Apa Istimewanya Kahwin Isteri Lebih Berusia Tidak Sangka Ini Jawapan Zain Pasti Tersenyum Che Ta


Memang benar kata orang, cinta itu lebih berkuasa daripada segalanya. Pendek kata, cinta itu mempunyai kesaktian luar biasa. Sukar untuk disangkal. Tidak kisahlah apa yang dimomokkan tentang insan yang dicintai. Ini termasuklah kata-kata nista memilih wanita yang jauh lebih tua sebagai pasangan hidup.
Bagi membincangkan isu lelaki memilih wanita berusia sebagai pasangan, Oh! Lelaki membawakan selebriti popular iaitu Zain Saidin atau nama penuhnya, Mohamad Zain Mohd Saidin
Zain memilih rupawan, Rozita Che Wan atau Che Ta.
Kisah cinta Zain dan Che Ta berakhir di jinjang pelamin pada tanggal 11 Disember 2013. Perbezaan umur 11 tahun antara mereka berdua, terbukti bukan halangan. Pasangan ini dikurniakan anak yang dikategorikan paling comel di Malaysia, Aaisyah Dhia Rana,5. Che Ta sebelum ini mempunyai dua orang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu.
1) Anda pernah terfikir bertemu jodoh dengan wanita berusia?
ZAIN: Tidak pernah terfikir dek akal untuk bertemu jodoh dengan sesiapa pun. Sudah jodoh saya dengan Che Ta, ia berlaku secara kebetulan saja. Jarak usia antara kami tidak menjadi masalah buat saya.
Che Ta di mata saya tidak nampak berusia. Saya tidak pandang semua itu, bagi saya dia seorang wanita berbudi bahasa dan segalanya ada pada dirinya membuatkan saya tidak terfikir dia lebih berusia.
2) Keluarga terkejut atau tidak dengan pilihan anda?
ZAIN:Keluarga dan sanak saudara semua terkejut apabila saya mengatakan akan berkahwin dengan Che Ta. Bukan kerana umur Che Ta dan status janda anak dua ketika itu. Tetapi kehebatan dan kepopularan Che Ta. Che Ta satu nama besar yang sangat dikenali dan disanjung ramai. Sebenarnya, saya seorang yang bertuah.
3) Apa istimewanya memiliki isteri lebih berusia?
ZAIN: Che Ta lebih banyak makan garam berbanding diri saya.Jadi, dia faham apa yang terbaik untuk saya dan anak-anak.
Itu lebih senang. Pengalaman yang dia ada, membantu saya menjadi seorang lelaki berkerjaya juga sebagai seorang ayah bertanggungjawab serta menjadi suami terbaik.
4) Siapa yang lebih dominan mengawal rumah tangga?
ZAIN: Jawapannya ialah Che Ta. Jarak umur kami membolehkan isteri saya mempunyai kelebihan. Dari segi kewangan, pengalaman dan bab mengurus rumah tangga, Che Ta juga lebih ke depan. Akan tetapi tidak bermakna dia tidak hormat saya sebagai suaminya. Che Ta seorang isteri yang taat.
5) Orang kata berkahwin dengan wanita berusia rezeki murah, apa komen?
ZAIN: Rezeki saya memang murah sejak berkahwin dengan Che Ta. Pengalaman dirinya 11 tahun lebih ke depan berbanding saya, membuatkan segala yang dibuat oleh Che Ta menjadi.Tidak dinafikan Che Ta masih relevan dalam industri seni dan masih aktif. Ia secara tidak langsung membantu saya dalam perniagaan.
Apabila kita sebagai selebriti menjadi pengasas kepada sesuatu produk, ia tidak menjadi masalah. Orang mudah mengenali dan yakin dengan apa yang kita dijual.
6) Apa cabaran berkahwin dengan wanita berusia? Soal zuriat bagaimana?
ZAIN: Sebagai seorang suami muda, saya tidak boleh kongkong Che Ta, sekat dirinya untuk beri berhatian kepada rumah tangga sepenuhnya. Itu tidak adil dan merugikan kerana rezeki dia lebih murah.
Saya beri dia kebebasan. Selain itu, saya juga perlu bertolak ansur untuk mendengar keputusan yang dibuat, berdasarkan pengalaman yang pernah dilaluinya. Jika fikirkan ego lelaki untuk mendengar kata isteri, ia satu cabaran. Alhamdulillah, saya fikir secara logik, ia untuk kebaikan bersama. Saya akui Che Ta lebih serius, jadi saya dengar dan menerima nasihat diberikan. Saya juga turut memberi nasihat kepadanya, terutama bab duit. Kita tidak boleh sentuh duitnya tetapi saya boleh beri nasihat dan larang dia buat benda bukan-bukan. Soal zuriat ini, kami sudah ada tiga orang anak. Aaisyah pun selalu sebut mahu adik. Kami tidak mendesak, jika ada rezeki, kami terima.
7) Apa perkembangan terkini anda?
ZAIN: Saya sibuk dengan perniagaan Zapatos di Subang Jaya. Insya-Allah kami akan keluarkan barangan perempuan seperti tas tangan, kasut dan sebagainya.
Ini kerana permintaan barangan perempuan lebih tinggi berbanding barangan lelaki. Koleksi raya kami akan keluar sebelum bulan puasa. Terbaharu, kami akan buka kedai baharu di Kota Damansara turut menyediakan perkhidmatan menggunting rambut. Penglibatan saya dalam dunia lakonan agak perlahan sedikit kerana memberi ruang dalam bidang perniagaan.
NAMA: Mohamad Zain Mohd Saidin/Zain Saidin
UMUR: 35
ASAL: Bangsar
HOBI: Memanah dan main bola sepak
KERJAYA:Pelakon, pelawak, model dan pemilik butik Zapatos, Subang Jaya
PENGLIBATAN: Filem, Love Supermoon, 2015. Terkenal sebagai watak utama, program Oh My English! Astro sebagai cikgu Henry Middleton. Menyertai rancangan Fear Factor Malaysia Musim 2 dan Lari Bersama Prosperity dan banyak lagi.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber: sinarharian
The post Apa Istimewanya Kahwin Isteri Lebih Berusia? Tidak Sangka Ini Jawapan Zain, Pasti Tersenyum Che Ta appeared first on MFADHLY.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mfadhly.net/2019/02/21/apa-istimewanya-kahwin-isteri-lebih-berusia-tidak-sangka-ini-jawapan-zain-pasti-tersenyum-che-ta/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siapa Sangka 4 Bekas Pembaca Berita Yang Merupakan Isteri Kepada Vvip

Siapa Sangka 4 Bekas Pembaca Berita Yang Merupakan Isteri Kepada Vvip

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 1563 hits
Selain intipati yang penting dan menarik wajah cantik pembaca berita yang menghiasi layar kaca juga menarik minat penonton Hal itu akan membuat penonton berita semakin bersemangat untuk menikmati setiap sajian berita yang dibawakan oleh pem...
Siapa Sangka Sebenarnya Isteri Dua Kali Ganda Stress Layan Suami Berbanding Anak Anak

Siapa Sangka Sebenarnya Isteri Dua Kali Ganda Stress Layan Suami Berbanding Anak Anak

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 596 hits
Mana tak stress anak baru 2 tapi isteri jaga macam anak dah 3 orang Bukan makan minum pakai dan tidur anak je kena fikir suami punya pun isteri kena fikir juga Dia la pembantu rumah jururawat guru pemandu tukang masak tukang main dengan ana...
Tak Siapa Sangka Jodoh Yang Hadir Lambat Allah Temukan Dengan Jodoh Yang Lebih Indah

Tak Siapa Sangka Jodoh Yang Hadir Lambat Allah Temukan Dengan Jodoh Yang Lebih Indah

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 572 hits
Tak Siapa Sangka Jodoh Yang Hadir Lambat Allah Temukan Dengan Jodoh yang Lebih Indah Bagi wanita yang lambat berkahwin pastinya perkara ini memberi tekanan buat anda kerana mereka sering menjadi bahan mulut manusia yang tak habis habis meng...
Hiburan Che Ta Tegur Wanita Selekeh Selepas Kahwin Harus Sentiasa Jaga Penampilan

Hiburan Che Ta Tegur Wanita Selekeh Selepas Kahwin Harus Sentiasa Jaga Penampilan

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 423 hits
Bab fesyen dan bergaya pastinya pelakon Rozita Che Wan ataupun Che Ta yang paling menyerlah anggun dan eksklusif Macam anak dara berjiwa muda Menerusi akaun Instagramnya Che Ta sempat berpesan kepada wanita di luar sana untuk terus menjaga ...
Berbuat Baik Kepada Isteri Rezeki Datang Dari Jalan Yang Tidak Disangka Sangka Rileks Media

Berbuat Baik Kepada Isteri Rezeki Datang Dari Jalan Yang Tidak Disangka Sangka Rileks Media

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 381 hits
Sedang duduk di bengkel servis kereta yang diguna oleh bidadari saya Kena ganti absorber Macam macam kena ganti Yerlah dah sampai waktunya Teruk dah rasanya Ya Allah kasihan bidadari dan anak anak selalu guna kereta ni Tak bagitahu apa apa ...
2 Artis Lelaki Kacak Ini Diajak Peminat Buat Hubungan Intim Ini Jawapan Mereka Memang Tak Sangka

2 Artis Lelaki Kacak Ini Diajak Peminat Buat Hubungan Intim Ini Jawapan Mereka Memang Tak Sangka

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 684 hits
Pelakon dan penyanyi Izzue Islam berang gara gara diajak melakukan hubungan sek secara berkumpulan oleh seorang wanita yang tidak dikenali Ajakan tersebut dilakukan menerusi Direct Message ke Instagramnya baru baru ini Izzue atau nama seben...
Isteri Gemuk Membuat Suami Lebih Bahagia 10 Kali Ganda

Isteri Gemuk Membuat Suami Lebih Bahagia 10 Kali Ganda

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 613 hits
Sebuah penelitian di Universitas Meksiko membuktikan pria dengan istri gemuk jauh lebih bahagia 10 kali lipat dibanding lelaki dengan istri kurus Iko Uwais sudah membuktikannya bagaimana dengan suami Anda Masih ingatkah Anda bagaimana Iko U...
Menko Darmin Sebut Harga Avtur Indonesia Lebih Murah Dari Eropa

Menko Darmin Sebut Harga Avtur Indonesia Lebih Murah Dari Eropa

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 283 hits
Menteri Koordinator bidang Perekonomian Darmin Nasution mengakui PPN avtur Indonesia memang lebih murah jika dibandingkan dengan beberapa negara lainnya Salah satu adalah dengan negara Eropa Untuk diketahui PPN avtur saat ini sebesar 10 per...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya