Apa Cara Ada Untuk Tunda Prk Dan Prn Tanya Annuar


MALAYSIAKINI

Setiausaha Agung BN, Annuar Musa, 'meminta nasihat' daripada orang ramai - terutama pembangkang - mengenai cara terbaik mengelak berlakunya pilihan raya ketika negara masih berdepan ancaman Covid-19.
Kata-kata Annuar itu dibuat selepas kerajaan Perikatan Nasional dikatakan menerima cadangan untuk mengisytiharkan darurat dan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sudah mengadap Yang di-Pertuan Agong di Kuantan, Pahang lewat petang semalam.
Laporan berita mengenai cadangan tersebut mencetuskan bantahan pelbagai pihak. Selain ahli politik ia juga tidak disenangi kalangan peguam.
"Tolong nasihatkan undang-undang mana boleh digunakan apabila pengundi Batu Sapi mahu kerajaan menunda pilihan raya kecil?
"Undang-undang mana boleh digunakan apabila orang Sarawak mahu pilihan raya negeri (PRN) mereka ditunda kerana takut apa yang berlaku di Sabah?" ciapnya malam tadi.
Annuar yang juga menteri Wilayah Persekutuan turut bertanya, undang-undang yang mana perlu digunakan apabila 87 peratus pengundi membayangkan mereka tidak mahu pilihan raya umum (PRU) kerana bimbangkan wabak Covid-19.
PRK Batu Sapi perlu diadakan selepas kerusi tersebut kosong ekoran kematian penyandangnya - seorang daripada pemimpin kanan Warisan - Liew Vui Keong pada 2 Okt lalu.
Suruhanjaya Pilihan Raya berkata mengikut perlembagaan mereka tidak ada pilihan kecuali mengadakan PRK dalam tempoh 60 hari selepas kekosongan kerusi itu diwartakan.
Ragui sokongan majoriti Muhyiddin
Untuk PRN Sarawak pula, kerajaan sekarang sebenarnya mempunyai tempoh sehingga pertengahan tahun depan sebelum penggal yang ada berakhir.
Dewan Undangan Negeri Sarawak hanya akan terbubar secara automatik 7 Jun. Dengan andaian ia dibubarkan pada tarikh berkenaan, PRN Sarawak mesti diadakan sebelum 7 Ogos.
Bagaimanapun Timbalan Ketua Menteri Sarawak James Masing berkata Covid-19 tidak menghalang PRN untuk diadakan.
Ketua Menteri Sarawak, Abang Johari Openg, pula dilaporkan berkata cadangan mengadakan PRN dibuat dengan mengambil kira kemampuan negeri itu mengendalikan Covid-19 secara berkesan ketika ini.
“(Namun) sekiranya Gabungan Parti Sarawak (GPS) boleh meneruskan mandat, saya tidak kisah untuk tidak mengadakan pilihan raya negeri,” katanya secara berjenaka di Konvensyen Sarawak United People's Party (SUPP) di Kuching, pada 18 Okt lalu. 
Abang Johari juga menegaskan langkah itu bukan menunjukkan GPS gila kuasa namun mereka tertakluk kepada undang-undang dan kerajaan perlukan mandat untuk menguruskan negeri dan ekonomi.
PRU ke-15 pula tidak perlu diadakan sehingga penggal yang ada tamat pada 2023. Bagaimanapun cakap-cakap mengenai pembubaran parlimen menjadi hangat akhir-akhir ini kerana pelbagai pihak meragui Muhyiddin masih memiliki sokongan majoriti di parlimen.
Ia kemudian mencetuskan kemungkinan parlimen dibubarkan untuk membuka laluan kepada PRU baru.
Semalam pensyarah undang-undang Universiti Malaya, Shad Saleem Faruqi, berkata PRK dan PRU hanya boleh ditangguhkan jika darurat diisytiharkan mengikut Fasal 150 Perlembagaan Persekutuan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/10/apa-cara-ada-untuk-tunda-prk-dan-prn.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Membuat Jamu Kunyit Asam Tradisional Yang Segar

Cara Membuat Jamu Kunyit Asam Tradisional Yang Segar

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 424 hits
Kunyit asam dikenal sebagai minuman kesehatan untuk wanita Jamu yang satu ini dipercaya bisa melancarkan haid mengatasi bau badan dan menghaluskan kulit
Ketahui Cara Rba Dap Dan Macai Amanah Bekerja

Ketahui Cara Rba Dap Dan Macai Amanah Bekerja

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 362 hits
Ini kereta milik Muhammad Sanusi Md Nor ADUN Jeneri Ada orang tua kampung saya sebut kheta Belpaya Kereta Vellfire keluaran 2009 2014 ini dibeli sewaktu Sanusi belum jadi MB lagi Untuk kegunaan keluarga guna kereta ni Ke hulu ke hilir dok a...
Cara Mudah Mengurangkan Tekanan Darah Tinggi Dalam Masa 5 Minit Tanpa Ubat

Cara Mudah Mengurangkan Tekanan Darah Tinggi Dalam Masa 5 Minit Tanpa Ubat

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 693 hits
Tekanan darah tinggi adalah penyakit zaman moden yang berkaitan dengan peningkatan stres kurang tidur obesitas makanan makanan masin merokok dan alkohol Setiap orang memiliki risiko diserang tekanan darah tinggi sewaktu waktu
Video Pelitup Muka Meriah Ada Lampu Lampu Lelaki Ini Kongsi Cara Untuk Dapatkan

Video Pelitup Muka Meriah Ada Lampu Lampu Lelaki Ini Kongsi Cara Untuk Dapatkan

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 301 hits
SEJAK penularan Covid 19 orang ramai kini kian biasa memakai pelitup muka di khalayak ramai dan ia menjadi satu norma baru yang bersifat sejagat Di Malaysia penggunaan pelitup muka diwajibkan sejak 1 Ogos lalu dan mana mana individu yang in...
Bungkusit Rider Driver Cara Untuk Register Dan Gaji

Bungkusit Rider Driver Cara Untuk Register Dan Gaji

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 561 hits
Untuk register ada 2 cara iaitu download apps Bungkusit Rider atau whatsapp nombor ini Lokasi training untuk bungkusit rider atau driver di KL dan selangor akan diadakan di sekitar Gombak Semasa training trainer akan terangkan cara cara unt...
Cara Mudah Nak Kembalikan Api Dapur Gas Oren Menjadi Biru

Cara Mudah Nak Kembalikan Api Dapur Gas Oren Menjadi Biru

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 523 hits
Jika anda jenis yang selalu masuk ke dapur dan memasak pasti anda sudah kenal betul dengan keadaan serta persekitarannya Jika semasa baru beli dahulu api dapur gas berwarna biru lama kelamaan ia mungkin akan bertukar oren Api oren ini dikat...
Ini Cara Memohon Bantuan Prihatin Nasional Secara Online

Ini Cara Memohon Bantuan Prihatin Nasional Secara Online

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 392 hits
Untuk anda yang tidak tahu hari ini semakan untuk status dan permohonan baru bagi BPN 2 0 telah pun dibuka Untuk mereka yang perlu membuat permohonan baharu kerajaan memberikan tempoh selama sebulan untuk anda memohon bermula dari hari ini ...
Jho Low Kini Dikenali Sebagai Constantinos Achilles Veis Di China

Imam Masjid Ar Rahmat Di Felda Lembah Klau Raub Meninggal Dunia Ketika Sedang Pimpin Solat Jumaat

Hantaran Memetik Titah Dan Menggunakan Gambar Ydpa Sultan Ibrahim Berhubung Dunia Islam Adalah Tidak Benar

Kenapa Lama Tak Update Blog

Rekod Pn Ketika Covid 19 Adalah Ulangan Mimpi Gagal

Dulu Janji Nak Tolong Sekarang Kena Explain

Resepi Kari Ayam Tanpa Santan

Hati Hati Inilah Dosa Besar Takhbib Merusak Hubungan Suami Istri Yang Wajib Anda Tahu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Zara Zya Terpatri Cinta Chord

Auditor General Flags Shady Deals In Felcra Ukm And Army Armoured Vehicle Procurements

New Clashes Outside London Hotel Housing Migrants

Anwar To Make Extraordinary Tribute Announcement Tomorrow Or Wednesday

Drinking Kopi 0 Kosong Is Good For Health

Buggy Kenderaan Elektrik