Apa Istimewa Arak Sehingga Disamakan Minuman Lain


Jangan biarkan arak bermaharajalela di rumah ketika ‘lockdown’. Kesannya buruk kepada ahli keluarga.

Kita cukup hairan, ketika negara dilanda wabak, Dewan Perdagangan dan Industri Antarabangsa Malaysia (MICCI) terus mendesak kerajaan membenarkan kilang minuman keras beroperasi. Tidak ketinggalan juga pusat-pusat judi.

Tidakkah ultra kiasu ini sedar bahawa, manusia tidak akan mati tanpa arak tetapi pasti akan mati apabila terkena wabak. Segalanya dengan izin Allah SWT.

Sepatutnya, ultra kiasu ini berterima kasih kepada kerajaan kerana mula mendidik rakyat menjauhi minuman syaitan ini kerana punca kepada segala kemaksiatan dan kemudaratan.

Ketika hari biasa, kita terus didendangkan dengan kemalangan sehingga menyebabkan kematian, gara-gara pemandu mabuk.

Ultra kiasu menjadi peminum, yang mati dan kena langgar adalah orang yang tidak minum arak. Adakah ini wajar dan patut dibiarkan? Sepatutnya, kamu yang minum, kamu yang kemalangan, kamulah yang mati. Ini tidak, dia yang minum dan mabuk, orang lain pula yang mati.

Jika ketika ‘lockdown’ kilang arak terus beroperasi, semakin mudah arak didapati dan kita seolah-olah menggalakkan orang minum ketika berada di rumah.

Tidakkah ia membahayakan ahli keluarga yang berada di rumah?

Jika ketika hari ini biasa menyusahkan orang lain sehingga menyebabkan kematian, apakah ketika lockdown ini, ahli-ahli keluarga akan menjadi mangsa gara-gara arak ini?

Begitu juga apa istimewanya judi sehingga mahu disamakan dengan perniagaan lain?

Melainkan perniagaan ini mengundang kepada kemaksiatan dan murka Allah

Jika arak itu boleh diminum seperti kita meminum minuman yang lain, saya cadangkan ultra kiasu MICCI meminumnya terlebih dahulu setiap hari setiap masa, sama seperti beliau meminum air lain.

Setiap kali pergi klinik, pegawai perubatan akan bertanya ada minum arak? ada merokok? Kenapa ibu-ibu mengandung diharamkan minum arak ketika mengandung? Itupun sudah cukup untuk menjawab persoalan yang ditimbulkan, untuk samakan arak dengan minuman yang lain.

Ultra kiasu yang membantah keputusan kerajaan itu dilaporkan berkata, sepatutnya tiada diskriminasi oleh pihak berkuasa terhadap minuman beralkohol ketika memutuskan untuk menentukan sektor mana yang harus dibenarkan beroperasi sepanjang sekatan pergerakan penuh. Minuman beralkohol juga wajar dikategorikan sebagai satu keperluan asas seiring dengan minuman bergula dan berkafein yang lain.

Ingatan saya kepada ultra kiasu ini, berterima kasihlah kepada kerajaan bukankan mendesak, kerana kerajaan mahu menyelamatkan rakyat bukan merosakkan rakyat.

Saya tidak boleh bayangkan jika ultra kiasu dibiarkan memerintah sekali lagi, apakah kilang arak dan pusat judi akan terus dibuka ketika negara dilanda wabak?

Tidak cukupkah pengajaran sebelum ini, yang membenarkan judi dan arak terus berleluasa? Bila rakyat protes, mulalah kelam kabut.

Ketika negara dilanda wabak,tutuplah terus kilang arak.

Elakkan maksiat daripada merebak, barulah jelas nampak warak.

Oleh: Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/06/apa-istimewa-arak-sehingga-disamakan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ikrar Lain Muatan Berbeza Cubaan Eksort Steel Scrap Gagal

Ikrar Lain Muatan Berbeza Cubaan Eksort Steel Scrap Gagal

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 444 hits
IKRAR LAIN MUATAN BERBEZA CUBAAN EKSORT STEEL SCRAP GAGAL JOHOR BAHRU Cubaan satu sindiket mengeksport steel scrap tanpa cukai dan mengikrar barang dagangan itu sebagai Aluminium Flakes di Kompleks Sultan Abu Bakar Gelang Patah Iskandar Put...
Terima Lamaran Orang Lain Wanita Ditikam Suami Cemburu

Terima Lamaran Orang Lain Wanita Ditikam Suami Cemburu

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 334 hits
Seorang lelaki berusia 46 tahun di Luwu Utara Indonesia nekad menikam isterinya sendiri dipercayai kerana cemburu lapor portal Kumparan Ketua Polis Baebunta Iptu Rodo Manik berkata bahawa peristiwa kejadian itu bermula ketika suspek terdeng...
Selain Kopi Viral Dalgona Coffee Anda Boleh Cuba Resepi Dalgona Dengan Pelbagai Perisa Lain

Selain Kopi Viral Dalgona Coffee Anda Boleh Cuba Resepi Dalgona Dengan Pelbagai Perisa Lain

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 605 hits
Kalau anda masih ingat semasa PKP 1 0 dulu antara benda viral yang berlaku ketika itu adalah rakyat Malaysia sibuk dengan Dalgona Coffee Sebenarnya banyak lagi perisa yang anda boleh cuba selain coffee tau antaranya Dalgona Milo Mocha Match...
Melihat Negara Islam Di Negara Lain

Melihat Negara Islam Di Negara Lain

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 393 hits
NORMAN RADZUANJika Muhammad Abduh ke Jepun dia akn berkata KU LIHAT ISLAM DI JEPUN Aku melihat Islam tapi tidak melihat Muslim Dan aku melihat Muslim tetapi aku tidak melihat Islam kata2 Sheikh Muhammad Abduh ketika dibawa melihat negara ba...
Stop Compare Dengan Life Orang Lain

Stop Compare Dengan Life Orang Lain

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 561 hits
Berhentilah banding bandingkan kehidupan kita dengan orang lain Kita dengan cara kita Kebahagiaan orang lain berbeza dari kebahagiaan kita Tidak perlu dibandingkan Ia akan menjadi
Video Isteri Serbu Bilik Hotel Nampak Suami Sedang Berasmara Bersama Perempuan Lain Atas Katil

Video Isteri Serbu Bilik Hotel Nampak Suami Sedang Berasmara Bersama Perempuan Lain Atas Katil

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 444 hits
Viral di media sosial video yang menunjukkan seorang wanita bersama dengan beberapa individu menyerbu suaminya yang sedang asyik bermadu asmara dengan wanita lain di dalam bilik hotel Serbuan itu turut dirakam oleh si isteri yang menunjukka...
Wanita Didakwa Sengaja Buat Cerita Isteri Menangis Suami Kahwin Lain Demi Content Tiktok

Wanita Didakwa Sengaja Buat Cerita Isteri Menangis Suami Kahwin Lain Demi Content Tiktok

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 375 hits
Sebelum ini tular di media sosial sebuah video seorang wanita dikatakan menangis sehingga teresak esak semasa majlis persandingan suaminya bersama madu barunya di Jakarta Indonesia Menerusi perkongsian video yang telah dimuat naik oleh Lamb...
Apple Chooses Samsung As The Main Memory Supplier For Iphone 18

Cara Menghilangkan Rasa Pedas Dengan Cepat

Hiburan Kami Berbincang Antara Keluarga Respon Syed Saddiq Dan Bella Astillah Mengenai Hari Bahagia Jadi Tumpuan

Indonesia Rancang Denda Hingga Us 8 5 Bilion Ke Atas Syarikat Sawit Di Usaha Pemuliharaan Alam

Adun Kuala Perlis Angkat Sumpah Menteri Besar Perlis Baharu

Telecom Tower Catches Fire In Kuala Kangsar

Menyingkap Dunia Nano Minyak Enjin Peranan Penyerakan Neutron Dalam Kimia Koloid

Cari Makan Tengahari Di Ikan Bakar Sabah Jalan Ke Kkia Kota Kinabalu Sabah


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Hang B Lee

5 Langkah Audit Kewangan Peribadi Setiap Hujung Tahun

Panduan Beli Rumah Pertama Tahun 2026

Pas Dan Bersatu Perlu Berpisah

Tarikh Penting Hari Perlawanan 14 Pada Ahad 28 Disember 2025

Won Korea Melonjak Semula Susulan Campur Tangan Pihak Berkuasa