Apa Itu Google Search Console Dan Cara Menggunakannya
Apa Itu Google Search Console Dan Cara Menggunakannya
Assalamualaikum, Hi korang. Pagini KakYa nak cerita berkenaan Apa Itu Google Search Console Dan Cara Menggunakannya. Apa sebenarnya Google Search Console ni korang? Google Search Console atau GSC adalah satu alat SEO terbaik bagi mengoptimumkan laman website korang menjadi lebih baik. Google Search Console dapat membantu korang meningkatkan prestasi laman website korang dalam hasil carian google.
Kalau dulu Google Search Console di kenali dengan nama Google Webmaster Tool. KakYa pon tak pasti bila nama Google Webmaster Tool ni bertukar ke Google Search Console. KakYa hingga harini, kalau nak masuk ke Google Search Console masih search Google Webmaster Tool. Nak buat camne dah terbiasa gitu. Tapi kalau kita search Google Webmaster Tool akan tetap keluar nama baru Google Search Console tu paling atas.
Apa Itu Google Search Console
Apabenda Google Search Console ni? Google Search Console adalah salah satu alat yang disediakan oleh Google yang berfungsi untuk memantau prestasi laman website korang di carian google. Google Search Console boleh digunakan secara percuma tanpa perlu mengeluarkan apa apa bayaran. Alat ini dapat membantu untuk meningkatkan kualiti pengoptimuman SEO di laman website korang.
Ok korang dah tahu serba sikit mengenai Google Search Console kan? Sekarang ni KakYa nak tanya kat korang, korang tahu atau tidak bagaimana cara nak pasang Google Search Console kat laman website korang? Jom KakYa tunjukkan cara.
Cara Pasang Google Search Console Di Laman Website
Cara nak pasang Google Search Console ni takdelah susah sebenarnya. Senang jer caranya. Korang ikut jer langkah langkah yang KakYa kongsi kat bawah ni;
Klik Pada Laman Google Search Console- Masuk ke laman website Google Search Console klik pada Start Now dan masukkan alamat gmail yang digunakan untuk laman website korang
Masukkan Alamat Laman Website- Terdapat dua pilihan alamat website iaitu nama domain dan url blog. Korang boleh pilih mana satu yang korang nak guna samaada nama domain blog korang atau url blog korang. Untuk KakYa, KakYa pilih letak url blog KakYa sebab ramai cakap ianya lebih fleksibel. Pastu klik Continue.
Sahkan Pemilikan Laman Website- Selepas klik pada Continue, korang diminta untuk mengesahkan pemilikan laman website bagi memastikan korang adalah pemilik laman website yang didaftarkan. Terdapat beberapa cara untuk pengesahan yang korang boleh pilih. Setelah selesai pengesahan korang boleh klik pada Verify. Jika pengesahan berjaya, korang akan dapat notifikasi berbunyi Ownership Verified. Ini bermaksud korang telah berjaya menambahkan Google Search Console pada laman website korang.
Ok sekarang ni korang dah siap pasang Google Search Console kat laman website korang. Sekarang apa yang perlu korang belajar adalah bagaimana cara untuk menggunakan Google Search Console.
Bagaimana Cara Menggunakan Google Search Console
Bagaimana cara untuk menggunakan Google Search Console dengan betul. Korang boleh baca penerangan kat bawah satu persatu
Tambah User- Mula mula sekali korang perlu tambah User. Terdapat tiga jenis User iaitu Owner, Full User dan Restricted User. Cara nak masukkan user, korang buka dashboard Google Search Console dan klik settings, users and permissions dan add user. Masukkan alamat email yang korang nak bagi akses ke laman website korang.
Tambah Sitemaps- Cara untuk tambah sitemaps atau peta laman, korang perlu ada sitemap terlebih dahulu. Dah ada sitemap korang klik pada dashboard dan pilih laman website korang. Klik menu Crawl, Sitemaps pada dashboard Google Search Console lalu klik Add/Test Sitemap. Tambah url sitemaps laman website korang dan klik butang Submit. Dah selesai korang perlu tunggu verikasi daripada Google. Biasanya akan ambil masa beberapa hari
Menemukan Masalah Pada Indexing- Google Search Console membolehkan korang menemukan masalah pada indexing laman website korang.
Request Indexing- Tahukah korang, jika Google tidak mengindeks laman website korang maka laman website korang tidak akan muncul di halaman carian Google.
Menilai Dan Mengoptimumkan Prestasi- Google Search Console juga boleh digunakan untuk menilai dan mengoptimumkan prestasi laman website korang berdasarkan keyword atau kata kunci yang disasarkan.
Kandungan Laman Website- Google Search Console boleh digunakan untuk menilai prestasi kandungan laman website korang berdasarkan kata kunci yang tepat melalui cara yang betul.
Melihat Jumlah Backlink- Melalui Google Search Console juga, korang boleh melihat jumlah backlink dengan lebih tepat.
Kenal Pasti Naik Turun Rating- Setelah menggunakan Google Search Console, korang akan dapat melihat dengan lebih jelas peningkatan atau penurunan ranking pada laman website korang dengan menggunakan kaedah yang telah disediakan.
Selain daripada apa yang KakYa senaraikan di atas, Google Search Console mempunyai banyak lagi ciri ciri lain untuk memantau dan mengoptimumkan laman website korang. Untuk memahami Google Search Console dengan lebih menyeluruh KakYa cadangkan korang explore sendiri alat SEO yang disediakan oleh Google ini. Apabila korang dah memahami cara untuk menggunakan Google Search Console dan mengetahui halaman mana pada laman website korang yang mempunyai masalah, proses pembaikan dapat dilakukan dengan segera.
Kesimpulan yang boleh KakYa katakan kat sini, Google Search Console adalah alat yang cukup bagus dalam membantu meningkatkan kualiti laman website kita. Dengan adanya Google Search Console kita dapat menghasilkan kandungan yang baik pada laman website kita di masa hadapan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.akifimtiyaz.com/2023/02/apa-itu-google-search-console-dan-cara-menggunakannya.html