Apa Beza Filem Seram Dan Thriller


Seram atau Thriller?Baru-baru ini saya menonton filem Hereditary (2018). Selepas menulis ulasan tentangnya, saya mula membaca ulasan serta komentar daripada orang lain. Rata-ratanya ramai yang menyukai filem ini. Namun tak kurang juga yang membenci dan merasa tertipu selepas menontonnya.

Bergaduh tentang minat atau taste memang tidak akan pernah selesai. Malah kualiti karya dan taste individu pun masih ramai yang tak dapat bezakan. Jadi saya mahu lari jauh sedikit dan menulis tentang perbezaan cerita seram dan thriller. Harus diingat ini bukanlah nukilan seorang pelajar lulusan sekolah perfileman. Ini hanyalah pandangan orang biasa yang gemar menonton filem.

Genre seram dan thriller mempunyai beberapa persamaan. Kedua-duanya jika dipersembahkan dengan bijak, mampu memberikan kesan yang sama kepada penonton sehingga mereka tidak senang duduk. Inilah punca mengapa ramai orang mudah terkeliru dalam memahami dua genre ini. Asalkan takut, seram. Asalkan terkejut sana terkejut sini, seram. Tanggapan ini walaubagaimanapun tidaklah 100% benar.

Kita boleh memahami istilah seram dan thriller dengan kembali kepada takrif perkataan itu sendiri. Untuk genre thriller, filem ini bertujuan mengikat perhatian penonton dan mewujudkan rasa ‘thrill’. Ini biasanya dicapai dengan menyuntik rasa ingin tahu, misteri, cemas dan takut ke dalam jiwa penonton.

Filem seram pula lebih menumpukan kepada membangkitkan rasa takut. Lazimnya ini dilakukan dengan membuat penonton terkejut, menjerit, melompat daripada kerusi dan sebagainya.
Contoh filem-filem genre Seram (horror)Walaupun kelihatan berbeza, namun elemen utama dalam kedua-dua genre ini adalah untuk membangkitkan ketegangan dalam diri penonton. Biasanya filem thriller akan meninggalkan persoalan dalam diri penonton dan seringkali jalan ceritanya dibincangkan dalam khalayak yang lebih luas.
Contoh filem-fiem genre ThrillerFilem seram pula jarang-jarang meninggalkan kesan yang demikian. Sebaliknya penonton akan pulang bersama rasa takut dan ngeri yang lazimnya bersifat sementara.

Satu lagi perbandingan ialah pada jalan cerita dan susunan plot. Penonton filem thriller sering mendapat kepuasan apabila disajikan dengan jalan cerita yang mendebarkan. Unsur plot twist yang sinonim dengan filem thriller juga menjadi penyebab genre ini digemari ramai. Penonton harus meneka siapakah sebenarnya identiti penjahat dan apakah motifnya sejak awal cerita sehingga akhir. Filem seram pula biasanya memiliki jalan cerita yang mudah diramal. Kadangkala penonton sudah dapat menduga apa yang akan berlaku seterusnya.

Sebagai rumusan :

Filem thriller memberikan tumpuan kepada perhatian penonton sementara filem seram lebih fokus kepada mengejutkan penonton.Filem thriller biasanya mengandungi naratif yang berlapis-lapis dan keterkaitan plot yang lebih baik. Filem seram pula sering memiliki jalan cerita yang mudah diramal.Konsep penceritaan di dalam filem seram biasanya kurang praktikal berbanding filem thriller. Unsur spiritual serta alam ghaib juga lebih sinonim dengan filem seram berbanding filem thriller.Semakin industri filem berkembang, semakin banyak filem yang dihasilkan tanpa kategori genre yang jelas. Jurang antara genre semakin kabur dan walaupun hal ini ada kekurangannya, ia sebenarnya telah membuka ruang yang lebih luas untuk para penonton mula mencari kelainan dalam bentuk hiburan yang mereka mahukan.

Rujukan :

Difference Between Horror and Thriller
http://www.differencebetween.net/language/words-language/difference-between-horror-and-thriller/

Artikel ini ditulis oleh Haikal Fansuri dari Ipoh Perak. Selain penulisan artikel, beliau turut menulis kisah-kisah fiksyen bertemakan thriller dan misteri. Karya nukilannya boleh dibaca secara percuma menerusi page Haikal Fansuri

Sumber: The Patriots

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://apabezanya.blogspot.com/2018/11/apa-beza-filem-seram-horror-dan-thriller.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Beza Filem Lion King 2019 Dengan Lion King 1994

Apa Beza Filem Lion King 2019 Dengan Lion King 1994

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 600 hits
Tudiaaa ini dia filem remake yang tasabar untuk ditonton Sapa yang rindukan filem ni maknanya dia dah tua hahaha ok sorry kami melawak saja Di sini kami sertakan perbandingan di antara filem Lion King 2019 dengan Lion King animasi Enjoy 1 K...
Blumhouse Hasilkan Semula Filem Seram Black Christmas

Blumhouse Hasilkan Semula Filem Seram Black Christmas

papar berkaitan - pada 16/6/2019 - jumlah : 473 hits
Selepas berjaya kejayaan filem seram klasik Halloween tahun lepas studio Blumhouse dilaporkan bakal kembali menerusi filem seram terbaru berjudul Black Christmas Seperti Halloween Black Christmas merupakan filem remake dari filem asal berju...
Filem The Batman Arahan Matt Reeves Bakal Tampilkan Watak Robin

Filem The Batman Arahan Matt Reeves Bakal Tampilkan Watak Robin

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 444 hits
Akhirnya gembar gempur siapa yang bakal memegang watak Batman sudah pun terjawab Secara rasminya Robert Pattison bakal memegang watak itu selepas kali terakhir di pegang oleh Ben Affleck Namun menurut sumber dari Forbes Batman tidak akan me...
Ulasan Filem Furie

Ulasan Filem Furie

papar berkaitan - pada 4/6/2019 - jumlah : 507 hits
Tahun Terbit 2019Pengarah Le Van KietPelakon Veronica Ngo Pham Anh Koa Kim Long ThachSatu lagi filem yang tidak boleh dipandang sepi oleh peminat aksi Sebuah filem dari Vietnam yang mana jarang kita lihat filemnya Furie berjaya membuka mata...
Ulasan Filem Maria

Ulasan Filem Maria

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 539 hits
Tahun Terbit 2019Pengarah Pedring ReyesPelakon Christine Reyes Germaine De Leon KC MonteroBeberapa bulan ini kelihatan beberapa filem aksi seni bela diri dari Filipina sudah berjaya menarik perhatian Netflix untuk mengedarkannya Dari filem ...
Drama Dan Filem Bulan April 2019

Drama Dan Filem Bulan April 2019

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 515 hits
Senarai Drama dan Movie Bulan April 2019Disebabkan kemalasan melanda aku malas nak letak poster dan cerita lebih detail tentang semua yang telah aku senaraikan dalam gambar di atas tu hihi Filem Total Dhamaal Manikarnika The Queen Of Jhansi...
Filem Quentin Tarantino Seterusnya Ialah Crossover Django Unchained Dan Zorro

Filem Quentin Tarantino Seterusnya Ialah Crossover Django Unchained Dan Zorro

papar berkaitan - pada 5/6/2019 - jumlah : 346 hits
Quentin Tarantino dilaporkan akan menghasilkan sebuah filem crossover antara filem Django Unchained dan juga Zorro berdasarkan siri komik popular Paling menarik filem itu akan diterbitkan oleh Dynamite Entertainment dan DC Comics Dan kisahn...
Pengusaha Filem Tempatan Digesa Hasilkan Lebih Banyak Filem Animasi

Pengusaha Filem Tempatan Digesa Hasilkan Lebih Banyak Filem Animasi

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 501 hits
Lebih banyak filem animasi tempatan perlu diterbitkan dalam usaha menembusi pasaran filem di peringkat antarabangsa kata Pengerusi Perbadanan Filem Nasional Datuk Gerald Hans Isaac Beliau menggesa syarikat syarikat produksi filem tempatan m...
Finas Digesa Wujudkan Mekanisme Nilai Kualiti Filem

Finas Digesa Wujudkan Mekanisme Nilai Kualiti Filem

papar berkaitan - pada 7/6/2019 - jumlah : 349 hits
Al Jafree Yusof pengasas Komuniti Filem Titiwangsa berkata perlu juga ada penilaian dan pemantauan ke atas proses pembikinan filem PETALING JAYA Seorang pengkarya filem tampil mempersoal tindakan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional selepas a...
Pengalaman Guna Medical Card

Punca Bil Melambung 4 Masalah Ini Jadi Punca Aircond Makan Lebih Tenaga Elektrik

Spm Tidak Ditangguh Meskipun Banjir Ops Payung Diaktifkan

Ltat Kembali Strategik Pengurangan Pendedahan Dalam Affin

Pgdm Participates In Segi University S Sosure Media 2025 Campaign With The Theme Be So Sure Be So Safe

Albert Teams Up With Dr M To Expose Mastermind Behind Sabah Scandal

Siapa Bagi Kebenaran Pembinaan Tol Di Genting Ipk Tv 24 11 2025

Cara Mengelak Sihir Melalui Makanan Dan Minuman Amalan Dan Doa Pendinding Diri


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kl East Mall Meraikan Ulang Tahun Ke 5 Penuh Aktiviti Menarik

Satu Hari Sebelum Hari Terakhir Di Kota Madinah

Ucapan Hari Lahir Buat Kak Long Tersayang Yang Ke 48 Tahun

Delicious Beef Tagine Recipe Bbc Good Food

Jbl Grip Grab Go Portable Bluetooth Speaker

Domino S Pizza Mempersembahkan Sentuhan Baharu Cita Rasa Klasik Itali