Apa Itu Aplikasi Boost Kelebihan Guna Aplikasi Boost Untuk Perniagaan
Apa Itu Aplikasi Boost? Kelebihan Guna Aplikasi Boost Untuk Perniagaan | Dunia semakin canggih, begitu juga dengan system transaksi dalam dunia digital. Boost adalah satu aplikasi “mobile wallet” yang merevolusikan bagaimana anda membuat transaksi atas talian atau pun pembelian di mana-mana kedai serbaneka, kedai makan, stationary, dan banyak lagi
Boost menjadikan transaksi lebih mudah, pantas, selamat dan memberikan ganjaran pada pengguna. Dengan Boost, anda boleh membuat pembayaran kepada penjual yang mengambil bahagian(boost partner) hanya menggunakan telefon bimbit anda tanpa menggunakan bayaran tunai. Anda juga boleh membuat tambah nilai kredit prabayar, membayar bil dan membeli pelbagai pilihan baucer digital dengan tawaran hebat menerusi Digital Shop – Boost App
Kelebihan Guna Aplikasi Boost Untuk Perniagaan
#1 - Menerima bayaran tanpa tunai
Jika anda seorang peniaga yang mempunyai kedai runcit, kedai serbaneka, kafe, restoran, dan sebagainya termasuk peniaga pasar malam, sekarang boost boleh digunakan untuk menerima bayaran daripada pelanggan. Hanya buat QR Code dan pelanggan boleh scan QR tersebut untuk pembayaran kepada anda
#2 - Membayar tanpa tunai
Dengan adanya Boost Wallet, anda tidak memerlukan wang yang banyak didalam dompet. Anda hanya perlu Top Up boost wallet anda menggunakan Online Banking dan bayar menggunakan aplikasi boost. Amat mudah dan selamat. Tiada lagi kebimbangan membawa banyak wang tunai dalam dompet
#3 - Menambah Top Up Prepaid dan dapat pulangan tunai
Ini yang dicari-cari, siapa sangka top up prepaid saja pun boleh dapat Cashback? Cashback tersebut boleh digunakan semula untukmembeli prepaid atau membeli apa saja keperluan lain termasuk bayar parking, beli voucher diskaun dan banyak lagi
#4 - Memperoleh ganjaran tambah nilai percuma
Terdapat kempen yang dijalankan oleh pihak Boost. Ianya dinamakan Shake & Win yang mana pengguna berpeluang memenangi ganjaran tambah nilai percuma.
#5 - Menghantar wang dengan mudah
Dengan fungsi “Send Money” anda boleh menghantar wang kepada saudara, rakan-rakan, keluarga atau pelanggan anda. Penghantaran wang boleh dilakukan samada menggunakan Nombor Telefon atau Scan QR mereka
#6 - Memudahkan pembelian voucher diskaun
Di aplikasi Boost, anda akan diberikan pelbagai tawaran diskaun untuk pembelian. Terdapat 12 kategori voucher yang anda akan nikmati. Terpulang dengan anda nak pilih yang mana dan sesuai dengan keperluan anda
#7 - Mengeluarkan wang terus ke akaun bank anda
Dengan menaik taraf akaun basic wallet kepada premium wallet secara percuma, anda boleh mengeluarkan wang didalam boost wallet sehingga RM1,500. Yuran untuk pengeluaran hanya RM2 untuk setiap pengeluaran daripada boost wallet anda.
[ Baca juga ] - Lebih 50,000 Peniaga Sudah Guna Aplikasi Boost Untuk Urusan Jual Beli
[ Baca juga ] – Bagaimana Membuat Pengeluaran Wang Daripada Wallet Aplikasi Boost
Jika anda peniaga, aplikasi boost memang sangat membantu dalam urusan pembayaran pelanggan anda. Berminat nak daftar
Daftar Aplikasi Boost
Aplikasi Boost – Google Play Store (Android)Aplikasi Boost – Apple Store (iPhone)
Jangan lupa masukkan kod referral dibawah ini untuk menikmati lebih daripada RM5 Cash Back selepas anda membeli top up prepaid di aplikasi boost
Referral Code: eliyia2
Bersama menuju kearah transaksi dunia digital ! selamat berniaga dengan selamat.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.elihjapahar.net/2018/12/apa-itu-aplikasi-boost-kelebihan-guna.html