Anwar Letak Penanda Aras Yang Tinggi Untuk Sesiapa Yang Ada Angan Angan Nak Jadi Perdana Menteri




Menyaksikan ucapan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Parlimen semalam, paling ketara ialah beliau telah meletakkan tanda aras yang tinggi bagi sesiapa yang memegang jawatan tersebut.


Ertinya, pemegang jawatan Perdana Menteri mestilah seorang yang bertanggungjawab, tidak lari dari medan perjuangan, berani berdepan soalan lawan dan pantas melibas balik jika diserang atau dipertikaikan.


Berpuluh tahun lamanya kita tidak ada Perdana Menteri yang memiliki ciri-ciri sedemikian rupa.


Dulu, ketika era BN, hanya Tun Mahathir Mohamad yang ada kualiti seperti itu, cuma cara penyampaian beliau berucap terlalu biasa dan bersahaja.


Selepas Tun Mahathir – Tun Abdullah Badawi, Najib Razak, Mahiaddin Md Yasin dan Ismail Sabri Yaakob yang pernah menjadi Perdana Menteri kemudiannya, kita langsung tidak melihat terserlah kehebatan seorang Perdana Menteri dalam berhujah dan berdepan lawan, khususnya di Parlimen.


Najib sama sekali tidak berani membenarkan isu 1MDB dibahas di Parlimen, Mahiaddin pula menutup dan mendaruratkan Parlimen manakala Ismail Sabri, selain tiada kontroversi di era pentadbirannya, wataknya juga terlalu biasa seperti orang kebanyakan saja.


Selain itu, kita tentu faham sejauh mana kemampuan dan kewibawaan Ismail Sabri sendiri sebagai Perdana Menteri.


Berbeza dengan Anwar semalam, beliau telah menampilkan gaya berpidato seorang Perdana Menteri yang hampir sempurna.


Dari segi pidato, memang Anwar lebih hebat jika dibandingkan dengan Tun Mahathir.


Dalam keseluruhan ucapannya semalam juga, Anwar jelas tidak lari daripada semua isu semasa dan memberi jawapan yang penuh berfakta terhadap segala persoalan yang timbul dalam negara ketika itu.


Termasuk dijelaskannya ialah isu DNAA Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi yang jika ikut logiknya, tidak perlu lagi diberi penjelasan lanjut kerana ia adalah kuasa Peguam Negara menutusnya.


Bahkan, jika Anwar mahu memilih jalan selamat, isu DNAA itu lebih baik diserahkan saja kepada Azalina Othman Said, menteri yang bertanggungjawab dalam hal undang-undang saja untuk menjawabnya.


Namun, tidak demikian dengan Anwar kerana beliau terbukti seorang yang bertanggungjawab atas kedudukannya sebagai Perdana Menteri, lalu memilih untuk tidak lari daripada memberi penjelasan berkaitan isu tersebut.


Agaknya kerana panas telinga dengan jawapan Anwar, lalu membuatkan seorang Ahli Parlimen blok pembangkang tiba-tiba “koyak” setelah kena libas, seterusnya terjerit-jerit perkataan “tarik balik”, “tarik balik” persis seorang budak sekolah rendah saja lagaknya.


Kemudian, seluruh blok pembangkang PN turut “terkoyak” dengan mereka keluar secara beramai-ramai meninggalkan Dewan Rakyat.


Kenapa mudah sangat mereka koyak?


Patutlah ketika jadi menteri semasa era PN sebelum itu, kerajaan ketika itu ditakrif sebagai gagal secara total.


Ketika ada kuasa dan berjawatan menteri, mereka tak berfungsi dan entah apa-apa yang dilakukan di kementerian yang diketuai, bila jadi pembangkang pula terlalu mudah koyak dan seolah-olah hanya memiliki hati selembut tisu.


Mudah kata, mereka ini tidak layak langsung jadi kerajaan, jadi menteri, jauh sekali untuk mengidam jawatan Perdana Menteri.


Kalau jenis ini jadi kerajaan, bakal kembali macam dululah perangai mereka.


Ketika Putrajaya (masa itu masih bertaraf senator lagi) jadi menteri, apa rekod pencapaian dan pernahkah kita dengar suaranya di Parlimen?


Kenapa setelah tiada kuasa baru nak bersuara dan tunjuk hero?


Yang nyata, dengan penampilan Anwar di Parlimen semalam, tidak mudah lagi bagi sesiapa berangan-angan untuk jadi Perdana Menteri selepas ini.


Sesiapa yang ingin jadi Perdana Menteri mesti ada keberanian, punya rasa tanggungjawab yang jitu, sedia berdepan lawan dan tidak lari daripada medan perjuangan.


Kalau rasa-rasa tiada ciri-ciri itu, lebih baiklah berhenti segera daripada berangan-angan nak jadi Perdana Menteri.


Jika tidak mampu menandingi Anwar, sekurang-kurangnya biarlah setara dan tidak lebih bawah daripadanya.


Perdana Menteri yang sekadar membaca perutusan khas, menghantar kenyataan media dalam bentuk pdf, tiada keberanian berhujah dan berdepan lawan, lebih-lebih lagi yang penakut dengan gelanggang Parlimen sehingga memilih jalan darurat, sudah tiada tempat lagi untuk masa depan Malaysia. – ShahbudinHusin 20/09/2023.


https://shahbudindotcom.net/




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/09/anwar-letak-penanda-aras-yang-tinggi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pertumbuhan Ekonomi Tak Apalah Kalau Dia Nak Menang Anwar Perbetul Kenyataan Hamzah

Pertumbuhan Ekonomi Tak Apalah Kalau Dia Nak Menang Anwar Perbetul Kenyataan Hamzah

papar berkaitan - pada 20/9/2023 - jumlah : 239 hits
Hasimi MuhamadSeptember 19 2023 17 43 MYTMenurut Perdana Menteri kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin bahawa perkembangan ekonomi Malaysia pada tahun 2022 sebanyak 8 7 peratus yang disifatkan terbaik di rantau ini adalah ...
Tun Mahathir Perdana Menteri Kepada 4 Negeri Pas

Tun Mahathir Perdana Menteri Kepada 4 Negeri Pas

papar berkaitan - pada 15/9/2023 - jumlah : 209 hits
Sebagaimana dilaporkan media empat negeri bawah pentadbiran PN telah bersetuju mewujudkan kerjasama dikenali sebagai State Government 4 atau SG4 bersama bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokht...
Punca Sulaiman Ali Letak Jawatan Ketua Menteri Melaka Tersebar

Punca Sulaiman Ali Letak Jawatan Ketua Menteri Melaka Tersebar

papar berkaitan - pada 19/9/2023 - jumlah : 157 hits
Punca Sulaiman Ali Letak Jawatan Ketua Menteri Melaka Tersebar Dah penat itu kata Adun Lendu di Melaka Sulaiman Md Ali ketika ditanya media hari ini mengenai keputusannya berundur dari jawatan ketua menteri Tidak menuding jari kepada sesiap...
Bawa Zahid Ke Penjara Anwar Khianat Pengundi Cina Menteri Dungu

Bawa Zahid Ke Penjara Anwar Khianat Pengundi Cina Menteri Dungu

papar berkaitan - pada 8/9/2023 - jumlah : 173 hits
Anwar khianat pengundi CinaDAP suruh bawa Zahid ke penjara bukan Putrajaya PH menang kerana majoriti pengundi Cina mengundi PH Namun tergadai begitu sahaja kerana percayakan Anwar Itulah kekuatan terbesar PH masih mendapat kepercayaan dan u...
Ayam Masak Bijan Buat Lauk Makan Malam Nak Pedas Sikit Letak Cili Padi Memang Tak Mengecewakan

Ayam Masak Bijan Buat Lauk Makan Malam Nak Pedas Sikit Letak Cili Padi Memang Tak Mengecewakan

papar berkaitan - pada 13/9/2023 - jumlah : 252 hits
Ayam masak bijan ini memang sesuai untuk buat lauk makan malam simple tapi sedap Berkuah dan cukup rasa macam paprik tapi ada kelainannya
Nak Lawan Idea Tak Ada Akhirnya Buat Fitnah

Nak Lawan Idea Tak Ada Akhirnya Buat Fitnah

papar berkaitan - pada 15/9/2023 - jumlah : 136 hits
Nak lawan idea memang out Sebab otak mandul tak pernah ada idea bernas Sebab tu cuma mampu cipta persepsi palsu dan membuat fitnah Lepas tu selalu kena hentam sebab selalu ponteng sidang Dari yang paling atas sampai yang bawah semua kaki po...
Mengapa Kahwin Dengan Saya Kalau Nak Curang

Mengapa Kahwin Dengan Saya Kalau Nak Curang

papar berkaitan - pada 15/9/2023 - jumlah : 201 hits
Sebuah video tular di media sosialmemaparkan senario seorang suami memukul dirinya sendiri dan memekik tanpa menghiraukan orang ramai selepas mendapat tahu isterinya curang lapor akhbar South China Morning Post semalam Kejadian tersebut ber...
Perhimpunan Profesionalisme Daerah Kulai Bil 4 Sesi 2024 2025

Kalori Telur Rebus Vs Telur Goreng Mana Lebih Sihat

Who Got The Addendum Who Didn T

Jangkitan Hand Foot Mouth Disease

Hotel Berdekatan Dengan Klia Salak Boutique Hotel

Buffet Ramadan 2025 Trove Hotel Johor Bahru

Pahang Aktiviti Di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah

Semakan Mrsm 2025 Tawaran Kemasukan Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Biodata Liya Maisarah Dato Sri Ismail Yang Kahwin Bersuamikan Vokey Imran Rosli Gamer PUBG

Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe


Ibu Bunuh Bayi 6 Bulan Kerana Suami Kahwin Lain

Doa Bangun Tidur

Senarai Buffet Ramadan 2025 Di Johor Bahru

The Minimalist Renter S Guide To Decluttering Your Space After The Holidays

Clarify Stand On Ties With Bn Umno Man Tells Sabah Ph

Royal Addendum Remarks Cops Complete Taking Kj S Statement Says Igp