Anwar Kesal Adun Pujut Hilang Kelayakan


Nizam Zain Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap kepada media selepas Persidangan Serantau Hidup Bersama Dalam Budaya Damai 2020 di Hotel Grand Bluewave, Shah Alam, Selangor. foto AFIQ RAZALI 
SHAH ALAM – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa kesal terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang melucutkan kelayakan Dr Ting Tiong Choon sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut, semalam.

Anwar berkata, bagaimanapun pimpinan Pakatan Harapan (PH) sedia menerima keputusan mahkamah itu dengan hati terbuka.

“Saya ada di mahkamah semalam dan dengar keputusan Mahkamah Persekutuan, mungkin saya kesal dengan keputusan itu, walaubagaimanapun kita terima (keputusan),” katanya kepada pemberita di Hotel Grand Blue Waves, di sini, hari ini.

Beliau mengulas keputusan Mahkamah Persekutuan semalam yang melucutkan kelayakan Dr Ting sebagai ADUN Pujut, Sarawak berhubung statusnya memiliki dua kewarganegaraan.

Ia membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan dalam keputusan majoriti 7-2, dan memetik Perkara 19 Perlembagaan Sarawak dan Perkara 72 Perlembagaan Persekutuan.

Perlembagaan Sarawak menetapkan bahawa DUN mempunyai kata putus dalam perkara seumpama itu dan prosiding DUN tidak boleh dipersoalkan di mana-mana mahkamah.

Dr Ting dilucutkan kelayakan sebagai ADUN pada 12 Mei 2017, kerana memiliki dua kewarganegaraan iaitu Australia dan Malaysia susulan usul dibentangkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Dagang Sarawak pada ketika itu Datuk Seri Wong Soon Koh.

Dalam pada itu, Anwar akan meminta ahli-ahli Parlimen PH untuk mengambil berat terhadap teguran yang dibuat oleh beberapa hakim di Mahkamah Persekutuan semasa prosiding semalam.

“Saya tertarik dengan pendirian dibuat oleh ketua hakim (Mahkamah Persekutuan) dan ketua hakim Sabah Sarawak yang memberikan pandangan berbeza golongan minoriti tapi hujah yang sangat kuat.

“Saya percaya Parlimen harus mengambil perhatian dan teguran itu untuk membawa beberapa pindaan yang selaras,” katanya,

Ditanya tentang desakan Pesuruhjaya Pas Sarawak, Jofri Jaraiee dan Naib Presiden Putra, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz agar kewarganegaraan Dr Ting dilucut, Anwar bagaimanapun berkata perkara itu tidak dibangkitkan oleh hakim.

“Itu tak dibangkitkan oleh hakim. Dia kena pilih mana satu, dia sudah pilih Malaysia, kita terima lah Malaysia,” katanya lagi. – MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/02/anwar-kesal-adun-pujut-hilang-kelayakan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adun Dap Hilang Kerusi Pujut

Adun Dap Hilang Kerusi Pujut

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 306 hits
Mahkamah Persekutuan hari ini membatalkan kelayakan Adun DAP Dr Ting Tiong Choon telah sebagai wakil rakyat Pujut Menurut akhbar Borneo Post dalam penghakiman majoriti 7 berbanding dua mahkamah itu mengketepikan keputusan Mahkamah Rayuan da...
Adun Dap Pujut Dilucut Milik 2 Kerakyatan Khianat

Adun Dap Pujut Dilucut Milik 2 Kerakyatan Khianat

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 313 hits
Keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi Kuching yang mengembalikan semula Dr Ting sebagai ADUN Pujut diketepikan dalam keputusan majoriti tujuh dua Gambar fail Foto FacebookTerlucut dengan keputusan 7 2 ADUN Pujut Dr Ting Tiong Choon ...
Mahkamah Batal Kelayakan Adun Dap Kerana Isu Kerakyatan Dua Negara Suara Tv

Mahkamah Batal Kelayakan Adun Dap Kerana Isu Kerakyatan Dua Negara Suara Tv

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 429 hits
Mahkamah Persekutuan hari ini membatalkan kelayakan Adun DAP Dr Ting Tiong Choon sebagai wakil rakyat kawasan DUN Pujut di Sarawak Menurut akhbar Borneo Post dalam penghakiman majoriti 7 berbanding dua mahkamah itu mengketepikan keputusan M...
Lokman Nor Adam Hilang Kelayakan Sebagai Ahli Mkt Umno

Lokman Nor Adam Hilang Kelayakan Sebagai Ahli Mkt Umno

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 691 hits
SHAH ALAM Datuk Lokman Noor Adam yang dipecat sebagai ahli UMNO sekali gus hilang kelayakan sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi parti itu Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata Lokman tidak memahami Perlembagaan UMNO terutama mel...
Lucut Kerakyatan Bekas Adun Dap Pujut

Lucut Kerakyatan Bekas Adun Dap Pujut

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 195 hits
JOFRI JARAIEEPengajaran miliki dua kewarganegaraan PAS Sarawak tanpa prejudis menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan di mana badan perundangan negeri Sarawak mempunyai kuasa untuk menyingkirkan Dr Ting Tiong Choon sebagai ADUN Pujut Kep...
Dun Sarawak Memang Berhak Lucut Kelayakan Dr Ting Sebagai Adun

Dun Sarawak Memang Berhak Lucut Kelayakan Dr Ting Sebagai Adun

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 290 hits
MAHKAMAH Persekutuan hari ini memutuskan bahawa Dewan Undangan Negeri Sarawak membuat keputusan betul dalam melucutkan kelayakan Dr Ting Tiong Choon sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Pujut berhubung statusnya memiliki dua kewarganegaraan I...
Basque Burnt Cheesecake Sekali Adun Terus Menjadi Mengikut Citarasa Sendiri

Basque Burnt Cheesecake Sekali Adun Terus Menjadi Mengikut Citarasa Sendiri

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 518 hits
assalamualaikum salam sejahtera amat happy pagi ni amat indah pagi ni sebab sarapan cheesecake ha ha ha ha bukan calang calang cheesecake tau cheesecake buatan sendiri rasanya sedap sgt tercapailah KPI tekak sendiri saya kan peminat cheesec...
Kerajaan Kesal Sajad Bertelekung Di Tanah Suci Mujahid

Kerajaan Kesal Sajad Bertelekung Di Tanah Suci Mujahid

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 489 hits
PUTRAJAYA Kerajaan kesal dengan tindakan ahli perniagaan kontroversi Muhammad Sajad Kamaruzaman dan rakan rakan yang bertelekung serta menjalani ibadah umrah seperti wanita Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berk...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang

Buffet Ramadan 2025 Laman Tradisi Di World Trade Centre Kuala Lumpur

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye

Wanita Berhati Angkasa Buku Motivasi Untuk Wanita Dan Inspirasi Untuk Suri Rumah

Cara Cuci Kerang