Tv Alhijrah Menutup Tirai 2025 Dengan Lima Program Berimpak Tinggi


TV AlHijrah menutup tirai siaran 2025 dengan pelbagai pencapaian membanggakan. Stesen televisyen berkonsepkan gaya hidup Islam ini berjaya menghasilkan karya yang lebih matang, meneroka program baharu pelbagai format serta memperkukuh peranannya sebagai penyiar Islam yang memikul amanah pendidikan dan pencerahan untuk rakyat Malaysia.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris, stesen berkenaan telah mencatat pelbagai perkembangan positif sepanjang tahun 2025, sekali gus membuktikan bahawa kandungan Islamik berkualiti sentiasa mendapat tempat dalam kalangan masyarakat. Ini termasuk penerimaan kukuh terhadap kandungan digital dan televisyen, selain kejayaan mempelbagaikan genre serta pendekatan penyiaran agar nilai dakwah dapat disampaikan dengan lebih segar dan relevan.
Sebagai tanda penghargaan dan buah tangan buat penonton setianya, TV AlHijrah mempersembahkan lima program berimpak besar khas untuk tontonan umum di penghujung 2025.
Konsert Malam Hijrah Bergema, buat julung kalinya  diadakan pada 31 Disember 2025, jam 9 malam, bertempat di Putrajaya International Convention Centre (PICC). Konsert ambang tahun baharu ini menyatukan irama nasyid, zikir dan semangat hijrah. Konsert ini turut menghimpunkan barisan artis ternama seperti Rabbani, Raihan, UNIC, In Team, Lah Ahmad, Hijjaz, Mawi, Sufian Suhaimi, Munsyid Muda (Simfoni, Rabithah, Fine, Aeydan, Onepath, Andika), di samping menampilkan penyanyi legenda Datuk Hattan, Dato’ Jamal Abdillah dan Dato’ Nash.
Menurut Namanzee, konsert ini adalah buah tangan  YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar.

“Konsert ini adalah usaha istimewa yang digerakkan oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sebagai tanda penghargaan beliau kepada masyarakat Malaysia serta sebagai sebuah inisiatif yang membuktikan bahawa dakwah boleh disampaikan dengan penuh seni, jiwa dan kemuliaan nilai.
“Konsert ini bukan sekadar hiburan, tetapi sebuah santapan jiwa yang membangkitkan rasa syukur, refleksi dan harmoni ketika kita melangkah menuju tahun baharu. 
“Gandingan dua hos berpengalaman, Faizal Ismail dan Ustaz Nabil Ahmad, dijangka mengangkat mutu persembahan yang menjadi signifikan kepada kami di TV AlHijrah. Dalam masa yang sama, kami berbesar hati mengumumkan bahawa IKIMfm turut hadir sebagai Rakan Penyiar Radio. TV AlHijrah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada IKIMfm atas kerjasama ini. Terima kasih juga diucapkan kepada Munsyid Malaysia di atas kesudian untuk berkolaborasi bersama kami dalam memastikan Konsert Malam Hijrah Bergema ini dapat dilaksanakan dengan jayanya,” jelas Namanzee.
Selain hiburan, TV AlHijrah turut menekankan pengisian ilmu melalui Konvensyen Assalamualaikum: Perjalanan Menuju Kepada-NYA yang turut dianjurkan di PICC sehari sebelum Konsert Malam Hijrah Bergema, iaitu pada 30 Disember 2025 dari jam 10 pagi hingga 12 tengah hari. Sesi petang pula, dari jam 2 petang hingga 4 petang akan diadakan Bengkel Solat bersama Ustazah Muzayyanah dan Ustaz Dr. Haji Nur Mohammad Hadi Zahalan.
“Konvensyen Assalamualaikum ini dianjurkan dalam skala besar dengan penyertaan lebih 800 peserta berdaftar. Tokoh tersohor seperti Ustazah Muzayyanah Abdullah, Ustazah Nazirah Abu Bakar, Ustaz Dr. Haji  Nur Mohammad Hadi Zahalan, Abu Talib Husin, Heliza Helmi dan Hazwani Helmi bagi membimbing masyarakat memperhalusi hati serta memperbaiki hubungan dengan Allah SWT.
“TV AlHijrah hadiahkan Konsert Malam Hijrah Bergema dan Konvensyen Assalamualaikum buat penonton di lapangan, sebagai warkah penghargaan kepada setiap jiwa yang bersama kami menempuh perjalanan dakwah penuh harapan dan cahaya,” jelas Namanzee.

Menurut Namanzee, penonton yang tidak berkesempatan hadir ke PICC turut diraikan dengan hidangan sebuah rancangan istimewa di kaca televisyen iaitu Program Anugerah Carta 114 Musim Ketiga.
“Anugerah Carta 114 Musim Ketiga yang akan disiarkan pada 27 Disember, hari Sabtu, jam 9 malam secara siaran langsung adalah sebuah pengiktirafan yang meraikan karya muzik Islamik serta ketuhanan terbaik pilihan penonton sepanjang tahun. Penganjuran anugerah ini bukan sahaja memartabatkan bakat para pemuzik nasyid, tetapi turut memperkukuh industri seni berteraskan dakwah.
“Bagi yang tidak berkesempatan untuk menonton di kaca televisyen pula, kami bawakan khusus buat anda Program Tenang Sekejap dan lima telefilem terbaik Disember ini eksklusif di aplikasi AlHijrah Plus (AH+).
“Program Tenang Sekejap merupakan program gaya hidup Islamik yang mengetengahkan sisi peribadi asatizah dan pempengaruh Muslim melalui hobi mereka. Sisi istimewa mereka ini secara tidak langsung menunjukkan dakwah secara ringan dan santai namun penuh makna dan inspirasi buat penonton.
“Dalam edisi kali ini, para penonton akan ditemani Yousaf Iqbal, Fiekah Ishak, Ustaz Hanafiah Malek, Ustaz Adnin Roslan, Nadira Johari, Nabilah Aliah, Beto Khusyairi, Ustazah Asni Mansor, kita akan merenung kehidupan dengan cara lembut, jujur dan peribadi,” kata Namanzee.
5 telefilem terbaik siaran eksklusif di AH+ adalah Surat Dari Syurga, Menantu Datuk Nikah Kahwin, Vibrasi Ayat-Ayat Tuhan, 30 Juzuk Terakhir serta Tanda Kiriman Tuhan. 
Penglibatan pelakon hebat seperti Dato’ Ahmad Tamimi Siregar, Dato’ Sri Eizlan Yusof, ⁠Datuk Remy Ishak, Izzue Islam, Remy Ishak, PU Rozi, Nasuha Sulaiman, Syafie Naswip, Datuk Fauziah Nawi, Vanida Imran dan ramai lagi membuktikan bahawa dakwah boleh disampaikan melalui visual yang berkualiti tinggi dan berdaya saing.
Menurut Namanzee, melangkah ke 2026, TV AlHijrah bertekad memperluas capaian, memperhebat kandungan digital, dan kembali aktif di lapangan.
 “Tahun hadapan akan menjadi titik tolak untuk menjadikan AlHijrah bukan sekadar stesen televisyen, tetapi sebuah gerakan masyarakat, gerakan yang memupuk kefahaman agama, membina karakter ummah, dan menyantuni kehidupan melalui penyiaran yang benar-benar membawa perubahan,” jelasnya.
Antara rancangan utama termasuk pengisian di masjid, institusi pendidikan, lokasi tumpuan awam serta penganjuran Karnival Hijrah 2026 yang akan membuka lembaran baharu hubungan fizikal antara TV AlHijrah dan masyarakat.
Namanzee juga merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menyokong perjalanan dakwah TV AlHijrah sepanjang 2025. Dengan itu, TV AlHijrah menutup tirai 2025 dengan penuh syukur dan optimisme, bersedia melangkah ke 2026 dengan semangat baharu, karya lebih mantap, dan impak yang lebih mendalam kepada masyarakat. Penonton dijemput menyertai perjalanan dakwah, hiburan, dan ilmu yang lebih luas pada tahun hadapan melalui pelbagai inisiatif stesen.
The post TV AlHijrah Menutup Tirai 2025 Dengan Lima Program Berimpak Tinggi appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/12/15/tv-alhijrah-menutup-tirai-2025-dengan-lima-program-berimpak-tinggi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aktiviti Program Kenangan Perjuangan Kaseh Tanah Air Bonda Pertiwi Dan Ambang 2026 Ppim 14 12 2025

Aktiviti Program Kenangan Perjuangan Kaseh Tanah Air Bonda Pertiwi Dan Ambang 2026 Ppim 14 12 2025

papar berkaitan - pada 16/12/2025 - jumlah : 166 hits
14 Disember 2025 Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi hadir ke Program Kenangan Perjuangan Kaseh Tanah Air Bonda Pertiwi dan Ambang 2026 anjuran Pertubuhan Perkasa Pejuang Malaysia bersama Sekretariat NGO bertempat di Kelab Golf Negara Sub...
Brazil999 Slot 10 2025 Top 34 By Annmarie

Brazil999 Slot 10 2025 Top 34 By Annmarie

papar berkaitan - pada 4/12/2025 - jumlah : 131 hits
Read Time 4 Minute 55 Second brazil999 brazil999 brazil999 brazil999 brazil999 slot brazil999 brazil999 Full HD brazil999 slot brazil999 SA Gaming Sexy Baccarat Dream Gaming Evolution Pretty Gaming brazil999 brazil999 brazil999 PG Slot Joke...
6 2025 Auto Top 70 By Adele Okc4

6 2025 Auto Top 70 By Adele Okc4

papar berkaitan - pada 4/12/2025 - jumlah : 180 hits
Read Time 5 Minute 17 Second PG Slot Joker Pragmatic Play PG Slot 1 okc4 okc4 300 50 okc4 RTP RTP RTP 96 10 1 okc4 24 JAN 2025 Adele Top 91 Happy 0 0 Sad 0 0 Excited 0 0 Sleepy 0 0 Angry 0 0 Surprise 0 0 The post appeared first on
Ufa8997 Top 31 By Jacqueline Ufa8997 200 200 Ufa89bet 23 February 2025

Ufa8997 Top 31 By Jacqueline Ufa8997 200 200 Ufa89bet 23 February 2025

papar berkaitan - pada 4/12/2025 - jumlah : 141 hits
Read Time 5 Minute 41 Second Ufa89bet ufa8997 ufa89 ufa8997 Ufa89bet Ufa89bet Ufa89bet Ufa89bet ufa89 1 Habanero 10 15 2 Jili Game 3 Funky Games UI Wild 4 Yggdrasil 5 Dragoon Soft ufa89 ufa8997 Ufa89bet ufa8997 ufa8997 28 25 Jacqueline Top ...
55 30 January 2025 55 Vip Top 17 By Shelia Bng55

55 30 January 2025 55 Vip Top 17 By Shelia Bng55

papar berkaitan - pada 4/12/2025 - jumlah : 179 hits
Read Time 5 Minute 41 Second 55 bng55 PG Slot Joker Pragmatic Play JILI SlotXO Red Tiger 5 10 3 5 bng55 55 True Wallet RTP bng55 PG Slot Pragmatic Play Joker JILI Red Tiger Pragmatic PG Joker PG Mahjong Ways 2 80 30 bng55 bng55 No 1 Bng55 b...
Skuad Harimau Malaya B 23 Senarai Akhir 23 Pemain Ke Sukan Sea 2025 Di Bangkok

Skuad Harimau Malaya B 23 Senarai Akhir 23 Pemain Ke Sukan Sea 2025 Di Bangkok

papar berkaitan - pada 4/12/2025 - jumlah : 242 hits
Senarai 23 Pemain Skuad Harimau Malaya B 23 untuk Sukan SEA 2025 di Bangkok Thailand Berikut adalah senarai akhir 23 pemain yang telah dipilih oleh ketua jurulatih skuad Harimau Malaya B 23 Nafuzi Zain untuk melaksanakan cabaran Malaysia da...
Smart Contact Lenses The Future Of Augmented Reality And Health Monitoring In 2025

Smart Contact Lenses The Future Of Augmented Reality And Health Monitoring In 2025

papar berkaitan - pada 5/12/2025 - jumlah : 221 hits
In 2025 wearable technology is taking a remarkable leap forward with companies now developing smart contact lenses that combine augmented reality and health sensor features in a truly compact form For example XPANCEO unveiled six advanced s...
Tahniah Graduan Ukm Konvokesyen Ke 53 2025

Tahniah Graduan Ukm Konvokesyen Ke 53 2025

papar berkaitan - pada 5/12/2025 - jumlah : 167 hits
Tempat bergambar latar belakang yang cantik sekali rekacipta Banner Biru yang segarKonvokesyen Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah 3 12 2025 hari Rabu sidang petang masuk dari Pintu B ke Dewan Canscelor Tun Abdul Razak UKM Bangi Selangor anak...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Hentian Rehat Rawat Seremban

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


The Roi Of A Coffee

Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Tantangan Ekonomi Unik China Analisis Masalah Dan Implikasinya

Setelah 2 Tahun

Trio Basikal Trek Negara Cipta Sejarah Rangkul Emas Dan Pecah Rekod Kebangsaan Di Sukan Sea 2025