Apa Ada Pada Yahudi Zionis Dan Kafir




BANTAHAN terhadap larangan penggunaan sebilangan perkataan yang didapati boleh mengguris perasaan sesetengah pihak selain dapat menimbulkan pertelingkahan antara kaum di negara ini sebenarnya tiada kaitan langsung dengan tindakan untuk mengekang kebebasan bersuara di Parlimen.
Ini kerana larangan tersebut tidak sesekali dibuat atas dasar penggunaan perkataan itu pada makna harfiahnya.
Sebaliknya ia dihalang kerana digunakan sebagai kata makian, kekadang dengan cara yang memperlihat keangkuhan satu pihak ke atas satu lagi.
Sering juga ia dilafazkan dengan nada penuh provokasi dan konfrontasi untuk sengaja menyerang sesuatu pihak itu.
Hal ini tidak dapat dinafikan berlaku apabila perkataan berkenaan memang digunakan bagi tujuan penghinaan, antaranya untuk merosakkan nama baik sesuatu pihak itu. Sehubungan larangan ini, tiga perkataan khusus dipohon dihentikan penggunaannya iaitu Yahudi, Zionis dan kafir.
Arahan ini dikeluarkan setelah berlaku kekecohan apabila ketiga-tiga perkataan itu digunakan dalam konteks bahasa tidak baik, iaitu dengan tidak sopan yang boleh menyinggung pelbagai pihak. Dengan kata lain, semua perkataan itu didapati digunakan untuk antaranya menyumpah sama ada secara tunggal atau berangkai yang dihamburkan untuk mengutuk, mengancam dan seumpamanya.
KUNO
Untuk perkataan Yahudi sebagai kata nama khas, ia sebenarnya membawa pengertian orang yang menggalurkan keturunannya kepada puak Hebrew kuno seperti dinyatakan dalam Injil Perjanjian Lama, selain beragama Judaisme. Namun, perkara yang berlaku ialah perkataan itu digunakan sebagai kata sifat untuk antaranya menyampaikan makna amat rakus, tidak boleh dipercayai, selalu menipu dan zalim sekali.
Walaupun itu berupa tanggapan yang rata-rata dikenakan pada kelompok Yahudi, tidak bererti ia boleh digunakan sewenang-wenang kepada mana-mana pihak yang mahu kita serang. Begitu juga dengan perkataan Zionis. Ia secara umumnya merujuk kepada penyokong fahaman Zionisme, iaitu pergerakan yang kuat membela dan melindungi negara Yahudi, kini dikenali sebagai Israel.
Sehubungan ini, tidak dapat dinafikan Zionisme ditentang kuat oleh banyak pihak atas tindakan keji Zionis mengusir rakyat Palestin untuk merampas tanah mereka. Meskipun begitu, adalah tidak sopan untuk perkataan itu digunakan dengan sesuka hati bagi maksud durjana terhadap pihak lawan kita.
Perkataan kafir yang dengan jelasnya mempunyai sekurang-kurangnya enam pengertian dalam al-Quran, tidak sepatutnya ikut terjebak dalam kontroversi kebahasaan ini. Ini kerana maksudnya mantap sekali pada sebilangan surah yang berbicara mengenai pengingkaran dan penolakan Islam, baik oleh kaum Muslim sendiri mahupun yang lain-lain.
Oleh itu, dalam konteks kafir sebagai istilah Islam, ia bukan sahaja mapan maknanya, juga suci kedudukannya untuk tujuan tertentu dalam ajaran Islam. Namun, tidak dapat dinafikan istilah itu juga digunakan sebagai kata makian yang sudah tentu merupakan penggunaan bahasa kesat.
Dalam pada ini, ia antaranya digunakan untuk menyampaikan emosi kuat bagi pengertian celaka, bangsat dan jahaman. Sehubungan ini, apabila sesuatu perkataan itu sudah digunakan sebagai kata makian, ia bukan sahaja telah menjadi kata kesat, juga berakhir menjadi kata larangan yang sama sekali tidak sopan lagi digunakan dalam sebarang wacana santun.
BUTA, PEKAK, BISU
Hal begini dapat lihat pada perkataan buta, pekak dan bisu. Walaupun masih dengan maksud harfiahnya setelah digunakan sebagai kata makian, ia tidak akan sesuai lagi apabila mahu digunakan secara sopan. Oleh itu, ia hendaklah digantikan dengan ungkapan baharu seperti cacat penglihatan, tidak lengkap pendengaran dan kurang sempurna pertuturan.
Inilah keadaannya dengan penggunaan kata larangan. Ia yang sudah pun berubah menjadi kesat tidak boleh lagi digunakan dengan sekehendak hati, waima dalam bentuk harfiahnya yang asal. Selanjutnya sebagai kata makian, ia tidak boleh dielakkan daripada ditanggap sebagai penghinaan kepada pihak yang dirujuk itu.
Justeru, untuk keharmonian sosial, ia seboleh-bolehnya harus dielakkan. Apabila tidak boleh seperti pada istilah kafir yang harus juga digunakan dalam konteks akidah Islam, ia hendaklah difahami dan diterima semua pihak dengan seadanya.
Ini kerana ia satu ajaran yang bukan sahaja jelas dicatatkan dalam al-Quran, juga wajib ditetapkan mapan sebegitu di dalamnya.
Jelas sekali bahawa larangan bahasa itu sama sekali tiada apa-apa jua kaitan dengan kebebasan bersuara yang harus juga ada hadnya. Sehubungan ini, sebarang perkara yang mahu dibicarakan itu waima macam mana sensitif sekali pun, masih boleh disuarakan asalkan ia menggunakan bentuk bahasa baik lagi betul di samping dengan nawaitu betul yang didapati jelas terpancar secara tabii pada pergerakan badan kita, antaranya mata.
Seperkara penting dalam soal kebebasan bersuara ialah bukan sangat pada perkara yang diperkata tetapi cara perkara itu diperkata. Inilah realitinya semasa kita berbahasa, iaitu kita akan lebih dinilai tentang bagaimana kita bercakap daripada apa yang dipercakap itu.
Natijahnya di sini ialah penggunaan bahasa kita sebenarnya adalah sebahagian daripada diri kita. Dalam hal ini, sebarang kritikan terhadap bahasa digunakan sebetulnya adalah penilaian terhadap diri kita khususnya tentang latar sosial dan asuhan yang diterima.
Dengan ini, penggunaan bahasa kita merupakan cerminan kehidupan kita. Oleh itu, kita harus berhati-hati kerana banyak hal terdedah semasa kita bercakap termasuklah nilai yang kita utamakan. Dalam pada ini, bahasa tidak baik bukan persoalan linguistik sahaja, juga adalah persoalan manusia.

PROFESOR Emeritus Datuk Dr. Teo Kok Seong Felow Majlis Profesor Negara (MPN) dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA)
Asal artikel dari UTUSAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/10/apa-ada-pada-yahudi-zionis-dan-kafir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hamas Dari Sudut Si Zionis Kafir Agamawan Baruanya

Hamas Dari Sudut Si Zionis Kafir Agamawan Baruanya

papar berkaitan - pada 28/10/2023 - jumlah : 233 hits
Melihat HAMAS dari ungkapan Rasulullah S A WSEMALAM di UK Parlimen mereka terbuka menggelarkan HAMAS sebagai pengganas dan membela Zionis sebagai hak membela diri Semalam juga di Malaysia speaker Parlimen larang sebut Zionis kafir What a co...
Stop Using Words Kafir Zionist Yahudi In Parliament Dewan Rakyat Speaker Tells Mps

Stop Using Words Kafir Zionist Yahudi In Parliament Dewan Rakyat Speaker Tells Mps

papar berkaitan - pada 24/10/2023 - jumlah : 437 hits
The word kafir appears more than 400 times in the Quran Dewan Rakyat speaker Tan Sri Johari Abdul has reminded all members of Parliament to refrain from using the words kafir Zionist and Yahudi in the lower house This warning was issued aft...
Bila Allah Swt Guna Perkataan Kafir

Bila Allah Swt Guna Perkataan Kafir

papar berkaitan - pada 28/10/2023 - jumlah : 149 hits
Che IbrahimDalam Al Quran hanya 2x Allah menggunakan perkataan kafir kepada orang bukan Islam selebihnya Allah guna perkataan Wahai manusia wahai anak Adam wahai hamba Ku dll1 Dalam surah Al Tahrim ayat 7 sesungguhnya kamu akan dibalas meng...
Orang Kafir Boleh Mabuk

Orang Kafir Boleh Mabuk

papar berkaitan - pada 1/11/2023 - jumlah : 285 hits
MAS ERMIEYATI SAMSUDDIN TAKKAN TAK FAHAM ORANG KAFIR BOLEH MINUM AND MABUKTiong tanya MP Apa salah saya mabuk sikit Saya bukan orang IslamMAS BUKAN TAK FAHAM BUKAN ISLAM TU KAFIR LA MABUK SIKIT TAK LA HARAM MABUK BANYAK BARU LA KIRA HARAM O...
I Am The Kafir Who Put Some Of You In Power

I Am The Kafir Who Put Some Of You In Power

papar berkaitan - pada 7/11/2023 - jumlah : 251 hits
Puncak Borneo MP Willie Mongin said political parties should not come up with statements that could incite the public KUALA LUMPUR Irked by labels such as kafir used by some opposition MPs Sarawak s Willie Mongin has reminded them that he i...
Belajar Maksud Sebenar Kafir Pas Beritahu Ahli Parlimen Dap

Belajar Maksud Sebenar Kafir Pas Beritahu Ahli Parlimen Dap

papar berkaitan - pada 21/10/2023 - jumlah : 182 hits
Tuan Ibrahim Tuan Man menolak gesaan Lim Lip Eng yang meminta parti itu menerima Malaysia sebagai negara sekular SHAH ALAM DAP disaran belajar maksud sebenar kafir kerana ia bukan berkait bahasa sebaliknya melibatkan soal akidah kata Timbal...
Hiburan Lama Tak Dengar Cerita Penampilan Terbaru Hafiz Suip Berambut Hijau Raih Perhatian Rambut Style Kafir Ke

Hiburan Lama Tak Dengar Cerita Penampilan Terbaru Hafiz Suip Berambut Hijau Raih Perhatian Rambut Style Kafir Ke

papar berkaitan - pada 20/10/2023 - jumlah : 259 hits
Sekian lama tidak mendengar khabar berita penyanyi Hafiz Suip meraih perhatian dan hangat dibualkan oleh warganet di media sosial baru baru ini Mana tidaknya ramai terkejut melihat penampilan terbaru penyanyi bersuara lunak itu selepas dia ...
Selain Islam Memang La Kafir

Selain Islam Memang La Kafir

papar berkaitan - pada 18/10/2023 - jumlah : 374 hits
TIDAK KIRA APA BENTUK KAFIR YANG D ANUTMANUSIA PENGANUT ISLAM KERANA MANUSIA DAPAT MENILAI WAY OF LIFENYANAMA PERTUBUHAN MENGIKUT NAMANYA ISLAM ATAU KAFIR PERTUBUHAN TIDAK BERKUASA MENILAIKAEANA TIADA AKAL DAN LEMBAGA AKALMANUSIA DI DALAMNY...
Kelantan Curi Di Rumah Pengantin Wanita Hampir Pengsan Selepas Dihukum

Childish Akmal Finds His Match Trading Blows Online With Bootlicker Umno Senior Nazri Aziz

Hihuay Online Lottery Is It The Next Big Thing In Digital Gambling

Petua Jantung Pisang Tidak Htam Ketika Di Rebus

Gelar Hanya Sebatas Kertas

Stay Dekat Kluang Container Hotel

Drama Umar

Govt Negotiating Lower Fees For Release Of Cars Stranded At Port Klang


echo '';
Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3


Senarai Peniaga Pasar Ramadan Kelapa Laut Man Java 2025

Strange Transparent Creatures You Won T Believe Actually Exist Indiatimes Com

Kelantan Tiga Pps Dibuka Di Tanah Merah Akibat Banjir

Makan Makan Sempena Birthday Mama Rania

Three Ex Aides Of Ismail Sabri Given Bail Macc Probe Ongoing

Kumpul Buku Dari Pembuangan Sampah Hingga Menjadi Perpustakaan