Apa Barunya Malaysia Baru Yb


Mohamed Khaled Nordin 
   

Saya membaca keluhan dan kekecewaan YB Lim Kit Siang seperti berita yang tersiar di Malaysiakini bertarikh 28 Ogos lalu bertajuk Patutkah saya lupakan Malaysia Baru dan berundur, soal Kit Siang
Saya rasa terpanggil untuk memberikan pandangan berhubung kenyataan itu.

Saya sarankan YB melupakan sahaja retorik Malaysia Baru. Pasti YB sendiri sangat sedar bukan, bahawa Malaysia Baru itu tidak diasaskan pada pemikiran politik yang sebenar?

Pertama, tiada yang baru tentang Malaysia setelah kemenangan PH. Apa yang barunya tentang drama Anwar Ibrahim yang terus berharap untuk menggantikan Tun Mahathir? Maaf, setakat ini belum ada kekosongan jawatan.

Apa yang barunya dengan dasar-dasar PH yang hanya menjenamakan semula program lama? Dulu Lynas bakal menjadikan Malaysia beracun. Sekarang ia diteruskan dengan seribu justifikasi.

Apa yang barunya dengan penipuan pemansuhan tol oleh Tony Pua, penghapusan bayaran hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan kos sara hidup yang tinggi?

Apa yang barunya dengan naratif kononnya Sabah dan Sarawak tidak terbela dengan baik?

Sedangkan kini sekolah-sekolah di Sarawak diugut oleh anak YB sendiri agar tidak diberikan bantuan sehinggalah hutang kerajaan negeri dilunaskan.

Apa yang barunya apabila berjuta peluang pekerjaan yang dijanjikan sebelum ini rupanya dijawab dengan memperkenalkan Gojek? Barangkali 300,000 rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura yang dijanjikan untuk dibawa pulang sebelumnya kini akan berlumba-lumba pulang demi merebut peluang keemasan ini.
Apa yang barunya apabila menteri pendidikan sehingga kini tidak boleh membuat keputusan sama ada Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) akan diiktiraf atau tidak, biarpun itu adalah manifesto PRU?

Apa yang barunya, jika YB sendiri gagal meyakinkan masyarakat Cina dan India untuk menerima khat di sekolah vernakular, sedangkan kalian mendendangkan Malaysia yang lebih terbuka, tidak rasis dan tidak prejudis?

Apa yang barunya apabila Ketua Pesuruhjaya SPRM, Ketua Polis Negara, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Ketua Pesuruhjaya SPAD, 13 pegawai penyelaras sukan negeri dan pelbagai lantikan ke institusi awam dan akademik dibuat tanpa melalui proses dan mekanisme yang kamu janjikan? 
Malah, hampir kesemuanya adalah lantikan politik dari kalangan parti dalam pakatan anda

Apa yang barunya dengan retorik perdana menteri dan rakan-rakan YB tentang kebanjiran pelabur China di Johor adalah satu penjajahan dan penjualan negara?

Yang peliknya, kini semua itu semakin digalakkan. Hinggakan pembinaan rumah kos rumah pun hendak diserahkan kepada kontraktor China.

Tiada menzalimi bangsa lain
Apa yang barunya dengan cerita hutang negara yang melambung sedangkan kini kerajaan merancang untuk menerbitkan pula Bon Samurai Kedua biarpun setelah menambah hutang negara ke tahap yang sangat menggerunkan?

Apa yang barunya tentang luar bandar Malaysia sekarang? Felda tidak bertambah baik. Harga sawit terus merudum. Hidup petani dan pesawah semakin sempit.

Kesemua ini adalah petunjuk jelas bahawa Malaysia Baru adalah gimik politik yang tidak boleh dipertahankan.

Kedua, saya ingin mengingatkan YB bahawa DAP selalu menggunakan alasan yang suhu perkauman di Malaysia semakin meningkat kerana pihak tertentu menggunakan sentimen perkauman.

Siapakah mereka itu YB? Umno-PAS atau Malaysiakini atau akhbar Cina? Atau YB, anak YB dan parti YB?

Biar saya nyatakan realitinya. Pergilah ke mana-mana sudut negara ini, tiada orang Melayu yang menzalimi bangsa Cina dan tiada orang Cina yang menzalimi bangsa Melayu atau India. Keadaan di lapangan sangat harmoni. Kebanyakan kami - rakyat di bawah - tidak melihat ras sebagai masalah harian dalam kehidupan Malaysia yang majmuk.

Orang Melayu terus ke kedai Cina, menggunakan kontraktor Cina dan setia berurusan dan menyimpan dengan bank-bank milik Cina. Orang Cina pula terus mengunjungi kedai nasi lemak Melayu, bersarapan roti canai di kedai India dan menaiki Grab yang dipandu orang Melayu.

Realitinya, kehidupan Malaysia muhibah. Hanya YB, anak YB dan rakan-rakan DAP sahaja yang terus meniupkan rasa khuatir seolah-olah suhu perkauman semakin meningkat, hanya kerana orang Melayu tidak mendukung PH.

Jangan YB lupa bahawa Dr Mahathir Mohamad pernah menjadi sebahagian daripada Perkasa, dan pernah dilabel oleh DAP sebagai ultra-Melayu. Nah, yang itulah sekarang pujaan hati YB dan sekutu.
Ketiga, pada kebanyakan rakyat negara ini, tiada Malaysia Baru atau Malaysia lama. Hanya Malaysia. Ini negara kami nan satu-satunya. Menukar pemerintah bukan bererti menukar negara dan segala struktur asasnya.

YB bercakap tentang Malaysia Baru ialah YB, anak YB dan konco-konco YB. Seolah-olah YB adalah pejuang pembebasan yang terpenjara berpuluh tahun dan akhirnya setelah dibebaskan berjaya menumbang kerajaan yang zalim.

Biar saya ingatkan YB. Yang baru tidak semestinya baik dan yang lama tidak semestinya jelik. Pemikiran sebegini sangat songsang dan keanak-anakan.

Apakah YB lupa BN telah membina negara ini dengan jayanya? Jika tidak, masakan peralihan kuasa berlaku dengan aman dan baik. Jika tidak, masakan kerajaan dapat berfungsi seusai pilihan raya. Jika tidak, masakan wujud generasi yang sangat waras dan tegas menentang apa yang mereka anggap korupsi dan kejahatan.

Jika benar BN dan orang Melayu yang mendukung Umno ini terlalu jahat, tidak akan pernah wujud ruang peralihan kuasa dan pemugaran demokrasi di negara ini.

Setelah BN tumbang, tidak ada satu pun tunjuk rasa yang Umno dan PAS anjurkan. Kami sangat menghormati pilihan rakyat dan kami menerimanya dengan berlapang dada

Baca Makin kencang bincang soal agama dan bangsa di era PH
Malangnya, setelah lebih setahun memerintah dengan kualiti pentadbiran yang gagal, maka cara paling mudah untuk mengalih ketidakpuasan hati rakyat ialah mencari kambing hitam. YB enggan menerima hakikat bahawa yang menggantikan kleptokrasi adalah kakistokrasi. Malah kini, pelbagai episod video seks, jenayah seksual dan rujukan bahan lucah dilakukan oleh anggota kerajaan. Seolah-olah, kakistokrasi kini berubah pula menjadi pornokrasi

Maka timbullah tuduhan bahawa ada pihak tertentu yang bermain sentimen kaum dan agama. Malah, rakan-rakan YB sehingga ke hari ini masih bercakap tentang "kartel" dan deep state yang tidak ada siapa pun faham maksudnya.

Barangkali, para jemaah menteri yang bersijil palsu dengan kelayakan luar negara yang ditipu boleh memberikan pencerahan kepada kami yang hanya belajar dengan jujur di universiti tempatan.
Saya ingin bertanya: selain perkauman, selama 60 tahun apa yang sebenarnya telah YB atau DAP bantu jayakan di tanah air ini?

Jika DAP bukan perkauman, masakan setelah 60 tahun, ia terus gagal meyakinkan orang Melayu untuk mendukung perjuangannya.

Jika DAP bukan perkauman, mengapa ia menjadi cacing kepanasan apabila perdana menteri menyelar Dong Zong sebagai rasis?

Jika DAP bukan perkauman, mengapa penyatuan orang Melayu Islam disamakan dengan gerakan pengganas?

Setelah 60 tahun, satu-satunya ‘jasa’ DAP adalah memastikan orang Cina hanya menyokong agenda rasis DAP. Sebab itu, sejak enam dekad sehinggalah setelah membentuk kerajaan PH, tiada Melayu atau India atau Iban atau Kadazan atau Orang Asli yang berbondong-bondong menyertai DAP.

Sebabnya mudah. Impian DAP tentang Malaysian Malaysia yang tidak beragama rasmi itu sangat terpisah dari realiti Malaysia.

Keempat, berundurlah YB. Malaysia memerlukan kesegaran baru. Malaysia berterima kasih kepada Mahathir, Anwar dan rakan seangkatan mereka kerana sama-sama menyumbang dalam mencorakkan politik Malaysia.

Tetapi, Malaysia ini bukan tentang anda semua selamanya. Malaysia bukan tentang legasi Tun Mahathir dan cita-cita Anwar. Negara ini memerlukan generasi pelapis untuk mengambil alih.

Kalau Singapura, Filipina, Indonesia, Thailand hatta Vietnam sudah ada generasi pemimpin baharu, mengapa kita masih lagi bergantung harap pada sang negarawan yang dari generasi pertama.

Ingatlah YB, yang Malaysia perlukan bukan sekadar menukar nama, tetapi melebar makna dan menebar pesona. Itu, bukan sesuatu yang anda fahami. Apatah lagi miliki.

MOHAMED KHALED NORDIN ialah naib presiden Umno dan bekas menteri besar Johor.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/09/apa-barunya-malaysia-baru-yb.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerjasama Umno Pas Sejarah Baru Politik Malaysia Kata Annuar Musa

Kerjasama Umno Pas Sejarah Baru Politik Malaysia Kata Annuar Musa

papar berkaitan - pada 31/8/2019 - jumlah : 403 hits
Kerjasama Umno PAS sejarah baru politik Malaysia kata Annuar Musa Dikemas kini 4 minit yang lalu Diterbitkan pada 31 Aug 201
Wajah Pucuk Pimpinan Malaysia Baru

Wajah Pucuk Pimpinan Malaysia Baru

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 307 hits
Malaysia Baru terikat dengan sejarah lama Diterbitkan 20 Ogs 2019 12 19 tengahari Dikemaskini 20 Ogs 2019 12 21 tengahari Kemenangan PH pada PRU ke 14 lalu mencipta fenomena yang membawa semua orang bercakap dan melihat tentang Malaysia yan...
Embah Jid Mahu Memberi Nafas Baru Di Dalam Irama Malaysia Pada Era 2020

Embah Jid Mahu Memberi Nafas Baru Di Dalam Irama Malaysia Pada Era 2020

papar berkaitan - pada 2/9/2019 - jumlah : 353 hits
Assalamualaikum Dan Selamat Pagi Hai reader semua Bonde memang minat lagu lagu irama Malaysia tak heranlah Bonde boleh layan konsert Noraniza Idris hari tu dengan suami berdua pergi konsert ha ha ha Bonde dengan suami beza umur hanya setahu...
Beautea Produk Baru Dari Safi Malaysia

Beautea Produk Baru Dari Safi Malaysia

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 750 hits
Assalamualaikum dan Hai Berita baik untuk pengguna tegar produk penjagaan kulit Safi Malaysia Safi Malaysia telah melancarkan satu produk pembersih wajah baru iaitu BeauTea Produk pembersih wajah yang berasaskan campuran bahan semulajadi ya...
Tak Perlu Malu Jika Indikator Baru Menunjukkan Tahap Kemiskinan Malaysia Semakin Tinggi Penasihat Ekonomi Pm

Tak Perlu Malu Jika Indikator Baru Menunjukkan Tahap Kemiskinan Malaysia Semakin Tinggi Penasihat Ekonomi Pm

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 306 hits
Penasihat PM Akui kita miskin Indikator yang digunakan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi untuk mengukur kadar kemiskinan di Malaysia sudah lapuk kata Penasihat Ekonomi Perdana Menteri Muhammed Abdul Khalid Kita tidak perlu malu jika indika...
Pemerintah Ri Malaysia Bangun Patok Batas Baru Di Sebatik Nunukan

Pemerintah Ri Malaysia Bangun Patok Batas Baru Di Sebatik Nunukan

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 215 hits
Pembangunan batas baru itu sebagai bagian upaya kedua negara melakukan kegiatan survei Outstanding Bordery Problem yang berlangsung di Sebatik Kalimantan Utara yang berlangsung 4 5 September 2019
Pertamina Usung Konsep City Gas Penuhi Bahan Bakar Ibu Kota Baru

Pertamina Usung Konsep City Gas Penuhi Bahan Bakar Ibu Kota Baru

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 217 hits
PT Pertamina akan menerapkan konsep kota gas dalam rangka pemenuhan energi di ibu kota baru Gas dipilih jadi prioritas bahan bakar karena letak ibu kota baru berdekatan dengan sumur yang menjadi sumber pasokan
Kadin Nilai Insentif Pajak 200 Persen Perluas Pembukaan Lapangan Kerja Baru

Kadin Nilai Insentif Pajak 200 Persen Perluas Pembukaan Lapangan Kerja Baru

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 147 hits
Pemerintah telah memberi insentif pengurangan pajak super bagi pelaku usaha yang terlibat dalam pengembangan Sumber Daya Manusia melalui pendidikan vokasi Insentif pajak biaya penelitian dan vokasi hingga mencapai 200 300 persen
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut