

Campur Itu Ini Dengan Peluntur Konon Nak Bersihkan Rumah Rupanya Jadi Racun

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 464 hits
Banyak petua atau kaedah membersihkan rumah dikongsikan oleh para ibu di media sosial Ada cara tradisional berkongsi peralatan terbaik untuk membersihkan rumah atau pelbagai resipi gabungan bahan peluntur dengan produk lain Tanpa disedari s...
Batal Nikah Gegara Si Calon Hamil Duluan Sama Cowok Lain Nyatanya Nggak Semua Cewek Itu Polos Bro

Batal Nikah Gegara Si Calon Hamil Duluan Sama Cowok Lain Nyatanya Nggak Semua Cewek Itu Polos Bro

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 407 hits
Anggapan kalau cowok biadab bakal terpatahkan sama kisah yang kayak gini Cewek ternyata ada yang sejahat ini ya
Apa Itu Israk Mikraj

Apa Itu Israk Mikraj

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 834 hits
1 Sebelum Israk dan MikrajRasulullah S A W mengalami pembedahan dada perut dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika il Hati Baginda S A W dicuci dengan air zamzam dibuang ketul hitam iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya Kemudian ditua...
Benarkah Perkahwinan Dapat Mengelakkan Seseorang Itu Menjadi Nyanyuk

Benarkah Perkahwinan Dapat Mengelakkan Seseorang Itu Menjadi Nyanyuk

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 280 hits
Perkahwinan telah terbukti boleh mengelakkan kemurungan mengurangkan stress yang berlebihan dan juga membantu dalam memanjangkan umur seseorang Benarkah Perkahwinan Dapat Mengelakkan Seseorang Itu Menjadi NyanyukCredit Pic Kajian terkini pu...
Dari Kaki Himalaya Gaung Merdeka Itu Kian Terdengar

Dari Kaki Himalaya Gaung Merdeka Itu Kian Terdengar

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 231 hits
Penduduk mengatakan keinginan untuk merdeka semakin membuncah seiring kekhawatiran mereka untuk bersatu dengan India Gelagat India untuk menguasai penuh Kashmir semakin nyata saat otonomi khusus Kashmir dicabut
Bercerai Itu Okey Berpisah Itu Okey Nasihat Padu Wardina Safiyyah

Bercerai Itu Okey Berpisah Itu Okey Nasihat Padu Wardina Safiyyah

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 341 hits
Lama tidak mendengar perkhabaran aktress dan pengacara serba boleh Wardina Safiyyah yang pernah popular dengan sitkom Spanar Jaya Pelakon berdarah kacukan itu kini sudah menetap di Brisbane Australia Bercerai Itu Okey Berpisah Itu Okey Nasi...
Ibu Jangan Dengki Kalau Anak Minta Ayahnya Suap Itu Bonding Terbaik Mereka

Ibu Jangan Dengki Kalau Anak Minta Ayahnya Suap Itu Bonding Terbaik Mereka

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 431 hits
Ayah adalah orang yang paling sibuk dalam keluarga Dia akan keluar awal pagi dan pulang lewat Semuanya demi keluarga Jika ada satu masa jika anda mahu rapatkan ukhwah dengan ayah adalah ketika waktu makan Dengan menyuap makan kepada anak me...
Pejabat Pm Ambil Keputusan Untuk Pertahan Kerana Percaya Itu Adalah Konspirasi Kepada Najib Bekas Pegawai Khas Najib

Pejabat Pm Ambil Keputusan Untuk Pertahan Kerana Percaya Itu Adalah Konspirasi Kepada Najib Bekas Pegawai Khas Najib

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 368 hits
Bekas pegawai khas Najib Razak hari ini mendedahkan di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur bahawa banyak serangan berhubung isu 1Malaysia Development Berhad pada penghujung 2014 sehinggakan Pejabat Perdana Menteri terpaksa mempertahankan Najib ...
Buasir Otak Tv Tak Buat Latihan Cikgu Bagi Be Like

Plastik Terbiodegradasi Pilihan Mesra Alam Untuk Masa Depan

Drama Mandul Bukan Pilihan

Rundingan Perdagangan Amerika Syarikat Jepun Buntu Boj Kekal Berdiam Diri

Navigating The Wild How To Use Natural Landmarks For Direction

My Life As A Teacher At Smk Ladang Kerilla

Polis Lari Lintang Pukang Dengar Bunyi Letupan

Sewa Sst 8 Apa Yang Perlu Anda Tahu Sebagai Penyewa Atau Pemilik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ba88 4 May Ba88 Top 8 By Derick

Gobaza88 17 Gobaza88 Top 22 By Deidre

Terima Kasih Untuk 13 Juta Pageviews Blog

Sayuran Berkilat Dan Nampak Segar Bila Di Masak

Jemputan Kahwin

Igp Malaysia Risks Becoming Terror Transit Hub As Is Linked Bangladeshis Recruit Migrant Workers Via Social Media