Anwar Yang Tidak Pernah Lupai Sahabat
MSO
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar selepas usai Junaat di Petaling Jaya tadi bergegas ke Lembah Keranat (AU) untuk ziarah sahabat lamanya Mohd Zaki Abdul Rahman (Abang Ki) yang keuzuran.
Kunjungan hampir satu jam itu sungguh bermakna buat Zaki dan keluarga.
Zaki yang mengalami alzheimer tidak dapat bercakap dan hanya duduk dikerusi, terharu dengan kunjungan sahabatnya itu. Begitu bersua muka kelihatan Zaki sebak dan matanta berkaca. Anwar juga memerhati pernuh terharu.
Persahabatsn mereka terjalin lama sebelum ini semasa di kampus UM tahun 1968, aktif bersama dalam gerakan mahasiswa dan sama sama memperkasakan bahasa Melayu bergabung dalam Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya, (PBMUM) dimana Anwar sebagai presiden manakala Zaki sebagai setiausaha.
Selepas menuntut di UM mereka berdua juga bersama beberapa rakan lain menubukan Yayasan Anda untuk menampung pelajar yang kandas dalam peperiksaan peringkat menengah bagi meneruskan pengajian di IPTA.
Zaki pernah berkhidmat di Majlis Sukan Negara (MSN) dan pernah menjawat jawatan Timbalan Ketua Pengarah mengalami alzheimer sejak beberapa tahun lalu.
Kunjungan Anwar ke rumah Zaki hari ini adalah kali kedua sejak Zaki keuzuran.
Sepanjang pengetahuan saya, Anwar tidak pernah melupai sahabatnya itu dan setiap kali jumpa saya Pak Sheikh akan bertanya "Pak Ki apa khabar, you ada pegi tengok dia.. sampaikan salam saya kepada Pak Ki.", begitulah Anwar.
Itulah Anwar Ibrahim yang saya kenali sangat mengambil berat kepada rakan dan sahabatnya. Dan tadi masa saya menyebut perihal seorang sahabatnya, tetapi dia cepat-cepat cuba memberi gambaran baik terhadap sahabatnya itu walaupun ia tidak habis memperli dan menyindirnya.
Terima kasih banyak kepada para pegawai PMO atas kunjungan Datuk Seri ke rumah abang Ki terutanya Setiausaha Politiknya sdr Farhan Fauzi. Trims.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2024/06/anwar-yang-tidak-pernah-lupai-sahabat.html