Apa Cara Sekalipun Pakatan Harapan Kena Singkirkan
RAKYAT MALAYSIA YANG MENGUNDI PAKATAN HARAPAN PADA PRU14 MENJANGKAKAN EKONOMI BERTAMBAH BAIK, TAPI BERLAKU DISEBALIKNYA. MELAYU ISLAM MENJANGKAKAN APABILA PAKATAN HARAPAN MEMERINTAH, MAKA MELAYU DAN ISLAM AKAN BERTAMBAH CANTIK, AKAN TETAPI BERLAKU DISEBALINYA.ADAPUN MELAYU ISLAM YANG TERDAPAT DI DALAM KERAJAAN SEKARANG LANGSUNG TAK DAPAT DIHARAPKAN, MEREKA TIDAK ADA SEMANGAT MEMBELA MELAYU DAN AGAMA ISLAM.PEMIMPIN ISLAM DAN BANGSA MELAYU MENJADI SASARAN SERANGAN BUKAN ISLAM TANPA MEMBELAAN YANG WAJAR.MELAYU MENJADI TUNGGUL KAYU.  -Pak Karamu-  Sentimen Melayu untuk raih undi di Semenyih - PenganalisisM Fakhrull Halim  |  Diterbitkan Hari ini 8:00 pagi  |  Dikemaskini Hari ini 8:00 pagi       PRK Semenyih | Mahu tidak mahu  Pakatan Harapan (PH) perlu mengikut rentak pembangkang dengan memainkan  sentimen Melayu-Islam bagi meraih undi pada pilihan raya kecil Semenyih,  kata seorang penganalisis politik.
Menurut pensyarah kanan  program sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Muhamad  Nadzri Mohamed Noor, PRK Semenyih bakal menjadi medan pertempuran bagi  meraih undi orang Melayu.
“Kalau cerita perkara yang tak melibatkan kepentingan Melayu (ketika kempen), ia kurang menarik perhatian dan kurang popular.
“Katalah  jika kawasan itu kawasan pengundian bercampur, 50-50 antara Melayu dan  bukan Melayu, mereka (pembangkang) akan kurang cenderung pergi ke  (mengambil pendekatan) ‘kanan’.
“Tapi kali ini, hampir 70 peratus  pengundi Melayu. Saya ingat, nak tak nak, pihak kerajaan yang akan  diwakili Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) pun terpaksa mainkan  sentimen Melayu,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Selepas  kekalahan BN pada PRU-14, 9 Mei tahun lalu, Umno dilihat semakin akrab  menjalin kerjasama dengan PAS dan sentiasa membangkitkan isu kedudukan  orang Melayu dan agama Islam dalam kempen mereka.
Terbaru, pada  PRK Cameron Highlands lalu, kerjasama itu berjaya membawa kemenangan  kepada calon BN, Ramli Mohd Nor yang menewaskan calon PH, M Manogaran.
Tambah  Dr Nadzri, biarpun golongan muda dan ‘rasional’ merupakan peratus agak  besar dalam komposisi pengundi Melayu di Semenyih, mereka masih  menganggap isu Melayu dan Islam sebagai hal penting buat mereka.
BN-PAS ada kelebihan
Memandangkan  peratus pengundi Melayu di Semenyih mencecah 68 peratus manakala  pengundi bukan Melayu hanya 32 peratus, Dr Nadzri menjangkakan isu  Melayu-Islam di Semenyih akan lebih hebat dimainkan berbanding PRK  Cameron Highlands 26 Jan lalu.
Mengakui pendekatan BN-PAS dalam  isu Melayu dan Islam ‘terlalu kanan’ dan ‘kurang cocok’ dengan keadaan  Malaysia yang pelbagai agama dan kaum, untuk PRK kali ini, kerjasama  tersebut dilihat mempunyai kelebihan.
“Undi bukan Melayu memang signifikan, tetapi BN-PAS tak boleh buat apa-apa kerana itu macam dah jadi ‘cash deposit’ untuk PH.
“Tapi kelebihan pada BN-PAS kali ini, yang menentukan keputusan adalah undi orang Melayu,” katanya lagi.
Justeru,  beliau menjangkakan isu-isu Melayu dan agama Islam akan dimainkan bagi  menguja emosi dan menarik ramai pengundi untuk turun pada PRK itu nanti. 
10 peratus jadi penentu
Daripada  12 peratus yang tidak keluar mengundi pada PRU-14 lalu, beliau  menganggarkan sepuluh peratus daripadanya adalah orang Melayu yang mampu  menjadi faktor penentu dalam PRK Semenyih nanti. 
“Lebih kurang  dalam sepuluh peratus daripada lebih 50,000, maknanya 5,000 lebih  (undi). Kalau mereka boleh pengaruh Melayu untuk turun, atas nama agama,  bangsa dan tanah air, (ia) kelebihan pada BN-PAS. 
“Bak kata orang, Semenyih ni sepuntung rokok saja nak sampai (dekat),” tambah Dr Nadzri. 
Sementara  itu, beliau turut menggariskan cabaran yang didepani PH bagi PRK  Semenyih, termasuk menjawab mengenai manifesto yang belum berjaya  ditunaikan.
Ini termasuk serangan di media sosial terhadap beberapa pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng. 
Malah,  Bersatu sendiri berdepan cabaran mempamerkan diri sebagai parti Melayu  baru untuk menggantikan Umno dengan ideologi dan polisi yang berbeza  daripada ‘Melayu lama’. 
“Melayu yang lebih moden, lebih terkehadapan, dan kurang bergantung. Tapi, semuanya masih tidak jelas. 
“Mereka masih tercari-cari karakter ‘Melayu baru’ yang mereka cuba lemparkan kepada rakyat,” tambahnya lagi. 
Selain  BN dan PH, Parti Sosialis Malaysia turut mengesahkan akan meletakkan  calon di PRK Semenyih, manakala aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng pula  menyatakan hasrat untuk bertanding sebagai calon bebas.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://abnnasution.blogspot.com/2019/02/apa-cara-sekalipun-pakatan-harapan-kena.html