Apa Itu Bisnes E Commerce


Saya bercadang untuk mulakan bisnes online saya sendiri dan saya sedang mempertimbangkan untuk buat bisnes menggunakan konsep bisnes ecommerce. Boleh tak terangkan pada saya, apa itu bisnes e-commerce supaya saya benar-benar faham kaedah bisnes ini sebelum terjun masuk dalam bidang ini.

Kalau sebelum ini, anda pernah cuba untuk menjual sesuatu secara online, sama ada menerusi Facebook, Instagram mahupun lain-lain media sosial, bermakna anda pernah ceburkan diri dalam bidang jualan.
 
Atau dengan kata lainnya, anda sudah pernah menjalankan bisnes secara online. Cuma mungkin kaedah yang anda praktikkan sebelum ini, agak berbeza dengan pendekatan jualan menerusi sistem e-commerce.
 
Saya sendiri ada ramai kenalan yang menggunakan platform media sosial untuk buat jualan. Itu merupakan satu usaha yang baik, bagi menambahkan pendapatan.
 
Saya ingin berikan beberapa contoh situasi.
 
Situasi 1
Ada kenalan saya yang mempunyai kedai fizikal. Setiap hari dia akan upload gambar produk yang dia jual dan akan bercerita serba sedikit mengenai produk yang dijual.
 
Tak ramai yang sanggup buat macam ini, iaitu bercerita mengenai produk yang dia jual. Tak pastilah sama ada malas atau tak nampak potensi.
 
Dipendekkan cerita, kalau ada rakan-rakan dalam media sosial yang minat nak beli, dia akan suruh orang tu datang ke kedai, sebabnya dekat kedai dia ada banyak lagi pilihan produk dan boleh dapatkan khidmat nasihat jika perlu. Sesiapa yang walk in ke kedai akan dapat nilai tambah.
 
Bagi kenalan yang duduk jauh, dia boleh sediakan khidmat penghantaran.
 
Situasi 2
Ada juga kenalan saya di media sosial juga, yang tak mempunyai kedai. Jadi apa yang dia buat, dia akan upload gambar-gambar produk yang dia jual, stok produk dan sebagainya. Bila ada pelanggan yang nampak berminat nak beli, mereka boleh terus order, dan penghantaran akan dibuat disebelah petang.
 
Dalam banyak-banyak produk yang dikongsikan di media sosial, ada juga produk yang sebenarnya dijual menggunakan sistem dropship. Ataupun dia memang simpan stok dalam kuantiti yang terhad sahaja. Mana-mana yang boleh diuruskan secara dropship, tempahan itu akan diuruskan menerusi sistem terbabit.
 
Bukan semua orang yang menjual secara online, serius nak jadikan ia sebagai satu bisnes yang boleh bertahan lama. Ada yang sekadar mencuba-cuba dan ada juga yang sekadar nak dapatkan duit extra RM100 – RM300 setiap bulan hasil membuat jualan.
 
Tapi bila ada orang yang mempertimbangkan untuk beralih kepada sistem ecommerce, itu merupakan satu petanda yang dia memang nak serius dalam berbisnes.
 
Jadi persoalannya sekarang,
Apa itu sistem e-commerce? Perkataan e-commerce itu merujuk kepada singkatan bagi istilah Electronic Commerce. Ia merupakan gabungan dua patah perkataan iaitu electronic dan juga commerce. Maknanya perdagangan secara elektronik.
 
Segala urusan jual dan beli, berlaku dalam persekitaran maya dengan bantuan laman web atau applikasi smartphone.
 
Ini bermakna, mereka yang terlibat dalam sesebuah transaksi secara elektronik ini
(a) Tak perlu bertemu muka untuk membuat transaksi Malahan ada ketikanya pelanggan tak pernah tau pun macam mana muka si penjual. Asalkan si pembeli yakin dengan barang yang dia nak beli, dia boleh terus buat tempahan lepas tu bayar. Ini bermakna, individu yang pemalu, yang tak pandai nak bergaya, cakap manis, memang sesuai sangat kalau jual barang secara online gunakan sistem ecommerce ni sahaja.
 
(b) Tak semestinya perlu buat urusniaga secara real time Kalau tadi saya sentuh tentang peniaga dan pembeli tak perlu bersua muka, kali ini lagi menarik sebab transaksi itu boleh berlaku tanpa perlu tunggu penjual dan pembeli bersedia untuk melakukan transaksi pada waktu yang sama.
 
Boleh jadi, ketika pembeli membuat tempahan, penjual sebenarnya sedang tidur.
 
(c) Proses jual beli boleh berlaku melangkaui sempadan Ini secara tak langsung memberi kebaikkan kepada penjual untuk menjual kepada lebih ramai pelanggan dan tak dihadkan kepada pelanggan yang lalu lalang atau yang tinggal berhampiran dengan dirinya semata-mata.
 
E-Commerce adalah sebuah kedai online Dalam bahasa mudahnya, sistem ecommerce ini adalah sistem untuk kita bina kedai secara online. Sesetengah orang menggelarnya sebagai kedai maya.
 
Satu ketika dulu, ada pelbagai pendekatan yang digunakan oleh pengguna internet dalam usaha untuk membuat jualan secara dalam talian. Misalnya.
 
Guna blog untuk dijadikan blogshop
Konsep blogshop ini pernah popular satu ketika dulu. Mungkin sebab pada waktu itu, pilihan agak terhad jadi pengguna internet pada masa itu perlu lebih kreatif dalam menggunakan ruang-ruang dan medium yang ada.
 
Sambil mereka membuat posting terkini, mereka juga akan menulis tentang produk yang mereka jual. Jika ada yang minat nak beli, boleh terus hubungi mereka. Teknik jualan melalui blog atau blogshop ini berkesan sebabnya pembaca setia blog sudah kenal dengan pemilik blog dan kepercayaan itu sudah terbina.
 
Bina laman web berkonsepkan minisite
Konsep minisite sebagai laman web jualan sesuai digunakan sekiranya anda hanya menjual satu produk sahaja. Setakat ini, produk seperti ebook, program latihan, dan sebagainya dijual dengan cara ini.
 
Guna sahaja laman media sosial
Untuk mereka yang tak mahu pening-pening bina website, dan tak mahu uruskan terlalu banyak perkara dalam satu masa, mereka lebih gemar untuk guna sahaja media sosial untuk buat jualan. Cuma pendapat saya, cara ini kurang efektif untuk jangka masa panjang sebabnya posting di media sosial ini kebiasaannya bercampur aduk, antara hal personal, perniagaan dan juga pandangan peribadi (yang mungkin orang lain akan rasa kurang senang).
 
Guna sistem ecommerce
Setelah menyedari beberapa kekurangan yang terdapat pada laman web berkonsepkan blogshop, minisite mahupun membuat jualan menggunakan akaun media sosial, maka ramai yang mula mempertimbangkan untuk menggunakan sistem ecommerce. Sistem atau bisnes ecommerce ini menjadi pilihan bukan semata-mata sebab nak kelihatan profesional, sebaliknya ia dipilih atas sebab fungsi dan ciri-ciri yang terdapat pada sistem tersebut.

Apa pula yang dimaksudkan dengan Sistem Marketplace Dalam sesebuah laman web ecommerce, kebiasaannya hanya terdapat satu penjual sahaja. Bagaimana pula kalau dalam sebuah laman web e-commerce ada lebih dari satu penjual.
 
Contohnya ada beratus-ratus orang atau beribu-ribu orang penjual, seperti laman web Lazada dan juga Shopee? Jika dalam satu website e-commerce ada banyak penjual, bermakna itu adalah sistem marketplace.


Laman web atau applikasi tersebut bertindak umpama sebuah pasar, atau shopping mall yang menjual pelbagai produk dari peniaga yang berbeza.
 
Untuk satu produk, anda mungkin akan dapati ada lebih dari seorang penjual. Harga juga mungkin ada perbezaan. Ada juga keadaan dimana semua penjual sepakat menjual dengan harga yang sama, cuma bezanya mereka ada berikan free gift.
 
Beberapa contoh laman web perniagaan yang menggunakan sistem e-commerce Semakin hari bilangan laman web yang dibina menggunakan sistem ecommerce semakin bertambah. Boleh jadi kerana para pemilik perniagaan mula nampak, betapa sistem e-commerce ini mampu untuk memudahkan urusan mereka dalam urusan perniagaan.
 
Antara contoh yang dapat saya berikan adalah laman web Bookcafe. Laman web ini menjual pelbagai tajuk buku dari pelbagai kategori. Justeru memang sangat sesuai dijual melalui sistem e-commerce.

Contoh kedua yang saya dapat berikan adalah syarikat sewa kereta di Sabah bernama Global Lepa.

Oleh kerana syarikat ini menawarkan pelbagai jenis dan model kereta untuk disewa, maka penggunaan laman web berkonsepkan e-commerce sangatlah baik.
 
Apa ciri-ciri yang perlu ada dalam sebuah sistem ecommerce?  
(a) Boleh masukkan gambar-gambar produk
Ini ciri yang sangat penting. Kebiasaannya dalam mana-mana sistem e-commerce, kita memang boleh masukkan gambar-gambar produk. Sebaik-baiknya boleh masukkan banyak gambar, dimana kita berikan gambar produk dari sudut yang berbeza.
 
Umpama seperti kita nak beli barang di kedai, kita akan belek-belek produk yang kita nak beli dari semua sudut. Begitulah juga pentingnya kita berikan gambar produk yang kita nak jual itu dari pelbagai sudut.
 
(b) Boleh masukkan video berkaitan dengan produk yang nak dijual
Sekarang ini, video mula mendapat tempat dalam kalangan pengguna internet. Kalau dulu, mungkin kita agak anti dengan video, sebabnya ia memerlukan jaringan internet yang baik, dan juga kuota data yang tinggi. Sekarang ini nampaknya kita dah tak ada masalah tu.
 
Justeru, bila ada video, orang akan luangkan sikit masa untuk tonton video berbanding sebelum ini kita cuma boleh baca keterangan yang panjang berjela. Kalau yang jenis tak suka membaca, boleh tonton sahaja video.
 
Menonton video ini feeling dia lain sikit, sebab kita boleh dengar suara penjual, cara dia membuat penerangan dan kalau ada rakaman penuh kita seolah-olah dapat berkenalan dengan si penjual.
 
(c) Ada fungsi sistem review atau feedback dari pelanggan
Ini juga merupakan satu fungsi yang penting. Bila sesuatu produk tu ada banyak feedback dari pelanggan, kita jadi lebih yakin untuk beli. Kalau semua feedback yang kita dapat tu adalah feedback yang positif, pelanggan tidak akan teragak-agak untuk buat pembelian dengan segera.
 

 
(d) Pelawat boleh tanya soalan secara public untuk dijawab oleh penjual atau lain-lain pengguna
Ada masanya, pelawat ada soalan yang jawapannya tak ditemui pada keterangan produk. Dengan adanya fungsi ini pelawat yang sama boleh bertanya secara terbuka. Sesiapa sahaja boleh jawab soalan tersebut. Kalau anda lihat laman web Amazon, ciri seperti ini jelas terlihat pada laman web tersebut.

Sebagai bakal pembeli, kita boleh dapat manfaat dan info tambahan dengan membaca ruangan soalan dan jawapan.
 
(e) Ada sistem pembayaran
Sistem pembayaran yang bagus ini ialah apabila kita tekan butang bayar, ia akan terus bawa kita ke halaman perbankan online atau setidak-tidaknya laman web ecommerce kita mampu untuk memproses pembayaran dari pelanggan yang menggunakan kad debit dan juga kad kredit.
 
Lagi banyak kaedah bayaran yang boleh digunakan, lagi memudahkan bakal pelanggan untuk lakukan transaksi menerusi laman web e-commerce yang kita hasilkan.
 
(f) Sistem inventori
Sistem inventori ini dapat memudahkan kedua-dua belah pihak. Pihak pembeli dan juga peniaga. Sebagai pembeli tak perlu lagi nak bertanya sama ada sesuatu produk tu masih ada stok atau tidak, sebabnya nanti pada listing akan tertulis jelas berapa banyak kuantiti produk yang masih ada.
 
(g) Sistem Invois
Sistem ini bukan semata-mata untuk menjadikan bisnes online anda kelihatan profesional, malahan ia sangat berguna untuk kita mengetahui rekod jualan.
 
(h) Semakan status penghantaran
Pembeli telah membuat pembayaran. Anda pula sudah uruskan tempahan dan telah pos barangan yang dibeli oleh pembeli anda. Kini pastinya pelanggan anda tu tadi tak sabar-sabar lagi menanti ketibaan produk yang dibeli.
 
Untuk mengelakkan pembeli ini selalu ganggu anda, dengan soalan-soalan seperti “apa status tempahan saya?” ada baiknya anda sediakan satu sistem dimana pembeli itu tadi boleh semak sendiri apa status tempahan tersebut.
 
(i) Sistem support/ after sale
Ini penting sekiranya tempahan yang diterima oleh pelanggan bermasalah. Sama ada masalah barang tak sama seperti yang dibeli, barang tak sampai, rosak dan sebagainya. Pada peringkat awal lagi, penjual perlu berikan jaminan bahawa tempahan tersebut adalah selamat dan jika ada sebarang masalah, pembeli boleh berurusan dengan pemilik laman web ecommerce untuk dapatkan khidmat selepas jualan.
 
Pembeli yang ada masalah dengan barang yang dijual, akan hantar emel kepada anda. Pada waktu ini, akan diwujudkan nombor kes dengan status OPEN. Selagi mana anda belum selesaikan masalah pelanggan itu tadi, statusnya akan sentiasa OPEN. Sebaik sahaja masalah pelanggan itu tadi berjaya diselesaikan, barulah status OPEN itu tadi anda boleh tukar kepada CLOSED atau RESOLVED.
 
Dengan ini, anda tidak akan terlepas pandang bagi mana-mana kes yang bermasalah.
 
(j) Sistem live chat
Sistem live chat ini bukanlah sistem yang wajib ada, tapi kalau kita perhatikan sekarang ini ada banyak juga laman web ecommerce yang dah mula memasang sistem live chat. Pelawat boleh bertanya soalan kepada pemilik web secara real time, dan kalau mereka rasa yakin, mereka boleh terus buat pembelian.
 
Sesetengah orang, mereka lebih suka untuk bertanya terlebih dahulu sebelum buat pembelian bagi memastikan apa yang mereka beli itu produk yang betul. Ada juga keadaan dimana bakal pelanggan bertanya sebab nak tahu sama ada penjual ini orang yang bagaimana dari segi cara layanan dia menjawab pertanyaan.
 
(k) Sistem untuk follow up pelawat dan pelanggan terdahulu
Setelah bersusah-payah dan mengeluarkan belanja untuk dapatkan pelawat supaya masuk ke website ecommerce milik anda, maka anda perlu ada satu sistem untuk anda hubungi mereka semula.
 
Misalnya untuk pelanggan yang baru kali pertama masuk ke website anda, atau pelanggan pertama kali, anda berikan kupon diskaun sebagai ganti mereka perlu berikan alamat emel. Setelah anda memiliki alamat emel pelawat, anda boleh hubungi mereka pada bila-bila masa menerusi emel.
 
Dengan adanya sistem follow up ini juga, anda boleh terus berhubung dengan mereka yang pernah jadi pelanggan anda. Dengan ini anda dah tak perlu lagi keluar duit untuk buat iklan berbayar sebaliknya dengan senarai database yang telah anda miliki, anda boleh hubungi sahaja mereka-mereka yang pernah memberikan alamat emel mereka kepada anda.
 
(l) Sistem referral atau program affiliate
Ini adalah satu ciri yang optional, namun begitu saya amat menggalakkan untuk anda gunakan sistem ecommerce yang boleh support sistem referral. Dengan adanya sistem ini, anda bukan sahaja boleh jual produk, malahan pada masa sama anda boleh kongsi rezeki.
 
Pelanggan yang puas hati dengan mutu produk dan kualiti perkhidmatan yang anda tawarkan, boleh jadi ejen pemasaran bagi pihak anda. Ini secara tak langsung akan dapat jimatkan kos pemasaran.
 
Kesemua ciri yang saya senaraikan patut ada dalam sesebuah sistem e-commerce. Penggunaan sistem ini sepatutnya akan memudahkan lagi anda dalam menguruskan bisnes, stok produk dan juga pengurusan database pelanggan.
 
Semoga sedikit perkongsian saya ini membantu untuk anda.
 
 
 
The post Apa itu Bisnes E-Commerce? appeared first on Soal Jawab .MY.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://soaljawab.my/apa-itu-bisnes-e-commerce/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menangis Bukan Sebab Jenis Kuat Meragam Itu Cara Bayi Ekspres Apa Dia Mahu

Menangis Bukan Sebab Jenis Kuat Meragam Itu Cara Bayi Ekspres Apa Dia Mahu

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 254 hits
Secara umumnya ada beberapa sebab bayi anda menangis dan meragam Malah si manja yang masih belum boleh bercakap menjadikan menangis sebagai kaedah untuk berkomunikasi Walaupun kebanyakan isyarat menangis menunjukkan bayi mempunyai keperluan...
Rugi Ibu Ayah Tak Peluk Anak Setiap Pelukan Itu Ibarat Doa Dalam Diam

Rugi Ibu Ayah Tak Peluk Anak Setiap Pelukan Itu Ibarat Doa Dalam Diam

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 520 hits
Sejak anak lahir sampailah besar kuasa pelukan ibu bapa paling power untuk anak anak Mereka ini amanah nombor satu dari Allah untuk kita menjaganya sebaik mungkin Sebab itu kita kena selalu ingat apa saja yang elok untuk anak buatlah yang t...
Jangan Berkira Selalu Lah Belanja Anak Makan Itu Rahsia Besar Murah Rezeki

Jangan Berkira Selalu Lah Belanja Anak Makan Itu Rahsia Besar Murah Rezeki

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 429 hits
Mak ayah bila dah berjanji dengan anak tunaikan lah Lagi lagi bila janji nak belanja anak makan sedap Tak perlu nak lengah lengahkan waktu sebab anak yang menuntut janji itu amat mengharap sebenarnya Anak anak mungkin tak tunjuk tapi dalam ...
Tak Selamanya Anak Itu Kecil Apa Yang Kita Tanam Itulah Yang Kita Tuai

Tak Selamanya Anak Itu Kecil Apa Yang Kita Tanam Itulah Yang Kita Tuai

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 319 hits
Anak anak kecil yang banyak kerenah akan semakin besar dan menjadi dewasa Ibu bapa yang sudah dewasa akan menjadi bertambah tua dan lemah tenaga Masa anak anak kita kecil dan banyak kerenah akan berlalu dengan cepat dan pasti Namun masa ibu...
Saya Tak Akan Tidur Dalam Bilik Itu Lagi Bcl Trauma Untuk Tidur Selepas Pemergian Ashraf Sinclair

Saya Tak Akan Tidur Dalam Bilik Itu Lagi Bcl Trauma Untuk Tidur Selepas Pemergian Ashraf Sinclair

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 557 hits
Hiburan Pelakon Indonesia Bunga Citra Lestari akui mengalami kesukaran dan trauma untuk tidur di bilik tidurnya selepas pemergian suami tersayang Ashraf Sinclair lapor AwaniIbu kepada Noah Aidan itu mendedahkan perkara itu kepada sahabat
Isteri Memang Setia Pada Suami Tapi Anak Lelaki Mampu Rampas Cinta Itu

Isteri Memang Setia Pada Suami Tapi Anak Lelaki Mampu Rampas Cinta Itu

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 527 hits
Suami isteri yang berkahwin pasti mempunyai impian untuk memiliki zuriat sendiri Tidak kisahlah jantina anak asalkan bayi sihat sudah membuatkan kehidupan ibu ayahnya bahagia Kebanyakan pasangan mengharapkan untuk mempunyai anak sulung lela...
Nor Hidayah Didakwa Tegur Ibu Mentua Jangan Makan Harta Anak Yatim Ayat Itu Gores Hati Saya

Nor Hidayah Didakwa Tegur Ibu Mentua Jangan Makan Harta Anak Yatim Ayat Itu Gores Hati Saya

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 506 hits
PELAWAK Ali Puteh berkata dia berkecil hati terhadap isteri Abam iaitu Nor Hidayah kerana mengeluarkan perkataan berbunyi jangan makan harta anak yatim kepada ibunya Sabariah Arshad 63 Ungkapan itu dikeluarkan ketika ada pihak datang ke rum...
Jika 8 Hal Ini Kamu Rasakan Yang Lelah Itu Hatimu Bukan Fisikmu

Jika 8 Hal Ini Kamu Rasakan Yang Lelah Itu Hatimu Bukan Fisikmu

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 254 hits
Sudah ambil cuti buat rebahan dua hari tapi kok rasanya masih lelah banget
Cewek Penyuka Sneakers Itu Nggak Ribet Dalam Segala Hal Termasuk Soal Jodoh

Cewek Penyuka Sneakers Itu Nggak Ribet Dalam Segala Hal Termasuk Soal Jodoh

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 289 hits
Gimana nih Apa gara gara terlalu selow soal jodoh aja mereka nggak ambil pusing Hmmm
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner