Apa Dan Siapa Itu Ekstrem


 


Selepas hampir 30 tahun kerajaan mengharamkan gerakan Al-Arqam dan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memfatwakan ajarannya sebagai sesat, negara dikejutkan dengan pembongkaran kegiatan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).
Ekoran pendedahan beberapa pihak mengenai organisasi itu, polis bertindak menyerbu beberapa buah rumah amal dipercayai milik GISBH di Selangor dan Negeri Sembilan pada 11 September.
Operasi dipanggil OP Global ini kemudiannya diteruskan terhadap premis-premis lain kelolaan organisasi itu di beberapa buah negeri lain dan setakat ini menahan ratusan individu termasuk barisan pengurusan tertinggi pertubuhan tersebut.
Siasatan polis juga dilaporkan mengaitkan pertubuhan berkenaan dengan doktrin ketaasuban ala Al-Arqam selain penemuan ratusan buku dan risalah berkaitan gerakan haram itu dalam serbuan ke atas beberapa buah premis GISBH di beberapa negeri.
Susulan itu juga pelbagai cerita dan dakwaan bekas pengikut pertubuhan tersebut menjadi tular di media termasuk media sosial, antaranya, pengikut perlu menggunakan “air berkat” basuhan janggut, gigi, rambut dan rendaman kaki  pemimpinnya yang dicampurkan dalam makanan serta minuman, yang disifatkan sebagai antara ciri-ciri ajaran ekstrem.
Bukan ajaran Islam
Menjelaskan isu esktrem ini, Mufti Pulau Pinang Datuk Dr Mohd Sukki Othman berkata, ajaran ekstrem merupakan satu ajaran melampau, berlebih-lebihan dari sepatutnya serta keterlaluan yang bukan dari ajaran Islam sehingga menyebabkan timbulnya sikap ekstremisme.
Mohd Sukki OthmanTegas beliau, pegangan ekstrem boleh membahayakan individu serta memberi mudarat dan sekiranya tidak ditangani sebaiknya akan memberi kesan besar terhadap masyarakat serta negara.
"Sebenarnya agama Islam sudah lengkap dan segalanya sudah diterangkan dalam Al-Quran dan Sunnah yang menjadi pegangan umat Islam. Ini sampai tahap mewajibkan perkara yang diharamkan contohnya, mengubah hukum syarak atau melakukan perkara-perkara baharu yang tidak ada dalam asal-usul hukum syarak.
"Ini yang kita bimbang apatah lagi golongan terbabit membawa perwatakan seolah-olah daripada Islam tetapi sebenarnya ia bukan sifat dari agama kita.
“Maka perkara ini perlu ditangani jika tidak akan merebak dan akhirnya menjadi fitnah kepada Islam itu sendiri," katanya semasa temubual dalam program Nota Rohani  bertajuk Bahaya Ajaran Ekstrem di Bernama Radio baru-baru ini. 
Menurut Mohd Sukki, apabila menyebut mengenai ajaran sesat, ia melibatkan kumpulan atau jemaah yang sememangnya dilatih terhadap sesuatu yang melampau dengan diiringi susur galur seterusnya mewujudkan penyokong atau pengikut yang akhirnya berkembang menjadi satu doktrin yang bercanggah dengan Islam.
Mendewa-dewakan ketua
Menjelaskan pula tentang modus operandi yang dijalankan oleh kumpulan ajaran sesat, Mohd Sukki berkata, kelompok berkenaan lazimnya mengamalkan budaya mendewa-dewakan ketua kumpulan sehingga mereka menganggap ketua itu insan yang sangat suci.
"Sehingga ada masanya ketua itu mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi, nabi dan sebagainya. Benda-benda ghaib ini antara modus operandi kumpulan itu.
“Sedangkan sudah jelas dalam Al-Quran, Imam Mahdi adalah pada akhir zaman namun mereka berlumba-lumba mengatakan dialah Imam Mahdi. Ini jelas terbukti ajaran sesat.
ADS"Selain itu, kumpulan ajaran ekstrem ini menggunakan mimpi sedangkan mimpi satu perkara yang tidak boleh dijadikan hujah dalam hukum syarak sebenarnya.
“Mimpi ini macam-macam boleh datang ia berada di satu alam yang lain, tetapi mereka menggunakan mimpi, kononnya, jumpa nabi dan maklumkan kepada pengikutnya nabi bagi arahan khusus untuk dilakukan, mana ada begitu," tambahnya.
Justeru, Mohd Sukki berkata, ilmu agama merupakan nadi penting dan menjadi benteng pertahanan diri, atas sebab itu, individu yang memiliki pengetahuan tinggi sudah tentu sedia maklum bahawa syariat yang diturunkan Allah kepada hambaNya sudah lengkap.
Mengibaratkan pegangan serta amalan yang dilaksanakan kumpulan yang sedang disiasat kini mengamalkan pendekatan sama seperti Al-Arqam dan Rufaqa, malah Mufti itu berkata, apa yang berlaku umpama "tukar baju" sahaja yang mana segala bentuk aturan serta amalan yang dijalankan sama seperti pergerakan sebelum ini. 
Membicarakan perihal pergerakan kumpulan sedemikian, tidak dinafikan, badan itu mempunyai pengikut tersendiri yang sanggup menumpahkan taat setia serta janji kepada pemimpinnya, sekali gus berasa sukar untuk keluar daripada golongan berkenaan.
Pada Ogos 1994, kerajaan menerusi Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan ajaran Al-Arqam yang dikemudi Ashaari Muhammad sebagai sesat dan diharamkan.
Eksploitasi rasa tidak puas hati 
Dengan pembongkaran ajaran ekstrem, sudah tentunya ada pihak yang menyoal bagaimana ajaran sedemikian dapat menarik pengikut baharu dan membentuk kumpulan mereka.
Mengulas perkara ini, Ketua Unit Akidah, Institut Kajian Hadis & Akidah (INHAD), Universiti Islam Selangor Dr Mohamed Fairooz Mohamed Fathillah berkata, sememangnya puak yang berlandaskan fahaman ekstrem memiliki cara yang licik dan sistematik untuk menarik pengikut baharu dan membentuk kumpulan yang kukuh. 
"Mereka bijak memanipulasi psikologi manusia dan situasi tertentu. Antaranya mengeksploitasi rasa tidak puas hati dengan memanfaatkan individu yang rasa tidak puas hati dengan hidup, politik, ekonomi atau masyarakat.
“Mereka akan memberi jawapan yang mudah dan mutlak kepada masalah-masalah ini. Biasanya individu yang kecewa atau terpinggir lebih mudah dipengaruhi kerana mereka sedang mencari makna hidup atau perasaan kepunyaan.
"Selain itu ajaran ekstrem juga secara perlahan-lahan akan memisahkan pengikut daripada  keluarga, rakan-rakan dan masyarakat umum yang tidak sehaluan. Mereka akan tanam dalam minda pengikut bahawa dunia luar itu jahat, sesat serta cuba menjauhkan mereka daripada kebenaran," katanya.
Beliau menambah, pengasingan itu penting kerana tidak ada gangguan dari luar justeru pengikutnya akan lebih patuh.
Menurut beliau, kumpulan berkenaan juga menggunakan anak-anak untuk memperoleh apa yang mereka inginkan sehingga sanggup menjadikan kanak-kanak sebagai lubuk menjana pendapatan.
Golongan itu, menurut Mohamed Fairooz, turut menawarkan sesuatu yang sangat menggoda dengan tujuan hidup yang jelas. 
"Mereka memberi pengikut berasa bahawa mereka adalah sebahagian daripada sesuatu yang lebih besar, yang ada matlamat seperti "membangunkan kembali agama yang asli" atau "menegakkan keadilan".
"Perasaan ini sangat kuat terutama bagi orang yang rasa kosong atau hilang arah. Contohnya, pihak ini melantunkan kata-kata berbunyi "hanya jemaah kita sahaja jemaah kebenaran , yang lain palsu, tidak betul" membuatkan pengikut rasa mereka istimewa atau terpilih, " jelasnya.
 Manipulasi mental
Mengulas pula tentang impak besar sekiranya terjerat dalam ajaran ekstrem, Mohamed Fairooz berkata, individu yang terlibat boleh mengalami pelbagai kesan psikologi yang mendalam dan merosakkan. 
"Ini bukan hanya mempengaruhi mereka semasa terlibat dalam kumpulan itu tetapi boleh meninggalkan kesan jangka panjang walaupun selepas mereka berjaya keluar. Antaranya, pengikut akan mengalami manipulasi mental yang kuat dikenali sebagai cuci otak. 
"Mereka akan diisolasi daripada maklumat luar dan diberi input yang sama berulang kali sehingga pemikiran mereka berubah sepenuhnya mengikut naratif kumpulan. Mereka mula melihat dunia melalui perspektif sempit yang disediakan oleh ajaran tersebut.
“Ia akan membuatkan mereka susah untuk membezakan antara fakta dan fiksyen serta menganggap ajaran itu sebagai satu-satunya benar," katanya menambah, ahli juga sukar berfikir secara kritis atau bebas. 
Jelas beliau, impak dalaman yang dilalui pengikut ajaran ekstrem ialah mereka akan berasa terancam secara berterusan sekali gus menyebabkan tekanan mental seperti keresahan dan PTSD (gangguan tekanan selepas trauma).
"Ini kerana kumpulan ekstrem sering menggunakan taktik menakut-nakutkan dan mencipta musuh palsu untuk mengekalkan kawalan ke atas pengikut. Ia boleh menyebabkan paranoia atau rasa takut yang melampau. Pengikut mungkin jadi takut kepada dunia luar, bimbang diserang atau dihukum jika mereka meninggalkan kumpulan dan merasa takut kepada ancaman yang sebenarnya tidak wujud," katanya.
Cara tangani 
Untuk mencegah penyebaran ajaran berbentuk ekstrem kepada masyarakat, pelbagai langkah perlu diambil dan dalam hal ini,  Mohamed Fairooz berkata, beberapa  pendekatan strategik dan menyeluruh perlu dilakukan.
Antaranya, mempertingkatkan kesedaran tentang bahaya ajaran ekstrem menerusi kempen di media sosial, sekolah, tempat kerja selain mengadakan dialog melibatkan pelbagai kumpulan agama dan budaya untuk mengeratkan perpaduan dan saling menghormati.
Beliau berkata, saat ini penglibatan tokoh dan kepimpinan agama memainkan peranan penting dalam memerangi ajaran itu terutamanya penyelewengan atas nama agama. Selain itu pengisian khutbah juga perlu mengingatkan jemaah berkenaan ancaman ekstremenisme kerana khutbah merupakan medium terbaik untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat.
"Tokoh boleh menyampaikan ajaran yang tepat, menggalakkan kesederhanaan, toleransi, dan keharmonian. Inisiatif yang boleh diambil termasuk latihan khusus untuk imam, pendeta, atau pemimpin agama tentang bagaimana untuk mengenal pasti dan menangani ekstremisme dalam kalangan penganut mereka.
"Selain itu, kerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengekang ceramah-ceramah yang menyebarkan ideologi ekstrem perlu digiatkan," katanya.
Beliau menambah, kerajaan juga perlu memantau media sosial dan menyekat penyebaran maklumat palsu dengan mengawal kandungan dalam talian yang menjurus kepada pemesongan. 
"Media sosial sering menjadi alat utama untuk menyebarkan ajaran ekstrem. Kerajaan dan organisasi teknologi perlu bekerjasama untuk mengenal pasti dan memadam kandungan yang menggalakkan keganasan atau fahaman berkenaan dengan mengawasi kandungan dalam talian yang bersifat ekstrem dan melaporkan aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa," katanya.
Selain itu, Mohamed Fairooz berkata, kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang yang tegas terhadap penyebaran ajaran ekstrem termasuk kepada  individu atau organisasi yang terlibat dalam menyebarkan ideologi  itu serta menghasut keganasan.
"Dengan pendekatan holistik yang melibatkan pendidikan, kerjasama komuniti, kepimpinan agama dan penguatkuasaan undang-undang, penyebaran ajaran ekstrem dalam masyarakat boleh dicegah dengan lebih berkesan," katanya.
Ditanya berhubung pendekatan yang perlu diubah bagi menangkis perasaan takut inividu yang terkesan dengan ajaran sesat seterusnya melaporkan kebenaran agar tidak ada lagi yang menjadi mangsa dan terpedaya, beliau berkata, mesti ada usaha besar-besaran untuk memberi kefahaman kepada orang ramai tentang hak sebagai individu dan peranan undang-undang dalam melindungi mereka. 
"Ramai mungkin takut sebab tidak tahu hak mereka atau bagaimana proses perundangan berjalan. Program kesedaran melalui media sosial, ceramah atau forum awam boleh membantu memperjelaskan isu ini." katanya.
Selain itu, beliau berkata, kerajaan boleh memperkenalkan program perlindungan saksi yang lebih agresif untuk melindungi mereka daripada gangguan atau ancaman dari pihak yang terlibat.
- Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/09/apa-dan-siapa-itu-ekstrem.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siapa Agamawan Dan Pemimpin Zalim Itu

Siapa Agamawan Dan Pemimpin Zalim Itu

papar berkaitan - pada 14/9/2024 - jumlah : 84 hits
Che Ibrahim Siapa agamawan Dan pemimpin zalim itu Apa agama Allah yang telah diubah itu Setahu ambo yang pinda agama Allah ni ialah para padri dan rahib Adakah agamawan yg dimaksudkan itu setaraf padri atau rahib Dan pemimpinnya setaraf fir...
Dulu Pakatan Harapan Disuruh Setuju Dgn Syarat2 Ditetapkan Kerajaan Pnyakau Nasional Ketika Itu

Dulu Pakatan Harapan Disuruh Setuju Dgn Syarat2 Ditetapkan Kerajaan Pnyakau Nasional Ketika Itu

papar berkaitan - pada 17/9/2024 - jumlah : 133 hits
DULU PAKATAN HARAPAN DISURUH SETUJU DGN SYARAT2 DITETAPKAN KERAJAAN PNYAKAU NASIONAL KETIKA ITU KINI PEMBANGANG memang nak main jugak isu 3R Itu antara sebab mereka enggan setuju dgn draft MoUSham Ghaz Cuba baca apa yg Muhyiddin Ismail Hadi...
Apa Itu Air Bubbles O2 Dan Kelebihan Air Bubble O2

Apa Itu Air Bubbles O2 Dan Kelebihan Air Bubble O2

papar berkaitan - pada 17/9/2024 - jumlah : 181 hits
Air Bubbles O2 kini menjadi sebutan ramai di media sosial terutama di Facebook kerana keunikannya yang bukan sekadar air mineral biasa Ia merupakan air mineral yang kaya dengan oksigen terlarut memberikan kelebihan kesihatan yang menarik pe...
Maki Cina Kapiaq Harbi Bagai Cina Itu Ini Hangpa Nak Soh Cina Undi Memang Dak La

Maki Cina Kapiaq Harbi Bagai Cina Itu Ini Hangpa Nak Soh Cina Undi Memang Dak La

papar berkaitan - pada 14/9/2024 - jumlah : 165 hits
PAS AKHIRNYA SEDAR PENTINGNYA UNDI BUKAN MELAYUDalam podcast bersama Zaid Ibrahim beberapa hari lalu kami ada membangkitkan tentang perlunya Pas memperuntukkan sebahagian masanya untuk mula mendapatkan sokongan pengundi bukan Melayu Ini ker...
Apa Itu Vertigo

Apa Itu Vertigo

papar berkaitan - pada 13/9/2024 - jumlah : 137 hits
Vertigo adalah sensasi pusing atau rasa sekeliling berputar yang tak wajar Ia berbeza dengan pening biasa ye Vertigo ini selalu diikuti dengan rasa seperti dunia sekeliling bergerak atau berpusing Ini boleh menyebabkan gangguan keseimbangan...
Tahukah Korang Marah Itu Ada Baiknya

Tahukah Korang Marah Itu Ada Baiknya

papar berkaitan - pada 11/9/2024 - jumlah : 82 hits
Siapa kata marah tu buruk semata mata Eh jangan pandang rendah pada kuasa marah Kadang kadang marah tu boleh jadi vitamin untuk kesihatan mental kita Bayangkan tengah drive tiba tiba ada orang potong queue Rasa marah tu boleh bakar kalori t...
Saya Menyesal Dengan Perbuatan Itu Penganggur Bunuh 3 Sekeluarga

Saya Menyesal Dengan Perbuatan Itu Penganggur Bunuh 3 Sekeluarga

papar berkaitan - pada 12/9/2024 - jumlah : 158 hits
Alias Abd Raniam hmetro com myAZMAN dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Muar selepas dipenjara sembilan tahun dan denda kerana mencederakan anak saudaranya FOTO Alias Abd RaniMuar Saya menyesal atas apa yang dilakukan demikian kata penganggu...
Pemuda Pas Terbuka Bekerjasama Dengan Umno Sekiranya Parti Itu Keluar Kerajaan Perpaduan

Pemuda Pas Terbuka Bekerjasama Dengan Umno Sekiranya Parti Itu Keluar Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 13/9/2024 - jumlah : 140 hits
TEMERLOH PAS secara terbuka bersedia bekerjasama dengan UMNO sekiranya parti Melayu terbesar itu keluar daripada Kerajaan Perpaduan Ketua Dewan Pemuda PAS Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata kerjasama itu bukan sahaja dengan UMNO tetapi jug...
Estimated Assessments And Penalties On The Way For Non Filers

Head East For A Discrimination Free Life Young Man

Resipi Penuh Loaded Nachos Cheese Yang Viral Sedap Dan Mudah

Tripadvisor We Re Matching Donations To World Central Kitchen

Mihun Goreng

Alga Sebagai Penunjuk Biologi Kesihatan Ekosistem Akuatik

Mursyidul Am Pas Beritahu Bersatu Dalam Pn Pas Yang Paling Kuat Jika Nak Buat Apa Apa Kena Runding Dulu

Seorang Warga Asing Suspek Utama Kes Bunuh Pekerja Ladang Sawit Di Mukah Ditahan


echo '';
6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 4 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Resepi Soft Cookies Sukatan Cawan Paling Rangup dan Chewy Di Dalam

Biodata Sky Iskandar Pelakon Watak Megat Filem Kahar Kapla High Council


Mengabdikan Diri Demi Kerja Sampai Tiada Kehidupan

Cuba Hwc Coffee

Lirik Lagu Perih Jerih Kugiran Masdo

Sampai Bilakah Kebenaran Tentang Titah Adendum Mampu Di Sorokkan

Julia Perez Belah Duren Chord

Anggis Devaki Dirimu Yang Dulu Chord