Anwar Sesekali Tolehlah Sejarah




DALAM politik alamnya terus berputar. Isu sentiasa timbul tenggelam mengikut keadaan dan kerenah manusia.
Datuk Onn Jaafar, pengasas UMNO agak masam hubungannya dengan Tunku Abdul Rahman apabila pimpinan UMNO berpindah ke tangan Tunku pada 1951.
Ini walaupun isunya hanya bersandar kepada satu pihak yang mahukan UMNO dibuka pintunya kepada rakyat bukan Melayu manakala pihak yang satu lagi mahukan keahlian UMNO tetap untuk Melayu sahaja.
Haji Fuad merajuk apabila gagal mendapatkan sokongan untuk menjadi pemimpin UMNO menggantikan Tunku. Beliau lantas berusaha mewujudkan Parti Islam Se-Tanah Melayu (Pas).
Datuk Harun Idris, bekas Menteri Besar Selangor yang secara popularnya dianggap sebagai panglima Pemuda dalam tahun-tahun 70-an akhirnya bertembung dengan pimpinan Tun Abdul Razak dan Datuk Hussein Onn.
Harun dicurigai mahu mencabar Presiden UMNO lantaran popularitinya memuncak ketika itu. Apabila Harun disabitkan hukuman penjara atas tuduhan rasuah susulan kes derma politik Hong Kong Shanghai Bank, Datuk Suhaimi Kamaruddin, anak buah beliau, lantas mengutamakan pilihan politiknya sendiri – tanpa mengira hubungan keluarga.
Lantaran itu, apabila Anwar Ibrahim bertembung dengan Suhaimi pada 1982 untuk merebut pimpinan Pemuda, Harun secara jelas tidak menyokong Suhaimi. Sebaliknya beliau membantu Anwar yang akhirnya menang 10 undi untuk menduduki kerusi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO.
Dalam satu lagi pertembungan, Sulaiman Palestin sanggup menentang Hussein Onn dalam keghairahan merebut jawatan presiden parti sedangkan Sulaiman adalah Ketua Penerangan UMNO, jawatan yang diberikan oleh Hussein. Tidak kisahlah siapa orang yang menjadi Wak Wira Karma di belakang tabir.
Di Sarawak, rentapan berlaku antara Tun Abdul Rahman Yaakub dengan anak buahnya, Datuk Patinggi Taib Mahmud. Tengku Razaleigh Hamzah yang persahabatannya dengan Dr. Mahathir bertali arus berpuluh tahun akhirnya bertembung politik pada 1987, apabila mereka berdua terpaksa menawarkan diri untuk memegang pimpinan UMNO.
Perlawanan raksasa itu akhirnya memberi kemenangan 43 undi kepada Dr. Mahathir. UMNO selepas itu terbelah dua melahirkan Team A dan Team B, sekali gus memunculkan parti Semangat 46 (S46). S46 yang menggelarkan puak yang diwakilinya sebagai UMNO asal mengakibatkan UMNO diharamkan oleh Mahkamah Tinggi pada 1989 melalui penghakiman Tan Sri Harun Hashim.
Dr. Mahathir dan Tengku Razaleigh bagaimanapun bermesra kembali September 1996 apabila S46 dibubarkan dengan tercapainya proses damai dan bersatu. Kedua-dua pihak itu bertembung politik dalam dua pilihan raya (1990 dan 1995).
Pada 2 September 1998, Anwar yang ditatang bagaikan minyak yang penuh oleh Dr. Mahathir selama 16 tahun, terpaksa disingkirkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO susulan langkah-langkah serongnya yang mengakibatkan pendakwaan kesalahan meliwat dikenakan ke atas dirinya di bawah Seksyen 277B Kanun Keseksaan.
Dalam sejarah UMNO, tiada hubungan akrab yang lebih nyata antara Perdana Menteri dan timbalannya daripada hubungan antara Dr. Mahathir dan Anwar. Mula-mula dari lawan jadi kawan, kemudian dari kawan bertukar menjadi lawan.
Pada 2002, Dr. Mahathir memilih Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, bukannya Najib seperti diramalkan, untuk menggantikannya selepas 22 tahun menjadi Perdana Menteri. Tetapi beliau juga orang sama mendesak Abdullah supaya berundur beberapa tahun kemudian. Dan kembali berpihak kepada Najib.
Namun, bagaikan `sumpahan’, dalam politik apa pun boleh berlaku. Najib sebaliknya kini musuh ketat beliau. Najib hanyut bersama Barisan Nasional yang ditumbangkan Pakatan Harapan dipimpin Dr Mahathir pada 9 Mei 2018.
Semua ini, selain sejarah juga memberi pengajaran yang jelas dan grafik, sekurang-kurangnya kepada mereka terutama anak-anak muda Malaysia – yang mahu mempelajari sesuatu daripada sifat-sifat sinis politik.
Politik yang baik memang diakui mampu membina bangsa, agama dan negara.
Tetapi jika salah bawa, politik boleh memusnahkan `positive human values’ atau sifat positif manusia itu sendiri.
Apabila kawan bertukar sifat daripaa yang dijangkakan, hanya senyum kambing sahajalah `apa nak buat’.
Bak kata orang kampung “sudah terlangsung beragih”. – SuaraMerdeka




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/02/11/anwarsesekali-tolehlah-sejarah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penganalisis Gesa Anwar Jelas Dakwaan Hadi Kena Sokong Dr M

Penganalisis Gesa Anwar Jelas Dakwaan Hadi Kena Sokong Dr M

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 349 hits
FMT Reporters PETALING JAYA Seorang penganalisis politik menggesa Anwar Ibrahim menjelaskan dakwaan seorang ahli veteran Umno mendakwa presiden PKR itu memberitahunya Presiden PAS Abdul Hadi Awang kena menyokong kepimpinan Perdana Menteri D...
Sokong Anwar Mcam Sokong Najib Lah

Sokong Anwar Mcam Sokong Najib Lah

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 314 hits
Penyokong Anwar pun aku nampak dah macam berkiblat dan berpandukan pada ramalan nujum lokman Adam Kalau lokman Adam jadi jambatan najib Anwar pun tidaklah pelik
Kemelut Dalaman Pkr Tak Jejas Peluang Anwar Jadi Pm

Kemelut Dalaman Pkr Tak Jejas Peluang Anwar Jadi Pm

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 308 hits
Konflik membabitkan dua kumpulan dalam Parti Keadilan Rakyat tidak akan menjejaskan peluang Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri bagi menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad Setiausaha Agung parti berkenaan Datuk...
Isu Perkauman Meruncing Kerana Agenda Pemimpin Politik Kata Anwar

Isu Perkauman Meruncing Kerana Agenda Pemimpin Politik Kata Anwar

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 294 hits
Isu perkauman meruncing kerana agenda pemimpin politik kata Anwar nbsp
Go Beyond Just Having Mee Mamak Together For Racial Unity Says Anwar

Go Beyond Just Having Mee Mamak Together For Racial Unity Says Anwar

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 415 hits
PKR president Anwar Ibrahim holding up a Chinese calligraphy piece he drew on stage together with Penang PKR chief Muhammad Bakhtiar Wan Chik at the party s national Chinese New Year open house in George Town today GEORGE TOWN PKR president...
Anwar Cabinet Reshuffle I Ll Need To Be Pm First

Anwar Cabinet Reshuffle I Ll Need To Be Pm First

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 209 hits
Anwar fields questions from reporters during the festive gathering Photo by Muhammad Rais Sanusi KUCHING National Parti Keadilan Rakyat president Datuk Seri Anwar Ibrahim said today that he had to be the next prime minister first before he ...
Anak Muda Perlu Kikis Fahaman Perkauman Sempit Kata Anwar

Anak Muda Perlu Kikis Fahaman Perkauman Sempit Kata Anwar

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 274 hits
Anak muda perlu kikis fahaman perkauman sempit kata Anwar nbsp Dikemas kini 26 minit yang lalu Diterbitkan pada 1 Feb 2020
Nama Tun M Rosak Jika Tak Serah Pm Pada Anwar Kata Ahli Dap Perak

Nama Tun M Rosak Jika Tak Serah Pm Pada Anwar Kata Ahli Dap Perak

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 313 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad akan merosakkan namanya sendiri seandainya tidak menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik November ini Ahli Jawatankuasa DAP Perak Dat...
Perpecahan Dalaman Pkr Tidak Gugat Kedudukan Anwar Sebagai Bakal Pm Saifuddin

Perpecahan Dalaman Pkr Tidak Gugat Kedudukan Anwar Sebagai Bakal Pm Saifuddin

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 275 hits
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail melawat gerai jualan pada Majlis Perasmian Kempen Beli Barangan Malaysia di Tesco Extra Kajang Selangor foto SYAFIQ AMBAK KAJANG Menteri Perdaganga...
Trump Mahu Penduduk Gaza Dipindahkan Ke Negara Jiran

Subsidi Tambang Penerbangan Musim Raya Kurang Rungutan Rakyat Kata Loke

Khutbah Jumat Isra Mi Raj Dan Palestina

Biodata Soloz Kerjaya Filem Terbaru Game Of Life

Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Kemalangan Di Mesir 8 Pelajar Malaysia Cedera Dapat Bantuan Wisma Putra

Cara Mengatasi Tekanan Emosi Dalam Kehidupan Sehari Hari

Resepi Bbq Kambing


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Ikan Siakap Bakar Kerabu Bunga Betik

Lirik Lagu Anak Raja De Fam

Monday Blues

Telefilem Buah Hati

Aprilian Terbujuk Rayu Chord

Maxwel Franklin Saran Telempai Ke Bukai Chord