Pilihan Raya Pbt Bazirkan Wang Rakyat


DR MUHAMMAD FATHI YUSOF


MENTERI Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin memaklumkan kepada sidang Parlimen pada 14 Julai 2020, bahawa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) masih meneruskan hasrat melaksanakan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan.

Beliau memaklumkan bahawa pihak kementerian masih dalam penyediaan kertas Kabinet dan membentuk dua jawatankuasa berkaitan pilihan raya itu. Beliau menetapkan sasaran untuk membentangkan usul Pilihan Raya Kerajaan Tempatan dalam sidang Dewan Rakyat, pada pertengahan 2021.

Buat masa ini tidak ada satu asas kukuh yang dapat menyokong alasan bagi cadangan menghidupkan semula Pilihan Raya Kerajaan Tempatan. Apa yang pasti, pilihan raya ini akan banyak membazirkan wang rakyat. Beliau sendiri menyebut bahawa pelaksanaan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan dijangka menelan kos sebanyak RM2 juta bagi setiap PBT dan RM308 juta secara keseluruhannya yang merangkumi 154 PBT.
Kos yang disebutkan ini adalah kos yang sangat minima. Dipercayai kos sebenar jauh lebih tinggi. Tambahan pula kos yang dijangkakan itu belum mengambil kira aspek perbelanjaan yang ditanggung oleh parti-parti dan calon-calon yang bertanding.

Dalam keadaan negara yang terpaksa melaksanakan langkah perbelanjaan yang berhemat akibat wabak COVID-19 ini, cadangan yang berteraskan komitmen parti tertentu dalam Pakatan Harapan (PH) itu wajar digugurkan, atau sekurang-kurangnya ditangguhkan. Ironinya, cadangan ini pernah ditolak oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir sewaktu memimpin Kerajaan Pakatan Harapan.

Pilihan Raya Kerajaan Tempatan, jika diadakan akan melemahkan fungsi dan kuasa kerajaan negeri. Bahkan di beberapa negeri, tidak mustahil akan berlaku pentadbiran kerajaan tempatan di ibu negeri yang tidak sehaluan dengan kerajaan negeri. Dalam keadaan sistem Federalisme yang mengehadkan kuasa kerajaan negeri kepada skop kuasa yang sedia terhad, kehilangan kuasa langsung ke atas kerajaan tempatan akan melemahkan kerajaan negeri.

Selain itu, jika Pilihan Raya Kerajaan Tempatan diadakan, timbul persoalan berkaitan siapakah sebenarnya yang layak mengundi. Jika kelayakan mengundi hanya diberikan kepada mereka yang tinggal di kawasan dalam sempadan sesuatu kerajaan tempatan, ia merupakan diskriminasi kepada ‘penduduk siang’ iaitu mereka yang datang dari luar, tetapi bekerja di kawasan berkenaan. ‘Penduduk siang’ ini hakikatnya banyak memberikan sumbangan kepada kemakmuran sesuatu kerajaan tempatan, dan akan menerima kesan langsung akibat pembangunan yang dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Kerajaan Tempatan.

Ringkasnya, tidak ada manfaat yang jelas untuk diteruskan cadangan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sepatutnya menumpukan usaha untuk membantu dan membimbing usaha untuk meningkatkan kecekapan PBT dari pelbagai sudut termasuklah dalam pengurusan jalan raya, tempat awam dan pengurusan sisa pepejal. Kementarian juga perlu memandang serius soal ketidakseimbangan antara PBT dari sudut sumber kewangan dan kekuatan jentera. Usaha-usaha ini boleh dilaksanakan tanpa perlu diadakan pilihan raya PBT yang tentunya akan mengorbankan banyak wang rakyat. – HARAKAHDAILY


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/07/pilihan-raya-pbt-bazirkan-wang-rakyat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahli Parlimen Pn Bantah Hasrat Zuraida Laksana Pilihan Raya Pbt

Ahli Parlimen Pn Bantah Hasrat Zuraida Laksana Pilihan Raya Pbt

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 519 hits
Beberapa ahli Parlimen Perikatan Nasional membantah hasrat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin melaksanakan pilihan raya kerajaan tempatan Noh Omar kecewa dengan kenyataan Zuraida yang Selangor dan Pulau Pinang akan m...
Pilihan Raya Pbt Zuraida Dalam Bahaya

Pilihan Raya Pbt Zuraida Dalam Bahaya

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 428 hits
Jika tersilap langkah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin yang mendesak pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan mungkin akan ditentang oleh Umno dan Pas yang menolak perlaksanaan tersebut Menurut penganalisis polit...
Pru Singapura Jabatan Pilihan Raya Nafi Dakwat Pen Khas Hilang

Pru Singapura Jabatan Pilihan Raya Nafi Dakwat Pen Khas Hilang

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 391 hits
PRU Singapura Jabatan Pilihan Raya nafi dakwat pen khas hilang Dikemas kini 4 minit yang lalu Diterbitkan pada 10 Jul 2020 3
Pilihan Raya Kerajaan Tempatan Untungkan Dap

Pilihan Raya Kerajaan Tempatan Untungkan Dap

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 454 hits
SHAH ALAM Dewan Muslimat Pas Selangor menolak sebarang usaha bagi melaksanakan pilihan raya kerajaan tempatan Ketuanya Wan Hasrina Wan Hassan berkata cadangan bagi melaksanakan pilihan raya itu sering dilaungkan oleh kerajaan Pakatan Harapa...
Kes Jangkitan Meningkat Selepas 18 Hari Trump Adakan Kempen Pilihan Raya

Kes Jangkitan Meningkat Selepas 18 Hari Trump Adakan Kempen Pilihan Raya

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 352 hits
Inilah jadinya bila pemimpin pun tak kisah dan bersungguh untuk jaga kesihatan rakyatnya sendiri Ohmedia kata macam ni tentang sikap Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang dilihat seakan gagal mengawal penyebaran Covid 19 AS adalah neg...
Azmin Tolak Kemungkinan Pilihan Raya Mengejut Tahun Ini

Azmin Tolak Kemungkinan Pilihan Raya Mengejut Tahun Ini

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 389 hits
GOMBAK Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali hari ini menolak kemungkinan pilihan raya umum mengejut diadakan dalam tempoh setahun ini Beliau berkata kerajaan pada ketika ini berada dalam fasa memulihkan ekonomi da...
Prk Chini Boleh Jadi Contoh Pilihan Raya Dalam Keadaan Harmoni

Prk Chini Boleh Jadi Contoh Pilihan Raya Dalam Keadaan Harmoni

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 272 hits
PEKAN 5 Julai Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Chini yang dilaksanakan dalam keadaan kebiasaan baharu boleh menjadi panduan kepada pelaksanaan pilihan raya lain di negara ini untuk berjalan dalam suasana amat tenang dan harmoni Ketu...
Pn Sedia Buat Pilihan Raya Bila Bila Masa Kata Azmin

Pn Sedia Buat Pilihan Raya Bila Bila Masa Kata Azmin

papar berkaitan - pada 6/7/2020 - jumlah : 306 hits
MALAYSIAKINIKerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah cukup kriteria untuk mengadakan pilihan raya mengejut pada bila bila masa kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Azmin Ali Azmin berkata ini...
Pilihanraya Pbt Wakil Rakyat Pn Tidak Menikus Dan Membisu

Pilihanraya Pbt Wakil Rakyat Pn Tidak Menikus Dan Membisu

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 239 hits
ISU Pilihan Raya PBT dihidupkan kembali di Parlimen semalam Respon Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Selasa lepas bahawa kementeriannya sedang menyediakan kertas Kabinet bagi membuka laluan pelaksanaan pilihan raya ini telah mendapat ...
Cara Sahkan Mykad Dalam Setel Untuk Guna Budi95

Semakan Budi95 Dibuka Khamis Ini

Mof Nafi Had Pembelian Ron95 Sekali Sehari Harga Subsidi Kekal Terjamin

Throw The Book At Them Public Urges Stiff Penalty For Taxi Tout Couple Who Extorted Chinese Tourists

Budi95 Shows Govt Failed To Make Targeted Subsidy System Work Muda

Over 254k Malaysians Are Obese Dzulkefly

Subsidi Budi95 Mungkin Akan Guna Ai Untuk Pemantauan Penebusan

Malaysia Sarong Music Run 2026 Kini Dibuka Untuk Pendaftaran


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Easy Beef And Greens Recipe Chinese

Kuih Muih Keripik Nangka Dan Keripik Apel

Buli Mesti Ditegah Sepenuhnya Di Sekolah Ppim Harian Metro 23 09 2025

Ppim Bongkar Kes Buli Malaysia Gazette 23 09 2025

Siap Dah Bag Nak Pergi Umrah

Kopi Bagel