Anwar Kata Tun M Perlu Perjelas Lebih Lanjut Isu Lantik Latheefa


ISMA WEB Manifesto PH tidak dipatuhi, dilihat lantikan politik: Presiden PKR
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Tun Dr Mahathir Mohamad memberi penjelasan lanjut berhubung pelantikan Latheefa Beebi Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

PERMATANG PAUH – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpendapat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed perlu memperjelaskan pelantikan Latheefa Beebi Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), baru-baru ini.
Anwar berkata, keputusan untuk melantik Latheefa itu dibuat oleh Tun Mahathir dan beliau juga tidak dimaklumkan mengenai pelantikan itu sehingga pengumuman dibuat.
Katanya, terdapat beberapa isu, seperti Kabinet tidak dimaklumkan, pelantikan tidak selaras dengan Akta SPRM dan soal pelantikan tidak selari dengan janji dalam Manifesto Pakatan Harapan, yang perlu dijelaskan.
“Sudah tentu satu penjelasan diperlukan, kerana perkara ini adalah apa yang kita janjikan, tapi kita perlu melalui forum yang teratur (untuk penjelasan), seperti (mesyuarat) Kabinet atau Majlis Kepimpinan Pakatan, jika kita mahu dapatkan penjelasan yang sebenar.
“Manifesto tidak dipatuhi, dan nampak seperti lantikan politik… saya rasa perlu penjelasan diberikan kepada orang ramai berhubung isu itu, mengapa manifesto tidak diberi perhatian, tidak dihormati, walaupun saya rasa Latheefa mempunyai kelayakan yang diperlukan untuk kedudukan itu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Jamuan Hari Raya Perdana di Masjid Kubang Semang, di sini, semalam.
Bernama melaporkan, Anwar yang juga Anggota Parlimen Port Dickson bersetuju untuk memberikan masa dan ruang buat Perdana Menteri untuk memberikan penjelasan mengenai pelantikan itu mengikut platform yang sepatutnya.
“Bagaimanapun tanggungjawab kita adalah untuk memastikan keberkesanan pentadbiran kerajaan, kerana kita telah diberikan komitmen bagi menyokong pentadbiran kerajaan di bawah kepimpinan Tun Mahathir,” katanya.
“Kita akan memastikan SPRM kekal bebas, dan mereka yang diberikan tanggungjawab itu dilihat sangat profesional dan tidak akan diseret dalam kancah politik dan berpuak, ini adalah kebimbangan yang disuarakan,” katanya.
Katanya, PM telah lantik, tetapi beberapa soal harus diperjelaskan seperti soal manifesto dan proses pelantikan itu boleh dibincang secara baik dalam ruang yang ada dalam PH, malah dalam kabinet sendiri.
Sementara itu, Anwar berkata, perletakkan jawatan Latheefa sebagai Anggota PKR telah diterima oleh parti dan perkara itu tidak menimbul sebarang isu.
Latheefa dilantik sebagai KP SPRM yang baharu berkuat kuasa 1 Jun lalu, menggantikan Datuk Seri Mohd Shukri Abdull yang memilih untuk memendekkan kontrak perkhidmatan beliau.
Pada hari raya lalu, Dr Mahathir yang mengesahkan pelantikan Latheefa Koya tidak dimaklumkan kepada Kabinet.
Katanya, sudah menjadi amalan biasa beliau sejak dahulu lagi untuk membuat keputusan tanpa perlu mendapatkan persetujuan jemaah Menteri.
“Dia sangat tegas. Dia bercakap benar. Dia tidak putar belit apa yang dia cakap. Jadi kita perlukan seseorang yang mempunyai karakter yang tegas.
“Saya tidak bincang dengan Kabinet. Biasanya saya buat keputusan saya sendiri sebab saya tak perlu tanya Kabinet berkenaan keputusan yang saya sendiri luluskan,” katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/06/anwar-kata-tun-m-perlu-perjelas-lebih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Lantik Latheefa Setelah Lama Berdiam Diri Anwar Akhirnya Membuat Pendirian Ini

Isu Lantik Latheefa Setelah Lama Berdiam Diri Anwar Akhirnya Membuat Pendirian Ini

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 399 hits
KUALA LUMPUR Semua pihak diminta supaya menerima keputusan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan memberi ruang kepada Latheefa Koya melaksanakan tugas dengan tegas serta berkesan Isu lantik Latheefa Setelah lama berdiam diri Anwar akh...
Anwar Jumpa Pm Bincang Isu Latheefa

Anwar Jumpa Pm Bincang Isu Latheefa

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 423 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim memberitahu beliau telah bertemu Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad selama kira kira 30 minit hari ini Menurut Anwar beliau menjelaskan kepada perdana menteri konteks persoalannya mengenai bagaimana Latheefa Koya...
Anwar Jumpa Dr M Bincang Isu Pelantikan Latheefa

Anwar Jumpa Dr M Bincang Isu Pelantikan Latheefa

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 496 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim menerusi sosial media miliknya hari ini memberitahu beliau telah bertemu Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkenaan isu pelantikan Latheefa Koya sebagai ketua pesuruhjaya baru SPRM Dalam pertemuan yang berlangs...
Pelantikan Latheefa Beri Isyarat Pertembungan Pasukan Tun M Dan Anwar Wiranita Putra

Pelantikan Latheefa Beri Isyarat Pertembungan Pasukan Tun M Dan Anwar Wiranita Putra

papar berkaitan - pada 5/6/2019 - jumlah : 426 hits
Wiranita Parti Bumiputera Perkasa Malaysia mendakwa pelantikan Latheefa Koya sebagai sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia merupakan satu lagi isyarat pertembungan pasukan Tun Dr Mahathir Mohamad dan pasukan Datuk...
Lantik Latheefa Tanpa Restu Ph Bukti Tun M Bersikap Kuku Besi

Lantik Latheefa Tanpa Restu Ph Bukti Tun M Bersikap Kuku Besi

papar berkaitan - pada 9/6/2019 - jumlah : 406 hits
Datuk Mohd Razlan Rafii KUALA LUMPUR Pelantikan Latheefa Koya untuk menerajui Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia tanpa mendapat restu daripada Majlis Presiden Pakatan Harapan membuktikan Tun Dr Mahathir Mohamad cuba mengulangi sikap kuku...
Pm Tepis Dakwaan Lantik Latheefa Untuk Sasarkan Anwar

Pm Tepis Dakwaan Lantik Latheefa Untuk Sasarkan Anwar

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 342 hits
Diterbitkan Hari ini 6 15 petangPerdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menyangkal dakwaan bahawa pelantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia adalah untuk mensasarkan Presiden PKR Anwar Ibrahim Mere...
Anwar Bertemu Tun M Bincang Isu Amerika Iran

Anwar Bertemu Tun M Bincang Isu Amerika Iran

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 361 hits
foto sumber internetPresiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya untuk berbincang mengenai beberapa isu mendesak dalam dan luar negara Bertemu Tun Dr Mahathi...
Tun M Bincang Dengan Siapa Sebelum Lantik Latheefa

Tun M Bincang Dengan Siapa Sebelum Lantik Latheefa

papar berkaitan - pada 6/6/2019 - jumlah : 773 hits
Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad mengesahkan perlantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM adalah merupakan pilihannya Beliau juga mengakui tidak berbincang dengan kabinet berhubung perlantikan itu Saya tidak bincang dengan k...
Ha Ha Ha Tiba Tiba Ada Line Jalan Di Lokasi Pelajar Upsi Maut

Tng E Wallet The Quiet Enabler Behind Malaysia S Favorite Slot Routines

Adik Dah Pergi Tapi Nama Tetap Disebut Luahan Abang Meruntun Jiwa

Realme P3 Ultra Akan Tiba Di Malaysia 16 Jun Ini

From Startup To Unicorn Status

Waspada Taktik Penipuan Jualan Anak Pokok Buah Ceri Dan Tembikai Yang Menyalahgunakan Nama Serta Logo Mardi

Kurung 3 Lelaki Dalam Pangsapuri Empat Penjaga Ditahan

Hells Bells The Mysterious Bell Shaped Speleothems In Cenotes


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Daia 3 Dalam 1 Softergent Lavender Pilihan Neelofa

Maggi Pes Perapan Air Fryer

Back To School Just Got A Banana Powered Boost

Jn 1 Covid 19 Subvariant Poses No Significant Health Threat Says Ministry

Immigration English Site Says No Travel Block Bm Says Otherwise Fahmi

Is Tiktok A Disruption Or Marks A New Era Of Learning