Apa Bantuan Seterusnya Untuk Makcik Kiah Dan Kawan Kawannya



Pada 29 April 2020oleh Steven Sim
Oleh Steven Sim

Dahulunya, kita selalu dengar istilah OKB atau orang kaya baru. Mereka ini merupakan orang yang tiba-tiba jadi kaya, gara-gara durian runtuh dan sebagainya.  
Sepanjang krisis Covid-19 pula, saya nampak munculnya satu golongan OMB ataupun orang miskin baru. Mereka ini merupakan orang yang tiba-tiba menjadi miskin kerana kehilangan sebahagian atau kesemua pendapatan mereka. Pendek kata, orang yang jatuh miskin kerana terputus gaji. 
Golongan ini termasuklah peniaga kecil, pelayan, pemandu lori, tukang baiki paip, tukang elektrik, pemilik warung dan restoran, guru tuisyen, jurulatih sukan, usahawan mikro dan ramai lagi mereka yang makan upah harian ataupun mingguan.
Sebelum ini, mereka tidak memerlukan dan tidak layak mendapat bantuan kebajikan kerajaan. Mereka juga berada di luar senarai bantuan banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang aktif menghulurkan bantuan sepanjang perintah kawalan pergerakan (PKP). Ini semua kerana mereka sememangnya bukan orang miskin, walaupun mereka bukan orang yang kaya raya. 
Namun kini segala-galanya berubah: pendapatan mereka jatuh mendadak, hutang melambung dan mereka diselubungi ketidaktentuan ekonomi secara berterusan. 
Ya, betul, ada antara mereka yang telah memohon Bantuan Prihatin Kerajaan Persekutuan tetapi masih belum mendapat sebarang maklum balas. Tetapi, bukan mudah untuk orang yang tidak biasa meminta bantuan kebajikan untuk menghulurkan tangan meminta-minta buat kali pertama. Justeru, tidak hairan jika ada antara OMB ini yang memilih untuk menanggung susah dalam diam. 
Hakikatnya, bantuan kerajaan secara one-off ala kebajikan ini sebenarnya tidak memadai buat Makcik Kiah dan jirannya Din Tali Pinggang.
Din Tali Pinggang sedang murung memikirkan stok seluar jeans dan tali pinggang kulit bernilai RM60,000 yang terbengkalai di rumah disebabkan gerainya di pasar malam sudah tertutup selama lebih sebulan dan mungkin akan ditutup sehingga Raya. Setiap tahun, perniagaan Din di pasar malam paling laris dalam bulan Ramadan kerana ramai pelanggan membeli barang-barang Hari Raya. 
Masalah bertambah buruk apabila sebahagian besar modal Din merupakan pinjaman kawan-kawan dan “peminjam wang” kawasan itu. Sudah jatuh ditimpa tangga.
Setakat ini, skim pinjaman Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan mikro-kredit kerajaan tidak mencukupi. Pada minggu lalu, seorang wakil PKS berkata bahawa daripada hampir 1 juta PKS, hanya 5,000 yang berjaya mendapat pinjaman kerajaan setakat ini. Dalam kata lain, kurang daripada 1% PKS telah berjaya dibantu melalui skim pinjaman kerajaan. 
Seorang peniaga kecil memberitahu saya bahawa ada kawan-kawan beliau yang meminjam daripada Ah Long kerana proses pinjaman yang lebih mudah berbanding skim kerajaan.
Di semua peringkat kerajaan, proses birokrasi selalunya mengekang bantuan daripada sampai kepada kumpulan sasar dengan segera.
Sebagai muhasabah diri, kerana saya terlibat dalam kempen Penang Lawan Covid-19, satu contoh proses birokrasi ialah apabila penjaja tidak berlesen di Pulau Pinang tidak layak menerima bantuan tunai RM500 yang diagihkan oleh kerajaan negeri kepada lebih 14,000 orang penjaja berlesen di Pulau Pinang. 
Justeru, kerajaan persekutuan dan kerajaan setiap negeri perlu mengkaji semula program pengagihan bantuan terutamanya kini apabila PKP telah dilanjutkan.
(Dalam semua ini, kita belum lagi menyentuh tentang sesetengah pihak yang bermain politik waima dalam mengagihkan bantuan)
Kesimpulannya, bagi golongan OMB, bantuan Cik Kiah yang diumumkan terdahulu tidak mencukupi, terlalu lambat sampai dan terlalu susah untuk dipohon, itupun jikalau mereka berkelayakan.
Hakikatnya, kebanyakan OMB tidak memerlukan bantuan ala-kebajikan. Apa yang mereka perlukan ialah untuk mengetahui bila dan bagaimana mereka boleh menyambung semula aktiviti untuk menjana pendapatan sendiri. Mereka sebenarnya mampu untuk bangkit semula dengan pantas jika dan hanya jika kerajaan melaksanakan pelan keluar (exit plan) yang jelas dengan segera. 
Malangnya, setakat ini, pengumuman dasar yang kelam-kabut berkaitan sektor apa, bila dan bagaimana sektor-sektor ini dibuka semula bukannya pelan keluar yang jelas.
OMB merupakan tenaga produktiviti tetapi lagi lama mereka dibiarkan dalam keadaan ekonomi terawang-awang, lagi berkurangan daya produktiviti mereka.
Beberapa laporan telah meramalkan bahawa kerugian yang dialami dalam tempoh sebulan ini boleh mencapai 25% keluaran dalam negara kasar (GDP).
Pada hujung minggu yang lalu, kita telah mendengar berita syarikat-syarikat termasuk konglomerat besar mengumumkan penstrukturan semula, pemotongan gaji dan penghentian pekerja. Lagi lama kerajaan persekutuan lalai dalam menghasil suatu strategi ekonomi jelas, lagi banyak OMB yang perlu diselamatkan dan lagi tinggi risiko OMB ini terperangkap dalam kemiskinan berkekalan.
Pelan keluar—dari Komtar Pulau Pinang
Apakah sebenarnya bentuk strategi keluar yang munasabah dalam krisis ini?
Saya pernah menulis tentang dua kriteria untuk melonggar mahupun menamatkan PKP, dan perkara yang sama turut diperkatakan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Dato Dr Noor Hisham Abdullah, yakni, statistik Covid-19 yang rendah dan kesiapsiagaan sistem yang tinggi.
Satu aspek kesiapsiagaan sistem adalah seperti dalam permintaan Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada Kerajaan Persekutuan tiga minggu lalu, iaitu: meningkatkan ujian saringan Covid-19, melaksanakan kawalan pergerakan di sempadan negeri, dan memperkenal serta melaksanakan protokol Persekitaran, Kesihatan dan Keselamatan (EHS) yang spesifik kepada Covid-19 untuk semua sektor. 
Pulau Pinang telah mengumumkan Strategi Next Normal Pulau Pinang yang melibatkan pembaharuan institusi, ekonomi dan sosial negeri bagi berdepan situasi baru akibat Covid-19.
Antaranya Ketua Menteri Pulau Pinang telah membentangkan kerangka kerja dasar PKS baru dengan lima misi utama:
1) Mengembangkan ekonomi digital termasuk mensasarkan pewujudan zon perdagangan bebas digital pertama di negeri Pulau Pinang. 
2) Memperkukuh kedudukan negeri dalam sektor pembuatan peralatan perubatan.
3) Menumpukan semula sektor pembuatan elektrik dan elektronik daripada penghasilan produk pengguna kepada produk industri seperti pertahanan, telekomunikasi. Industri 4.0, perubatan dan sebagainya.
4) Mempertingkatkan sektor perkongsian perkhidmatan global.
5) Memposisikan Pulau Pinang dalam anjakan rantaian bekalan global disebabkan perang dagangan dan wabak Covid 19. 
Berkaitan peranan kerajaan negeri, Ketua Menteri malah berkata bahawa jika perlu “melelongkan Komtar” sekalipun, kita mesti memastikan agar sumber mencukupi bagi barisan hadapan melawan wabak dan bagi rakyat untuk bangkit semula.
Namum jelas di sini bahawa sumber negeri amat terhad – belanjawan negeri tidak sampai 1% daripada belanjawan persekutuan. Kerajaan Persekutuan perlu segera melaksanakan pelan pemulihan ekonomi kebangsaan.
Pelan pemulihan tersebut mungkin merangkumi peningkatan dalam perbelanjaan kerajaan dan disusuli ketelusan dalam aspek ini, pelaksanaan segera projek-projek strategik seperti Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara, pengembangan ekonomi digital, serta penjanaan peluang pekerjaan baru oleh sektor awam dan swasta.
Tidak kira macam mana sekalipun, bagi melaksanakan suatu pelan pemulihan ekonomi kebangsaan dengan berjaya, pihak berkuasa persekutuan dan negeri perlu berbincang dan bekerjasama. Sumber perlu diagihkan dengan adil supaya kerajaan negeri dapat mengambil tindakan segera menyelesaikan masalah di negeri masing-masing.
*Steven Sim adalah Ahli Parlimen Bukit Mertajam dan Pengarah Kempen “Penang Lawan Covid-19” yang bertanggungjawab dalam komunikasi dan pemberdayaan masyarakat.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/04/apa-bantuan-seterusnya-untuk-makcik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bantuan Rm600 Makcik Kiah

Bantuan Rm600 Makcik Kiah

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 477 hits
Dulu umum ada bantuan RM600 untuk pekerja yang ambil cuti tanpa gaji Rupanya dah ditamatkan awal minggu lepas sebab dah takde peruntukan Bukan NR kata dia dah tolong kumpulkan rezab RM2 trillion untuk negara Kalau ingat saya mula mula dulu ...
Apa Habaq Makcik Kiah

Apa Habaq Makcik Kiah

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 330 hits
Apa khabar mak cik Kiah 1 Pada 25 Mac 2020 kerajaan telah mengumumkan penangguhan pembayaran secara automatik pinjaman perumahan dan kereta selama 6 bulan kepada semua rakyat Malaysia 2 Nilai yang ditanggung bank adalah sekitar RM100 bilion...
Moratorium Bank Negara U Turn Makcik Kiah Terkena

Moratorium Bank Negara U Turn Makcik Kiah Terkena

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 317 hits
Apa khabar mak cik Kiah Haritu Kerajaan kata kalau ambil moratorium untuk pinjaman sewa beli kenderaan Bank tidak akan kenakan kadar faedah Apa sudah jadi Bank pula u turn Bagi yang kerja ada gaji boleh pilih untuk tidak ambil tawaran morot...
Promo Makcik Kiah Hasilkan Lebih Dari 5 Angka Sepanjang Pkp

Promo Makcik Kiah Hasilkan Lebih Dari 5 Angka Sepanjang Pkp

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 371 hits
Bagaimana Makcik Kiah Lakukan Saya hanya ikut apa yang mereka tawarkan tools apa yang mereka ada serta strategi apa yang mereka gunakan Bezanya mereka buat dengan skala besar saya pula hanya skala kecil yang mana anda juga boleh lakukan Mal...
Hai Makcik Kiah Pun Berbaris Kat Kedai Pajak Gadai

Hai Makcik Kiah Pun Berbaris Kat Kedai Pajak Gadai

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 718 hits
Beratur panjang di kedai pajak gadai Ingatkan kat kedai no ekor je berbaris jarak 1 meter Mungkinkah Mak Cik Kiah atau Pak Salleh berada dalam kalangan yang berbaris itu Apa yang penting kerajaan Melayu Islam tanpa DAP Makcik Kiah pasai apa...
Viral Video Nenek Mengaji Di Rumah Reyot Ternyata Tak Pernah Dapat Bantuan Pemerintah

Viral Video Nenek Mengaji Di Rumah Reyot Ternyata Tak Pernah Dapat Bantuan Pemerintah

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 282 hits
Minggu siang rumah Minah di Kampung Randu Kurung Desa Cibiuk Kidul Kecamatan Cibiuk yang biasanya sepi mendadak banyak didatangi orang Mereka yang datang membawa sejumlah bantuan berupa makanan untuk Minah Bantuan tersebut berdatangan setel...
Viral Kakek Nenek Hidup Berdua Tanpa Harta Polisi Salurkan Bantuan

Viral Kakek Nenek Hidup Berdua Tanpa Harta Polisi Salurkan Bantuan

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 425 hits
Sepasang kakek nenek dikabarkan tinggal berdua di dalam rumah yang tak ada isinya di Samarinda Kalimantan Timur Tidak diketahui keberadaan anak dan cucu dari kakek nenek tersebut Kabar kakek nenek di Samarinda Kalimantan Timur tinggal berdu...
Niat Bantu Warga Batal Ketua Rt Di Depok Kembalikan Sisa Dana Bantuan

Niat Bantu Warga Batal Ketua Rt Di Depok Kembalikan Sisa Dana Bantuan

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 212 hits
Dia mengaku sampai tidak bisa tidur ketika pemberitaan tersebut viral Dia pun kaget dia dituding menyunat dana bansos Padahal niat dia dan pengurus RT lainnya adalah melakukan subsidi atas warga yang tidak mendapat bantuan
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Lirik Lagu Mesin Waktu Budi Doremi


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Resepi Nasi Ayam Pandan Yang Mudah Dan Sedap

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Tremendous Nadi Collaboration

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions