Anwar Menjerat Atau Terjerat


satuberita.my
By Satu Berita
-February 3, 2022


PRESIDEN Amerika Syarikat ke-32, Franklin D. Roosevelt pernah berkata, setiap perkara yang berlaku dalam politik tidak berlaku secara kebetulan.

Semua yang berlaku dalam politik kata Roosevelt, walaupun kelihatan secara kebetulan, merupakan satu yang telah dirancang untuk berlaku.

Jika dirujuk kepada laporan-laporan berita kebelakangan ini, dapat dilihat ketegangan dalam hubungan antara Pas dan UMNO yang bermula sejak sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Ketegangan itu semakin hari semakin ketara bak api marak yang membakar daun kering.

Pun begitu persoalannya, dari arah manakah datangnya angin yang bertiup memarakkan lagi api itu?

Daripada PRN Melaka kepada PRN Sarawak dan kini bakal berlangsung PRN Johor, dalam kebanyakan peristiwa ataupun faktor yang menjadi pembolehubah dalam dinamik hubungan antara parti khususnya antara Pas, Bersatu dan UMNO, satu percaturan tetap menjadi pemalar yang mencorakkan persekitaran politik negara ketika ini.

Pemalar itu adalah pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga partinya, PKR.

Dalam PRN yang telah dan bakal berlangsung, pemimpin utama Pakatan Harapan (PH) itu dilaporkan ataupun setidak-tidaknya didesas-desuskan melakukan pertemuan dengan pimpinan UMNO di peringkat negeri.

Pada PRN Melaka, beliau diberitakan telah melakukan pertemuan dengan Datuk Seri Idris Haron dan sebelum bermulanya PRN Johor, Anwar dilaporkan mengadakan pertemuan dengan pimpinan UMNO Johor iaitu Datuk Md. Jais Sarjay yang juga merupakan seorang bekas exco kerajaan negeri dan juga penyokong kuat bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Norden.

Dalam kedua-dua peristiwa, Idris dan Md. Jais masing-masing menafikan pertemuan yang diadakan, bezanya dalam kes Idris, kebenaran akhirnya terserlah apabila dia bertanding dalam PRN Melaka atas tiket PKR.

Semua pertemuan itu turut dinafikan oleh pimpinan UMNO di peringkat pusat namun, penafian itu amat bertentangan dengan hakikat atau ‘open secret’ Anwar mempunyai hubungan akrab dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Bahkan, dalam peristiwa-peristiwa yang membawa kepada peletakan jawatan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin timbul banyak sekali desas-desus yang mengatakan ia merupakan rentetan daripada perancangan halus Anwar dan Ahmad Zahid seperti yang dapat dilihat dalam satu rakaman perbualan telefon tular antara kedua mereka.

Melihat kepada semua itu, mungkin boleh difahami mengapa jika dahulu serangan PKR tertumpu pada UMNO kini telah berubah sasaran kepada Pas dan Bersatu walaupun kempen PRN Johor belum bermula.

Berbeza dengan kempen-kempen terdahulu, nampaknya parti yang diketuai Anwar itu lebih berminat dalam menyerang Pas dan Bersatu, malah kenyataan beberapa pemimpin PKR seakan lebih suka masuk campur urusan hal ehwal politik parti lain.

PKR juga nampaknya tidak berminat lagi untuk membicarakan isu-isu melibatkan kepentingan negara atau kebajikan rakyat, mereka kini lebih teruja untuk membela UMNO yang dipimpin Ahmad Zahid.

Mungkin kerana hubungan istimewa Anwar dan Zahid, maka pemimpin-pemimpin bawahan PKR terpaksa tampil membela UMNO yang kini sedang diasak Pas dan Bersatu kerana banyak membuat keputusan yang menyusahkan rakyat.

Tidak ada apa yang pelik mengenainya kerana bak kata orang-orang tua, gergaji dua mata itu makannya kiri dan kanan manakala menangguk di air keruh itu hasilnya lebih menguntungkan.

Satu persatu pengikut Anwar dalam PKR dan Amanah termasuk Presidennya, Mohamad Sabu menghamburkan kecaman terhadap Pas dengan pelbagai label dan ungkapan yang tidak sedap didengar.

PKR dan Amanah cuba mengambil kesempatan susulan keretakan yang berlaku dalam parti-parti yang membentuk kerajaan pusat ketika ini, namun sedar atau tidak tindakan PKR dan Amanah itu seakan cuba memberi nyawa kepada UMNO khususnya dalam menghadapi PRN Johor nanti.

Percaturan politik PKR dan UMNO ini amat bertepatan satu perbincangan dalam buku A Political Creed: Embracing Some Ascertained Truths In Sociology And Politics tulisan Gabriel Manigault yang diterbitkan pada tahun 1884.

Manigault dalam bukunya itu berkata, dalam politik, ia merupakan satu sifat semulajadi ahli politik untuk berpegang kepada falsafah ‘musuh kepada musuhku adalah rakanku’.

Pun begitu, persoalan yang perlu ditanya adakah itu satu strategi yang bijak kerana sepertimana yang dapat dilihat dalam PRN Melaka, apa yang dilakukan Anwar itu hanya memberi kelebihan kepada UMNO dan kekalahan teruk kepada PH sehingga PKR tidak mampu memenangi walau satu kerusi pun.

Dan, PRN Melaka juga memberi isyarat bahawa musuh sebenar PKR bukan pas ataupun bersatu ataupun kedua-duanya tetapi UMNO.

Kini dalam PRN Johor, Anwar sekali lagi mengulangi kesilapan yang pernah dilakukannya dengan menyerang Pas dan Bersatu secara berlebihan sehingga memberikan kredit secara tidak langsung kepada UMNO.

Tindakan Anwar tersebut sebenarnya menimbulkan lebih banyak kemarahan dikalangan penyokong mereka sendiri, tidak mustahil senario penolakan dalam PRN Melaka bakal ditunjukkan pengundi.

Bagi orang ramai, Anwar dan PKR kini umpama pembela ‘kluster mahkamah’.

Bagaimanapun ia bukan sesuatu yang luar biasa, bukankah sebelum ini Anwar juga bersekongkol dengan ‘kluster mahkamah’ dalam menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Namun, kemaraan UMNO dan juga kelicikan ‘kluster mahkamah’ ini juga sebenarnya berpunca daripada Anwar yang masuk jerat anak muridnya sendiri.

Jika tidak kerana ketamakan dan gelojoh untuk merampas kuasa, mustahil Anwar masuk ke dalam perangkap yang dipasang oleh UMNO sehingga menyebabkan semua parti pembangkang kini dibenci rakyat dan penyokongnya sendiri.

Jika sebelum ini Anwar dan PKR begitu beria-ria menuduh Bersatu sebagai parti pengkhianat, sebenarnya Anwar juga dikhianati oleh anak muridnya termasuk UMNO.

Tetapi Anwar tidak pula atau mengkritik anak muridnya sebagai pengkhianat walhal turut ditipu hidup-hidup dengan konon-kononnya akan diberi sokongan untuk menjadi Perdana Menteri sebelum ini.

Jelas sekarang, DAP dan Amanah kini kena tipu pula hidup-hidup dengan PKR yang diketuai Anwar sehingga menyebabkan rakyat kini juga sudah tidak mempercayai mereka. 
– SB

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/02/anwar-menjerat-atau-terjerat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zafrul Masa Mana Anwar Jadi Menteri Kewangan Bagi Pinjam Pada Genting Masa Kau Jadi Menteri Kan Atau Kau Buat Pekak

Zafrul Masa Mana Anwar Jadi Menteri Kewangan Bagi Pinjam Pada Genting Masa Kau Jadi Menteri Kan Atau Kau Buat Pekak

papar berkaitan - pada 31/1/2022 - jumlah : 211 hits
Sudah tentulah DSAI selaku ketua pembangkang mempersoalkan mengapa pinjaman yang diberi itu tanpa sebarang jaminan atau cagaran Sewenangnya RM2 51b diberi pinjam itu duit pelabur dan pelaburnya adalah pemegang amanah rakyat Apakah Zafrul ma...
Perjelas Kenapa Beku Akaun Atau Berdepan Boikot Cimb Diberi Amaran Free Malaysia Today 05 02 2022

Perjelas Kenapa Beku Akaun Atau Berdepan Boikot Cimb Diberi Amaran Free Malaysia Today 05 02 2022

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 254 hits
KUALA LUMPUR Dua NGO membidas CIMB Bank Berhad kerana didakwa membekukan 11 000 akaun tanpa memaklumkan kepada pemegangnya lebih lebih lagi apabila masalah berkenaan berpunca daripada kesilapan pemprosesan bank itu sendiri Persatuan Penggun...
Kerajaan Nak Queen Control Rakyat Atau Nak Control Covid

Kerajaan Nak Queen Control Rakyat Atau Nak Control Covid

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 273 hits
Control COVID dengan vaksin gagal Dos keberapa puluh pun KERAJAAN boleh beri jaminan Mereka ikut WHO ikut mathematic commercial teori Dan sains kafir tidak ikut Al Quran KERAJAAN hari ini boleh trial and error tetapi enough
Sah Atau Tidak Berwuduk Guna Tisu Basah

Sah Atau Tidak Berwuduk Guna Tisu Basah

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 405 hits
Soalan Assalamualaikum w b t Baru baru ini saya ada melihat satu video di Youtube yang mengajar untuk berwuduk dengan menggunakan tisu basah ketika menunaikan umrah Soalan saya adakah sah wuduk dengan cara tersebut Mohon percerahan Terima k...
Buat 9 Langkah Ini Kenalkan Telur Pada Bayi Baru Tahu Anak Alergik Atau Tak

Buat 9 Langkah Ini Kenalkan Telur Pada Bayi Baru Tahu Anak Alergik Atau Tak

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 220 hits
Masih ada ibu yang belum tahu langkah nak perkenalkan telur kepada bayi Menu telur boleh mula diberikan kepada bayi berusia 8 bulan ke atas Berikut dikongsikan langkah langkah penting untuk perkenalkan telur kepada bayi 9 Langkah yang wajib...
Dah Sedar Atau Mamun Lagi

Dah Sedar Atau Mamun Lagi

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 160 hits
MMMSMasa serba tahu cuba halalkan pengkhianatan Kini dia sendiri sudah di tidurkan di dalam Gua Kelam
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco