Anwar Terbukti Seorang Gentleman Sejati Sudah Menang Usul Percaya Sebelum Ini Tapi Masih Sedia Diuji Lagi




Kalau ikut logiknya, sebarang cubaan untuk menjatuhkan kerajaan tidak harus dilayan lagi sekarang ini.


Ini kerana, pertama, Anwar Ibrahim yang memimpin kerajaan perpaduan sebagaimana dititahkan oleh Yang Dipertuan Agong, telah mempunyai sokongan majoriti yang cukup kukuh iaitu 148 daripada 222 Ahli Parlimen.


Dengan jumlah sokongan 148 Ahli Parlimen itu bererti kerajaan perpaduan ini memiliki majoriti dua pertiga sokongan di Parlimen.


Memang tak logik sama sekali jika kedudukan majoriti sedemikian kukuh masih lagi mahu digugat atau diterbalikkan.


Apa lagi, yang bising-bising mahu menjatuhkan kerajaan itu hanyalah pihak di luar kerajaan, termasuk kelompok yang kalah teruk sehingga hilang deposit pada PRU15 lalu.


Tetapi, malangnya tidak terdengar sama sekali ada Ahli Parlimen penyokong kerajaan yang mahu menarik sokongan atau tidak puas hati terhadap kepimpinan Anwar.


Jika demikian, bagaimana blok pembangkang PN yang mempunyai 74 Ahli Parlimen mampu menambah bilangan sokongan mereka kepada sekurang-kurangnya 112?


Yang kedua, sebaik saja mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 24 November tahun lalu, perkara pertama yang dilakukan Anwar ialah mengumumkan agar usul percaya terhadapnya dibentangkan di Parlimen pada 19 Disember 2022.


Dalam undian yang diadakan pada tarikh tersebut, sokongan terhadap Anwar ternyata kukuh di mana blok pembangkang tidak berani sama sekali menentang usul percaya itu.


Mahiaddin Md Yasin yang mendakwa dirinya mempunyai cukup sokongan sebelum itu juga tidak berani menonjolkan dirinya untuk diundi berlawan dengan Anwar.


Walaupun kemenangan hanya melalui undian suara berikutan blok pembangkang “tiada telur” untuk menamakan sesiapa sebagai pencabar, jumlah Ahli Parlimen menyokong Anwar kemudiannya dibuktikan berjumlah 148 orang.


Dengan dua perkara di atas, sebenarnya tidak perlu lagi dilayan sebarang cubaan untuk menukar kerajaan.


Sudah sah lagi nyata Anwar memiliki sokongan majoriti yang kukuh sebagai Perdana Menteri.


Takkan setelah disahkan di Parlimen pun masih lagi berbangkit isu mahu menjatuhkan beliau?


Hakikatnya, peluang sudah pun diberi tetapi mereka tiada keberanian untuk mencabar kedudukan Anwar.


Cukuplah sekali saja peluang itu diberikan dan selebihnya, tugas Ahli Parlimen seharusnya ditumpukan bersama memastikan negara negara dapat ditadbir dengan baik.


Jika tiap kali sidang Parlimen perlu dibentangkan usul percaya/tidak percaya, apakah kerja dan peranan Ahli-Ahli Parlimen hanya untuk menukar kerajaan saja?


Tetapi dengan Anwar sendiri tampil mencabar blok pembangkang agar membawa usul menjatuhkannya ke Parlimen jika benar Hamzah Zainuddin, calon yang dinamakan untuk menggantikannya sudah mempunyai cukup nombor, ia tidak lain membuktikan beliau seorang Perdana Menteri yang benar-benar berani dan punya jiwa “gentleman” sejati.


Jauh daripada sifat pengecut sehingga tergamak mendaruratkan Parlimen sebagaimana dilakukan Mahiaddin sebelum ini, Anwar sebaliknya mahu pertarungan secara anak jantan dilakukan di tempat yang paling berwibawa iaitu Parlimen bagi menentukan keabsahan seorang Perdana Menteri.


Yang menarik lagi, beliau sedia diuji buat kali kedua, walhal sudah pun memenangi usul percaya sebelum ini.


Maka melalui cabaran Anwar ini, inilah masanya bagi PN secara bersendirian atau bergabung dengan Tun Mahathir Mohamad yang hilang deposit untuk membuktikan dan menyahut cabaran Perdana Menteri itu.


Oleh kerana Parlimen akan bersidang pada bulan Jun, PN mesti menggunakan tempoh masa yang ada ini untuk bekerja keras mengumpul sokongan yang diperlukan untuk menumbangkan kerajaan.


Kalau benar kononnya sudah ada 126 Ahli Parlimen menyokong, buktikanlah di Parimen nanti dan jangan berdalih macam-macam lagi.


Jangan sembang saja, tapi bila sampai masanya habuk pun tiada.


Selepas sidang Parlimen Jun nanti, jika PN gagal membuktikan mereka memiliki nombor yang diperlukan untuk menubuhkan kerajaan, sebarang cubaan menukar kerajaan selepas itu tidak harus dilayan lagi.


Mereka secara moral dan perundangan tidak berhak lagi bercakap untuk menukar atau menjatuhkan kerajaan.


Jika berjaya melepasi usul pada Jun nanti, kerajaan pimpinan Anwar secara mutlak telah dua kali disahkan majoriti dan keabsahannya untuk memimpin negara sehingga PRU16 akan datang.


Mana nak cari ada Perdana Menteri yang berani sampai dua kali diuji keabsahannya di Parlimen dalam tempoh tidak sampai setahun?


Takkan nak diuji lagi buat kali ketiga atau setiap kali sidang Parlimen nak dibawa usul menjatuhkan Perdana Menteri?


Anwar pun selepas Jun nanti janganlah buang masa lagi melayan royanan mereka yang tak habis-habis kemaruk kuasa mahu menjatuhkannya, malah patut mentertawakan saja mereka yang bernafsu besar tapi sebenarnya tiada upaya itu. – ShahbufinHusin 05/05/2023.


https://shahbudindotcom.net/






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/05/anwar-terbukti-seorang-gentleman-sejati.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suami Nampak Je Kekurangan Kita Tapi Dia Diamkan Luahan Hati Seorang Isteri Jarang Nak Kongsi

Suami Nampak Je Kekurangan Kita Tapi Dia Diamkan Luahan Hati Seorang Isteri Jarang Nak Kongsi

papar berkaitan - pada 30/4/2023 - jumlah : 306 hits
Kita selalu nampak salah suami Pada kita ada sahaja yang tak kena di mata kita Mungkin semuanya disebabkan kita kepenatan menguruskan anak dan rumahtangga sehingga kita asyik nampak suami salah Di bulan yang baik ini ada baiknya kita simpan...
Sebelum Ini Aku Pernah Intai Tapi Tak Dapat Tengok Sekali Aku Dapat Buka Hp Suami Rupanya Suami Buat Onar Belakang Aku

Sebelum Ini Aku Pernah Intai Tapi Tak Dapat Tengok Sekali Aku Dapat Buka Hp Suami Rupanya Suami Buat Onar Belakang Aku

papar berkaitan - pada 5/5/2023 - jumlah : 237 hits
8220 Sebelum ini aku pernah intai tapi tak dapat tengok sekali aku dapat buka hp suami rupanya suami buat onar belakang aku 8221 Nama aku Siti dan semestinya bukan nama sebenar Sedikit tentang aku seorang perempuan yang berumur awal 30 an d...
Dia Percaya Janji Mereka Tapi Uzurocks Tunda Bayaran Lagi Song Jihyo Teruskan Saman

Dia Percaya Janji Mereka Tapi Uzurocks Tunda Bayaran Lagi Song Jihyo Teruskan Saman

papar berkaitan - pada 3/5/2023 - jumlah : 216 hits
Adakah kemelut Uzurocks dan Song Ji hyo tidak akan menemui jalan penyelesaiannya ARTIKEL BERKAITAN Terbaru pihak wanita itu melaporkan bahawa mereka akan tetap meneruskan dengan saman apabila agensi berkenaan dilihat memungkiri janji mereka...
Menghasut Orang Bab Kwsp Tapi Bab Pekerja Dia Sendiri Pun Tak Tahu Jaga

Menghasut Orang Bab Kwsp Tapi Bab Pekerja Dia Sendiri Pun Tak Tahu Jaga

papar berkaitan - pada 3/5/2023 - jumlah : 313 hits
Haah kan Kemain dia hasut rakyat suruh tuntut pengeluaran KWSP Rupanya pekerja PAS guru guru di PASTI tak dibayar KWSP pun selama ni Memang pemeras betul la Habis cikgu PASTI kena buli dek PAS Tapi bab menghasut rakyat macam dia baik sangat...
Mahathir Pecat Anwar Lahir Pkr Sehingga Kini Tapi Mahathir Pula Yang Hilang Dari Umno

Mahathir Pecat Anwar Lahir Pkr Sehingga Kini Tapi Mahathir Pula Yang Hilang Dari Umno

papar berkaitan - pada 12/5/2023 - jumlah : 160 hits
Waktu DS Anwar dipecat daripada UMNO secara salah oleh Mahathir dulu terlahir Parti Keadilan Nasional Parti ini dasarnya berbeza sama sekali dengan UMNO terutama pada keahlian yang mana keADILan mengambil ahli dari semua kaum Berbeza dengan...
Tak Sangka Rupanya Ada 2 Orang Ulama Yang Jadi Penggerak Reformasi Sebelum Merdeka Ingatkan Anwar Ibrahim Mula Dulu

Tak Sangka Rupanya Ada 2 Orang Ulama Yang Jadi Penggerak Reformasi Sebelum Merdeka Ingatkan Anwar Ibrahim Mula Dulu

papar berkaitan - pada 5/5/2023 - jumlah : 225 hits
Tak sangka Rupanya ada 2 orang ulama yang jadi penggerak Reformasi sebelum merdeka ingatkan Anwar Ibrahim mula dulu Pada awal abad ke 19 muncul dua tokoh yang cuba mengajak orang Melayu kembali kepada ajaran Islam sebenar iaitu Syed Sheikh ...
Boleh Dengar Janji Pmx Tapi Kami Belum Percaya Persatuan Nelayan

Boleh Dengar Janji Pmx Tapi Kami Belum Percaya Persatuan Nelayan

papar berkaitan - pada 30/4/2023 - jumlah : 290 hits
Pemandangan dari udara kawasan yang akan terbabit dengan Projek Tambakan Selatan Pulau Pinang iaitu pembinaan tiga pulau buatan Gambar Andrew HanPersatuan Nelayan Pulau Pinang mendengar janji yang dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menan...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation