Sokong Anwar Dan Tolak Mahathir Bukan Kerana Kita Taksub Atau Walaun Anwar




Saya tertarik dengan ucapan Salahuddin Ayob, Timbalan Presiden Amanah dalam konvensyen parti tersebut hari ini.  Syabas diucapkan kepada beliau kerana secara jujur memberitahu Amanah bukan taksub kepada mana-mana individu, bukan walaun kepada Mat Sabu, Anwar, Guan Eng ataupun Mahathir.


Pendirian inilah yang memperkuatkan PH sejak mula ditubuhkan dahulu sehingga membawa PH menjadi kerajaan selepas PRU14 yang pada Mei 2018 sehingga Februari 2020.  Oleh kerana kita semua tidak taksub dan bukan walaun kepada sesiapa termasuk kepada Anwar, maka kita rela terima Mahathir menjadi PM.  Keadilan juga bukan taksub kepada batang tubuh sesiapa walaupun Keadilan ini lahir dari perjuangan reformasi yang dibawa oleh Anwar Ibrahim.  Adainya Keadilan ini walaun kepada Anwar, tidak masuk akal Keadilan boleh terima Mahathir yang menjadi musuh nombor wahid kepada Anwar sekian lama.  Boleh sahaja Keadilan mencadangkan isteri Anwar, Presiden Keadilan waktu itu untuk diangkat menjadi PM sementara menanti pembebasan Anwar dari penjara.  Tetapi Keadilan memilih untuk menerima Mahathir kerana meletakkan kepentingan rakyat di hadapan.


Sepanjang kempen PRU14 yang lalu, kita jaja nama  Anwar dan slogannya "reformasi", "Lawan Tetap Lawan" sehngga Mahathir pun mula belajar menyebut 'reformasi'.  Apakah itu tanda kita walaun atau pentaksub Anwar?  Tidak.  Kita jaja nama beliau dan kita bawa slogan "reformasi' adalah kerana kita yakin dengan prinsip dan reform yang ingin dibawa oleh Anwar.  Itu saja.


Malangnya, siapa yang gagal menterjemahkan reformasi sewaktu berada di tampuk kuasa?  Selama 22 bulan kerajaan PH berkuasa, apakah kita dapat melihat reform yang kita impi-impikan?  Memang ada tetapi terlalu sedikit dan tidak dapat dirasai oleh rakyat bawahan.  Terlalu banyak yang melanggar prinsip ini.  Bukan sahaja reform gagal dilaksanakan dengan tepat, bahkan manifesto PH pun dianggap sebagai "bukan kitab suci"haya kerana untuk mencari alasan di atas kegagalan untuk melaksanakannya.  


Ingin kita tegaskan, menolak Mahathir untuk dibawa bersama ke dalam PH bukan bermakna kita taksub kepada Anwar.  Ia juga bukan bermaksud kita terlalu emosi.  Mahathir ternyata gagal untuk menghadam apa itu reform, bahkan beliau dilihat jelas sebagai anti reform.  Sikap Mahathir yang terlalu emosi dengan Anwar Ibrahim telah merosakkan imej PH sehingga tindakannya yang emosi itu juga telah menjatuhkan kerajaan PH.   


Siapa tidak tahu perancangan Mahathir di dalam Bersatu ketika itu?   Apakah kita lupa dengan niat Mahathir untuk mewujudkan kerajaan perpaduan sekaligus menghancurkan PH?  Lupakah kita dengan tindak tanduk Mahathir yang sering memperkecilkan, memperlekehkan dan merendahkan Anwar Ibrahim secara terbuka?   Bukankah Mahathir sendiri secara terbuka menyatakan tidak mahu lagi berurusan dengan Anwar Ibrahim dan Keadilan hanya kerana Keadilan menolak untuk menamakannya sebagai PM untuk kali ketiga?


Anti kepada Mahathir bukan kerana kita taksub kepada Anwar.  Kita  pernah terima Mahathir kerana kita yakin Mahathir bukan Mahathir di era diktator atau Mahazalimnya dahulu.  Rupa-rupanya kita tersalah sangka dan tersalah pilih.  Mahathir tetap Mahathir yang akan merosakkan mana-mana parti yang dianggotainya.  Umno pernah dirosakkan dan dipecahkan oleh Mahathir.  PH juga tersadung di pintu pagar Putrajaya juga kerana orang tua ini yang memberi ruang yang amat selesa untuk pengkhianat merampas kerajaan.  


Sehubungan itu, tidak salah jika kita kata sesiapa yang masih kemaruk dengan Mahathir ini, merekalah sebenarnya taksub dan walaun kepada Mahathir sehingga lupa kepada tindak-tanduk beliau terhadap PH.  Kami tidak minta kamu taksub atau menjadi walaun kepada Anwar, tetapi kami mahu kamu berpegang teguh dengan prinsip PH.  Jika itu pun kamu gagal lakukan, maka jangan salahkan atau tuduh orang lain sebagai taksub kepada Anwar Ibrahim.  


WFAUZDIN NS








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2020/12/sokong-anwar-dan-tolak-mahathir-bukan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sokong Anwar Digelar Taksub Sokong Mahathir Dipanggil Berprinsip

Sokong Anwar Digelar Taksub Sokong Mahathir Dipanggil Berprinsip

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 201 hits
Kami bukan taksub batang tubuh seseorang Kami berpegang kepada prinsip kata seorang pemimpin dalam PH Apa prinsipnya Kita kena terima Mahathir kerana Mahathir banyak jasa kepada PH Dia PM yang kata manifesto bukan kitab suci maksudnya boleh...
Pkr Selar Mahathir Usah Bicara Grand Coalition Kalau Tolak Anwar

Pkr Selar Mahathir Usah Bicara Grand Coalition Kalau Tolak Anwar

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 297 hits
mykmu netPETALING JAYA Pemuda PKR mempersoalkan cadangan beberapa pemimpin pembangkang untuk menubuhkan grand coalition atau gabungan besar antara parti itu Setiausaha Pemuda PKR Syukri Razab berkata idea penubuhan itu bukan perkara baru da...
Dr Mahathir Sedia Sokong Anwar Jadi Pm Jika

Dr Mahathir Sedia Sokong Anwar Jadi Pm Jika

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 262 hits
1 700 total views 869 views today Tun Dr Mahathir Mohamad sedia menyokong keputusan majoriti termasuk jika ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat sokongan mencukupi Ahli Parlimen untuk dipilih sebagai Perdana Menteri Kita ikut ...
Anwar Tidak Tolak Ph Terima Grand Coalition

Anwar Tidak Tolak Ph Terima Grand Coalition

papar berkaitan - pada 25/12/2020 - jumlah : 287 hits
Oleh WRLRDecember 25 2020Kontroversi sama ada perlu ditubuhkan Grand Coalition untuk semua parti parti pembangkang akan dibawa ke dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan yang akan datang Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata...
Hubungan Istimewa Antara Mat Sabu Mahathir Dan Anwar

Hubungan Istimewa Antara Mat Sabu Mahathir Dan Anwar

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 431 hits
ZULKIFLI SULONGRamai yang tertanya tanya bagaimana bekas Timbalan Presiden Pas Haji Mohamad Sabu yang sangat membenci Tun Dr Mahathir Mohamad tiba tiba selepas menjadi Presiden AMANAH beliau dilihat sangat rapat dengan bekas perdana menteri...
Mahathir Nak Jumpa Anwar Tapi Dia Tak Nak Yang Kena Balik Mat Sabu Pemimpin Amanah

Mahathir Nak Jumpa Anwar Tapi Dia Tak Nak Yang Kena Balik Mat Sabu Pemimpin Amanah

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 294 hits
Selepas sembilan bulan Perikatan Nasional mengambil alih kerajaan daripada Pakatan Harapan Amanah dan DAP kini dilihat sudah mula hilang sabar Menurut seorang pemimpin kanan parti Amanah ini selepas tiada sebarang kemajuan yang dilakukan PH...
Pemimpin Dap Desak Mahathir Anwar Berbaik Semula Untuk Tawan Balik Putrajaya

Pemimpin Dap Desak Mahathir Anwar Berbaik Semula Untuk Tawan Balik Putrajaya

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 266 hits
Seorang pemimpin kanan DAP hari ini menggesa Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim meleraikan perbezaan mereka demi memastikan misi pembangkang menawan semula Putrajaya tidak tinggal sebagai angan angan Mat Jenin Timbalan Ketua Menteri Pula...
Kena Baik Dengan Mahathir Baru Anwar Boleh Jadi Pm Zahid

Kena Baik Dengan Mahathir Baru Anwar Boleh Jadi Pm Zahid

papar berkaitan - pada 27/12/2020 - jumlah : 203 hits
themalaysialife comHarapan Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri tidak akan kesampaian sekiranya presiden PKR itu tidak berdamai dengan Dr Mahathir Mohamad kata bekas setiausaha politik perdana menteri ketujuh Zahid Md Arip Dalam kead...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik