Anwar Perlu Beri Laluan Kepada Pemimpin Muda Kata Penganalisis




Beberapa penganalisis politik sangsi dengan kemungkinan Anwar Ibrahim akan menjadi perdana menteri jika Pakatan Harapan kembali berkuasa.
Ahmad Fauzi Abd Hamid daripada Universiti Sains Malaysia, Lee Kuok Tiung daripada Universiti Malaysia Sabah serta bekas pensyarah Jeniri Amir percaya Anwar tidak lagi berkarisma seperti dahulu dan beliau perlu memberi laluan kepada pemimpin muda.
Mereka mengulas laporan memetik bekas timbalan perdana menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail yang berkata, suaminya lebih berkemungkinan mentadbir negara berbanding Dr Mahathir Mohamad, jika PH kembali berkuasa.
Katanya, PH yang baru-baru ini digulingkan akan mengadakan mesyuarat untuk membincangkan perkara itu.
Dengan menyifatkan Anwar sebagai individu yang menjadi inspirasi kepada ramai pejuang keadilan, Fauzi berkata, penting untuk beliau tahu yang beliau sudah kehilangan sejumlah sokongan dalam beberapa tahun ini.
Beliau mendapati sesetengah penyokong tegar Anwar seperti Mohamed Azmin Ali, Kamaruddin Jaffar dan Mansor Othman, kini berpaling daripadanya.
“Relevannya sebagai simbol ketidakadilan dan penindasan ialah sesuatu yang diabadikan. Tiada orang boleh mengambilnya daripada beliau.
“Masalahnya ialah beliau masih menyimpan cita-cita menjadi perdana menteri. Tetapi disebabkan beliau sudah lama berada dalam politik, beliau mempunyai ramai musuh yang tidak selesa dengannya menjadi perdana menteri,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata, PH perlu menunjukkan tiada pemimpin yang sangat diperlukan dan “Malaysia Baru” berdasarkan satu wawasan, bukannya cita-cita seorang individu.
“Anwar sudah memberikan sumbangannya, tetapi beliau tidak boleh menjadi tumpuan selamanya. Ia hanya adil untuk memberi ruang kepada pemimpin muda seperti yang dilihat di seluruh dunia.”
Katanya, beliau akan memberi nasihat sama kepada Mahathir, Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Dalam mana-mana kes, Fauzi berkata, Anwar perlu menjadi pemimpin tidak tercabar PH terlebih dahulu jika beliau mahu menjadi perdana menteri, tetapi ini dilihat tidak mungkin dengan adanya Mahathir.
Lee pula mendapati PH mengubah pendiriannya lebih daripada sekali antara menyokong Anwar dan Mahathir dalam seminggu susulan pembentukan blok oleh PPBM, Umno dan PAS.
Oleh itu katanya, lebih baik jika kenyataan Wan Azizah yang dilaporkan media datang daripada mulut Mahathir.
Beliau berkata, Anwar tidak boleh mendapat sokongan 112 ahli Parlimen – majoriti mudah yang diperlukan – untuk menyokong beliau walaupun sebelum nama Muhyiddin Yassin muncul sebagai calon perdana menteri blok baru itu.
“Adalah baik jika kita boleh melangkaui politik Mahathir dan Anwar.”
Jeniri berkata, PH perlu memilih seorang pemimpin baru untuk mara dan individu itu perlulah diterima serta dihormati rakyat Malaysia.
Katanya, PH dan PKR yang diketuai Anwar perlu melangkauinya kerana beliau tidak mendapat sokongan rakyat secukupnya, walaupun daripada partinya sendiri.
Beliau berkata, krisis politik baru-baru ini semuanya berpunca daripada perselisihan antara Anwar dan Mahathir.
“Mereka tidak boleh bertentang mata dan politik mereka merosakkan parti mereka. Tiba masanya untuk pemimpin baru.”
FMT




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/03/11/anwar-perlu-beri-laluan-kepada-pemimpin-muda-kata-penganalisis/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=anwar-perlu-beri-laluan-kepada-pemimpin-muda-kata-pengan

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Masih Aset Ph Tetapi Dap Mesti Dikawal Kata Penganalisis

Anwar Masih Aset Ph Tetapi Dap Mesti Dikawal Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 225 hits
Nicholas Chung PETALING JAYA Dua ahli akademik tidak bersedia menyifatkan Anwar Ibrahim sebagai pemimpin politik yang gagal selepas partinya hilang kuasa kerajaan persekutuan dengan berkata beliau paling berkemapuan memastikan kelangsungan ...
Pemimpin Pakatan Tak Berprinsip Langgar Janji Punca Kerajaan Ph Tumbang Kata Anwar

Pemimpin Pakatan Tak Berprinsip Langgar Janji Punca Kerajaan Ph Tumbang Kata Anwar

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 312 hits
Anwar Ibrahim menyalahkan pemimpin tidak berprinsip dan gagal mengotakan janji sebagai punca kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan Semalam kamu setuju kemudian hari ini kamu tukar sebab apa Ugutan wang Kita mulai lentur hadapi kesukaran bila k...
Najib Lebih Berbahaya Daripada Anwar Kata Tun Mahathir

Najib Lebih Berbahaya Daripada Anwar Kata Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 420 hits
KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad secara peribadi mengakui bahawa perhubungannya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim bermasalah namun beliau sanggup mengenepikan isu itu dan merujuk kembali kerjasama mereka untuk agenda...
Anwar Liberal Orang Melayu Tidak Sokong Kata Mahathir

Anwar Liberal Orang Melayu Tidak Sokong Kata Mahathir

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 407 hits
PETALING JAYA Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata orang Melayu tidak menyokong Presiden PKR Anwar Ibrahim kerana falsafah politik liberal yang dibawanya Dalam satu temu bual dengan akhbar Sinar Harian baru baru ini beliau berk...
Pengundi Muda Bakal Ubah Landskap Politik Malaysia Pasca Pru15 Kata Penyelidik

Pengundi Muda Bakal Ubah Landskap Politik Malaysia Pasca Pru15 Kata Penyelidik

papar berkaitan - pada 15/3/2020 - jumlah : 282 hits
Ketua Penyelidik Ilham Centre Dr Mohd Yusri Ibrahim meramalkan pengundi muda bakal merubah landskap politik Malaysia pasca Pilihan Raya Umum Ke 15 nanti Kata beliau seramai 14 9 juta pemilih layak mengundi dalam PRU14 lalu melalui sistem la...
Utamakan Jaga Kesusahan Rakyat Tak Ada Masalah Bincang Dengan Tun M Kata Anwar

Utamakan Jaga Kesusahan Rakyat Tak Ada Masalah Bincang Dengan Tun M Kata Anwar

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 316 hits
Mari kita utamakan untuk menjaga kesusahan rakyat Saya tidak ada masalah untuk berbincang dengan Tun Dr Mahathir katanya Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak mempunyai masalah untuk berbincang dengan Tun Dr Mahathir Mohamad untu...
Anwar Gila Gila Nak Jadi Pm Kata Dr M

Anwar Gila Gila Nak Jadi Pm Kata Dr M

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 336 hits
Dr Mahathir Mohamad menyalahkan Presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai punca beliau tidak dilantik sebagai perdana menteri ke 8 Beliau berkata Anwar tidak dapat menjadi perdana menteri kerana ramai yang tidak lagi menyokongnya Anwar memang dia ...
Mahathir Tolak Saya Tapi Majoriti Orang Melayu Sokong Kata Anwar Ibrahim

Mahathir Tolak Saya Tapi Majoriti Orang Melayu Sokong Kata Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 380 hits
Bukan orang Melayu yang tolak saya tapi Dr Mahathir Mohamad Itu bidas Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa orang Melayu tidak menyokong Anwar kerana falsafah politiknya yang liberal Tun Mah...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang

Buffet Ramadan 2025 Laman Tradisi Di World Trade Centre Kuala Lumpur

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye

Wanita Berhati Angkasa Buku Motivasi Untuk Wanita Dan Inspirasi Untuk Suri Rumah

Cara Cuci Kerang