Apa Beza Android Dan Apple Ios


Katakanlah anda ingin membeli telefon pintar baru dan anda sedang memikirkan sama ada ingin bertukar selera – Android ke iPhone atau iPhone ke Android. Anda mungkin tidak berapa pasti sama ada pilihan anda beralih arah ini tepat atau tidak memandangkan kedua-duanya, telefon pintar Android dan iPhone ini ada kelebihan dan kekurangannya masing-masing.

Oleh yang demikian, artikel ini akan menerangkan serba sedikit berkenaan kelebihan dan kekurangan di antara kedua-dua ‘mazhab utama’ telefon pintar ini. Terlebih dahulu, artikel ini cuma gambaran ringkas sahaja perbandingan di antara dua ekosistem ini dan tentunya, pengikut fanatik Android dan iPhone sudah terlalu taksub dengan pendirian masing-masing.
Berdasarkan statistik terkini yang diterbitkan oleh StatCounter setakat Februari 2017 yang lalu, Android kini hampir menyamai Windows dari sudut sistem operasi yang paling kerap digunakan di seluruh dunia apabila mencatatkan penguasaan 37.4 peratus, menghampiri Windows yang kini sedang mengungguli 38.6 peratus. iOS dari Apple pula menguasai sekitar 13 peratus.

Menurut GSM Arena pula, Samsung merupakan penjual telefon terbesar di dunia dengan jumlah jualan mencecah 308.5 juta pada tahun 2016. Mendahului Apple yang telah menjual 2.15.5 juta. Diikuti dengan Huawei di tempat ketiga dan Xiaomi di tempat keempat.

Android vs iPhone: Sekali imbas

iPhone

Kelebihan

Perkakasan dan perisian kedua-duanya dikawal selia dan dioptimasikan oleh Apple sendiri.Stor aplikasi yang dikawal rapi, kurang kebimbangan untuk diserang malwareSokongan pengguna yang bagus
Kekurangan

Storan yang terhadEkosistem yang terlalu mengongkongSukar untuk membuat pengubahsuaian
Android

Kelebihan

Sumber terbuka, mudah diubahsuaiKebanyakan telefon pintar boleh dipertingkatkan saiz storan melalui slot kad mikro SDLebih banyak pilihan telefon
Kekurangan

Kadar jangkitan malware lebih tinggiAntaramuka yang tidak sama antara telefon pintar yang berlainan model dan jenamaSokongan yang tidak menentu
Android vs iPhone: Aplikasi

Beberapa tahun sebelum ini, para pembangun pada kebiasaannya menyediakan aplikasi untuk iPhone terlebih dahulu sebelum aplikasi berkenaan hadir untuk pengguna Android. Kadang-kadang tu terlampau lama sampai makan tahun.

Tapi hal ini sudah hampir tidak berlaku lagi pada masa ini memandangkan aplikasi-aplikasi sekarang selalunya akan diterbitkan untuk kedua-dua sistem operasi – iOS dan Android. Cuma, kadang-kadang tu ada juga sesetengah aplikasi yang hanya terhad untuk Android sahaja atau iPhone sahaja.

Android vs iPhone: Perkakasan
Dari segi pilihan, memilih model iPhone adalah lebih mudah jika dibandingkan untuk memilih model telefon pintar Android. Misalnya, untuk iPhone pada setiap keluaran, model yang ditawarkan adalah sekitar tiga atau empat pilihan sahaja dalam satu-satu masa. Pilihan selalunya berkisar pada saiz skrin, 4.0 inci untuk iPhone SE hinggalah yang bersaiz 5.5 inci untuk iPhone 7 Plus. Atau yang sedang-sedang, 4.7 inci untuk iPhone 7.

Dari segi harga pula, iPhone paling murah adalah iPhone SE yang kini boleh diperoleh pada harga sekitar RM1,949 hinggalah yang paling mahal, iPhone 7 Plus – RM3,799.

Telefon pintar Android, lain pula halnya. Pilihannya adalah terlalu banyak hinggakan anda mungkin rambang mata dengannya. Dari harga serendah-rendah RM199 hinggalah ada yang mencecah RM2,499. Juga dari pengeluar yang terkenal seperti Samsung dan Sony hingga ke entah apa jenama yang mungkin anda sendiri belum pernah mendengarnya.

Jadi, adakah iPhone lebih baik dari telefon pintar Android yang terbaik? Jawapannya, belum tentu iPhone lebih bagus. Sesetengah telefon pintar Android menawarkan kamera yang lebih baik dari kamera iPhone, seperti yang ditawarkan oleh Huawei P10. Ada juga sesetengahnya memiliki paparan resolusi skrin yang lebih tinggi serta menawarkan ciri-ciri tambahan lain yang tidak disediakan pada iPhone seperti NFC, pemeriksa degupan jantung atau yang paling penting – ruang storan yang boleh diperbesarkan melalui slot kad mikro SD.

Anda mungkin boleh membeli iPhone yang menawarkan ruang storan yang lebih besar. Namun, bukan semua model iPhone yang menawarkan ruang storan sehingga 128GB dan pastinya harga yang ditawarkan pada model berkenaan pula adalah lebih tinggi.

Berbeza dengan Android, anda mungkin boleh menambahkan ruang storan telefon pintar Android anda sehingga 64GB melalui slot kad mikro SD pada harga sekitar RM89. Anda boleh bayangkan berapa banyak beza harga antara kedua-duanya hanya untuk menambah ruang storan sahaja.

Cuma kelebihan menggunakan storan dalaman sahaja tanpa menggunakan kad mikro SD memudahkan anda untuk mencari di mana anda menyimpan fail-fail seperti imej, aplikasi, muzik, video dan sebagainya. Tambahan pula, prestasi aplikasi-aplikasi yang dipasang pada storan dalaman juga lebih baik berbanding yang dipasangkan pada kad mikro SD dan ia juga bergantung dengan jenis kad mikro SD apa yang anda gunakan.

Android vs iPhone: Perisian
Android hari ini telah jauh lebih maju jika dibandingkan dengan saat ianya pertama kali dipertontonkan kepada khalayak. Kini, Android dan iOS kedua-duanya boleh dianggap sebagai sama taraf. Pun begitu, ada juga hal-hal kecil lain yang masih lagi membezakan di antara kedua-duanya, bergantung kepada selera pengguna seperti;

Home Screen
Paling ketara, kesemua aplikasi-aplikasi iPhone ditempatkan pada ‘home screen’. Walaupun pengguna dibenarkan untuk menempatkan aplikasi-aplikasi ke dalam folder, home screen iPhone tetap tidak boleh diubahsuai sesuka hati.

Manakala Android pula, pengguna diberikan lebih kebebasan, termasuklah pilihan untuk menyimpan aplikasi pada ‘app tray’ atau meletakkannya pada home screen seperti iPhone. Pengguna juga diberi pilihan untuk memaparkan imej-imej hiasa menarik pada home screen, menambah widget-widget tertentu seperti pemakluman cuaca, waktu dunia dan sebagainya.

Pembantu (Assistants)
iPhone ada Siri, Android pula ada Google Now. Kedua-dua mempunyai peranan yang sama, cuma kebolehannya sahaja yang berbeza. Google Now bukanlah pembantu maya yang boleh anda ajak berborak. Siri pula, sekurang-kurangnya masih boleh dibawa berborak cuma ada masanya boleh tahan juga dia punya mengarut.

Pengguna boleh menggunakan Siri dan Google Now untuk menetapkan alarm, peringatan, mendapatkan petunjuk arah dan pelbagai lagi termasuklah menghantar mesej berteks.

Bagaimanapun, untuk arahan-arahan tertentu, Siri dilihat lebih memahami jika dibandingkan dengan Google Now yang pada kebiasaannya akan memaparkan hasil carian melalui internet.

Melalui iOS 10, Apple telah membuka Siri untuk digunakan oleh pembangun aplikasi untuk menjadikannya lebih bermanfaat mengikut kesesuaian aplikasi.

Cuma, untuk pembantu maya yang menerima arahan suara dari pengguna ini, pengguna perlu meluangkan masa untuk mempelajari dan menyesuaikan cara memberikan arahan untuk memastikan kelancaran penggunaannya.

Fleksibeliti
Untuk memasang aplikasi-aplikasi pula, Android masih lagi membenarkan penggunanya memasang aplikasi-aplikasi dari sumber yang tidak diketahui (unknown sources) termasuk fail-fail berformat .APK yang disalin dari tempat lain seperti komputer, Bluetooth dari kawan-kawan dan sebagainya.

Tapi untuk Apple iPhone, pengguna hanya dibenarkan untuk memasang aplikasi-aplikasi yang ditawarkan pada App Store sahaja. Itupun, lain negara, lain pula aplikasi yang ditawarkan oleh App Store. Pengguna mungkin boleh melakukan jailbreak pada iPhone, namun ia datang bersama-sama risiko-risiko tertentu yang mungkin sesetengah pengguna tidak berani membuatnya.

Dari segi penyambungan ke komputer pula, Android apabila disambungkan ke komputer akan bertindak seperti sebuah storan luaran (external hard disk, pemacu USB etc) dan pengguna boleh melihat, menyalin dan memadamkan fail sama seperti pada pemacu USB yang disambungkan ke komputer. Oleh itu, kerja-kerja memindahkan video, imej, fail dan muzik amat mudah dilakukan di antara komputer dengan telefon pintar Android.

Berbeza dengan iPhone, apabila ia disambungkan ke PC, ia akan menyediakan fungsi seperti menyambung ke kamera digital. Pengguna hanya dibenarkan untuk melakukan pemindahan foto, video dan muzik melalui perisian tertentu seperti iTunes sahaja. Pengguna langsung tidak dibenarkan untuk mengakses ke sistem-sistem fail pada iPhone melalui PC.

Keselamatan dan Privasi
Apple diketahui umum amat menitik beratkan soal privasi pengguna. Hatta, kalau FBI sekalipun yang datang meminta darinya, ia tidak akan dapat dengan cara yang mudah. Google pula, ia sememangnya akan mengumpulkan data-data dari pengguna untuk tujuan pengiklanan. Jadi, bagi anda yang mementingkan privasi, iPhone lebih sesuai untuk anda.

Kes baru-baru ini yang melibatkan di antara FBI dan Apple menunjukkan betapa ketatnya tahap keselamatan iPhone. Kesemua data-datanya telah dienkripsikan dan tidak boleh diakses tanpa memasukkan passcode. Melalui penambahan ciri keselamatan pada iOS 8, iPhone yang telah dicuri tidak boleh digunakan selagi tidak memasukkan passcode yang betul.

Tahap keselamatan Android pula, hanya baru-baru ini sahaja dipertingkatkan sejak kehadiran Android 6.0 Marshmallow yang mewajibkan enkripsi full-disk. Bagaimanapun, fungsi ini mungkin tidak dapat disokong pada telefon-telefon pintar Android versi yang terdahulu.

Android juga lebih terdedah dengan ancaman malware atas sebab ianya lebih banyak digunakan (sekitar 80 peratus penguasaan, berbanding iOS yang sekitar 20 peratus) menjadikannya sasaran utama penjenayah siber. Tambahan pula, ekosistem Android lebih terbuka jika dibandingkan iPhone.

Bagaimanapun, pengguna masih boleh melindungi telefon pintar Android masing-masing dari ancaman malware dengan hanya memasang aplikasi dari Google Play dan mengelakkan diri dari mengunjungi laman-laman web yang tidak bermoral.

Kesimpulan

Tidak ada jawapan yang mudah untuk menentukan mana satu yang lebih baik, di antara Android dan iPhone. Pilihan kedua-duanya bergantung dengan keperluan dan kehendak pengguna sendiri. Misalnya, jika anda ingin mendapatkan telefon pintar pada kos yang kurang dari RM1,000, anda perlu memilih Android atau iPhone terpakai.

Tapi, jika faktor kewangan bukan masalah buat anda dan anda sememangnya ingin keselesaan dan privasi, iPhone mungkin lebih sesuai buat anda.

Sumber: Harian Teknologi



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://apabezanya.blogspot.com/2018/11/apa-beza-android-dan-apple-ios-iphone.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apple Umum Project Catalyst Membolehkan Aplikasi Ios Dibawa Ke Macos

Apple Umum Project Catalyst Membolehkan Aplikasi Ios Dibawa Ke Macos

papar berkaitan - pada 4/6/2019 - jumlah : 272 hits
Bersama sama pelbagai pengumuman perisian dan sistem operasi baru pihak Apple turut berkongsi sejumlah perkara dalam memudahkan para pembangun hadir dengan aplikasi masing masing Salah satu perkara baru yang turut diumumkan adalah Project C...
10 Fungsi Yang Tiada Pada Ios 13 Tetapi Ada Pada Android

10 Fungsi Yang Tiada Pada Ios 13 Tetapi Ada Pada Android

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 187 hits
Terdapat puluhan fungsi baharu diperkenalkan oleh Apple pada iOS 13 di acara WWDC yang berlangsung dua minggu yang lalu Kami ada menyenaraikan 20 fungsi paling menarik setakat ini tetapi selepas seminggu menggunakan iOS 13 Beta kami menyeda...
Apple Ios 13 Akan Menyokong Iphone Se Iphone 6s Dan Terkini

Apple Ios 13 Akan Menyokong Iphone Se Iphone 6s Dan Terkini

papar berkaitan - pada 4/6/2019 - jumlah : 347 hits
Apple hari ini telah pun memperkenalkan sistem operasi mudah alih terbaru mereka iaitu iOS 13 Bersama sama dengannya ia menawarkan prestasi lebih baik disamping menyertakan ciri ciri baru seperti sokongan tema gelap dan lain lain Kini lanju...
Apple Menyatakan Ios 13 Akan Lebih Pantas Daripada Versi Ios Sebelumnya

Apple Menyatakan Ios 13 Akan Lebih Pantas Daripada Versi Ios Sebelumnya

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 225 hits
Reading Time 3 minutesiOS 13 dikatakan akan menjadikan peranti iPhone lebih pantas tapi 8230 Pada pengenalan versi terbaru iOS 13 yang dibuat di acara WWDC 2019 baru baru ini Apple telah memperlihatkan beberapa ciri terbaru yang ada pada ve...
Skype Kini Menawarkan Fungsi Perkongsian Skrin Untuk Semua Pengguna Android Dan Ios

Skype Kini Menawarkan Fungsi Perkongsian Skrin Untuk Semua Pengguna Android Dan Ios

papar berkaitan - pada 6/6/2019 - jumlah : 347 hits
Skype sebelum ini telah menguji fungsi perkongsian skrin pada iOS dan Android dalam bentuk beta terhad dan hari ini fungsi berkenaan telah mula diperkenalkan kepada semua pengguna seluruh dunia Melalui ciri ini pengguna dengan mudah boleh b...
Ini Adalah 13 Fungsi Apple Ios 13 Yang Menarik

Ini Adalah 13 Fungsi Apple Ios 13 Yang Menarik

papar berkaitan - pada 9/6/2019 - jumlah : 309 hits
Umum sedia maklum pada acara khas WWDC 2019 yang lepas Apple telah perkenalkan iOS 13 iPadOS macOS Catalina watchOS 6 tvOS 13 buat Apple TV Mac Pro terbaru dan skrin monitor Pro Display XDR Pada perkenalan iOS 13 kami tertarik dengan bebera...
Rescuecom Memberikan Gred C Kepada Komputer Apple Macintosh

Rescuecom Memberikan Gred C Kepada Komputer Apple Macintosh

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 237 hits
Reading Time 2 minutesKomputer keluaran Samsung Lenovo dan Microsoft telah berjaya menyaingi Mac Berdasarkan kepada laporan 2019 oleh laman portal RESCUECOM kebolehpercayaan pengguna terhadap komputer keluaran Apple telah merudum dengan aga...
Tawaran Kursus Di Apple Developer Academy Italy Ambilan Julai 2019

Tawaran Kursus Di Apple Developer Academy Italy Ambilan Julai 2019

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 205 hits
Mungkin anda minat mengambil cakna dengan dunia teknologi Mungkin anda juga minat kepada teknologi itu sendiri sekali gus anda ingin memasang cita cita suatu hari nanti anda akan berkecimpung di dalam dunia teknologi tersebut Salah satu tek...
Jika China Dan As Makin Memanas Apple Siap Pindahkan Pabrik

Jika China Dan As Makin Memanas Apple Siap Pindahkan Pabrik

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 245 hits
Setelah Huawei banyak yang melihat Apple sebagai korban besar berikutnya dari perseteruan sengit perang dagang antara China dengan Amerika Serikat
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba