Apa Berlaku Selepas Berpantang 44 Hari


 Apa berlaku selepas berpantang 44 hari? ketika mempunyai anak seorang, perkara pertama selepas saya habis berpantang 44 hari adalah duduk depan cermin meja solek. Manakan tidaknya, saya tidak ingat kata-kata siapa. Katanya sekiranya berpantang secara betul, muka akan berseri-seri. Itu tanda berpantang dengan betul. Badan sihat bertenaga. Secara tidak langsung perut, pinggang dan pinggul cantik! 







Mudah betul saya percaya kata-kata dan petua siapa lah tu. Naif betul saya percaya tau! anak pertama memang ketat saya berpantang. Berpantang ikut orang lama-lama. Tapi, itu lah terseksa sangat. Sebab tidak dapat makan dan minum dengan cukup semasa berpantang. Semuanya gara-gara nak cantik, tidak mahu gemuk dan menggeleber. Haih! tapi, tidak juga cantik, bila hati tidak senang. Kan?


Saiz pinggang dari zaman anak dara 

Tidak dinafikan, saya berpantang agak ketat dari anak pertama sehingga ke-3. Sabar kan saya? tapi ok lah. Dari anak 1 hingga 3, pinggang masih bersaiz 27. Saiz pinggang ni dari zaman anak dara lagi. Masuknya anak ke-4, saya dah tidak berpantang ketat lagi.


Mula melanggar pantang

Masuknya anak nombor 4. Saya dah tidak berpantang 44 hari makanan gaya dulu lagi. Ini disebabkan, saya stress dalam pantang. Berat ujian berpantang kali ini, dengan baby Yusuf masuk di NICU dan saya pulang ke rumah tanpa baby di sisi. Lagi bertambah sedih, akhirnya stress.


Selama berpantang, asyik dengan linangan airmata sahaja sebab terkenangkan baby yang berada di NICU selama 7 hari. Bukan suami dan keluarga tidak berikan support system, ada. Cuma emosi lebih. Terkenangkan baby macam mana? tiada skin to skin dengan baby dek kerana nafas baby laju dan terus di masukkan ke NICU. 
Breast pula membengkak, dan akhirnya demam sehingga terpaksa ke hospital. 
Bila anak keluar NICU, saya pula kena pergi ke Hospital akibat demam dalam berpantang. Ujian sangat!


Bila baby dapat keluar NICU dan saya pulih dari demam. Kembali bahagia  sebab dapat susukan baby. Sini permulaan kenaikan berat badan dan saiz pinggang berubah. Haha. 


Selepas berpantang 44 hari 

Di tahun 2025, lagi teruk saya berpantang bersalin anak nombor 5 ! minggu pertama ok ikut cara lama berpantang. Bertungku, berpilis, minum air sedikit sewaktu berpantang, dan jaga makan. Sebab tidak mahu kenaikan badan berlaku.  
Ujian kali ini, lebih kuat. Hancur hati ketika di labour room . Pun baby di NICU dan pulang tanpa baby disisi. 
Masuk minggu ke-2, saya dah berani makan nasi bryani. Petang order Zuss Cafe dan Roti Croissant. Setiap 2 hari sekali, memang akan order Grab. 
Suami memang tidak bagi saya makan gitu, gula tinggi katanya. Tapi itulah. Beli senyap-senyap sebelum suami pulang kerja. Saya gunakan duit simpanan sendiri, hasil menabung duit gaji ghostwriting 3 bulan sebelum berpantang. 


Habisnya berpantang 44 hari. Nah! terus pinggang bertukar saiz. Nak menangis dah tiada guna!  34cm saiz pinggang terkini saya di tahun 2025. Tapi pelik pula, dah macam buah pear. Baju kurung moden dah banyak yang tidak boleh dipakai lagi. Stress lagi! bila stress saya cari ZUSS Coffee. Itu lah saya setiap petang. Huhhh! 


Buncit selepas 44 hari berpantang?

Masya-Allah. Syukur nikmat. Mujurlah perut tidak buncit selepas berpantang! sebab part ini  ketat dalam penjagaannya. Selepas mandi, saya mengenakan bengkung bertali sehingga tidur. Bengkung dibuka sekiranya mahu mandi sahaja. 
Teringat suami jiran sebelah rumah , sewaktu saya dan suami datang melawat isterinya berpantang lama dulu. Siap minta petua saya kempiskan perut. Terkejut lah juga. Saya katakan, hanya berbengkung dan sapu perut dengan halia bercampur cuka. Itu rahsia saya kempiskan perut. 




Pengajaran  dari cerita diatas. Jangan stress ketika berpantang dan elakkan atau boleh kurangkan dari minum air manis. Oh ye, sebelum terlupa. Di fasa mengandung pun, jangan makan tidak ingat dunia. Saya kerap minum minuman berais dan gula. Ini pun salah satu faktor kenaikan berat badan berlaku . Paha dan pinggul membesar dengan jayanya. 














Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ehbelogaku.com/2025/02/apa-berlaku-selepas-berpantang-44-hari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hari Raya Lebih Meriah Di Melawati Mall Syawal Membayu

Hari Raya Lebih Meriah Di Melawati Mall Syawal Membayu

papar berkaitan - pada 22/2/2025 - jumlah : 252 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraAidilfitri yang bakal menjelma pastinya menjanjikan kemeriahan bagi seluruh umat Islam Pastinya begitu banyak promosi menarik dihidangkan kepada pembeli dengan produk produk yang menarik pada harga yang be...
Ibis Melaka Sentuhan Ramadan Lengkap Dengan Pakej Penginapan 3 Hari 2 Malam

Ibis Melaka Sentuhan Ramadan Lengkap Dengan Pakej Penginapan 3 Hari 2 Malam

papar berkaitan - pada 21/2/2025 - jumlah : 263 hits
Assalammualaikum semua Ramadan tahun ini anda boleh mencipta memori bersama seisi keluarga dengan merancang berbuka puasa dan bercuti ke Melaka Anda boleh dapatkan pakej Sentuhan Ramadan beserta penginapan selesa di ibis Melaka ibis Melaka ...
Raikan Kemeriahan Hari Raya Dengan Himpunan Unik Trio Carlo Rino

Raikan Kemeriahan Hari Raya Dengan Himpunan Unik Trio Carlo Rino

papar berkaitan - pada 22/2/2025 - jumlah : 558 hits
Carlo Rino mempersembahkan barisan himpunan menyeronokkan sempena musim perayaan kali ini menawarkan gabungan sempurna nostalgia dan gaya sarat rona Dengan himpunan kasih Tom amp Jerry serta dua koleksi menakjubkan bagi Hari Raya koleksi Lo...
Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 22/2/2025 - jumlah : 272 hits
Hihh panjangnya tajuk hahahaItu semua poyo Mama Yan dan keluarga singgah makan kat sini 2 minggu yang lalu Masa nak hantar Mak Mama Yan balik ke Raub Duduk rumah kami dalam sepuluh hari aje rasanya Lepas tu abah Mama Yan dah suruh hantar is...
Banyak Kejadian Tercekik Dilaporkan Setiap Hari Ini Adalah Peringatan Penting Bagi Kita

Banyak Kejadian Tercekik Dilaporkan Setiap Hari Ini Adalah Peringatan Penting Bagi Kita

papar berkaitan - pada 22/2/2025 - jumlah : 167 hits
Banyak kejadian tercekik dilaporkan setiap hari ini peringatan nyata bahawa kita tidak boleh berdiam diri Ayah dan Ibu pengetahuan Teknik Heimlich untuk bayi adalah keutamaan Satu tindakan tepat dalam sekelip mata boleh mengubah nasib dan m...
Memang Berbaloi Percutian 6 Hari Ke Jakarta Bandung Dengan Kos Rm8k Untuk 6 Orang

Memang Berbaloi Percutian 6 Hari Ke Jakarta Bandung Dengan Kos Rm8k Untuk 6 Orang

papar berkaitan - pada 21/2/2025 - jumlah : 320 hits
Umi pernah ke Jakarta Bandung kalau tak silap 2 kali tu pun dah lama terirngin nak ke sana lagi sebab kawan kawan dalam agensi pelancongan di sana masih ramai tapi asyik tertangguh Tetiba terbaca perkongsian seorang wanita bersama keluarga ...
Selalu Letih Lesu Dan Penat Sa Consume Berocca Setiap Hari

Selalu Letih Lesu Dan Penat Sa Consume Berocca Setiap Hari

papar berkaitan - pada 20/2/2025 - jumlah : 172 hits
Assalamualaikum Rutin harian SA memang ambil Berocca setiap pagi Berocca ni merupakan Vitamin B group with Vitamin C dan ada added Calcium dan Magnesium serta Zinc Complete dah pengambilan vitamin untuk SA dengan satu tablet yang dilarutkan...
Hari Raya Haji Promotion At Jen Hotel Penang

Hari Raya Haji Promotion At Jen Hotel Penang

papar berkaitan - pada 18/2/2025 - jumlah : 151 hits
HARI RAYA HAJI PROMOTION AT JEN HOTEL PENANG Hari Raya Haji bakal menjelma beberapa hari lagi Jen Hotel memperkenalkan makanan dan hidangan yang disajikan dengan lezat sempena Hari Raya Haji bermula 16 Julai sehingga 23 Julai 2021 untuk mer...
Hari Pertama Sekolah Di Jepun Lebih Tenang Rupanya Ini Strateginya

Hari Pertama Sekolah Di Jepun Lebih Tenang Rupanya Ini Strateginya

papar berkaitan - pada 19/2/2025 - jumlah : 190 hits
Semalam sesi persekolahan baru sahaja bermula di kebanyakan negeri di Malaysia Seperti yang dijangka ramai ibu bapa berkongsi pengalaman anak anak yang menangis di hari pertama sekolah terutamanya bagi mereka yang pertama kali melangkah ke ...
Tiada Ilmu Baru Kalau Ilmu Lama Pun Belum Hadam

Nafizah Air Mata Rindu Chord

Tanggung Cedera Paling Teruk Sepanjang Bermain Bola Habibi Akur Rawatan Fisio Di Physiogo

No Cabinet Reshuffle While Rafizi Nik Nazmi On Leave Anwar

Property Investment Tips Malaysia 2025 Pelaburan Hartanah Untung Tinggi

Rafizi Nik Nazmi Letak Jawatan Pm Anwar Belum Rancang Rombakan Mereka Masih Bercuti

Pemuda Bandung Tolak Wacana Pengakuan Akan Israel

Memberdayakan Pasar Tradisional Melalui Inovasi Digital


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Petua Penjagaan Kereta Berkala

Gm Invests Almost 1 Billion Dollars In A New V8 Engine

Larangan Melampau Dalam Agama

Cuba Sekali Pasti Ketagih Resipi Sambal Bilis Garing Homemade

Nuca Pelan Pelan Chord

Keputusan Mahkamah Tarif Menimbulkan Ketidakpastian Baru Dalam Pasaran