Anwar Persembah Jumlah Majoriti Kepada Agong Selasa Depan


malaysiakini.com
Dikemaskini Hari ini 4:50 pm

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa dia akan mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Selasa depan untuk mempersembahkan butiran bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat

“Saya ingin menjunjung kasih kerana Ke bawah Duli Tuanku telah memperkenankan untuk saya mengadap pada hari Selasa, 13 Oktober, Insya-Allah.

“Pada majlis mengadap tersebut saya akan mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti Ahli Parlimen yang kukuh dan meyakinkan seperti mana yang saya sebut sebelum ini.

“Saya amat berharap rakyat Malaysia untuk terus bertenang dan mendoakan dari rumah atau tempat pekerjaan masing-masing, serta menghormati Peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pada 23 September lalu, presiden PKR itu pada satu sidang media mendakwa dia mempunyai sokongan yang "kukuh dan menyakinkan" untuk menubuhkan kerajaan persekutuan dan mempunyai "dokumen tetap yang tidak boleh diragui" bagi membuktikannya.

Dia turut berkata telah diperkenan untuk mengadap Al-Sultan Abdullah pada hari sebelumnya tetapi ia terpaksa ditangguhkan susulan kegeringan baginda.

Perkara itu turut disahkan Istana Negara dalam satu kenyataan pada hari sama Anwar membuat sidang medianya.

Seri Paduka dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sejak 21 September dan berangkat pulang ke Istana Negara pada 3 Oktober lalu.

Ada yang mendakwa ini sekadar gimik Anwar, tidak kurang yang mendakwanya berbohong, dan ada pula tidak yakin memandangkan itu bukan kali pertama dia membuat dakwaan sedemikian.
Namun, kenyataan Anwar dikuatkan dengan kenyataan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang mendakwa dia dimaklumkan ramai ahli parlimen Umno dan BN menyokong Anwar, dan hal itu tidak dapat dihalang oleh parti.

Gabungan Parti sarawak (GPS) pula yang sebelum ini diura-urakan akan menyokong Anwar, menepis dakwaan tersebut dan menzahirkan sokongan teguh kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. Muhyiddin sendiri menegaskan dia masih perdana menteri selagi mana Anwar tidak membuktikan sokongan majoriti yang didakwanya.

Seri Paduka pada Februari lalu juga berdepan dengan krisis seumpama itu susulan peletakan jawatan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri, selepas Muhyiddin membawa keluar parti Bersatu daripada Pakatan Harapan sehingga menyebabkan tumbangnya kerajaan itu.

Baginda seterusnya bertemu semua 222 ahli parlimen sebelum melantik Muhyiddin sebagai perdana menteri baru setelah presiden Bersatu itu membentuk kerjasama dengan Umno-BN, PAS, GPS, PBS, dan Star yang dinamakan Perikatan Nasional (PN).

Bagaimanapun, majoriti tiga kerusi dimiliki PN menyebabkan kerajaan yang terbentuk berada dengan kedudukan goyah di Parlimen.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/10/anwar-persembah-jumlah-majoriti-kepada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Mengadap Agong Selasa Depan Sedia Persembah Jumlah Majoriti Yang Kukuh Dan Meyakinkan

Anwar Mengadap Agong Selasa Depan Sedia Persembah Jumlah Majoriti Yang Kukuh Dan Meyakinkan

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 457 hits
474 total views 474 views today Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa akan mengadap Yang Di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah pada 13 Oktober ini Dakwanya Seri Paduka Baginda sen...
Saya Minta Semua Rakyat Bertenang Anwar Dijadualkan Menghadap Agong Selasa Depan

Saya Minta Semua Rakyat Bertenang Anwar Dijadualkan Menghadap Agong Selasa Depan

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 400 hits
Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan menghadap Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah pada Selasa 13 Oktober ini Anwar berkata beliau akan mempersembahkan dokumen yang kukuh da...
Anwar Menghadap Agong Selasa Depan

Anwar Menghadap Agong Selasa Depan

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 534 hits
KUALA LUMPUR 8 OKT Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa dia akan menghadap Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah pada Selasa depan untuk mempersembahkan butiran bahawa beliau mempunyai so...
Berita Dari Langit Anwar Menghadap Agong Selasa Atau Rabu

Berita Dari Langit Anwar Menghadap Agong Selasa Atau Rabu

papar berkaitan - pada 5/10/2020 - jumlah : 541 hits
Anwar menghadap Agong Selasa atau Rabu Kemelut politik Malaysia sejak Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan memperolehi sokongan majoriti Ahli ahli Parlimen di Dewan Rakyat bagi mengambilalih kerajaan dari PM Muhyiddin Yassin mu...
Anwar Mohon Agong Sahkan Senarai Majoriti Ahli Parlimen

Anwar Mohon Agong Sahkan Senarai Majoriti Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 764 hits
KUALA LUMPUR Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon Yang di Pertuan Agong meneliti senarai lebih 120 ahli Parlimen yang memberi sokongan kepada beliau sebelum memperkenankan permohonan pembentukan kerajaan baharu ba...
Anwar Persembah Dokumen Sahih Dakwa Dapat Sokongan 120 Mp Pada Agong

Anwar Persembah Dokumen Sahih Dakwa Dapat Sokongan 120 Mp Pada Agong

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 425 hits
765 total views 765 views today Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa sudah mendapat sokongan lebih 120 Ahli Parlimen bagi membentuk kerajaan Beliau berkata dokumen sahih mengenai majoriti kukuh dan meyakinkan daripada Ahli Parlime...
Anwar Dakwa Dapat Perkenan Menghadap Agong Selasa Ini

Anwar Dakwa Dapat Perkenan Menghadap Agong Selasa Ini

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 877 hits
SHAH ALAM Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan akan menghadap Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah pada 13 Oktober ini Beliau dalam satu kenyataan akhbar hari ini berkata S...
Azam Tahun Baru 2026 Arah Hidup Amanah Amalan Sebagai Seorang Muslim

Sanusi Sebagai Pengerusi Pn Ketua Ulama Pas Setuju

Jaguar Has Produced Its Last Internal Combustion Vehicle And Will Go All Electric From 2026

How The System Keeps You Comfortable And Broke

Bersalah Terima Rasuah Sebanyak Rm2 000 Seorang Penolong Jurutera Majlis Bandaraya Kuantan Di Denda Rm16 000

Jangan Jahil Murakkab

I Simpan Kwsp Syarat Mencarum Kaedah Caruman

Tahun Baru Memaknai Kesederhanaan Dalam Kehidupan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Keputusan Pengomen Tegar Blog Abam Kie 2025

Penggunaan Fotografi Beresolusi Tinggi Dan Teknik Analisis Gambar Moden Dalam Kimia

Mangsa Lemas Teruja Berkelah Di Pantai Sebelum Tragedi

Ambang 2026 Pdrm Perteguh Keselamatan Jalan Raya Ribuan Saman Dikeluarkan Di Selangor Dan Negeri Sembilan

Pas Akan Terus Perjuangkan Islam Sebagai Asas Utama Pemerintahan Sanusi

Nanti Saya Call Balik Lelaki Kongsi Penyesalan Tak Sempat Jumpa Ibu Sebelum Pergi