Anwar Ketuai 222 Ahli Parlimen Angkat Sumpah


hmetro.com.my
BERNAMA
19/12/2022
ANWAR hadir pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen hari ini. FOTO Bernama
Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Tambun, mengetuai 222 anggota Dewan Rakyat mengangkat sumpah pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15 yang memulakan persidangan hari ini.

Upacara mengangkat sumpah itu diikuti kedua-dua Timbalan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (BN-Bagan Datuk) dan Datuk Seri Fadillah Yusof (GRS-Petra Jaya).

Ia kemudian diteruskan dengan barisan Jemaah Menteri, Timbalan Menteri, ahli Parlimen kerajaan, dan anggota Parlimen pembangkang.
AHMAD Zahid menandatangani watikah pelantikan selepas mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen hari ini. FOTO BernamaUniknya pada upacara itu, dua Menteri Besar dan seorang Ketua Menteri turut mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen iaitu Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari (PH-Gombak), Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin (PH-Port Dickson) dan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow (PH-Batu Kawan).

Persidangan Dewan Rakyat kali ini menjadi tumpuan selepas genap sebulan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) diadakan pada 19 November lalu, yang menyaksikan Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 dan penubuhan Kerajaan Perpaduan.

Sidang Dewan Rakyat itu diadakan bagi membentang dan meluluskan peruntukan khas atau bajet mini bagi tujuan membayar emolumen penjawat awam mulai Januari.

Selain itu, tumpuan sidang Parlimen juga terarah kepada pembentangan usul undi percaya bagi menentukan keabsahan pelantikan Anwar yang mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri pada 24 November.
ANWAR pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen hari ini. Ahmad Zahid (kiri). FOTO BernamaTerdahulu, bekas Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul telah dipilih sebagai Speaker Dewan Rakyat yang baharu selepas memperoleh undi sokongan tertinggi daripada Ahli-Ahli Dewan Rakyat.

Johari meraih 147 undian manakala Tan Sri Mohd Radzi Sheikh Ahmad yang dicalonkan oleh Perikatan Nasional, hanya memperoleh 74 undi.

Johari tidak bertanding pada PRU-15 sebaliknya digantikan anaknya, Dr Mohammed Taufiq, 26, yang memenangi kerusi berkenaan sekali gus menyaksikan dua beranak itu kini bergandingan di Dewan Rakyat.

PRU-15 pada November lalu yang disifatkan paling sengit pernah dihadapi negara, berakhir dengan situasi Parlimen tergantung apabila tiada parti mendapat majoriti mudah untuk membentuk Kerajaan Persekutuan baharu.

Pada pilihan raya itu, Pakatan Harapan (PH) memperoleh 82 kerusi, Perikatan Nasional (BN) (73), Barisan Nasional (BN) (30), Gabungan Parti Sarawak (GPS) (22), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) (enam) dan Warisan (tiga).

Kerajaan Perpaduan dibentuk hasil gabungan parti politik termasuk PH, BN, GRS, GPS, dan Warisan.

Dewan Rakyat akan bersidang selama dua hari hingga esok, manakala Dewan Negara pula akan bersidang selama sehari pada Rabu ini.
Disiarkan pada: Disember 19, 2022 @ 2:51pm

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/12/anwar-ketuai-222-ahli-parlimen-angkat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahli Parlimen Julau Larry Sng Kecewa Tiada Wakil Pbm Dilantik Dalam Kabinet Anwar

Ahli Parlimen Julau Larry Sng Kecewa Tiada Wakil Pbm Dilantik Dalam Kabinet Anwar

papar berkaitan - pada 10/12/2022 - jumlah : 193 hits
Ahli Parlimen Julau Larry Sng kecewa tiada wakil PBM dilantik dalam Kabinet AnwarPresiden Parti Bangsa Malaysia Larry Sng yang juga Ahli Parlimen Julau meluahkan rasa kecewanya di Facebook kerana tiada seorang pun wakil partinya dilantik da...
Empat Ahli Parlimen Di Sabah Keluar Bersatu Hilang Kelayakan Perlu Kosongkan Kerusi

Empat Ahli Parlimen Di Sabah Keluar Bersatu Hilang Kelayakan Perlu Kosongkan Kerusi

papar berkaitan - pada 11/12/2022 - jumlah : 190 hits
agendaily com11 12 2022Tindakan empat Ahli Parlimen Bersatu di Sabah yang mengikut langkah Datuk Seri Hajiji Noor keluar parti secara automatik juga hilang kelayakan sebagai wakil rakyat dan perlu mengosongkan kerusi yang dimenangi mereka p...
Kawasan Luar Bandar Perlu Akses Jagaan Kesihatan Lebih Baik Kata Ahli Parlimen

Kawasan Luar Bandar Perlu Akses Jagaan Kesihatan Lebih Baik Kata Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 11/12/2022 - jumlah : 296 hits
Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii berkata iltizam politik diperlukan untuk memastikan penjagaan kesihatan lebih baik bagi semua rakyat PETALING JAYA Kementerian Kesihatan perlu bekerjasama dengan agensi dan kementerian lain untuk m...
Anwar Bukti Keabsahannya Sebagai Pm10 Di Parlimen

Anwar Bukti Keabsahannya Sebagai Pm10 Di Parlimen

papar berkaitan - pada 20/12/2022 - jumlah : 119 hits
KUALA LUMPUR 19 Dis Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membuktikan keabsahannya sebagai Perdana Menteri ke 10 apabila Usul Undi Percaya terhadapnya diluluskan dengan lebih suara bersetuju pada hari pertama Persidangan Dewan Rakyat Parlimen k...
Kampung Forest Ahli Parlimen Sandakan Usaha Dapatkan Ppr Buat Mangsa

Kampung Forest Ahli Parlimen Sandakan Usaha Dapatkan Ppr Buat Mangsa

papar berkaitan - pada 26/12/2022 - jumlah : 173 hits
Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong Shir Yee akan berusaha mendapatkan rumah di Projek Perumahan Rakyat yang masih kosong di Sandakan bagi menempatkan mangsa mangsa tragedi Kampung Forest Vivian berkata pihaknya sedia maklum sebuah blok PPR ...
Dun Johor Cadangan Pembentukan Kaukus Diserah Kepada Ahli Parlimen

Dun Johor Cadangan Pembentukan Kaukus Diserah Kepada Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 12/12/2022 - jumlah : 143 hits
Dewan Undangan Negeri Johor menyerahkan kepada kebijaksanaan Ahli Parlimen dari Johor mengenai pembentukan kaukus yang dicadangkan pada Sidang DUN minggu lalu Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata sememangnya menjadi tanggungjaw...
Gaji Dan Elaun Ahli Parlimen Memang Melampau

Gaji Dan Elaun Ahli Parlimen Memang Melampau

papar berkaitan - pada 12/12/2022 - jumlah : 465 hits
BANYAK warganet mengulas apabila Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyentuh mengenai bebanan kewangan yang kerajaan terpaksa tanggung kerana pembayaran emolumen dan pencen kepada penjawat awam Antara komen warganet yang paling terba...
Sorotan Gaduh Kecoh Ahli Parlimen Hari Pertama Speaker Pening Apa Komen Anda

Sorotan Gaduh Kecoh Ahli Parlimen Hari Pertama Speaker Pening Apa Komen Anda

papar berkaitan - pada 20/12/2022 - jumlah : 180 hits
PENAFIAN TV Wau tidak bertanggungjawab sebarang komen dan respon balas penonton TV Wau berpendapat tidak menjadi kesalahan untuk penonton juga memberikan pandangan selepas menonton video ini selagi ianya tidak menyentuh sensitiviti dan tida...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding