Apa Itu Forensik Audit


 
Beza audit forensik dan kek besar, kek besar itu pun depa laki bini melantak berdua lepas tu ratib hidup Melayu



 

Nik Hasyudeen
rpnol93i6iacfth0t2l816m240  · 

Apa itu audit forensik?

Bila saya bangun tidur pagi ini, ada orang tanya apa itu audit forensik. Pelik juga, di pagi Jumaat ini itulah soalan pertama yang saya terima

Sebenarnya ini adalah gabungan dua konsep. Yang pertama “audit” yang difahami sebagai satu usaha untuk membandingkan sesuatu dengan satu piawaian. Audit bukan terhad kepada perkara-perkara kewangan sahaja. Audit imej pun ada. Keduanya ialah “forensik” yang merupakan satu proses untuk mengetahui punca kepada sesuatu kejadian. Apabila seseorang meninggal dunia, diadakan pembedahan forensik untuk mencari punca kematian.

Jadi “audit forensik” ialah satu pemeriksaan teliti bagi mengetahui punca sesuatu perkara tetutamanya berkenaan kewangan bagi tujuan untuk mengambil tindakan undang-undang. Bahan bukti yang dikumpul mestilah cukup untuk mengambil tindakan sivil atau pun jenayah di mahkamah. Bagi pembayar cukai yang pernah disiasat oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), itu adalah satu contoh mudah berkenaan audit forensik ini. Dengan hasil auditnya, LHDN boleh mendakwa seorang pembayar cukai untuk mengutip semula cukai yang dilarikan.

Walaupun kerja-kerja audit forensik biasanya ditawarkan oleh firma-firma perakaunan yang menawarkan perkhidmatan ini, ahli-ahli pasukan audit forensik biasanya terdiri dari orang-orang dari pelbagai disiplin seperti akauntan, peguam, pakar IT dan ada juga bekas pegawai polis dari unit jenayah kewangan. Mereka benar-benar pakar di dalam menjejak bahan-bahan bukti di dalam pelbagai bentuk yang bukan sahaja berada di dalam negara malah yang berada di luar negara.

Setelah skop audit forensik dipersetujui, akauntan akan menentukan transaksi-transaksi utama yang perlu disiasat berdasarkan skop yang ditentukan itu. Dia akan mencari punca transaksi dan orang-orang yang terlibat di dalam transaksi demikian. Proses-proses yang sepatutnya diikuti dikenal pasti, dokumen-dokumen yang berkaitan serta perkara-perkara lain yang berkaitan termasuk hubungan di antara orang-orang yang menyediakan dokumen dan membuat keputusan. Pemeriksaannya termasuk samada orang-orang ini ada hubungan profesional, kekeluargaan, hubungan perniagaan, politik mahu pun hubungan cinta bagi mencari motif tindakan-tindakan mereka.

Oleh kerana bahan bukti yang dikumpul bukan sahaja dokumen fizikal tetapi termasuk dokumen elektronik, pakar IT memainkan peranan penting di dalam menjejak bukti-bukti berkenaan. Ini adalah kerana adalah biasa bukti-bukti fizikal dan juga elektronik dimusnahkan agar jenayah atau salah laku, jika ada, tidak dapat dikesan. Jadi kepakaran pakar IT di dalam mencari dan mendapatkan kembali dokumen elektronik yang sudah dipadamkan seperti email atau pun cakera padat amat penting. Jadi, bagi orang-orang yang suka menonton filem lucah, perbuatan mereka boleh dikesan melalui kerja-kerja pakar IT.

Peguam akan meneliti bukti-bukti yang didapati dan menilai samada bukti yang ada cukup untuk satu tindakan undang-undang. Kalau tindakan yang diharapkan ialah tindakan jenayah, buktinya kenalah lebih kukuh kerana di mahkamah tahap bukti yang diperlukan ialah “melangkau keraguan yang munasabah”. Biasanya peguam akan memberi nasihat bukti-bukti apa lagi yang diperlukan bagi memenuhi skop audit forensik ini.

Peranan orang-orang yang ada pengalaman menyiasat amat penting terutamannya apabila temuramah dilakukan di dalam proses mengumpulkan bukti. Mereka tahu soalan apa yang harus ditanya, bagaimana soalan itu ditanya dan bagaimana jawapan dinilai dan direkodkan. Mereka juga biasanya ada ramai kenalan di pelbagai tempat yang boleh membantu di dalam pengumpulan bukti atau mendapatkan maklumat yang lebih lanjut berkenaan orang-orang yang terlibat.

Ada juga bukti-bukti yang terletak di luar negara. Ini termasuk hartanah, saham dan pelbagai perkara lagi yang berkaitan dengan apa yang diperiksa. Saksi-saksi yang berkenaan juga boleh berada di luar negara. Ini merumitkan lagi kerja-kerja audit forensik kerana bukti yang dikumpulkan mestilah boleh diterima di mahkamah di Malaysia.

Laporan audit forensik biasanya akan memberikan penjelasan berkenaan apa yang sebenarnya telah berlaku, siapa yang terlibat dan bukti-bukti samada ada unsur-unsur salah laku atau pun jenayah. Pihak yang mengarahkan audit forensik dilaksanakan kemudiannya kena membuat keputusan apakah yang harus mereka lalukan berdasarkan bukti-bukti dan saranan-saranan yang dibuat melalui laporan audit forensik. Ada tindakan dalaman dan ada juga tindakan yang berkaitan dengan pihak luar.

Bagi kes yang ada bukti bahawa jenayah atau pelanggaran undang-undang telah berlaku, laporan kepada agensi-agensi berkenaan seperti Polis, SPRM, Suruhanjaya Sekuriti dan Suruhanjaya Syarikat boleh dibuat. Agensi-agensi yang menerima laporan-laporan ini akan menilai laporan yang diterima dan bertindak berdasarkan kuasa mereka. Mereka boleh menyiasat dan mengambil tindakan seperti dakwaan di mahkamah atau pun menutup sahaja kes berkenaan. Jadi, walaupun pelapor yakin ada jenayah yang berlaku, ianya tidak semestinya dipersetujui oleh agensi-agensi yang berkenaan.

Satu perkara penting yang menyebabkan laporan audit forensik tidak lengkap ialah jejak aliran tunai (money trail). Oleh kerana pihak yang melalukan audit forensik bukankah pihak yang ada kuasa undang-undang, mereka tidak boleh menjejak aliran tunai yang terlibat seperti mana yang boleh dilakukan oleh pihak berkuasa seperti Polis, SPRM dan juga SC. Biasanya dengan bukti jejak kewangan yang kukuh baharukah kes lebih kukuh dan lengkap. Inilah sebabnya tindakan susulan dari agensi penguatkuasa itu penting.

Semoga penjelasan ringkas ini dapat menberikan gambaran apakah itu audit forensik. Jika belum jelas, boleh bertanya di ruang komen.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/05/apa-itu-forensik-audit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Agak Agak Mana Satu Nak Selamatkan Sapura Diselamatkan Petronas Forensik Audit Agak Agak Siapa Sangkut

Agak Agak Mana Satu Nak Selamatkan Sapura Diselamatkan Petronas Forensik Audit Agak Agak Siapa Sangkut

papar berkaitan - pada 16/5/2022 - jumlah : 196 hits
Zahid saran Petronas selamatkan Sapura setuju wajib audit forensik dilaksanakan May 15 2022 Zahid Hamidi berkata Petronas sesuai untuk mengambil alih dan melakukan turn around sesegera mungkin KUALA LUMPUR Presiden Umno Zahid Hamidi mengges...
Kah Kah Bossku Lepas Kena Forensik Audit Elok Najib Berterus Terang Benda Baik Buat Apa Nak Sembunyi

Kah Kah Bossku Lepas Kena Forensik Audit Elok Najib Berterus Terang Benda Baik Buat Apa Nak Sembunyi

papar berkaitan - pada 20/5/2022 - jumlah : 176 hits
Sejak malam semalam heboh di media sosial tentang penularan sekeping gambar melibatkan Najib Razak yang dilihat tersenyum riang sambil diapit dua lelaki dan tiga orang wanita Seorang wanita yang berdiri di sebelah Najib didapati memaut erat...
Tak Pecah La Tian Chua Yang Pecah Kalau Kartel Ada Lahgi Dalam Pkr Dan Itu Amat Disedari

Tak Pecah La Tian Chua Yang Pecah Kalau Kartel Ada Lahgi Dalam Pkr Dan Itu Amat Disedari

papar berkaitan - pada 3/5/2022 - jumlah : 147 hits
Tian Chua tempelak Rafizi strategi kempennya boleh pecah belahkan PKRMay 3 2022 Bekas ahli parlimen Batu Tian Chua memberi amaran bahawa pendekatan Rafizi Ramli dalam pemilihan PKR yang sedang berlangsung boleh memecahbelahkan parti Tian Ch...
Apa Yang Membimbangkan Ahli Ialah Kerjasama Bersama Pengkhianat Dan Itu Ahli Pkr Tidak Dapat Terima

Apa Yang Membimbangkan Ahli Ialah Kerjasama Bersama Pengkhianat Dan Itu Ahli Pkr Tidak Dapat Terima

papar berkaitan - pada 10/5/2022 - jumlah : 140 hits
Pintu rundingan mestilah terbuka selama mana prinsip parti kekal Kita faham Masalahnya bila pintu rundingan dibuka serta merta prinsip parti akan tergadai Bagaimana sebuah parti yang tegar memperjuangan nasib rakyat dan keadilan berkerjasam...
Hiburan Lagu Itu Tentang Sajat Bakal Muncul Single Terbaru Guna Khidmat Komposer Antarabangsa

Hiburan Lagu Itu Tentang Sajat Bakal Muncul Single Terbaru Guna Khidmat Komposer Antarabangsa

papar berkaitan - pada 8/5/2022 - jumlah : 193 hits
Usahawan kosmetik penuh kontroversi Muhammad Sajjad atau dikenali sebagai Nur Sajat memaklumkan bahawa dia bakal keluar dengan single lagu terbaharunya tidak lama sahaja lagi Menurut Sajat yang ditemui memberitahu bahawa lagu tersebut telah...
Ekosistem Dibantu Rapat Analisa Forensik

Ekosistem Dibantu Rapat Analisa Forensik

papar berkaitan - pada 18/5/2022 - jumlah : 198 hits
Sekali lagi utk sahabat2 semua jangan abaikan kehadiran kelas Analisa Fundamental dan Teknikal yang Angel Group adakan setiap Hari Khamis bermula jam 9mlm Sejarah pergerakan harga emas tahun 2021 yang lalu ada 10X peluang mencipta kekayaan ...
Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Akmal Must Reflect On Why Non Malays Dislike Him Says Mca Veep

Free Sample Libresse Knowyourv

Cara Mengoptimalkan Konsumsi Listrik Dalam Operasional Percetakan Sehari Hari

Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Civil Servants Advised To Exercise Caution With Quick Loans

Kelas Seliaan Negeri Penerangan Tarikh Semakan Permohonan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Fire Destroys House And Seven Vehicles In Hulu Besut

Pas Open To Reunion With Umno If Latter S Leadership Changes

Dosa For Breakfast

Day Trip Ke Pantai Teluk Cempedak Dan Menara 118 Kuantan Pahang

Perry Feat Zee Avi Romantisa Chord

Melihat Gunung Kinabalu Dari Daradaat View