Mesyuarat Bn Tegang Isu Surat Sokong Anwar Mca Gesa Zahid Berundur


malaysiakini.com
Diterbitkan: Nov 23, 2022 4:46 PM
Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi menjadi sasaran kecaman pada mesyuarat Majlis Tertinggi gabungan itu malam tadi berhubung surat yang dihantarnya ke Istana Negara, menurut sumber

Walaupun unit komunikasi BN menafikan surat yang menyatakan sokongan ahli parlimen BN terhadap Pengerusi PH Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri seterusnya sebagai palsu, Presiden MIC SA Vigneswaran mengesahkan bahawa ia adalah sahih.

Surat itu telah tersebar di media sosial.

“Beliau (Zahid) mengaku menghantar surat itu selepas 10 ahli parlimen BN menarik balik sokongan mereka kepada (Pengerusi Perikatan Nasional) Muhyiddin (Yassin) dan BN membuat keputusan untuk kekal berkecuali,” kata Vigneswaran kepada Malaysiakini petang ini.

Dalam satu kenyataan petang ini, Setiausaha Agung MCA Chong Sin Woon, juga menyatakan bahawa surat itu adalah sahih, dan berkata "dakwaan dalam surat itu benar-benar tidak selari dengan keputusan yang dibuat oleh Majlis Tertinggi BN".

"Dalam kedua-dua mesyuarat itu, majlis tertinggi memutuskan bahawa BN tidak akan menyokong sesiapa sebagai perdana menteri buat masa ini," katanya.

Chong berkata MCA dan BN telah menyoal Zahid mengenai perkara itu malam tadi.

“Pada mulanya, Zahid menafikan, tetapi dia mengaku selepas itu apabila bukti dikemukakan. Zahid telah menentang keputusan kolektif Majlis Tertinggi BN dan tidak menyampaikan dengan betul resolusi BN kepada Yang di-Pertuan Agong.

“MCA percaya Zahid tidak lagi layak untuk terus menerajui BN, dan kami menggesa peletakan jawatannya sebagai pengerusi, digantikan oleh (Timbalan Presiden Umno) Mohamad Hassan seperti yang dicadangkan semasa mesyuarat Majlis Tertinggi BN malam tadi,” katanya. .

Walaupun surat itu menyebut 30 ahli parlimen, Malaysiakini mengetahui hanya 28 yang menandatangani akujanji sebelum PRU untuk memberi mandat kepada Zahid mengadakan rundingan dengan gabungan lain.

Dua pemimpin Umno yang tidak menandatangani akujanji itu ialah Mohamad dan Ahli Parlimen Sembrong Hishammuddin Hussein.

Menurut sumber PH, termasuk 28 ahli parlimen, gabungan itu mempunyai 116 kerusi, yang mencukupi untuk membentuk kerajaan.

Malaysiakini juga mendapat tahu bahawa ahli parlimen BN berpecah belah dalam isu sama ada menyokong PH atau PN.

Sementara itu, sumber BN mendakwa terdapat usaha untuk memecat Zahid sebagai pengerusi malam tadi.

Bagaimanapun, ia dihalang apabila ahli parlimen Umno yang menunggu di luar memasuki bilik mesyuarat.

Vigneswaran enggan mengulas mengenai perkara ini.

Sementara itu, sumber memberitahu Malaysiakini bahawa mesyuarat itu juga membincangkan tawaran PH kepada BN jika mereka menyokong Anwar sebagai perdana menteri.

“Antara tawaran itu ialah jawatan timbalan perdana menteri dan portfolio kanan kabinet lain, termasuk Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pengangkutan,” tambah mereka.

Pemimpin BN hari ini bertemu dengan Muhyiddin di Hotel St Regis di Kuala Lumpur.

Semalam, Muhyiddin menolak saranan Agong agar PN dan PH membentuk kerajaan perpaduan.

Awal hari ini, Zahid mendedahkan bahawa Seri Paduka telah meminta BN menjadi sebahagian daripada kerajaan perpaduan semasa menghadap beberapa wakil gabungan itu di Istana Negara.

BN, yang mengalami kemerosotan pilihan raya terbesar dalam tempoh enam dekad lalu, kini menjadi penentu atau 'kingmaker' kerana PH yang mempunyai 82 kerusi, dan PN, yang mempunyai 73 kerusi, memerlukan sokongan ahli parlimen BN untuk mencapai jumlah yang diperlukan iaitu 112 kerusi.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/11/mesyuarat-bn-tegang-isu-surat-sokong.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Mengaku Serah Surat Sokong Anwar Mca Mahu Mohamad Hasan Ganti Pengerusi Bn

Zahid Mengaku Serah Surat Sokong Anwar Mca Mahu Mohamad Hasan Ganti Pengerusi Bn

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 158 hits
FMT ReportersPETALING JAYA MCA mahu Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Mohamad Hasan menggantikan Pengerusi Zahid Hamidi selepas presiden Umno itu mengaku menyerahkan surat kepada Yang di Pertuan Agong yang mendakwa gabungan itu menyokong ...
Ahli Umno Lapor Polis Surat Zahid Sokong Anwar Jadi Pm

Ahli Umno Lapor Polis Surat Zahid Sokong Anwar Jadi Pm

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 203 hits
Bekas timbalan ketua Umno Bahagian Putrajaya Tun Faisal Aziz berkata surat itu patut disiasat kerana cubaan menipu dan menghina Yang di Pertuan Agong PUTRAJAYA Bekas timbalan ketua Umno Bahagian Putrajaya Tun Faisal Ismail Aziz meminta piha...
Mca Mic Pbrs Gesa Zahid Berundur Secara Terhormat Digantikan Dengan Mohamad Hasan

Mca Mic Pbrs Gesa Zahid Berundur Secara Terhormat Digantikan Dengan Mohamad Hasan

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 166 hits
Tiga parti komponen Barisan Nasional iaitu MCA MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah mengemukakan usul tidak percaya terhadap Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi semalam Usul berkenaan dikemukakan menerusi sepucuk surat yang ditandatangani oleh ti...
Pru15 Mb Johor Gesa Ahmad Zahid Berundur

Pru15 Mb Johor Gesa Ahmad Zahid Berundur

papar berkaitan - pada 20/11/2022 - jumlah : 217 hits
JOHOR BAHRU Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi digesa segera meletakkan jawatan susulan kekalahan teruk Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke 15 Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata Ahmad Zahid perlu berjiwa besar me...
Tun Faisal Buat Laporan Polis Surat Sokong Anwar Jadi Pm

Tun Faisal Buat Laporan Polis Surat Sokong Anwar Jadi Pm

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 224 hits
Bekas timbalan ketua Umno Bahagian Putrajaya Tun Faisal Ismail Aziz berkata surat yang didakwa daripada Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi itu harus disiasat sebagai cubaan menipu dan menghina Yang di Pertuan Agong Gambar fail The Malaysian In...
Giliran Mca Gesa Zahid Letak Jawatan

Giliran Mca Gesa Zahid Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 201 hits
Setiausaha Agung MCA Chong Sin Woon kecewa dengan keputusan menangguhkan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional yang sepatutnya diadakan pada 8 malam ini PETALING JAYA Giliran MCA parti komponen Barisan Nasional menggesa Ahmad Zahid Ham...
Jamal Sokong Zahid Nak Bawa Masuk Umno Dalam Ph Bersama Dap Bidas Mca

Jamal Sokong Zahid Nak Bawa Masuk Umno Dalam Ph Bersama Dap Bidas Mca

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 157 hits
agendaily com23 11 2022Datuk Seri Jamal Md Yunos Langkah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk membawa UMNO bersama Pakatan Harapan yang di dalamnya terdapat DAP juga mendapat sokongan Datuk Seri Jamal Md Yunos Ketua UMNO Bahagian Sungai Besa...
Ketua Penerangan Umno Letak Jawatan Gesa Zahid Turut Berundur

Ketua Penerangan Umno Letak Jawatan Gesa Zahid Turut Berundur

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 171 hits
malaysiakini comDiterbitkan Nov 20 2022 1 15 PMNaib Presiden Umno Shahril Hamdan antara pemimpin terbaru dalam parti itu yang menyertai gesaan agar presidennya yang juga pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan susulan kekalahan t...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Difference Between Pickleball And Badminton

Panduan Praktis Mengurangi Konsumsi Listrik Di Pabrik Konveksi

Mawat Ulat Bulu Chord

Lukanegara Bertahta Diatas Tanah Mereka Chord

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Legacy Modernized The All New Bell Bullitt Gt Retro Full Face Helmet