Anwar Tidak Mahu Terus Bermusuhan Dengan Dr M


malaysiakini.comBernama
Diterbitkan: Jan 14, 2023 9:25 AM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu lagi polemik “permusuhan” atau “hubungan pasang-surut” antara beliau dengan Tun Dr Mahathir Mohamad diteruskan, sebaliknya semua pihak perlu menerima hakikat bahawa rakyat sudah memberi mandat kepadanya untuk menerajui kerajaan.

Tanpa menyatakan secara khusus mengenai status hubungannya dengan Tun Dr Mahathir, Anwar berkata tumpuan beliau ketika ini adalah melaksanakan tugasnya sebagai Perdana Menteri dan enggan melayani “kerenah” atau “celoteh” yang tidak relevan daripada negarawan itu.

“Belum ada apa-apa hubungan (situasi terkini) antara saya dengan beliau...saya pun hanya tumpu pada kerja saya (sebagai Perdana Menteri) dan saya tidak sangat melayani kerenah atau celoteh dia yang saya fikir tak begitu relevan.

Rakyat sudah memilih dan kita diberi mandat untuk menjalankan kerja, saya tumpukan ke arah itu...tapi saya juga tidak mahu ini dianggap permusuhan (dengan Tun Dr Mahathir) berterusan...tidak perlulah,” katanya ketika menjadi tetamu rancangan temu bual televisyen Indonesia, Nation Hub: Special Interview Bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disiarkan di saluran CNBC Indonesia TV, semalam.

Anwar berkata demikian sebagai menjawab persoalan mengenai hubungannya dengan Perdana Menteri Keempat dan Ketujuh itu yang sering menjadi tumpuan dan polemik pelbagai pihak, khususnya selepas Ahli Parlimen Tambun itu mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 pada 24 Nov lepas.

Temu bual khas itu dirakam ketika lawatan rasmi Anwar ke Indonesia selama dua hari pada 8 dan 9 Jan lepas.

Sementara itu, ditanya mengenai suasana politik Malaysia, Anwar akui keadaan politik di negara ini berbeza dengan Indonesia dan beberapa negara lain kerana permusuhan politik Malaysia disifatkannya sebagai “terlalu tajam” yang mungkin disebabkan warisan cara kepimpinan Tun Dr Mahathir.

“Siapa yang tidak mendukungnya (Tun Dr Mahathir) dianggap musuh...dan situasi ini (permusuhan politik yang tajam) berkembang sehingga kini.

“Tapi sekurang-kurangkan kita (Kerajaan Perpaduan) cepat bertindak (ubah kepada cara baharu) dengan memikirkan soal negara, masa depan dan kestabilan politik hingga berjaya membentuk pergabungan dengan pendirian tatakelola baik dan menolak korupsi dan prinsip ini telah disepakati.

Saya harap pembangkang kita (di Malaysia) juga tidak terlalu mempertajamkan (permusuhan) dan saya juga minta mereka hindari daripada mengeluarkan kenyataan yang menghukum dan mengkafirkan orang...jika ini dapat diringankan, kita boleh berdialog dengan lebih baik,” katanya.

Selain itu, dalam soal kritikan rakyat terhadap kerajaan khususnya golongan muda, Anwar berkata rakyat tidak boleh dipersalahkan sebaliknya ia adalah cabaran kepada kerajaan kerana rakyat sentiasa menilai prestasi Kabinet pimpinannya.

Bagaimanapun tegas Perdana Menteri, “ketajaman politik” sehingga mengkafirkan orang lain harus dibendung dan malah jika terdapat anak muda yang cenderung dengan ekstremisme juga perlu dibendung dengan sifat kasih sayang.

“Misalnya, saya lihat nada anak muda juga pada masa sekarang dengan bulan lalu, sangat berbeza… ertinya mereka mengamalkan sikap terbuka dan tidak terkongkong dengan pemikiran yang jumud atau konservatif dan mereka juga menilai kita,” katanya.

- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/01/anwar-tidak-mahu-terus-bermusuhan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hak Bnm Tentukan Opr Kerajaan Tak Campur Tangan Kata Anwar

Hak Bnm Tentukan Opr Kerajaan Tak Campur Tangan Kata Anwar

papar berkaitan - pada 4/1/2023 - jumlah : 247 hits
Anwar Ibrahim berkata hak dan kuasa yang memberi kesan kepada ekonomi telah diberi pengkhususan masing masing seperti termaktub dalam peraturan dan undang undang KUALA LUMPUR Bank Negara Malaysia mempunyai hak dan kuasa membuat keputusan be...
Anwar Loyalist Made Chairman Of 7 Eleven

Anwar Loyalist Made Chairman Of 7 Eleven

papar berkaitan - pada 4/1/2023 - jumlah : 155 hits
Convenience store company 7 Eleven Malaysia Holdings Bhd has announced the appointment of Farhash Wafa Salvador a loyalist of Prime Minister Anwar Ibrahim as its chairman effective yesterday In an announcement to Bursa Malaysia the company ...
Anwar S Ex Aide Replaces Vincent Tan S Son As 7 Eleven Chairman

Anwar S Ex Aide Replaces Vincent Tan S Son As 7 Eleven Chairman

papar berkaitan - pada 4/1/2023 - jumlah : 208 hits
Farhash Wafa Salvador s appointment as 7 Eleven chairman comes a week after he was appointed as Apex Equity Holdings Bhd group executive chairman PETALING JAYA Anwar Ibrahim s former political secretary will take over as chairman of 7 Eleve...
Explain Appointment Of Close Confidante As 7 Eleven Chairman Anwar Told

Explain Appointment Of Close Confidante As 7 Eleven Chairman Anwar Told

papar berkaitan - pada 4/1/2023 - jumlah : 260 hits
Former Perak PKR chief Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak took over from Robin Tan as chairman of 7 Eleven Malaysia Holdings Bhd PETALING JAYA Prime Minister Anwar Ibrahim must explain the appointment of Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak...
Prof Survival Of Anwar S Unity Govt Hinges On Upcoming Six State Elections

Prof Survival Of Anwar S Unity Govt Hinges On Upcoming Six State Elections

papar berkaitan - pada 6/1/2023 - jumlah : 193 hits
The outcome of the upcoming six state elections in the states of Selangor Penang Negeri Sembilan Kedah Kelantan and Terengganu will determine the survival of newly elected Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim s unity government Dr James ...
Anwar S Ex Aide At 7 Eleven Helm Contrary To Good Governance Says Mp

Anwar S Ex Aide At 7 Eleven Helm Contrary To Good Governance Says Mp

papar berkaitan - pada 5/1/2023 - jumlah : 281 hits
Ketereh MP Khlir Mohd Nor said the appointment of Prime Minister Anwar Ibrahim s former political secretary Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak as 7 Eleven Malaysia Holdings Bhd chairperson is contrary to good governance He said that this w...
Cuti Panjang 2026

Puma X Ros Drop Metallic Speedcat Launches This August

The Parc Nilai Impian

Navigating Legal And Regulatory Challenges

Resepi Aiskrim Homemade Blend

Wanita Dilanggar Pemandu Disyaki Mabuk Ketika Berjogging Meninggal Dunia Selepas 7 Hari Kritikal Di Icu

Petua Hilangkan Mulut Berbau Dengan Bahan Semulajadi

Malaysia Layan Kunjungan Singapura Di Bukit Jalil Lawan Palestin Di Stadium Sultan Ibrahim


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Biodata Qistina Rania Pelakon Cantik Dari Kelantan

Habis La Timbalan Perdana Menteri Kita

Kotak Pizza Fast Food Custom Murah Tahan Lasak Branding Lebih Menonjol

Kerjasama Erat Pemimpin Negeri Persekutuan Penting Demi Kesejahteraan Rakyat Pm

Alcarez Menang Percuma Terbuka Atp Cincinnati

Kes Kematian Jestus Keluarga Tuntut Dakwa Polis Dua Tahanan