Anwar Sedia Buktikan Di Mahkamah Muhyiddin Tak Hapus Hutang Peneroka Felda



(Malaysiakini) – Perdana Menteri Anwar Ibrahim bersedia untuk membuktikan di mahkamah dakwaannya bahawa bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin tidak mengambil langkah untuk menyelesaikan pelupusan hutang RM8.3 bilion untuk peneroka Felda.
Bagaimanapun, Muhyiddin mengulangi bahawa dia telah melaksanakan sepenuhnya penghapusan hutang peneroka Felda pada 2021, dengan menegaskan bahawa Anwar sengaja salah tafsir dan memutarbelitkan perkara itu untuk memfitnahnya.
Dalam pernyataan pembelaan yang difailkan pada 10 Okt lepas terhadap saman fitnah Muhyiddin, Anwar memetik justifikasi pembelaan (bersedia untuk membuktikan dakwaan di mahkamah) dan komen yang berpatutan.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu mendakwa apabila hapus kira hutang RM8.3 bilion diumumkan, tiada sebarang dana kerajaan atau dana kerajaan yang mencukupi sepadan diberikan untuk memastikan Felda dapat memenuhi obligasi-obligasi kewangan mereka.
“Pinjaman peneroka RM8.3 bilion kekal dalam buku-buku kewangan Felda dan tidak dihapus kira semasa pentadbiran kerajaan PN atau kerajaan BN-PN tetapi sebaliknya pada atau selepas pembentukan kerajaan perpaduan.
“Anwar pada atau pada sekitar Jun 2023 telah melaksanakan Perjanjian-Perjanjian Dana yang telah membolehkan peruntukan tahunan lebih kurang RM 1 bilion dana untuk disalurkan kepada dan/atau diterima oleh Felda selama 10 tahun untuk antara lain membolehkan pembayaran balik Sukuk/KP oleh Felda.
“Dana di atas telah membolehkan Felda untuk memenuhi obligasi-obligasi kewangan mereka. Ini adalah untuk manfaat peneroka-peneroka Felda dan telah pada dasarnya membiayai atau menyempurnakan hapus kira hutang RM8.3 bilion,” kata Anwar sebagai defendan dalam dokumen pembelaan yang dilihat oleh Malaysiakini.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini menetapkan saman fitnah itu selama 8 hari perbicaraan penuh tahun depan: iaitu dari 2 hingga 5 Dis dan 16 hingga 19 Dis.
Dalam jawapan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 21 Nov, Muhyiddin mendakwa Anwar dengan sengaja, secara melulu dan berniat jahat menerbitkan beberapa kenyataan yang menurutnya berunsur fitnah dan tidak benar walaupun defendan mempunyai kuasa dan sumber Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
Muhyiddin sebagai plaintif menegaskan bahawa penstrukturan semula hutang Felda melalui Kertas Putih Felda telah dibentangkan pada 2019 di bawah pentadbiran perdana menteri ketika itu Dr Mahathir Mohamad tetapi ia tidak dilaksanakan.
Muhyiddin mendakwa ketika dia kemudian menjadi perdana menteri dia berjaya melaksanakan hapus kira hutang peneroka Felda pada 2021, sambil menegaskan isu hutang Felda terbahagi kepada dua, iaitu hutang agensi kepada penghutang luar dan hutang peneroka Felda kepada agensi itu.
“Ini bermakna kerajaan perpaduan yang kini dinamakan sebagai kerajaan Madani yang tidak mahu meneruskan pelupusan hutang peneroka Felda yang telah dilaksanakan oleh plaintif.
“Motif defendan berbuat demikian adalah jelas iaitu supaya defendan dapat menyalahkan plaintif. Defendan kemudiannya mendabik dada pada Hari Peneroka Felda 2023 bahawa defendanlah yang meluluskan dan melaksanakan pelupusan hutang peneroka Felda.
“Politik picisan defendan amat tidak bermoral untuk menyalahkan orang lain dan membanggakan dirinya sendiri. Defendan sengaja memanipulasikan fakta dengan mengelirukan isu hutang Felda dan isu hutang peneroka Felda yang secara jelasnya adalah dua perkara yang berbeza,” kata presiden Bersatu itu.
Muhyiddin mendakwa dokumen yang ditandatangani oleh Anwar adalah berkenaan Sukuk Felda sebanyak RM9.9 bilion dan geran kerajaan sebanyak RM990 juta setahun selama 10 tahun dan bukannya pelupusan hutang peneroka Felda.
“Oleh yang demikian, plaintif menegaskan dan akan menegaskan bahawa pernyataan pembelaan adalah suatu pembelaan palsu, tidak berasas secara keseluruhan dan suatu pemikiran kemudian (afterthought) yang amat mustahil dan tidak boleh dipercayai atau diterima dan sepatutnya ditolak sepenuhnya,” kata Muhyiddin.
Anwar diwakili oleh firma guaman Daniel & Wong, manakala firma guaman Rosli Dahlan Saravana Partnership mewakili Muhyiddin.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2023/11/27/anwar-sedia-buktikan-di-mahkamah-muhyiddin-tak-hapus-hutang-peneroka-felda/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Work Together With Anwar To Tackle Economic Issues Perikatan Mp Tells Muhyiddin And Ismail Sabri

Work Together With Anwar To Tackle Economic Issues Perikatan Mp Tells Muhyiddin And Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 28/11/2023 - jumlah : 258 hits
Perikatan Nasional s Bukit Gantang MP Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal today urged Datuk Seri Anwar Ibrahim s predecessors to join forces with the prime minister The Parti Pribumi Bersatu Malaysia lawmaker who had declared his s...
Pm Ready To Prove Allegation Against Muhyiddin Over Felda Debt Waiver

Pm Ready To Prove Allegation Against Muhyiddin Over Felda Debt Waiver

papar berkaitan - pada 27/11/2023 - jumlah : 220 hits
Prime Minister Anwar Ibrahim is ready to prove in court his allegation that former premier Muhyiddin Yassin did not take steps to complete the RM8 3 billion debt write off for Felda settlers However the Pagoh MP reiterated that he had as th...
Hutang Budi Anwar Kepada Istana Dan Jutawan

Hutang Budi Anwar Kepada Istana Dan Jutawan

papar berkaitan - pada 27/11/2023 - jumlah : 239 hits
Hutang budi Anwar kepada istana dan jutawan ARVE Error src mismatch provider youtube url https youtu be ooVw44p4bK0 src in org https www youtube com embed ooVw44p4bK0 wmode transparent rel 0 feature oembed src in mod https www youtube com e...
Kesalahan Liwat Mahkamah Mana Yang Lebih Patut

Kesalahan Liwat Mahkamah Mana Yang Lebih Patut

papar berkaitan - pada 19/11/2023 - jumlah : 260 hits
Che Ibrahim1 Mengikut Seksyen 14 Enakmen Kanun Jenayah Syariah 2019 Negeri Kelantan kesalahan liwat seks luar tabii boleh dihukum denda rm5000 atau penjara 3 tahun dan disebat 6 kali 2 Seksyen 377a Kanun Kesiksaan memperuntukkan kesalahan l...
Benarkah Bidangkuasa Mahkamah Syariah Akan Terhapus

Benarkah Bidangkuasa Mahkamah Syariah Akan Terhapus

papar berkaitan - pada 17/11/2023 - jumlah : 252 hits
Dakwaan Timbalan Presiden Pas Tn Ibrahim Tn Man bahawa sebahagian besar bidang kuasa mahkamah syariah akan terhapus jika Mahkamah Persekutuan menerima Petisyen Nik Elin Nik Rashid adalah satu pembohongan besar kepada masyarakat Bidangkuasa ...
Terkini Mahkamah Rayuan Tetapkan 31 Januari 2024 Keputusan Rayuan Isa Samad

Terkini Mahkamah Rayuan Tetapkan 31 Januari 2024 Keputusan Rayuan Isa Samad

papar berkaitan - pada 28/11/2023 - jumlah : 150 hits
Mahkamah Rayuan menetapkan 31 Januari untuk menyampaikan keputusan berhubung rayuan oleh bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Samad terhadap sabitan hukuman penjara enam tahun dan denda RM15 45 juta bagi kesalahan rasuah SUBSCRIBE now Ast...
Sekolah Vernakular Sah Dari Segi Perlembagaan Mahkamah Rayuan

Sekolah Vernakular Sah Dari Segi Perlembagaan Mahkamah Rayuan

papar berkaitan - pada 24/11/2023 - jumlah : 155 hits
PUTRAJAYA Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan bahawa kewujudan dan penubuhan sekolah vernakular dan penggunaan bahasa Mandarin serta bahasa Tamil di sekolah berkenaan adalah berperlembagaan Panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Ha...
Cycling 9 Februari 2025

Hukum Sahur Ketika Azan Subuh

Speed Read A Kenny Roberts Inspired Yamaha Xjr1300 And More

Wanita Warga Emas Maut Terbakar Disyaki Angkara Anak Lelaki Oku Mental

Buffet Ramadan 2025 New York Hotel Johor Bahru

Mahalini Udah Langsing Dan Bisa Pakai Jeans Abis Lahiran Warganet Kayak Gadis Lagi

Jualan Epik Raya Lazada 3 3 Diskaun Gila Gila Tawaran Eksklusif Menanti Anda

How To Recover Lost Data From Your Smartphone


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kekalkan Penghidratan Dan Jaga Kesihatan Bagaimana Air Menyokong Keimunan

Mp Bahalul Ni Nak Apa Sebenarnya

Tajuk Resepi Cucur Udang Yang Sedap Dan Gebu Bahan Bahan 1 2kg Tepung Gandum 1 Biji Telur 1 Biji B

Jika Anda Sering Mengalami Sakit Belakang Atau Sukar Tidur Anda Perlu Cari Tilam Yang Sesuai

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Rasmi Vivo V50 Bakal Masuk Pasaran Malaysia Ancora Red Jadi Taruhan