Anwar Yakin Pakatan Harapan Akan Menang Pilihan Raya Umum Ke 15


KUALA LUMPUR - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin bahawa Pakatan Harapan (PH) akan terus mendapat mandat rakyat pada pilihan raya umum akan datang.
Katanya, tadbir urus Perikatan Nasional (PN) yang lemah dan pendirian terkini PAS mengenai pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, juga dikenali sebagai Akta 355, akan menjadi penyebab utama kemenangan itu.
Dalam wawancara dengan Sin Chew Daily, beliau berkata, senario terbaik adalah pihak pembangkang memenangi pilihan raya, manakala senario terburuk adalah kebuntuan yang menyaksikan tidak ada satu pun parti mendapati majoriti yang jelas.
Pemerhati politik percaya bahawa gandingan Umno dan PAS di bawah Muafakat Nasional akan memberi mereka kelebihan kerana jumlah undi yang diperolehi kedua-dua parti itu melebihi jumlah sokongan yang dimenangi oleh PH pada pilihan raya 2018.
Anwar berkata: “Ini hanyalah kiraan hipotesis mengenai gabungan undi yang diperoleh oleh kedua-dua parti itu. Tetapi, pilihan raya umum bukan hanya diadakan di Kuala Lumpur atau Kelantan, tetapi di seluruh negara.
“Jangan lupa bahawa PAS keluar dari Pakatan Rakyat kerana mahu melaksanakan Akta 355. Tetapi setelah menjadi sebahagian daripada kerajaan (PN), menteri-menteri PAS mirip seperti rakan sejawatan mereka dari Umno dan MCA yang mengatakan mereka mesti mengkaji sama ada pindaan itu adalah sah mengikut perlembagaan atau sebaliknya.
“Macam mana PAS mahu menerangkan ini kepada para penyokongnya, sedangkan parti itu memperjuangkannya selama 40 tahun tetapi hari ini mereka berlembut? Bagaimana PAS boleh membenarkan hal ini terjadi?”
Mengenai PN, Anwar berkata, perikatan itu dalam keadaan “celaru” dengan dasar “flip-flop” yang memeningkan pelabur.
Anwar, yang tidak menolak kemungkinan bahawa pilihan raya umum akan diadakan pada akhir tahun ini, berkata, PH harus bersiap sedia dan memulakan proses perundingan kerusi.
Beliau juga menafikan bahawa pertemuannya dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Hamzah Zainuddin, baru-baru ini adalah untuk membincangkan kemungkinan membentuk pakatan politik.


“Tidak ada pakatan, baik PH atau PH Plus bersama Muhyiddin dan Hamzah. Saya berjumpa Muhyiddin kerana dia adalah perdana menteri manakala saya pula sebagai ketua pembangkang.
“Kami membincangkan mengenai Covid-19 dan saya memintanya untuk membenarkan Dewan Rakyat berdebat rancangan yang kerajaan mahu laksanakan kerana wabak tersebut.
“Ya, kami memang membincangkan kestabilan negara. Tetapi tidak ada perbincangan mengenai pembentukan pakatan baru. Mengapa? Ini kerana saya merasakan bahawa PH masih adalah pilihan yang lebih baik,” kata Anwar dalam wawancara itu.
Pemimpin PKR itu berkata, bahawa beliua telah memaklumkan kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu sebelum dan selepas pertemuan itu berlangsung.
“Saya juga bertemu dengan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Saya rasa kita harus mempunyai budaya politik baru dengan tidak menganggap semua individu sebagai musuh,” katanya.
Anwar juga berkata bahawa beliau akan menunaikan janji-janji reformasi jika menjadi Perdana Menteri berikutnya. #sumber

http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/07/anwar-yakin-pakatan-harapan-akan-menang.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Tak Setuju Cadangan Pilihan Raya Di Sabah

Anwar Tak Setuju Cadangan Pilihan Raya Di Sabah

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 270 hits
PETALING JAYA Presiden PKR Anwar Ibrahim tidak bersetuju dengan cadangan mengadakan pilihan raya negeri di Sabah susulan dakwaan bekas ketua menteri Musa Aman mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri baru Pengerusi Pakatan H...
Anwar Yakin Ph Akan Menang Pru15

Anwar Yakin Ph Akan Menang Pru15

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 225 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim yakin bahawa Pakatan Harapan akan terus mendapat mandat rakyat pada pilihan raya umum akan datang Katanya tadbir urus Perikatan Nasional yang lemah dan pendirian terkini PAS mengenai pindaan Akta Mahkamah Syariah ...
Is Mahathir Trying To Kill Pakatan Harapan Or Perikatan Nasional

Is Mahathir Trying To Kill Pakatan Harapan Or Perikatan Nasional

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 513 hits
And this is why Mahathir insisted on resigning and refused to withdraw his resignation and stay on as Prime Minster even when DYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong persuaded him to do so If he stayed on as Prime Minister this meant...
Anwar Misleading To Say Harapan Already Decided To Make Way To Team Dr M

Anwar Misleading To Say Harapan Already Decided To Make Way To Team Dr M

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 240 hits
PKR president Anwar Ibrahim said Pakatan Harapan had yet to decide on giving way to the Bersatu rebel faction led by Langkawi MP Dr Mahathir Mohamad in the Slim by election Anwar said this after senator Marzuki Yahya revealed that Mahathir ...
Pilihan Raya Pbt Bazirkan Wang Rakyat

Pilihan Raya Pbt Bazirkan Wang Rakyat

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 238 hits
DR MUHAMMAD FATHI YUSOF MENTERI Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin memaklumkan kepada sidang Parlimen pada 14 Julai 2020 bahawa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan masih meneruskan hasrat melaksanakan Pilihan Raya Ke...
Pilihan Raya Pbt Zuraida Dalam Bahaya

Pilihan Raya Pbt Zuraida Dalam Bahaya

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 350 hits
Jika tersilap langkah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin yang mendesak pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan mungkin akan ditentang oleh Umno dan Pas yang menolak perlaksanaan tersebut Menurut penganalisis polit...
Demam Pilihan Raya Sudah Dirasai Tetapi Ia Tidak Oktober

Demam Pilihan Raya Sudah Dirasai Tetapi Ia Tidak Oktober

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 270 hits
ULASANGEJALA menunjukkan demam pilihan raya bakal terjadi sudah mula dirasai Sudah ada tanda tanda kecil berupa rumours mengenai Piraum ke 15 Konon ia akan diadakan dalam tempoh terdekat secara mengejut Tarikh paling awal Oktober dan kerap ...
Pilihan Raya Kerajaan Tempatan Untungkan Dap

Pilihan Raya Kerajaan Tempatan Untungkan Dap

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 270 hits
SHAH ALAM Dewan Muslimat Pas Selangor menolak sebarang usaha bagi melaksanakan pilihan raya kerajaan tempatan Ketuanya Wan Hasrina Wan Hassan berkata cadangan bagi melaksanakan pilihan raya itu sering dilaungkan oleh kerajaan Pakatan Harapa...
Merry Christmas And Happy New Year

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Tabung Jihad Fitnah Dalam Pas Ditanggung Halalkah

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Antara Hidup Lama Dengan Hidup Berkualiti Mana Satu Pilihan Anda

Masak Lemak Putih Kentang

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Why Are Some People So Serious All The Time

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan