Apa Dia Hadis Palsu Dan Bagaimana Hal Ini Timbul 8792



MAJLIS penyampaian hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Timbalan Pengarah Kanan, Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL, Rozlin Abdullah (empat dari kiri) bersama wakil penaja Oyoshi, Blow dan IGLOO-UFL.
BHplus Khamis, 22 Oktober 2015 | 12:04am Hadis palsu tak boleh jadi asas hukum
APAKAH hukum kita beramal dengan sesuatu hukum yang berasaskan hadis mauduk? Bolehkah kita beramal dengan hadis mauduk untuk tujuan memperbaiki akhlak kerana saya dapati kata-katanya sangat menarik untuk diamalkan?
Perlu diingatkan kepada semua umat Islam, sesuatu hukum tidak boleh dibina kecuali berasaskan dalil yang kuat seperti al-Quran, hadis, ijmak dan qiyas. Berhubung dengan al-Quran memang tidak dinafikan yang ia sangat tepat dan mustahil berlakunya penipuan.
Hadis Nabi SAW pula tidak boleh diambil kecuali hadis yang diiktiraf sahih oleh ulama hadis. Ini bermakna hadis mauduk (palsu) tidak boleh dijadikan sandaran untuk penentuan sesuatu hukum. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW: "Sesiapa sahaja yang mendustaiku dengan sengaja, maka akan ditempatkan dia di dalam api neraka." (Riwayat Muslim)
Nabi SAW bersabda: "Sesiapa sahaja yang menyampaikan sesuatu kenyataan yang disandarkan kepada Nabi sedangkan ia adalah satu penipuan, maka orang itu adalah salah seorang daripada golongan yang menipu." (Riwayat Muslim)SESUATU hukum tidak boleh dibina kecuali berasaskan dalil yang kuat seperti al-Quran, hadis, ijmak dan qiyas.
Sehubungan itu, menyampaikan dan beramal dengan hukum yang berasaskan hadis mauduk adalah haram dan berdosa. Oleh sebab itu, hukum hakam tidak terbina atas hadis mauduk.
Menyandarkan sesuatu amalan, kata-kata kepada Nabi SAW tanpa sebarang bukti daripada al-Quran atau hadis sahih adalah bidaah dan diharamkan oleh Islam. Imam al-Khatib al-Bagdadi berkata, "Seorang perawi hadis wajib memastikan hadis yang disampaikan itu bukan daripada hadis rekaan atau palsu.
Ini kerana perbuatan terbabit akan menyebabkan umat Islam sesat sekali gus beramal dengan sesuatu yang tidak betul. Lebih bahaya lagi apabila hadis palsu yang disampaikan itu boleh menyebabkan umat Islam mengamalkan syirik atau khurafat.
Sehubungan itu, segala kenyataan palsu (hadis palsu) haram diamalkan sama ada untuk tujuan hukum atau akhlak.
Hadis palsu tak boleh jadi asas hukum | BHplus | Berita Harianhttps://www.bharian.com.my/node/90704

Kamilin Jamilin - Seni Hadith1 6 Disember 2015 ·
SOALAN:
Mengapa sebahagian imam hadis seperti Ibn Majah memasukkan hadis-hadis yang dikatakan lemah dan sangat lemah dalam karyanya al-Sunan walhal mereka merupakan ilmuwan hadis terbilang? Adakah itu bukti mereka berhujah atau beramal dengan hadis yang lemah?
JAWAPAN:
Perlu difahami setiap pengarang berbeza metodologi mereka pada karya yang dihasilkan. Sebahagian mereka ada menjelaskan kriteria atau syarat mereka dalam karya hadis mereka secara umum seperti al-Bukhariy dan Muslim yang mensyaratkan hadis sahih, Abu Daud yang ada memperjelas syaratnya dalam Risalah Ila Ahli Makkah, al-Tirmidziy yang menghimpunkan hadis-hadis yang diguna pakai para fuqaha’ dan lain-lain. Sebahagian lain pula tidak menyatakan secara jelas perkara tersebut seperti Ibn Majah. Maka para ulama’ berijtihad bagi memahami manhaj mereka serta piawaian mereka dalam karya-karya hadis mereka.
Misal pertama:
Ibn Majah tidak menyatakan kriteria hadisnya dalam kitab al-Sunan, namun secara zahirnya objektif beliau adalah menghimpunkan hadis-hadis hukum yang diguna pakai oleh para fuqaha’ tanpa mensyaratkan ianya bertaraf sahih atau diterima statusnya. Kita tidak boleh mengatakan beliau berhujah atau beramal dengan hadis dha’if semata-mata kerana kewujudan hadis-hadis lemah dalam kitab beliau ini kerana jika itu hujahnya, maka adakah Ibn Majah berhujah atau beramal dengan hadis palsu dan yang sangat rapuh statusnya hanya kerana terdapat sebahagian kecil hadis palsu dan rapuh dalam Sunan beliau?? Walhal kedua-dua jenis “hadis” tersebut disepakati ilmuwan hadis untuk dicampak serta ditinggalkan??
Misal kedua:
Al-Darqutniy yang mengarang al-Sunan juga banyak memasukkan hadis-hadis lemah, rapuh, bahkan palsu dalam kitabnya tersebut. Namun jika diteliti analisa para cendekiawan hadis akan mendapati beliau melakukan hal tersebut demi menjelaskan ‘illahnya (kecacatan) dan beliau merupakan antara insan yang paling pakar dengan perbahasan ‘Ilal al-Hadith sehinggakan sebahagian ulama’ seperti Ibn Taimiyyah, Ibn ‘Abd al-Hadiy al-Hanbaliy menganggap al-Darqutniy menghimpunkan dalam Sunannya gharaib al-sunan. Oleh itu beliau sendiri banyak memperkatakan pelbagai jenis kecacatan hadis-hadis riwayat beliau dalam Sunannya sama ada yang lemah, rapuh dan palsu.
Menurut Dr. ‘Abdullah bin Dhayf dalam kajiannya: al-Darqutniy Wa Atharuhu al-‘Ilmiyyah yang berasal dari tesis PhD beliau: al-Imam al-Darqutniy Wa Kitabuhu al-Sunan, sebanyak 520 hadis dalam al-Sunan yang al-Darqutniy sendiri menilainya lemah, 231 hadis yang beliau tinggalkan, manakala hadis yang dinilai sahih atau baik atau sahih sanadnya oleh beliau pula hanya 188 hadis. Keseluruhan hadis-hadis yang dikritik lemah dan rapuh pula secara umumnya mencecah 4700 hadis, manakala hadis-hadis yang tidak dihukum beliau pula pelbagai statusnya.
Maka al-Darqutniy dilihat menghimpunkan pada Sunannya hadis-hadis hukum yang diguna pakai oleh para fuqaha’ bagi memperjelaskan kecacatan-kecacatannya serta pelbagai perselisihan sanad dan teksnya yang sebahagiannya tidak layak untuk dijadikan dalil penghujahan. Pengarangnya seolah-olah ingin menjadikan karyanya al-Sunan ini sebagai wasilah untuk membidas sebahagian besar dalil-dalil yang digunakan oleh sebahagian fuqaha’. Namun terdapat juga sebahagian kecil hadis-hadis yang layak dijadikan hujah disebutkan dalam kitab beliau tersebut.
Justeru ramai yang tersilap ketika berinteraksi dengan kitab tersebut dengan menyangka bahawa hadis-hadisnya diriwayatkan oleh pengarang untuk diperhujah atau diperamal. Maka mereka terus memetik atau menukil riwayat-riwayat dari kitab Sunan al-Darqutniy untuk dijadikan dalil tanpa memahami objektif serta manhaj pengarang atau menyemak secara teliti statusnya yang kebanyakannya ma’lulah (cacat).
Kesimpulan:
Kepentingan mengenali setiap manhaj para muhaddithin dalam berkarya serta keperluan memahaminya supaya tidak disalah erti atau tidak menyebabkan kesilapan ketika berinteraksi dengan karya-karya mereka. Bukan semua periwayatan para muhaddithin bertujuan untuk dijadikan hujah atau amalan. Sebahagian mereka meriwayatkan hanya hadis-hadis yang sahih atau baik di sisi mereka seperti Sahih al-Bukhariy dan Sahih Muslim, sebahagian lain pula meriwayatkan apa yang diperhujahkan oleh ahli fiqh tanpa mengira statusnya seperti Sunan al-Tirmidziy dan Sunan Ibn Majah, sebahagian lain pula meriwayatkan hadis-hadis yang menjadi kritikan atau sebab kelemahan kredibiliti perawi tertentu seperti al-Kamil Ibn ‘Adiy dan al-Dhu’afa’ al-‘Uqayliy dan sebahagian lain pula meriwayatkan banyak hadis-hadis untuk diperjelas kecacatannya seperti Musnad al-Bazzar dan Sunan al-Darqutniy.
Kamilin Jamilin - Seni Hadith - Siaran
https://www.facebook.com/1743258955902336/posts/soalanmengapa-sebahagian-imam-hadis-seperti-ibn-majah-memasukkan-hadis-hadis-yan/1746263698935195/

Membongkar Status Hadis (Tuntutlah Ilmu Sekalipun Di Negeri Cina)Submitted by admin on Sat, 02/11/2013 - 6:42pm
Oleh: Prof KH Ali Mustafa Yaqub, MA.
Petikan dari buku: Hadis-Hadis Bermasalah

Mencari Ilmu di Negeri Cina*

Seorang mahasiswi Institut Ilmu al-Qur'an (IIQ) Jakarta yang sedang menjalankan Kuliah Kerja Nyata (KKN) di kawasan Kebayoran Lama Jakarta, akhir tahun 1994, ditanya oleh seorang warga masyarakat setempat. Katanya, "Siapakah yang meriwayatkan Hadis Carilah ilmu meskipun di negeri Cina, dan mengapa Nabi Saw menyebutkan Cina, bukan Eropa saja?". Pertanyaan ini sangat bagus, karena yang ditanyakan adalah periwayatnya, dan ini merupakan aspek sanad (silsilah keguruan Hadis), juga substansinya (mengapa menyebut Cina), dan ini menyangkut aspek matan (materi Hadis). Pertanyaan ini juga sekaligus membuktikan bahwa Hadis tersebut sudah memasyarakat.

Hadis Populer

Teks Hadis tersebut adalah sebagai berikut:

اُطْلُبُوْا الْعِلْمَ وَلَوْ بِالصِّيْنِ، فَإِنَّ طَلَبَ الْعِلْمِ فَرِيْضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍCarilah ilmu meskipun di negeri Cina, karena mencari ilmu itu wajib bagi setiap muslim.Hadis ini oleh para ulama Hadis dikategorikan sebagai Hadis masyhur yang non-terminologis, yaitu Hadis yang sudah populer di masyarakat meskipun - terkadang - hal itu belum berarti bahwa ia benar-benar Hadis yang berasal dari Nabi Saw. Sebab yang menjadi kriteria di sini adalah ia disebut Hadis oleh masyarakat umum, dan ia masyhur atau populer di kalangan mereka
Sebagai bukti bahwa Hadis tersebut di atas itu termasuk Hadis masyhur non-terminologis (ghair ishtilahi) adalah ia dicantumkan dalam kitab-kitab yang khusus memuat Hadis-hadis masyhur. Misalnya kitab al-Maqashid al-Hasanah karya al-Sakhawi (w. 902 H)(1), aI Durar al-Muntatsirah fi al-Ahadits al-Musytahirah karya al-Suyuti (w 911 H)()2, al-Ghammaz `ala al-Lammaz karya aI-Samhudi (w. 91 1 H)(3), Tamyiz al-Tayyib min al-Khabits karya Ibn al-Daiba' (w. 944 H)(4), Kasyf al-Khafa wa Muzil al-Ilbas karya al-Ajluni (1162 H)(5), Asna al-Matalib karya al-Hut(6),  dan lain-lain
Berbeda dengan Hadis masyhur yang terminologis (ishtilahi), yang ini adalah Hadis di mana jumlah rawi dalam setiap jenjang periwayatannya berkisar antara tiga sampai sembilan orang(7)
Rawi dan Sanad HadisHadis Carilah ilmu meskipun di negeri Cina di atas tadi diriwayatkan oleh rawi-rawi antara lain, Ibn Adiy (w. 356 H) dalam kitabnya aI-Kamil fi Dhu'afa Rijal, Abu Nu'aim (w. 430 H) dalam kitabnya Akhbar Ashbihan, al-Khatib al-Baghdadi (w. 463 H) dalam kitabnya Tarikh Baghdad dan al-Rihlah fi Thalab al-Hadits, Ibn Abd al-Barr (w. 463 H) dalam kitabnya Jami' Bayan al-'Ilm wa Fadhlih, Ibn Hibban (w. 254 H) dalam kitabnya Majruhin, dan lain-lain(8)
Sementara sanadnya adalah, mereka semua menerima Hadis itu dari: aI-Hasan bin 'Atiyah, dari Abu 'Atikah Tarif bin Sulaiman, dari Anas bin Malik, (dari Nabi Saw)(9)
Kualitas HadisImam Ibn Hibban mengatakan, Hadis ini bathil la ashla lahu (batil, palsu, tidak ada dasarnya). Pernyataan Ibn Hibban ini diulang kembali oleh al-Sakhawi dalam kitabnya al-Maqhasid al-Hasanah. Sumber kepalsuan Hadis ini adalah rawi yang bemama Abu Atikah Tarif bin Sulaiman (dalam sumber Iain tertulis: Salman). Menurut para ulama Hadis seperti al-`Uqaili, al-Bukhari, al-Nasa'i, dan Abu Hatim, mereka sepakat bahwa Abu Atikah Tarif bin Sulaiman tidak memiliki kredibilitas sebagai rawi Hadis. Bahkan menurut al-Sulaimani, Abu Atikah dikenal sebagai pemalsu Hadis. Imam Ahmad bin Hanbal juga menentang keras Hadis tersebut(10). Artinya, beliau tidak mengakui bahwa ungkapan Carilah ilmu meskipun di negeri Cina itu sebagai Hadis Nabi. Riwayat-riwayat LainHadis tersebut juga ditulis kembali oleh lbn al-jauzi dalam kitabnya al-Maudhu'at (Hadis-hadis palsu). Kemudian al-Suyuti dalam kitabya al-La'ali al-Mashnu'ah fi al-Ahadits al-Maudhu'ah — sebuah kitab ringkasan dari kitab lbn al-jauzi ditambah komentar dan tambahan - mengatakan bahwa di samping sanad di atas, Hadis tersebut memiliki tiga sanad lain. Masing-masing adalah sebagai berikut
1. Ahmad bin 'Abdullah — Maslamah bin al-Qasim --- Ya'qub bin Ishaq bin Ibrahim al-'Asqalani – `Ubaidullah bin Muhammad al-Firyabi – Sufyan bin `Uyainah – al-Zuhri –Anas bin Malik – (Nabi Saw). Hadis dengan sanad seperti ini diriwayatkan oleh Ibn Abd al-Barr dan al-Baihaqi dalam kitab Syu'abal Iman
2. Ibn Karram – Ahmad bin Abdullah al-Juwaibari – al-Fadhl bin Musa – Muhammad bin 'Amr – Abu Salamah – Abu Hurairah -- (Nabi Saw). Hadis dengan sanad seperti ini diriwayatkan oleh Ibn Karram, seperti disebut dalam kitab al-Mizan (Mizan I'tidal fi Naqd al-Rijal) karya al-Dzahabi
3. Dalam kitabnya al-Lisan (Lisan al-Mizan), Ibn Hajar al-Asqalani meriwayatkan Hadis itu dengan riwayat sendiri yang berasal dari Ibrahim al-Nakha'i — Anas bin Malik. Ibrahim berkata, "Saya mendengar Hadis itu dari Anas bin Malik"
Sementara kualitas tiga sanad ini adalah sebagai berikut:Dalam sanad pertama terdapat nama Ya'qub bin Ibrahim al-Asqalani. Menurut Imam al-Dzahabi, Ya'qub bin Ibrahim al-Asqalani adalah kadzdzab (pendusta). Dalam sanad kedua terdapat nama Ahmad bin Abdullah al-Juwaibari, dia adalah seorang pemalsu Hadis. Sementara dalam sanad ketiga, Ibrahim al-Nakha'i tidak pernah mendengar apa-apa dari Anas bin Malik. Demikian kata Ibn Hajar al-Asqalani(11). Oleh karenanya, ia juga tidak lebih dari seorang pembohong
Tidak Mengubah KedudukanTiga sanad yang disebutkan al-Suyuti di atas ternyata tidak mengubah kedudukan Hadis yang kita kaji ini. Artinya Hadis tersebut tetap berstatus maudhu' atau palsu, karena sanad yang disebutkan al-Suyuti tadi semuanya lemah. Karenanya, Ahli Hadis masa kini, Syeikh Muhammad Nashir al-Din al-Albani mengatakan bahwa catatan al-Suyuti itu laisa bi syai'in (tidak ada artinya)(12), karena tidak mengubah status Hadis tersebut, bahkan justru memperkuat kepalsuannya
Biasanya, sebuah Hadis yang dha'if (lemah), apabila ia diriwayatkan dengan sanad lain yang juga lemah, maka ia dapat meningkat statusnya menjadi Hadis hasan li ghairih. Tetapi dengan catatan, kelemahannya itu bukan karena rawinya seorang yang fasiq (berbuat maksiat) atau ia seorang pendusta(13). Sementara Hadis "Belajar di negeri Cina" ini lain. Ia tidak dapat meningkat kualitasnya menjadi hasan li ghairih, karena kelemahannya adalah rawi-rawinya adalah orang-orang pendusta, bahkan pemalsu Hadis
Sementara itu, ahli Hadis masa kini, Prof. Dr. Nur al-Din 'Itr ber pendapat bahwa meskipun Hadis "Mencari ilmu di negeri Cina" itu tidak dapat meningkat kualitasnya dari dha'if menjadi hasan li ghairih, namun beliau juga tidak memastikan bahwa Hadis tersebut palsu. Beliau hanya menetapkan bahwa Hadis tersebut sangat lemah (dha'if syadid)(14). Sayang, Nur al-Din 'Itr tidak menjelaskan apa yang dimaksud dengan dha'if syadid (lemah sekali) itu. Sebab Hadis palsu adalah Hadis yang paling lemah
Dalam disiplin ilmu Hadis, Hadis yang sangat parah kelemahannya, seperti Hadis Maudhu, Hadis matruk dan Hadis munkar tidak dapat dijadikan sebagai dalil apa pun, hatta untuk dalil amal-amal kebajikan (fadhail al-a'mal , sebab salah satu syarat dapat digunakannya Hadis-hadis dha'if untuk dalil-dalil fadhail al-a'mal adalah kedha'ifan Hadis-hadis tersebut tidak parah. Sedangkang Hadis "Mencari ilmu di negeri Cina" itu sangat parah kedhai'fannya. Oleh karena itu, meskipun Prof. Dr. Nur al-Din `Itr berbeda pendapat dengan Syeikh Nashir al-Din al-Albani dan Ibn al-Jauzi dalam menilai Hadis tersebut, namun dalam prakteknya mereka sepakat bahwa Hadis tersebut tidak dapat digunakan untuk dalil apa pun, baik untuk aqidah, syariah maupun akhlaq dan fadhail aI a'mal
Rawi KontroversialSementara itu, Imam Ibn Hajar al-Asqalani menyebutkan bahwa Ya'qub bin Ishaq al-Asqalani yang dinilai sebagai kadzdzab (pendusta) oleh Imam al-Dzahabi, ternyata disebut-sebut oleh Maslamah bin al-Qasim dalam kitabnya al-Shilah. Maslamah menuturkan bahwa ada beberapa guru Hadis menyebut-nyebut Ya'qub bin Ishaq al-Asqalani kepadanya. Maslamah juga berkata, "Saya menulis Hadis dari Ya'qub bin Ishaq dan saya lihat para guru Hadis menulis Hadis dari padanya. Ya'qub juga diperselisihkan di antara para ahli Hadis, ada yang menilainya majruh (inkredibel), dan ada yang menilainya tsiqah (kredibel). Bagi saya," begitu Maslamah melanjutkan, "Ya'qub bin Ishaq adalah shalih wa ja'iz al Hadts (baik Hadisnya)(15)"Bila demikian halnya, maka rawi yang bernama Ya'qub bin Ishaq al-Asqalani itu termasuk rawi yang kontroversial. Selanjutnya apakah hal itu dapat mengubah status Hadis tersebut menjadi Hadis yang shahih? Jawabannya adalah tetap tidak dapat. Mengapa? Karena dalam ilmu al-Jarh wa Ta'dil (evaluasi negatif dan positif atas rawi-rawi Hadis), terdapat kaidah bahwa apabila seorang rawi dinilai negatif (jarh) dan positif (ta'dil oleh para ulama kritikus Hadis, maka yang diunggulkan adalah pendapat yang menilai negatif apabila penilaian itu dijelaskan sebab-sebabnya(16). Dalam kasus Ya'qub bin Ishaq ini, al-Dzahabi telah memberikan penilaian negatif (jarh) dengan menjelaskannya sebagai seorang kadzdzab (pendusta)(17). Karenanya, penilaian ini harus dikedepankan, sehingga Ya'qub bin Ishaq tetap sebagai rawi yang majruh (inkredibel)
Selanjutnya, setelah diketahui bahwa Hadis di atas itu palsu, maka kini tidak perlu lagi menjawab pertanyaan "kenapa Nabi saw menyebutkan Cina, bukan Eropa". Sebab ungkapan itu tidak ada sangkut pautnya dengan Nabi Muhammad Saw, meskipun kalangan masyarakat awam menganggapnya sebagai Hadis
Ungkapan itu boleh jadi mulanya adalah semacam kata-kata mutiara, karena konon Negeri Cina pada masa lalu sudah dikenal memiliki budaya yang tinggi. Kemudian lambat-laun unkapan itu disebut-sebut sebagai Hadis. Dan perlu diingat bahwa Hadis yang palsu sebagaimana dimaksud dalam jawaban ini adalah ungkapan sebagaimana termaktub dalam awal uraian ini yang terdiri dari dua kalimat, yaitu "Carilah ilmu meskipun di negeri Cina, karena mencari ilmu itu wajib bagi setiap muslim". Sementara itu, kalimat yang kedua yaitu "Mencari ilmu itu wajib bagi setiap muslim", merupakan Hadis shahih yang antara lain diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi dalam kitab Syu'ab al-Imam, Imam al-Thabrani dalam kitab al-Mu'jam al-Shagir, dan al-Mu jam al-Ausath, al-Khatib al-Baghdadi dalam kitabnya Tarikh Baghdad dan lain-lain(18)
Wallahu a lam
Nota kaki:* Majalah AMANAH, No. 219, 16-29 Desember 1994
1. Al-Sakhawi, al-Maqashid al-Hasanah, Koreksi dan Komentar : Abdullah Muhammad al-Shiddiq, Dar al-Kutub al-'llmiyah, Beirut, 1399 H/ 1979 M, HaI.93
2. Al-Suyuti, al-Duraral-Muntatsirah Fi al-Ahadits al-Musytahirah, Editor Dr Muhammad Lutfi al-Shabbagh, King Saud University Press, Riyadh, 1403 H/1983 M, hal. 71
3. Al-Samhudi, Abu aI-Hasan, al-Ghammaz min al-Lammaz, Editor Muhammad Ishaq Muhammad Ibrahim al-Salafi, Daral-Liwa, Riyadh, 1401 H/1981 M, hal. 35
4. lbn al-Daiba', Tamyiz al-Tayyib min al-Khabits, Dar al-Kutub al-`llmiyah, Beirut 1401 H/ 1981 M, hal. 30
5. Al-Ajluni, Isma'iI bin Muhammad, Kasyf al- Khafa' wa Muzil aI-Ilbas, Editor Ahmad al-Qallasy, Muassasah al-Risalah, Beirut, 1403 H/1983 M, 1/154
6. Al-Hut, Muhammad Darwisy, Asna al- Matalib, Dar al-Kitab al-Arabi, Beirut, 1403 H/1983 M, hal. 59,7. AI-Tahhan, Mahmud, Dr, Taisir Mushthalah al-Hadits, Dar al-Qur`an al-Karim, Beirut, 1399 H/1979 M, hal. 22.  8 .Ibn Hibban, Kitab al-Majruhin, Editor Mahmud Ibrahim Yazid, Dar al-Ma'rifah, Beirut, tth. 1/ 282. lbn Abd al-Barr, Jami' Bayan al-'Ilm wa Fadhlih, Dar aI-Fikr, tt., tth., 1/9. Al-Albani, Muhammad Nashir al-Din, Silsilah al-Ahadits al Dha'ifah wa al-Maudhu'ah, al-Maktab al-lslami, Beirut, 1398 H, 1/413-416
9. Ibid. lbn Hibban, Loc. Cit. Ibn Abd al-Barr, Loc. Cit. 10. Al-Albani, Loc. Cit
11 Al-Suyuti, al-La'ali al-Mashnu'ah al-Ahadits al-Maudhu'ah, Dar al-Ma'rifah, Beirut, tth., 1/193
12 AI-Albani, Op. Cit., 1/41413. Al-Tahhan, Op. Cit., hal. 51
14. Nur al-Din 'ltr (Editor) dalam: al-Khatib al-Baghdadi, al-Rihlah fi Thalab al-Hadits, Dar al¬Kutub al-'Ilmiyah' Beirut, 1395 H/1975 M, hal. 75
15 al-Suyuti, Loc. Cit
16 Mahmud al-Tahhan, Ushul al-Takhrij Wa Dirasat al-Asanid, Dar al-Qur'an al-Karim, Beirut, 1399 H/1979 M, hal. 162
17 Muhammad bin Ahmad al-Dzahabi, Mizan al-I'tidal fi Naqd al-Rijal, Editor Ali Muhammad aI-Bijawi, Daral-Fikr, ttp., tth., IV/449
18. Jalal aI-Din al-Suyuti. al-Jami` al-Shaghir, Dar al-Fikr, Beirut. 1401 H/ 1 981 M,II/ 131
[[{"fid":"1178","view_mode":"media_original","fields":{"format":"media_original","field_file_image_alt_text[und][0][value]":"Info grafik Hadis Tuntutlah ilmu ke negeri Cina","field_file_image_title_text[und][0][value]":"Info grafik Hadis Tuntutlah ilmu ke negeri Cina"},"type":"media","attributes":{}}]]Kategori Berita:Al-Quran dan al-Hadis
Membongkar Status Hadis (Tuntutlah Ilmu Sekalipun Di Negeri Cina) | al-ahkam.net 1434
http://www.al-ahkam.net/home/membongkar-status-hadis-tuntutlah-ilmu-sekalipun-di-negeri-cina
HASRIZAL-ANTI HADITH_KASSIM AHMAD HANYALAH SATU DRP SUBJEK YG ADA DLMNYA - YouTubehttps://www.youtube.com/watch?v=RFMhdTDg0hMHUKUM BERAMAL DENGAN HADIS LEMAH DAN PALSUApril 19, 2014Ustaz Dr. Fathul Bari Mat Jahya
Ibn Hajar al-Asqalani rhm. telah membuat perbezaan dan memberi pengertian setiap satu kedudukan hadis seperti sahih, hasan, dan lemah. Apa kepentingan untuk kita mengetahui ilmu ini? Apa tujuan kita mengetahui kedudukan hadis sama ada sahih, hasan, ataupun palsu?
Kita perlu mendapatkan kepastian dan kesahihan suatu hadis kerana kita hendak menjadikannya sebagai asas dan sumber rujukan dalam Agama. Kita hendak solat dengan cara yang betul, sebab itu kita mesti pastikan riwayat tentang solat yang sampai kepada kita adalah riwayat yang sahih (benar), bukan riwayat yang palsu (direka-reka) atau lemah dan diragui.
Sebahagian orang mengambil mudah dan tidak peduli. Asalkan ia disebut hadis, mereka menerima semuanya termasuk yang lemah dan palsu. Sedangkan hal ini melibatkan urusan Akhirat, yang menentukan amalan diterima atau ditolak, yang melibatkan syurga atau neraka, maka hendaklah setiap amalan yang dilakukan itu kita pastikan sahih datang dari Nabi SAW supaya diterima dan dihitung sebagai amal soleh. 
Sabda Nabi SAW, “Barangsiapa yang melakukan suatu amalan (ibadah) yang tidak kami perintahkan, maka ia tertolak.” (Riwayat Muslim)
Kalau amalan yang dilakukan tidak betul, bagaimana ia hendak dihitung? Analoginya, majikan memberi kerja kepada kita di pejabat sebagai kerani menaip surat. Dalam waktu bekerja kita membuat kerja lain seperti sapu sampah, cuci tandas, bersihkan sawang. Kemudian pada hujung bulan kita ‘claim’ upah sapu sampah dan sebagainya. Adakah majikan akan membayar upah bagi kerja yang tidak dipertanggungjawabkan ke atas kita? Semestinya tidak.
Begitu juga urusan kita dengan ALLAH, Allah telah memberikan garis panduan kerja, tanggungjawab dan tugasan yang kita perlu buat melalui RasulNya, jika kita buat selain dari apa yang ditunjukkan oleh utusanNya, adakah kita yakin ia diterima oleh ALLAH? Secara zahirnya ia tidak diterima kerana kita melakukan sesuatu yang di luar tugasan yang diberikan. Jadi untuk pastikan tugas yang dibuat itu betul, hendaklah kita teliti apa yang sampai kepada kita khususnya hadis Nabi, hendaklah dipastikan sahih agar amalan yang dilakukan bertepatan dengan kehendak Allah SWT dan RasulNya SAW.
HADIS DHA’IF
Hadis dha’if ialah hadis yang tidak sampai ke tahap hadis yang boleh diterima. Hadis yang boleh diterima ada dua; sahih dan hasan. Hadis sahih pula terbahagi kepada sahih lizatihi dan sahih lighairihi. Hadis hasan juga terbahagi kepada dua; hasan lizatihi, hasan lighairihi. Lizatihi merujuk kepada zatnya, yakni hadis itu sendiri sahih dan tidak perlu kepada sokongan. Adapun lighairihi, hadis itu menjadi sahih atau menjadi hasan kerana disokong oleh hadis lain.
Adapun hadis dhaif ialah hadis yang tidak sampai  tahap hadis yang boleh diterima. Ada beberapa pendapat para ulama bersangkutan hukum beramal dengan hadis dhaif;
Pendapat pertama mengatakan haram beramal secara mutlak. Ini pendapat Imam Al-Bukhari, Imam Muslim, juga guru Imam Al-Bukhari – Ali Ibn Al-Madini. Pendapat ini juga didokong oleh Abu Bakar Ibn Al-Arabi dan Imam Al-Syaukani.
Imam Muslim di dalam muqaddimahnya membuat satu bab khusus Haram Meriwayatkan Sesuatu Yang Kamu Tidak Pasti Datang Daripada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam. Kemudian beliau membawakan sebuah hadis, “Memadai seseorang itu dikatakan pendusta apabila dia menyampaikan semua yang dia dengar.” (Riwayat Muslim)
Ada yang mendakwa tiada perkataan Imam Bukhari yang mengatakan tidak boleh beramal dengan hadis dhaif. Sememangnya Imam Bukhari tidak pernah menyebut secara jelas. Tetapi seperti yang dinyatakan oleh Syaikh Jamaluddin Al-Qasimi, begitu juga Al-Imam Ash-Shan’ani dan yang lain bahawasanya Imam Bukhari sangat tegas dalam mengambil sesuatu hadis. Ketegasan beliau sehingga beliau berhati-hati untuk beramal dengan hadis hasan. Apatah lagi hadis yang berstatus dhaif, seperti yang dinyatakan oleh Imam Ash-Shan’ani di dalam kitabnya Taudhihu Al-Afkar. Ini fahaman ulama hadis tentang kenyataan Al-Imam Al-Bukhari dalam kitab beliau.
Pendapat kedua mengatakan boleh beramal dengan hadis dhaif secara mutlak.Ini dikatakan sebagai pendapat Imam Abu Hanifah, Imam Al-Syafi’i, juga Imam Ahmad bin Hanbal. Kita harus faham bahawa ulama-ulama fuqaha sentiasa diminta fatwa. Mereka akan mendahulukan hadis dhaif berbanding logik akal fikiran. Tetapi sekiranya terdapat hadis sahih, mereka akan menggunakan hadis sahih dan menolak hadis dhaif. Oleh itu disandarkan kepada mereka kenyataan bahawa mereka membolehkan beramal dengan hadis dhaif.
Pendapat ketiga adalah boleh beramal dengan hadis dhaif berkaitan kelebihan amal (fadhail amal) tetapi dengan syarat. Ini pendapat yang masyhur dari Al-Imam An-Nawawi dan diulas oleh Al-Hafiz Imam Ibnu Hajar Al-Atsqalani.  Orang yang menggunakan pandangan ini hanya mengikut sebahagian syarat dan meninggalkan sebahagian yang lain. Mereka tidak mengikut kesemua syarat yang digariskan. Ini kerana syarat-syaratnya amat ketat;
1. Hendaklah dhaif itu bukan dhaif yang bersangatan.
2. Hendaklah hadis dhaif itu bukan berkaitan dengan hukum hakam, tetapi hanya berkaitan dengan kelebihan-kelebihan beramal. Jadi sekiranya hadis dhaif itu membentuk satu hukum, ia tertolak.
3. Tidak boleh meyakini bahawa hadis itu datang dari Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam. 
4. Tidak boleh menyeru manusia beramal dengannya. Haram hukumnya menyebarkan hadis dhaif dan kemudian menyeru manusia beramal dengannya. 
5. Hendaklah hadis dhaif itu terhasil dari hukum yang asal yang telah sedia ada. Contohnya, hukum mentaati ibu bapa adalah wajib berdasarkan dalil dari Al-Quran dan hadis sahih. Maka kelebihan mentaati ibubapa termasuk dalam kelebihan beramal, at-targhib wat tarhib. Ia mestilah terhasil dari hukum asal yang sabit dari Al-Quran atau hadis sahih. Sekiranya kelebihan beramal itu membentuk suatu hukum baru maka ia tidak boleh diterima. Untuk membentuk hukum solat dengan kelebihan tertentu tidak dibolehkan, sebab itulah Imam Al-Nawawi sendiri menolak solat Raghaib sempena awal bulan Rejab kerana tiada hadis Nabi SAW tentang solat Raghaib.
Inilah lima syarat yang diperuntukkan oleh Imam Al-Nawawi sebelum membolehkan beramal dengan hadis dhaif. Sedangkan adakah orang yang beramal dengan hadis dhaif mengikuti semua syarat-syarat ini? Mereka menyeru orang beramal dengannya, bahkan orang awam tidak mampu membezakan hadis yang kurang daif atau bersangatan daifnya. Jadi jika tidak mampu memenuhi syaratnya  maka jangan beramal, tinggalkanlah yang dhaif kerana di sana terdapat banyak hadis-hadis sahih yang belum diamalkan. Beramallah dengan hadis-hadis sahih.
HADIS PALSU
Saya pernah mencadangkan agar diwujudkan satu akta penyebaran hadis di bawah jabatan agama. Di bawah akta ajaran sesat contohnya boleh dimasukkan satu akta khas penyebaran hadis. Dahulu pada sekitar kurun kedua dan ketiga hijrah, penyebar hadis palsu dihukum bunuh atau dipenjara seumur hidup.
Maisarah Ibnu Abd Rabbuh, Nuh Ibn Abi Maryam dan Muhammad Ibn Sa’id Al-Mashlub adalah pemalsu hadis dan semua dihukum bunuh. Nuh Ibn Abi Maryam dibunuh kerana menyebarkan kelebihan surah dalam Al-Quran. Ketika ditanya pemerintah mengapa dia mencipta hadis palsu, jawabnya adalah kerana manusia pada masa itu sibuk dengan kitab sejarah Ibn Ishaq dan fiqh Imam Abi Hanifah sehingga tidak membaca Al-Quran jadi beliau menciptakan hadis bertujuan menarik minat manusia agar membaca Al-Quran.
Di Malaysia masih banyak buku, penceramah yang menyampaikan hadis palsu, kisah Umar Al-Khatthab ra. menanam hidup-hidup anak perempuannya semasa kecil diceritakan oleh guru-guru sekolah. Orang mendengar kisah tersebut sehingga menangis kesedihan. Walhal kisah ini karut dan tuduhan palsu ke atas Umar. Mana mungkin Umar membunuh anak perempuannya, anak sulungnya Hafsah dewasa dan menjadi isteri Nabi SAW.
Memang ada orang arab pada masa itu di kalangan Bani Tamim yang membunuh anak perempuan tetapi ia bukan keturunan Umar, Umar adalah arab Quraisy. Masyarakat arab dahulu umumnya tidak membunuh anak perempuan mereka seperti mana kata Hindun, “Kami membesarkan anak-anak kami, apabila mereka besar kalian membunuhnya.” Dia menunjuk kepada Nabi kerana setelah anak mereka besar, mereka dihantar perang, menjadi tawanan perang, dan sebagainya.
Perkataan ini satu bukti menunjukkan masyarakat arab tidak membunuh anak-anak kecuali beberapa kabilah kerana beberapa sebab seperti; mempercayai sial, takut anak menjadi tawanan di mana pada masa itu tiada undang-undang dan peraturan hidup, siapa kuat dan berkuasa maka dia raja. Jadi mereka membunuh anak perempuan sejak kecil kerana cemburu yang keterlaluan menyebabkan mereka tidak sanggup melihat anak perempuan mereka ditawan. Tetapi Umar tidak melakukan demikian.
Banyak hadis palsu yang datang dari kalangan Syiah untuk memburukkan para sahabat, antaranya Abdurrahman bin Auf masuk syurga merangkak kerana kekayaannya. Syiah juga membacakan hadis-hadis palsu menceritakan kelebihan Ali di mana riwayat tersebut tidak ada sandarannya.
Sebab itu perlu diwujudkan akta khusus bagi mengawal penyebaran hadis agar setiap hadis yang dibaca di mana-mana tempat sama ada masjid, surau, akhbar, buku dan sebagainya terikat dengan undang-undang secara khusus sebagai langkah permulaan. Maka sesiapa yang hendak menyebarkan sebarang berita yang disandarkan kepada Nabi mestilah memastikan kesahihannya terlebih dahulu. Kecuali jika disebarkan untuk menjelaskan kepalsuannya. Kita mestilah hati-hati dalam penyebaran hadis, kerana kata Nabi SAW, “Barangsiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja maka siaplah tempatnya di dalam neraka.” (Riwayat Muslim)
Berkata Ibnu Mas’ud ra., “Lebih baik kamu menyekat dirimu dari melakukan satu sunnah dari kamu menyibukkan dirimu melakukan bid’ah.” Bukan beliau melarang melakukan sunnah, tetapi bagi riwayat yang kita tidak pasti kesahihannya, lebih selamat kita tinggalkan. Kalau beramal kita mungkin melakukan bid’ah sedangkan ia dilarang, jadi tidak mengapa kita tidak beramal dengannya jika tidak pasti.
Artikel ini disiarkan pada Jumaat, 18.04.2014
Mengapa Mereka Membuat Hadits Palsu?
Hadits palsu atau hadits maudhu’ adalah perkataan dusta yang dibuat dan direkayasa oleh seseorang kemudian dinisbahkan kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Hadits palsu adalah seburuk-buruknya hadits dhaif, bahkan sebagian ulama menganggapnya jenis tersendiri di luar hadits dhaif.Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengancam pembuat hadits palsu dengan ancaman yang sangat berat. Dalam sebuah hadits mutawatir, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:من كذب علي متعمدا فليتبوأ مقعده من النارArtinya: “Siapa saja yang berdusta atas namaku secara sengaja, maka bersiaplah menempati tempat duduknya di neraka.”Walaupun ada ancaman tegas dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, tetap saja banyak yang berani membuat-buat hadits palsu. Ada yang melakukannya karena kebodohan, keinginan mendapatkan dunia, dan ada juga yang memang sengaja ingin menghancurkan Islam. Berikut rincian motivasi para pembuat hadits palsu ketika memalsukan hadits:1. Mendekatkan diri kepada Allah ta’alaKelompok ini membuat hadits-hadits yang memotivasi umat Islam untuk melakukan berbagai amal kebaikan, dan hadits-hadits yang membuat orang-orang takut untuk melakukan perbuatan munkar. Kelompok ini dikenal berasal dari kalangan orang-orang zuhud dan penganjur perbuatan baik. Dan kelompok ini adalah seburuk-buruk pembuat hadits palsu, karena manusia menerima hadits-hadits yang mereka buat, disebabkan kepercayaan manusia kepada mereka.Contoh pembuat hadits palsu dari kalangan ini adalah Maisarah ibn ‘Abdi Rabbihi. Ibnu Hibban dalam adh-Dhu’afaa meriwayatkan dari Ibnu Mahdi, bahwa beliau berkata: Aku bertanya kepada Maisarah ibn ‘Abdi Rabbihi, ‘Dari mana Anda mendatangkan hadits-hadits ini, siapa yang membaca ini, maka ia akan mendapatkan ini’, ia kemudian menjawab, ‘Saya membuatnya untuk memotivasi manusia’.2. Memenangkan madzhab yang dianutSalah satu permasalahan besar umat Islam sejak dulu adalah fanatisme madzhab dan kelompok. Sebagian mereka bahkan berani memalsukan hadits demi memenangkan madzhab dan kelompok mereka. Yang melakukan ini terutama adalah kelompok-kelompok politik yang lahir pasca tersebarnya fitnah di tubuh umat Islam, seperti kelompok Syiah misalnya. Kelompok ini misalnya membuat satu hadits palsu tentang ‘Ali radhiyallahu ‘anhu, yaitu, ‘Ali adalah sebaik-baik manusia, barangsiapa meragukannya maka ia telah kafir’.Ada juga hadits palsu yang dibuat oleh sebagian pendukung madzhab Abu Hanifah. Mereka membuat hadits yang bunyinya, ‘Akan ada di tengah-tengah umatku seorang laki-laki yang dipanggil Abu Hanifah, dia adalah pelita umatku’. Dari kalangan ini juga lahir hadits palsu yang mencela asy-Syafi’i, yaitu, ‘Dan akan ada di tengah-tengah umatku seorang laki-laki yang dipanggil Muhammad ibn Idris, fitnahnya atas umatku lebih berbahaya daripada Iblis’.3. Merusak ajaran IslamKelompok ini membuat hadits palsu dengan tujuan untuk menghancurkan Islam dari dalam. Kalangan zindiq ini tidak mampu melawan Islam secara terang-terangan, jadi mereka berupaya merusak ajaran Islam dari dalam dengan membuat sejumlah hadits palsu. Contohnya adalah hadits yang dibuat oleh Muhammad ibn Sa’id asy-Syami yang berbunyi, ‘Saya adalah penutup para Nabi, tidak ada lagi Nabi setelahku, kecuali yang Allah kehendaki’.Umat Islam yang awam, yang mengira bahwa hadits di atas benar-benar perkataan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, bisa jadi akan berpikir bahwa masih mungkin akan datang nabi lagi setelah Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam wafat. Alhamdulillah, ulama telah menjelaskan kepada umat Islam hadits-hadits semacam ini, sehingga umat tidak terkena fitnah yang disebarkan kalangan zindiq ini.4. Menjilat penguasaSebagian orang yang lemah imannya berusaha mendekati para penguasa dengan membuat hadits palsu, dengan tujuan mendapat simpati dari penguasa tersebut. Hal ini misalnya dilakukan oleh Ghiyats ibn Ibrahim an-Nakha’i al-Kufi dengan khalifah Bani ‘Abbas, al-Mahdi.Ketika Ghiyats masuk ke ruangan al-Mahdi, ia melihat sang khalifah sedang bermain-main dengan burung merpati. Melihat hal ini, Ghiyats membuat hadits yang disandarkannya kepada Nabi sebagai berikut, ‘Tidak ada perlombaan kecuali bermain pedang, pacuan hewan, adu ketangkasan, dan bermain burung’. Ghiyats menambahkan kata janah(sayap) yang artinya bermain burung, pada hadits Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, untuk menyenangkan hati al-Mahdi. Al-Mahdi mengetahui hal ini, kemudian ia memerintahkan untuk menyembelih burung merpati itu, seraya berkata, ‘Aku yang menanggung beban atas hal itu’.5. Mencari penghidupan dan rezekiHal ini misalnya dilakukan oleh sebagian Qushshash (tukang cerita) yang mencari penghidupan melalui berbagai cerita kepada masyarakat. Mereka membuat berbagai cerita yang menyenangkan dan menakjubkan, agar orang-orang mau mendengarkan mereka, kemudian memberi mereka uang. Ini misalnya dilakukan oleh Abu Sa’id al-Madaini.6. Meraih popularitasIni dilakukan dengan membuat hadits-hadits yang asing, yang tidak dijumpai dari seorang pun guru-guru periwayat hadits. Mereka membolak-balikkan sanad hadits, agar terlihat berbeda dari sanad yang dikenal oleh para pencari hadits, dengan harapan para pencari hadits tersebut menemui mereka, dan akhirnya nama mereka dikenal luas. Di antara orang yang melakukan ini adalah Ibnu Abi Dihyah dan Hammad an-Nashibi.***Referensi(1) Taysiir Mushthalah al-Hadits karya Dr. Mahmud ath-Thahhan(2) al-Maudhuu’aat karya Ibn al-JauziAbu Furqan al-BanjaryKeharaman Seluruh Bagian Tubuh Babi Menurut Madzhab Zhahiri
Mengetahui Hadits yang Nasikh dan yang Mansukh
Mengapa Mereka Membuat Hadits Palsu? | Abu Furqan al-Banjary
https://abufurqan.wordpress.com/2013/04/21/mengapa-mereka-membuat-hadits-palsu/

Gempur hadis palsu!ABD RAZAK MUTHALIB 13 MAC 2015Individu Muslim perlu mengetahui sejelasnya cara untuk memastikan sama ada hadis itu dhaif atau sahih. - Gambar hiasan.
APA beza antara duit palsu dan duit betul? Sekali imbas, kedua-duanya kelihatan sama. Saiz, corak dan warnanya seakan tiada beza.

Jadi, adakah duit palsu dikira duit sah nilainya? Sudah pasti tidak! Hakikatnya duit palsu bukan duit. Ia dicipta oleh seseorang dengan tujuan tertentu dan didakwa itu adalah duit. Secara kasar, ia memang nampak macam duit. Tetapi bagi mereka yang pakar dalam bidang ini mudah untuk mengenal pasti kepalsuannya.

Mungkin tamsilan ini sesuai sebagai permulaan untuk kita faham berkenaan hadis palsu (hadis mauduk). Ini kerana ada yang keliru, apabila dinyatakan hadis ini mauduk.

Ada yang berkata: "Kenapa hadis ini palsu? Bukankah disebut di situ "Rasulullah SAW bersabda"? Tidak mungkin Rasulullah SAW bercakap perkara yang palsu.

Ada lagi yang berkata, kalau hadis ini palsu, mengapa ia ada dalam kitab? Ramai penceramah yang membacanya. Ustaz yang masuk TV pun selalu baca hadis ini.

Sejak dulu lagi kita faham ia hadis yang Rasulullah SAW sebut. Mengapa baru sekarang ia dianggap palsu? Bagi orang awam, yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang hadis, memang sukar untuk membezakannya.

Bahkan golongan ustaz sekali pun, tidak kira yang digelar ustaz selebriti atau pun tidak, jika tidak berhati-hati, kadang-kadang terjebak juga dalam membaca dan berhujah dengan hadis palsu.

 Bagaimana untuk kita harapkan mereka memahamkan masyarakat perihal topik ini? Jika berlaku sekali dua, mungkin kita boleh terima. Tetapi, jika ia kerap kali berlaku, bahkan banyak pula bukti boleh dikemukakan, ini adalah gejala yang tidak sihat dalam kalangan ustaz dan penceramah.

Lebih tidak sihat, sekiranya ditegur dan dibentangkan penerangan hadis yang dibaca itu palsu, tidak tergambar rasa bersalah dan ingin meminta maaf. Apatah lagi memperbetulkan kesalahan faktanya.

 Sikap berhati-hati dan menyemak terlebih dahulu kesahihan fakta sebelum berceramah sangatlah dituntut. Jangan sampai terlalu sibuk memenuhi undangan ceramah, sehingga tidak sempat untuk membuka kitab tafsir al-Quran dan huraian hadis.

Kalaulah penceramah tidak sempat untuk membaca kitab rujukan utama, bagaimana untuk diangkat kualiti kefahaman agama dalam kalangan masyarakat. Islam tidak difahami hanya dengan lirik lagu dan sebagainya.  

Elemen ini boleh dimasukkan dalam sesi ceramah atau penulisan sebagai daya tarikan sampingan. Islam tidak memusuhi nilai seni yang ada. Namun, sumber utama Islam perlu didahulukan.

Justeru, semaklah dahulu ayat al-Quran dan hadis yang ingin disampaikan sebelum menghafal lirik lagu yang mahu didendangkan.
Kenapa dicipta hadis palsu?

Mengambil kesempatan yang ada ini, mari kita berkenalan sedikit dengan hadis palsu. Hadis mauduk atau hadis palsu adalah satu daripada jenis hadis dhaif.

Menurut Ibn al-Salah dalam 'Ulum al-Hadith, hadis mauduk ialah hadis yang direka dan disandarkan kepada Rasulullah SAW. Menurut Al-Khattabi dalam Ma’alim al-Sunan, hadis mauduk adalah jenis hadis dhaif yang paling teruk.

Ringkasnya, hadis mauduk adalah hadis palsu direka seseorang kemudian dikatakan ia daripada Rasulullah SAW.

Faktor yang mendorong sebahagian orang mencipta hadis palsu ada banyak, Syekh Dr Mustafa al-Siba‘ie dalam al-Sunnah wa makanatuha di al-Tashri’ al-Islami dan Syekh Dr Nur al-Din ‘Itr dalam Manhaj al-Naqd fi ‘Ulum al-Hadith menyenaraikan antara faktor utama ialah:

1) Bagi menggalakkan orang ramai supaya melakukan kebaikan dan memberi peringatan kepada mereka daripada melakukan kemungkaran.

Tujuan mereka adalah untuk bertaqarrub (menghampirkan diri kepada ALLAH) dan menisbahkan diri mereka kepada sifat kezuhudan dan kesufian.

Golongan ini adalah pencipta hadis palsu yang paling bahaya, kerana orang ramai mudah menerima apa diucapkan disebabkan keyakinan dan kepercayaan kepada mereka. Sebagai contohnya ialah Abu ‘Ismah Nuh bin Abi Maryam.

2) Merosakkan agama dan membuatkan umat Islam ragu-ragu terhadap ajarannya.

Ini dilakukan oleh golongan zindiq. Golongan ini sangat benci kepada Islam. Antara mereka ialah Abd al-Karim bin Abi al-Auja’ dan Muhammad bin Said al-Maslub.

3) Sikap taksub sama ada kepada mazhab, bangsa, kabilah, bahasa atau negeri.

Hal ini dilakukan oleh mereka yang bersikap taksub terhadap  sesuatu yang dipegangnya sama ada mazhab atau pegangan amalannya. Jadi untuk membela mazhab, bangsa, kabilah, bahasa atau negeri mereka atau menindas pihak yang memusuhi mereka, golongan ini mencipta hadis palsu.

4) Pertelingkahan dari sudut politik.

Pertelingkahan politik juga menyebabkan beberapa golongan mencipta hadis palsu. Antara yang paling banyak ialah golongan Syiah. Syiah mencipta hadis mengenai kelebihan ahl al-bait, mencerca sahabat khususnya Abu Bakar, Umar, Muawiyah dan sebagainya.

5) Kepentingan dan keuntungan peribadi.

Demi mendapatkan keuntungan harta benda atau pangkat, beberapa golongan sanggup mencipta hadis palsu. Antaranya ialah:

a) Untuk mendekatkan diri dengan raja dan pemerintah.
Tujuannya mendapatkan keuntungan dunia. Jadi, golongan ini akan mencipta hadis yang dapat memenuhi hasrat raja dan pemerintah, supaya raja dan pemerintah akan menyukainya dan memberikan habuan keduniaan yang setimpal. Contohnya seperti yang dilakukan oleh Ghiyath bin Ibrahim al-Nakha’ie.

b) Golongan pencerita atau penceramah.
Golongan ini memalsukan hadis atau menyampaikan hadis palsu demi menarik minat orang ramai supaya mendengar ceramah. Diciptalah hadis menyebut mengenai kisah ajaib dan cerita yang mampu membuatkan mereka minat dan tidak berganjak lagi.

c) Melariskan barang jualan
Sesetengah peniaga terlibat dalam jenayah mencipta hadis palsu. Lalu diciptalah hadis yang menyebut perihal kelebihan barang jualannya. Contohnya hadis palsu yang menyebut kelebihan buah terung, delima, anggur, minuman tertentu dan sebagainya. Antara mereka yang melakukan sedemikian ialah: Muhammad bin Hajjaj al-Wasiti, Fudhalah bin Husain, Hanad bin Ibrahim al-Nasafi dan lain-lain lagi.

Ini adalah faktor hadis palsu dicipta dengan sengaja. Terdapat beberapa sebab lain yang membuatkan seseorang terlibat dalam kesalahan meriwayatkan hadis palsu secara tidak sengaja dan tidak disedari.

Antaranya seperti disebut Syeikh Dr Abd al-Karim bin Abdullah al-Khidr dalam al-Hadith al-Dhaif wahukmu al-Ihtijaj bihi:

"Tenggelam dalam kezuhudan dan keasyikan beribadah sehingga mereka lalai daripada membezakan antara yang sahih dan palsu".

Kitab hilang atau terbakar. Jadi mereka meriwayatkan apa yang mereka ingat, lalu berlaku kesilapan. Ini berlaku kepada mereka yang memang menjadikan kitab mereka sebagai rujukan utama dalam meriwayatkan hadis. Sebagai contoh, Abdullah bin Lahi‘ah.

Fikiran sudah tidak sempurna atau nyanyuk. Ini berlaku kepada mereka yang pada usia muda adalah seorang yang diterima riwayatnya, tetapi nyanyuk semasa tuanya. Lalu dia tersilap dalam riwayatnya, seperti Ismail bin ‘Iyash.

Banyak lagi perkara yang kita perlu tahu bagi mendapat gambaran berkenaan hadis palsu. Ilmu hadis mempunyai disiplin yang sangat terperinci dan banyak cabangnya. Hadis pula mempunyai banyak pembahagiannya.

Ulama hadis terdahulu sudah mencurahkan segala ilmu, tenaga dan masa mereka untuk mengenal pasti mana hadis yang sahih dan mana yang palsu. Tugas penceramah adalah membuat rujukan kepada hasil kajian mereka.

 Berceramah bukan sekadar berfikir apa lawak jenaka yang boleh membuatkan penonton ketawa. Apa lagu yang boleh membuatkan pendengar terhibur.

Lebih utama dari itu ialah fikir bagaimana ketulenan ajaran agama mahu dipelihara dan disampaikan kepada masyarakat seperti yang diwariskan Rasulullah SAW.

Hadis palsu kita gempur bersama. Sampaikan yang sahih sahaja. Barulah boleh makan roti jala dengan gembira.

* Penulis ialah mantan pensyarah Fakulti Sains Sosial, Kolej Islam Antarabangsa. Berkelulusan sarjana dan ijazah sarjana dalam bidang ilmu wahyu UIAM

Gempur hadis palsu! - Rencana - Sinar Harian
http://www.sinarharian.com.my/rencana/gempur-hadis-palsu-1.368370
ISU 16 : KEMUNCULAN HADIS PALSUSoalan 16:
Bagaimana  munculnya hadis-hadis palsu?
Jawapan:
Hadis palsu adalah kata-kata yang direka dan dianggap atau dilabelkan sebagai hadis. Terdapat juga kata-kata hikmah daripada para sahabat, tabiin atau ulama yang disalah anggap sebagai hadis. Kesemua ini dikatakan sebagai hadis maudhu’ atau hadis palsu. Persoalan tersebarnya hadis-hadis palsu adalah satu perkara yang serius dan perlu sama-sama ditangani oleh kita semua terutamanya golongan yang diberikan ilmu agama.
Terdapat banyak buku yang menceritakan dengan panjang lebar tentang sejarah kemunculan hadis-hadis palsu. Buku ini dikarang oleh para ulama sejak dahulu hingga kini. Namun saya ingin mencadangkan kepada para pembaca untuk meneliti sebuah buku yang ditulis oleh Abd. Fattah Abu Ghuddah yang bertajuk Lamahat Fi Tarikh al Sunnah Wa Ulum al Hadith. Sebahagian besar maklumat yang saya akan sebutkan seterusnya di sini diambil daripada buku ini.
Rasulullah Saw Telah Memberikan Isyarat Kemunculan Hadis Palsu
Jika kita membaca buku-buku hadis, kita akan bertemu dengan beberapa amaran daripada Rasulullah SAW tentang dosa mencipta hadis palsu dan bahaya menyebarkan kata-kata yang bukan daripada diri Baginda SAW. 
Ini  adalah merupakan satu tanda jelas bahawa pemalsuan hadis akan berlaku selepas Baginda SAW wafat. 
Di antara hadis yang jelas menyebutkan bahawa akan berlaku penipuan terhadap hadis-hadis Baginda SAW ialah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim di dalam Sahih Muslim: 
Maksudnya: Akan ada pada akhir zaman umatku sekumpulan manusia bersifat seperti dajjal dan pembohong yang memberitahu kamu tentang hadis yang kamu tidak pernah mendengarnya dan juga tidak pernah didengari oleh bapa-bapa kamu. Janganlah mereka mendekati kamu dan janganlah kamu mendekati mereka. Janganlah mereka menyesatkan kamu dan menjatuhkan kamu ke dalam fitnah[1].
Bilakah Bermulanya Pemalsuan Hadis?
Menurut Abd. Fattah Abu Ghuddah di dalam bukunya Lamahat Min Tarikh al Sunnah, permulaan jenayah pemalsuan hadis adalah pada sekitar tahun 40 Hijrah. Sebab utama yang memulakan jenayah ini ialah pertelingkahan dan perselisihan yang bermula sejak Khalifah Uthman Bin Affan gugur syahid dibunuh oleh golongan pemberontak[2].
Sebab-Sebab Hadis Palsu Dicipta 
Terdapat banyak sebab yang menjadikan sebahagian manusia tergamak melakukan kesalahan yang amat besar ini iaitu memalsukan hadis. 
Sebab-sebab ini dapat dilihat dalam bentuk golongan yang menyebut hadis palsu. 
Secara ringkasnya saya sebutkan di sini beberapa golongan yang menyebut hadis-hadis palsu bersumberkan daripada tulisan Ali al Qari (1014H) dalam bukunya al Mashnu’ Fi Ma’rifati al Hadis al Maudhu’[3]. Ianya adalah seperti berikut : 
1-  Golongan yang terlalu tenggelam dalam zuhud tanpa ilmu sehingga daya ingatan mereka menjadi kurang dan tidak dapat membezakan di antara hadis atau kata-kata orang lain. Mereka tersilap lalu menyebut sesuatu sebagai hadis sedangkan yang sebenarnya bukan hadis.
2-  Golongan ahli periwayat hadis yang tidak menghafaz hadis-hadis mereka. Maka apabila sesuatu berlaku kepada buku mereka, mereka tidak dapat mengingat dengan tepat apakah hadis yang telah mereka catatkan.
3-  Golongan yang soleh tetapi disebabkan terlalu tua, mereka terkena penyakit nyanyuk lalu tersalah dalam menyebut hadis-hadis palsu[4].
4-  Terdapat juga golongan yang tersalah meriwayatkan hadis-hadis palsu, tetapi setelah ditegur, mereka sombong dan enggan menarik balik kata-kata mereka.
5-  Golongan zindiq yang jahat. Mereka mencipta hadis-hadis palsu bertujuan menyesatkan umat Islam.
6-  Golongan yang taksub dengan mazhab masing-masing dan mencipta hadis-hadis palsu untuk menguatkan dan memenangkan mazhab mereka.
7-  Golongan jahil yang mencipta hadis-hadis palsu kononnya untuk menggalakkan manusia melakukan ketaatan atau menggerunkan mereka daripada melakukan perkara maksiat.
8-  Golongan yang menyatakan bahawa tidak mengapa meletakkan sanad palsu kepada kata-kata yang indah.
9-  Golongan pengampu yang mencipta hadis-hadis agar mereka disayangi oleh pemerintah.
10- Golongan penceramah dan tukang cerita yang berceramah di masjid-masjid. Mereka mencipta atau meriwayatkan hadis palsu semata-mata untuk menarik minat masyarakat awam agar mereka mendapat banyak habuan kebendaan dan menjadi masyhur.
Sepuluh golongan ini ialah mereka yang dinyatakan oleh Ali al Qari sebagai golongan yang menjadi sumber datangnya hadis-hadis palsu. Kita dapat lihat dengan jelas bahawa ada di antara golongan yang disebutkan oleh Ali al Qari yang sememangnya jahat dan ada juga yang jahil atau tersilap.[1]Hadis sahih riwayat Muslim dalam pendahuluan Sahih Muslim (hadis no. 15 ).[2]Lamahat Min Tarikh al Sunnah Wa Ulum al Hadith – Abd. Fattah Abu Ghuddah – muka surat 45 – cetakan Maktab al Mathbu’at al Islamiyyah, Halab, Syria.[3]Lamahat Min Tarikh al Sunnah – Abu Ghuddah – muka surat 44-45.[4]Golongan pertama, kedua dan ketiga ini memang wujud dari dulu hingga hari ini. Orang-orang yang soleh dan baik akhlaknya tidak semestinya alim dan berpengetahuan dalam bidang hadis. Begitu juga dengan orang-orang alim yang kurang mengingati hadis-hadis yang pernah dihafalnya satu ketika dahulu. Berhati-hati adalah satu kewajipan.hafizfirdaus.com/ebook/20asashadis/isu16.htm
http://hafizfirdaus.com/ebook/20asashadis/isu16.htm



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://peceq.blogspot.com/2018/12/apa-dia-hadis-palsu-dan-bagaimana-hal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ustaz Selebriti Jangan Sebar Hadis Palsu Mujahid

Ustaz Selebriti Jangan Sebar Hadis Palsu Mujahid

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 432 hits
MELAKA Pendakwah bergelar ustaz selebriti dinasihatkan memiliki amanah dan disiplin ilmu dalam menyampaikan ceramah melalui mana mana platform bagi mengelakkan penyebaran sebarang hadis palsu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr...
Kalau Bermimpi Tentang 13 Hal Ini Itulah Tanda Anda Sedang Diganggu Oleh Jin Dan Syaitan Rileks Media

Kalau Bermimpi Tentang 13 Hal Ini Itulah Tanda Anda Sedang Diganggu Oleh Jin Dan Syaitan Rileks Media

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 303 hits
Tulisan saya kali ini sebenarnya sudah pernah saya bahas dan banyak sekali mendapat respon dari pembacanya Respon ini tentu tidak terlepas dari masalah yang saya bahas iaitu masalah mimpi Semua orang pasti pernah bermimpi dan hampir setiap ...
6 Hal Yang Perlu Diketahui Tentang Skoliosis Kelainan Pada Tulang Belakang

6 Hal Yang Perlu Diketahui Tentang Skoliosis Kelainan Pada Tulang Belakang

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 248 hits
Hal hal yang perlu diketahui tentang skoliosis kelainan pada tulang punggung Tulang belakang membengkok seperti huuf S atau C Biasanya terjadi sejak usia anak anak dan remaja Bisa disebabkan oleh faktor genetik cedera atau postur tubuh yang...
Kami Minta Perdana Menteri Campur Tangan Dalam Hal Ini Kami Kecewa Dengan Kerajaan Selangor Dan Polis

Kami Minta Perdana Menteri Campur Tangan Dalam Hal Ini Kami Kecewa Dengan Kerajaan Selangor Dan Polis

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 322 hits
Yang datang pagi ini ada lebih 10 000 orang Saya tidak kenal semua Mereka yang bertanggungjawab terhadap perlakuan masing masing kata Pengerusi Badan Bertindak Kuil Sri Maha Mariamman Seafields USJ 25 SW Ramaji Beliau memberi jawapan itu ke...
Kaw Hal Kaw Aku Hal Aku Tempat Masing Masing Panas Di Tegur Pu Amin Kak Km Bising Terus

Kaw Hal Kaw Aku Hal Aku Tempat Masing Masing Panas Di Tegur Pu Amin Kak Km Bising Terus

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 520 hits
Liana Rosli atau Kak KM nama ini sering menjadi sebutan netizen sejak kebelakangan ini dengan aksi gedik dan menawan yang dikongsi di laman media miliknya Setiap gelagat Kak KM berjaya menarik perhatian daripada pelbagai lapisan netizen ter...
Meski Tahun Segera Berganti 6 Hal Ini Akan Buatmu Berbesar Hati Walau Sampai Saat Ini Masih Sendiri

Meski Tahun Segera Berganti 6 Hal Ini Akan Buatmu Berbesar Hati Walau Sampai Saat Ini Masih Sendiri

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 242 hits
Masih sendiri bukan berarti kamu pecundang Justru inilah saatmu bisa menjadi sebenar benarnya pemenang
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini

Amboi Pandai Bodek Guna Lagu K Pop Ketika Lawatan Rasmi Di Korea Selatan Ig Pmx Raih Perhatian