Apa Itu Cerebral Palsy



Assalamualaikum.

Siapa yang tengah layan drama kat slot samarinda TV3 iaitu Maaf Tak Indah mesti tahu yang anak Raimei yang sulung menghidap penyakit Cerebral Palsy. Ini mungkin kerana kesan dari pengguguran yang tidak berjaya. Untuk pengetahuan korang dalam drama ni, isteri Raimei iaitu Syazan tidak suka pada kanak-kanak dan berusaha untuk gugurkan kandungannya. Allah Maha Berkuasa, dihari dia ingin menggugurkan kandungan pada saat akhir kandungannya tidak berjaya kerana waktu untuk bayi yang dikandungnya telah tiba. Akibatnya Adam disahkan menghidap Celebral Palsy. Eh..panjang pulak Cik Nor bercerita. Cerita ni tak tamat lagi, jom la layan.haha
Cik Nor pun tak tahu juga pasal Celebral Palsy ni tapi Cik Nor nak kongsikan dengan korang hasil yang Cik Nor google tentang Celebral Palsy ni. Tak salah kalau kita kongsi-kongsi ilmu kan?hehe
Apa itu Cerebral Palsy (CP)?Merupakan satu kondisi yang berlaku akibat kerosakan otak yang terjadi semasa di dalam kandungan, semasa lahir atau selepas kelahiran. Kebolehan mengawal pergerakan otot yang terjejas menyebabkan kesukaran mengawal postur, pergerakan & mengimbangkan diri. Kanak-kanak cerebral palsy mempunyai peluang yang terhad untuk bermain, meneroka persekitaran dan berfungsi akibat masalah tersebut.Kepentingan posisi untuk cerebral palsyKanak-kanak cerebral palsy sukar melakukan pergerakan otot yang dikehendaki untuk memposisikan dan mengekalkan postur badan pada kedudukan yang betul dan ini mendedahkan mereka kepada risiko kecacatan yang berkekalan. Keadaan ini menjadi semakin sukar sekiranya masih terdapat refleks primitif yang sepatutnya sudah tiada pada usia tertentu.Antara refleks primitif tersebut adalah:Asymetrical Tonic Neck ReflexRefleks ini bertindak bila kepala dipusingkan. Tonus otot ektensor (penegak) di bahagian di mana arah kepala dipusingkan meningkat sementara di bahagian yang berlawanan tonus otot fleksor (pembengkok). Kewujudan reflex ini melepasi usia 4-6 bulan adalah tidak normal dan mengganggu perkembangan untuk berpusing, integrasi bilateral, mencapai dan menggenggam.Symetrical Tonic Neck ReflexRefleks ini bertindak bila kepala di bengkok atau ditegakkan. Bahagian atas badan akan membengkok sementara anggota bawah akan menegak. Kewujudan refleks ini melepasi usia 4-6 bulan akan mengganggu perkembangan menyusur, merangkak, berjalan dan kefungsian anggota atas.Baca ini : Adakah Skizofrenia Penyakit Mental3. Tonic Labyrinthine ReflexBila terlentang, kepala menegak dan seluruh badan menjadi lebih keras dalam keadaan menegak, bila meniarap badan menjadi lebih keras dalam posisi membengkok. Jika refleks ini berterusan melepasi usia 4-6 bulan, ia akan mengganggu perkembangan berpusing, menyusur dan bangun dari posisi duduk.4. Moro ReflexBila kepala didongakkan, lengan menegak, terbuka dan terpusing ke luar, diikuti dengan postur membengkok. Jika refleks ini berterusan melepasi usia 4-6 bulan, ia akan mengganggu perkembangan kawalan kepala dan imbang diri semasa duduk.Posisi yang betul bagi kanak-kanak cerebral palsy penting untuk:Memudahkan dan menggalakan kefungsian anggotaMerencatkan tindakbalas refleks ke atas tonus otot.Mengurangkan risiko kecacatanMengelakkan kudis tekananMemudahkan pergerakan yang normal & merencat pergerakan tidak normalMemberikan keselesaanMengelakkan kontraksi yang tidak dikehendaki pada ototMenjimatkan tenagaCerebral Palsy dan Pemulihan CarakerjaIntervensi Pemulihan Carakerja bagi kanak-kanak cerebral palsy bermula sebaik sahaja kelewatan perkembangan dikesan. Perkembangan kanak-kanak cerebral palsy dilihat dari 4 aspek iaitu:Perkembangan pergerakan halus iaitu kebolehan kefungsian tangan untuk mencapai, memegang dan bermain.Perkembangan pergerakan kasar seperti duduk, bangun, berjalan.Perkembangan personal-sosial seperti berinteraksi dan melakukan aktiviti harian.Perkembangan bahasa dan percakapan.Intervensi yang diberi adalah:Program intervensi awal, iaitu bagi kanak-kanak berusia 0-24 bulan (Early Intervention Program)Posisi mengelakkan kecatatan semasa baring, duduk,di dukung.Posisi memudahkan kefungsian semasa melakukan aktiviti.Rangsangan oral untuk yang mengalami masalah menyedut/menelan dan air liur meleleh.Rangsangan perkembangan motor kasar menggunakan aktiviti permainan terapeutik.Ransangan atau diet sensori bagi kanak-kanak yang mengalami masalah memproses input sensori yang diterima. Masalah ini dipamerkan dengan keengganan menggunakan tangan untuk memegang, mencapai atau terlalu sensitif terhadap sensori tertentu.Aplikasi alat-alat ortosis ke atas anggota untuk mengelakan kecacatan sendi dan memudahkan kefungsian.Latihan aktiviti kehidupan harianTeknik khusus diajar untuk melatih kanak-kanak berdikari menjalankan aktiviti harian dan penjagaan diri seperti memakai pakaian, makan/minum dan membersihkan diri.Baca juga : Apakah SLE?Latihan kefungsian tanganDiberi untuk kanak-kanak yang mengalami masalah menggunakan tangan untuk memegang barang/permainan, menjalankan aktiviti harian dan menulis.Lawatan rumah dan sekolahDilakukan untuk menilai tahap kefungsian dan adaptasi kanak-kanak dalam konteks sebenar di mana cadangan pengubahsuaian persekitaran dan aktiviti diberikan untuk menghasilkan suasana harian yang merangsang perkembangan dan kefungsian.Cadangan alat bantuan dan pengubahsuaianAlat-alat bantuan diperlukan bagi sebahagian besar kanak-kanak cerebral palsy untuk membolehkan mereka berada di dalam postur yang betul. Membiarkan mereka berada pada postur yang tidak betul secara berpanjangan boleh menyebabkan kecacatan tulang belakang, dislokasi/sublaksasi sendi pinggul, kependekan otot dan kekejangan sendi.Sumber : SINI

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://norminieza.blogspot.com/2020/02/apa-itu-cerebral-palsy.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Itu Ex Gratia Kematian

Apa Itu Ex Gratia Kematian

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 322 hits
INSENTIF BAHARU FAEDAH TERBITAN KEPADA WARIS PENJAWAT AWAMVideo khas penerangan berkenaan Ex Gratia Kematian https youtu be s8cbV JksrM Apakah Ex Gratia Kematian Ex Gratia Kematian adalah pemberian Kerajaan kepada tanggungan penjawat awam y...
Saya Pm Ke 8 Itu Pendirian Parti Ph

Saya Pm Ke 8 Itu Pendirian Parti Ph

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 204 hits
Anwar berucap pada Majlis Malam Anugerah Gabungan Jawatankuasa NGO Islam ACCIN di Kuala Lumpur malam ini NSTP Saifullizan TamadiHenti desak Dr Mahathir AnwarKUALA LUMPUR Ketua Umum Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap semua pih...
Pegawai Penguatkuasa Itu Harus Meminta Maaf Kepada Mangsa Adun Subang Jaya

Pegawai Penguatkuasa Itu Harus Meminta Maaf Kepada Mangsa Adun Subang Jaya

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 283 hits
Semalam viral di media sosial anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya bergelut dengan seorang lelaki warga emas sehingga menyebabkan lelaki itu mengalami kecederaan Difahamkan anggota terbabit sedang menjalankan tugas menunda ke...
Dicap Sebagai Orang Terkaya Se Indonesia Soimah Itu Hanya Gimmick

Dicap Sebagai Orang Terkaya Se Indonesia Soimah Itu Hanya Gimmick

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 234 hits
Banyak gosip yang menerpa Soimah Meski begitu Soimah tetap menanggapi dengan santai
Cara Mendaftar Dan Menggunakan Easy Parcel Apa Itu Easy Parcel Updated 2020

Cara Mendaftar Dan Menggunakan Easy Parcel Apa Itu Easy Parcel Updated 2020

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 1250 hits
Haiii kak bee nak share bagai mana nak register dan menggunakan easy parcel Bagi yang berbisnes macam kakbee ni ataupun hampa memang selalu nak kena pi pos barang kak bee suggestkan hampa untuk guna Easy Parcel ni Boleh click Easy Parcel ni...
Satu Antara Banyak Banyak Petanda Petanda Apakah Itu Bagi Sesetengah Orang 9747

Satu Antara Banyak Banyak Petanda Petanda Apakah Itu Bagi Sesetengah Orang 9747

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 208 hits
Allah Maha Melihat Allah Maha Mendengar Nak sorok mana yang bersifat hamba dan bersifat baharu dan semua manusia yang bakal mati Allah berfirman yang bermaksud Dan tidaklah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main main dan sesungg...
Guna Mesin Seakan Sit Up Ribuan Kali Netizen Dakwa Pemergian Ashraf Disebabkan Itu

Guna Mesin Seakan Sit Up Ribuan Kali Netizen Dakwa Pemergian Ashraf Disebabkan Itu

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 435 hits
fb comments fb comments span fb comments span iframe style min width 100 important width 100 important Pemergian pelakon Ashraf Sinclair pada pagi tadi benar benar mengejutkan industri seni Malaysia dan Indonesia berikutan pelakon tersebut ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah