Apa Dah Jadi Apa Nak Jadi


 

Tiga hari lalu Ketua Penerangan PPBM, Wan Saiful Wan Jan, dalam temuramah eksklusif bersama akhbar bahasa Cina, Sin Chew Daily, memberitahu beliau percaya Umno dan partinya akan terus bekerjasama – walaupun ada suara dalam Umno mahu hubungan dengan PPBM diputuskan dan beberapa Ahli Parlimen Umno menarik sokongan daripada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Nyata ramalan itu tidak menjadi realiti. Seperti kita tahu, Umno sudah pun menghantar surat kepada Muhyiddin memaklumkan tiada kerjasama dengan PPBM dalam PRU-15 dan kebersamaan dalam kerajaan Perikatan Nasional hanya diteruskan sehingga Parlimen dibubarkan (untuk memberi laluan kepada pilihan raya).
Bagi saya, maksudnya Umno akan berdepan dengan PPBM/Perikatan Nasional pada PRU-15. Sama ada bersendirian atau bersama rakan baharu dalam gabungan baharu – itu persoalannya.
Bagi bekas ahli Majlis Tertinggi Umno, Annuar Musa, Umno akan rugi jika tidak bersama PN pada PRU-15. Pandangan itu diluahkan sebelum pendirian Umno diumum secara rasmi.
Sekarang apabila Umno sudah nyatakan pendirian, Annuar berkata keputusan mengenai hubungan dengan PPBM mesti ditentukan Umno negeri dan bahagian bukan Umno Pusat semata-mata.
Namun, kata seorang kawan yang rapat dengan pimpinan Umno, “Annuar ni jurucakap PPBM walaupun duduk dalam Umno”, suatu tuduhan yang berulang kali dinafikan Ahli Parlimen Ketereh itu.
Apa pun, Umno Perlis menggambarkan ia tidak mahu mematuhi keputusan Umno Pusat. Tetapi, setakat ini, Umno Perak dan Johor setuju Umno tidak bekerjasama dengan PPBM pada PRU-15.
Wan Saiful pula, dalam wawancara dengan Sin Chew daily yang saya sebut tadi, berkata, Pakatan Harapan akan menang jika Umno enggan bekerjasama dengan PPBM pada pilihanraya akan datang. Mungkin ya, mungkin tidak. Tetapi yang umum tahu PH (dan rata-rata pembangkang) sedang bergelut dengan masalah tersendiri.
Apa pun yang pasti, dengan perkembangan terkini PRU-15 akan menyaksikan pertandingan tiga (atau lebih) penjuru di banyak kawasan – sesuatu yang membimbangkan Wan Saiful.
Keputusan Umno untuk tidak menjalin hubungan dengan PPBM bukan sesuatu yang mengejutkan. Malah sudah dijangka. Tidak perlu saya huraikan tanda-tanda dan isyarat yang mendorong ke arah keputusan itu kerana semuanya dihidangkan kepada khalayak secara terbuka.
Bukan rahsia, Umno mahu PAS bercerai dengan PPBM dan duduk hanya dengannya dalam Muafakat Nasional. Akan tetapi PAS pula sehingga kini masih mahu bersama PPBM dalam PN disamping duduk dengan Umno dalam Muafakat Nasional. Maaf cakap – makan dua-dua belah.
“Bagi PAS sudah tentu kalau ia berbaik dengan kedua-duanya, dia dapat untung bersama. Satu kolam air panas, satu kolam air suam, boleh digunakan mengikut keadaan cuaca,” kata penulis buku politik terkenal Mohd Sayuti Omar.
Adakah Umno sudah bosan dengn permainan kayu tiga PAS sehingga ia membuat keputusan tidak mahu bekerjasama dengan PPBM kerana PAS masih bermesra dengan parti pimpinan Muhyiddin itu?
Sebelum keputusan itu diumumkan, pun, kita ada dengar Timbalan Ketua Umno Johor, Nur Jazlan Mohamad, memberitahu PAS “kamu tidak boleh terus bermain secara selamat dan jangan selalu sangat suka memanipulasi situasi demi kepentingan sendiri”.
Apa yang Jazlan mahu ialah PAS menyatakan pendirian rasmi sama ada mahu bersama Umno dalam MN atau ingin bergabung dengan PPBM pada PRU-15.
Di Terengganu suara lebih keras kedengaran. Umno Terengganu tidak akan beri peluang kepada PAS dan PPBM bertanding di semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum akan datang.
Ketetapan itu disuarakan ketuanya Ahmad Said yang memutuskan tidak akan berlaku sebarang kerjasama Umno-PAS dalam MN di Terengganu selain menolak gabungan PN negeri.
Pendirian itu dibuat sebelum Umno Pusat mengumumkan pendirian rasmi.
Semua itu sudah terjadi. Sekarang apa pula yang akan terjadi? Kita hanya mampu tunggu dan lihat apa langkah Umno seterusnya. MCA dan MIC, rakan Umno dalam BN tidak setuju hubungan dengan PPBM diputuskan pada PRU kelak. Adakah mereka akan keluar BN dan masuk PN?
Begitu juga apa pula tindakan PPBM? Apa yang mahu dilakukan PAS? Apa nak jadi dengan MN?
Sekali lagi saya mengemukakan pandangan Sayuti, tetapi perlu dimaklumkan ketika saya bercakap dengan beliau, Umno belum membuat keputusan rasmi seperti yang diumum tempoh hari .
Namun ketika itu pun, Sayuti sudah menjangka Umno tidak akan bersama PPBM/PN pada PRU15. Beliau juga merasakan Umno tidak akan bersama PAS menerusi MN.
Kata beliau, mungkin akan timbul masalah buat Umno tetapi dalam situasi hari ini, keputusan itu dikira terbaik “apabila ia kecewa dengan PAS di Terengganu dan Kelantan dan kecewa dengan PPBM yang dianggap merampas hak dan tidak menghormatinya kerana menerima beberapa wakil rakyatnya yang berpaling tadah”.
Lantas, kata Sayuti, ini membuka peluang kepada Umno mencari formula baharu untuk bersepakat dengan PH.
“Cuma timbul personal apakah Umno sedia untuk akur dengan kehendak PH yang nyata lebih kuat atau berpengaruh daripada Umno jika dilihat dari bilangan kerusi,” kata beliau.
Politik dengan seribu kemungkinan tanpa dibatasi lojik.
Saya akhiri artikel ini dengan mengulangi perkara kedua yang terkandung dalam surat Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, kepada Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin, bahawa “Umno berpendapat, kebersamaan dalam kerajaan Perikatan Nasional boleh diteruskan sehingga pembubaran Parlimen”.
Maknanya menteri dan timbalan menteri Umno yang ada dalam kerajaan boleh terus pegang jawatan masing-masing sehingga Parlimen dibubarkan.
Namun bila itu berlaku, adakah antara mereka yang kini selesa dengan kedudukan mereka sejak Langkah Sheraton tahun lalu, akan melompat kepada PPBM dan bertanding PRU-15 sebgai calon parti itu?
Satu lagi persoalan – dengan keputusan rasmi Umno ini, adakah Ahli Parlimen Umno yang sebelum ini sudah menarik sokongan daripada Muhyiddin akan kembali menyokongnya?
Atau mereka kekal dengan pendirian mereka? Atau mungkinkah ada Ahli Parlimen Umno lain yang akan mengambil langkah sama iaitu menarik sokongan daripada Muhyiddin jika Parlimen bersidang, sekali gus memperlihatkan cubaan terbaru menggulingkan perdana menteri dan kerajaannya?
Cukup di sini buat kali ini. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/03/apa-dah-jadi-apa-nak-jadi.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must+Know+the+

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Boleh Operate Tapi Tak Nak Ubat Bius Respon Suami Bila Doktor Maklumkan Isterinya Hamil 40 Minggu Perlu Dibedah

Boleh Operate Tapi Tak Nak Ubat Bius Respon Suami Bila Doktor Maklumkan Isterinya Hamil 40 Minggu Perlu Dibedah

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 309 hits
The ReporterPerkongsian seorang pegawai perubatan mengenai pasangan suami isteri terpaling pandai dalam soal bersalin walaupun baru pertama kali menimang cahaya mata membuatkan netizen geleng kepala Mana tidaknya perkara yang diminta si sua...
Memang Saya Nak Bunuh Dia Gamer Brazil Bunuh Pesaingnya Ketika Main Call Of Duty Mobile

Memang Saya Nak Bunuh Dia Gamer Brazil Bunuh Pesaingnya Ketika Main Call Of Duty Mobile

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 310 hits
The ReporterSeorang remaja lelaki berusia 18 tahun di Brazil ditahan polis selepas dia tampil menyerah diri di balai dan mengaku telah membunuh remaja perempuan berusia 19 tahun yang menjadi pesaingnya ketika bermain Call of Duty di rumahny...
Din Ayub Pun Pening Juga Dulu Kau Kata Anwar Nak Baik Dengan Umno

Din Ayub Pun Pening Juga Dulu Kau Kata Anwar Nak Baik Dengan Umno

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 293 hits
MUHD MUFIZ IIBu la nko Din Ayub DULU geng proksi proksi Atoksaka di dlm Amanah nko SERANG DSAI TUDUH DSAI NAK BERPAKAT DGN UMNO DAN GENG NKO DLM AMANAH MENOLAK BEKERJASAMA DGN PENYAMUN UMNO XHABIH HABIH GENG PROKSI ATOKSAKA DI DLM AMANAH NK...
Nak Lihat Ruu 355 Laksana Macamana Kalau Yang Ini Pun Diam Bisu

Nak Lihat Ruu 355 Laksana Macamana Kalau Yang Ini Pun Diam Bisu

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 200 hits
Menteri agama kunci mulut keputusan mahkamah berkait seks luar tabii February 26 2021 Zulkifli Mohamad Al Bakri bersama Menteri Pertanian dan Industri Makanan Ronald Kiandee menunjukkan pengesahan mereka divaksin di luar Pejabat Kesihatan P...
Memang Saya Nak B Dia

Memang Saya Nak B Dia

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 201 hits
165 total views 165 views today Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun di Brazil ditahan polis selepas dia tampil menyerah diri di balai dan mengaku telah membunuh remaja perempuan berusia 19 tahun yang menjadi pesaingnya ketika bermain Cal...
Denda Rm10 000 Rakyat Nak Bayar Macam Mana Mp Tak Apa Laa

Denda Rm10 000 Rakyat Nak Bayar Macam Mana Mp Tak Apa Laa

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 263 hits
Aktivis pengguna dan ahli ekonomi berkata tindakan Putrajaya mengenakan hukuman denda sehingga RM10 000 kepada individu atas kesalahan berkaitan perintah kawalan pergerakan adalah regresif dan menghukum Mereka turut mendakwa ia hanya akan m...
Hiburan Kalau Nak Kena Buka Tudung Cari Orang Lain Zila Bakarin

Hiburan Kalau Nak Kena Buka Tudung Cari Orang Lain Zila Bakarin

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 416 hits
Pelakon senior Zila Bakarin mendedahkan bahawa dia pernah disoal sama ada sanggup membuka hijab jika dikehendaki untuk berbuat demikian untuk berlakon Sumber Instagram Zila Bakarin Menurut Zila perkara tersebut berbangkit apabila ada bebera...
Khabarnya 2 Ahli Parlimen Pkr Nak Lompat Ke Pn Betul Ke

Khabarnya 2 Ahli Parlimen Pkr Nak Lompat Ke Pn Betul Ke

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 293 hits
What you give You get back Apa yang kamu beri pasti kamu akan dapat semula Biasa la kita dengar orang cakap macam tu Dulu di sini memancing sebelah sana sekarang sebelah sana pula memancing sebelah sini demi kuasa matlamat menghalalkan cara...
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Kenapa Berat Badan Bertambah Selepas Melahirkan Anak

Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini