Anwar Jangka Jadi Pm Tidak Sampai 2 Tahun Lagi



(Bloomberg) – Datuk Seri Anwar Ibrahim menjangkakan beliau mengambil alih jawatan perdana menteri kurang dari 2 tahun lagi tetapi mahu memberi masa cukup kepada Tun Dr Mahathir Mohamad mentadbir secara berkesan.
“Tentunya bukan 5 tahun kerana beliau telah nyatakan dengan jelas ia tidak akan melebihi 2 tahun,” kata presiden PKR itu dalam temu ramah dengan Telivisyen Bloomberg di New York, semalam.
“Tetapi, adalah penting membenarkan beliau mentadbir secara berkesan kerana kami dalam keadaan rumit dan mencabar,” katanya.
Dr Mahathir telah berjanji ketika kempen pilihan raya umum ke-14 (PRU14) lalu, beliau akan menyerahkan jawatan nombor satu itu kepada Anwar sebaik sahaja Anwar mendapat keampunan.
Keampunan tersebut diberi hanya seminggu selepas Pakatan Harapan (PH) membuat kejutan, memenangi PRU14 pada 9 Mei.
Dr Mahathir yang berusia 93 tahun itu menangguhkan kepada 2 tahun. Anwar menerimanya, dengan mengatakan beliau ingin menjelajah dan meluangkan masa dengan keluarga selepas lebih 3 tahun dalam penjara.
Kemenangan PH telah mewujudkan kesatuan dalam kalangan rakyat yang memberikan peluang kepada Dr Mahathir memerangi rasuah dan skandal 1MDB.
Kemunculan Dr Mahathir bersama Anwar di khalayak menamatkan permusuhan yang bertahun-tahun antara keduanya.
Dr Mahathir memecat Anwar sebagai timbalannya pada 1998 akibat pertikaian mengenai bagaimana berhadapan dengan krisis kewangan Asia.
Anwar kemudian dipenjarakan kerana liwat dan menyalah guna kuasa, yang beliau nafikan. Beliau kemudian dikenakan penjara sekali lagi kerana liwat.
Anwar mengatakan pertuduhan-pertuduhan terhadapnya itu bermotif politik.
Anwar mempamerkan tanda-tanda tidak sabar. Walaupun beliau berkata akan menjauhkan diri daripada politik selama setahun, beliau kembali berkempen untuk kerusi Parlimen hanya 5 bulan selepas dibebaskan dari penjara.
Beliau kemudian diberi tempat dalam lingkungan teratas majlis tertinggi PH, walaupun tidak memegang jawatan Kabinet. Beliau juga menjadi pengerusi badan reformasi dan pentadbiran peringkat Parlimen.
Mengenai skandal 1MDB, Anwar berkata Malaysia “tidak akan kompromi” dengan perbincangan dengan Goldman Sachs Group Inc dan bank tersebut “mesti ambil tanggungjawab”.
Negara ini mempunyai tanggungjawab untuk mendedahkan sebarang jenayah yang mungkin dilakukan bank tersebut, kata Anwar.
Katanya, beliau tidak pasti Malaysia boleh dapat AS$7.5 bilion dari Goldman sebagai pampasan daripada skandal tersebut. Malaysia fail pertuduhan jenayah terhadap bank itu Disember lalu.
Unit-unit bank itu dituduh membuat kenyataan palsu dalam dokumen yang diserahkan kepada penyelaras tempatan dalam membuat tawaran bon AS$6.5 bilion untuk 1MDB.
Pegawai Goldman berkata, bank itu mengumpulkan wang untuk 1MDB tanpa mengetahui ia akan diselewengkan dan ia bekerjasama dengan pihak berkuasa.
Anwar berkata tidak mungkin personaliti di peringkat tinggi Goldman Sachs tidak menyedarinya.
Menurutnya, Malaysia kini mempunyai perlindungan cukup ke atas sektor bank tetapi mengingatkan tentang sebarang sikap selesa.
“Macam mana ketat pun perlindungan, jika anda mempunyai orang jahat mengendalikan sistem tersebut, mereka masih boleh menyeleweng,” katanya.
Bulan lepas, Menteri Kewangan Lim Guan Eng memberitahu pemberita, Malaysia mungkin menimbangkan perbincangan untuk menggugurkan pertuduhan sekiranya Goldman Sachs membayar pampasan.
Tuduhan terhadap Goldman difailkan oleh Peguam Negara Tommy Thomas selaku pendakwa tertinggi di negara ini dan menteri kewangan tidak diberi kuasa secara rasmi untuk membuat keputusan mengenai pertuduhan jenayah.
Goldman berkata, ia akan menunda pemberian tunai jangka panjang yang diberikan Januarti 2011 kepada 3 eksekutif yang sudah bersara sehingga mendapat lebih banyak maklumat mengenai 1MDB.
Bekas pegawai kanan bank itu, Tim Leissner, telah mengaku salah ke atas beberapa tuduhan, termasuk berkonspirasi untuk memindahkan wang haram, sementara seorang lagi kakitangannya, Roger Ng, berada dalam tahanan di Malaysia, memandangkan dia menghadapi ekstradisi ke Amerika Syarikat bagi berhadapan dengan pertuduhan-pertuduhan berkaitan.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/02/14/anwar-jangka-jadi-pm-tidak-sampai-2-tahun-lagi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun M Anwar Menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina

Tun M Anwar Menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 402 hits
Foto oleh BernamaKUALA LUMPUR Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina yang diadakan di Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia di sini Beliau yang tiba kira kira puku...
Begini Penampakan 230 Emoji Baru Di Tahun 2019 Orangutan Yang Asli Indonesia Pun Kini Ada Emojinya

Begini Penampakan 230 Emoji Baru Di Tahun 2019 Orangutan Yang Asli Indonesia Pun Kini Ada Emojinya

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 438 hits
Tiap tahun memang bakal ada emoji baru yang diperkenalkan Kamu pun bisa lo mengusulkan emoji tahun depan baca deh caranya
Memey Syukur 6 Tahun Susu Sentiasa Ada Rahsianya Doa Dan Tak Pernah Diet Makan

Memey Syukur 6 Tahun Susu Sentiasa Ada Rahsianya Doa Dan Tak Pernah Diet Makan

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 403 hits
Kagum dengan semangat Memey Suhaiza yang sehingga kini begitu bersungguh sungguh untuk memberi susu secara ekslusif kepada si comelnya Mikayla Apa yang membanggakan isteri Norman Hakim ini Memey mengakui sejak enam tahun lalu susunya sentia...
Foodpanda Mengurangkan Caj Penghantaran Makanan Sempena Tahun Baru Cina

Foodpanda Mengurangkan Caj Penghantaran Makanan Sempena Tahun Baru Cina

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 310 hits
Masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada pembaca Amanz Ketika musim perayaan ini mungkin adalah sedikit sukar mencari tempat makanan yang dibuka atau anda memilih untuk duduk sahaja di rumah Sempena musim peray...
Vivo Optimis Tahun 2019 Tetap Masuk Top 5 Smartphone Di Indonesia

Vivo Optimis Tahun 2019 Tetap Masuk Top 5 Smartphone Di Indonesia

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 285 hits
Persaingan di pasar smartphone baik di tingkat global atau di Indonesia semakin menantang meski demikian Vivo optimis bisa terus masuk di Top 5 Smartphone pada tahun 2019
Di Usia 44 Tahun Selepas 10 Tahun Kahwin Baru Dapat Peluk Anak Sendiri Eryna Hadiah Paling Bermakna

Di Usia 44 Tahun Selepas 10 Tahun Kahwin Baru Dapat Peluk Anak Sendiri Eryna Hadiah Paling Bermakna

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 452 hits
Siapa sangka jika Allah nak bagi rezeki anak rezeki itu akan dapat juga Sama ada cepat atau lambat sahaja Cuma jangan pernah berputus harap dan berusahalah selagi mampu Bagi seorang ibu ini yang mahu dikenali sebagai Ummi Aina dianugerahkan...
Cara Tingkatkan Trafik Blog Tahun 2019

Cara Tingkatkan Trafik Blog Tahun 2019

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 338 hits
Topik ini antara carian tertinggi Bagi blogger baru yang ingin menjana pendapatan melalui blog sudah tentu masih mencari formula untuk meningkatkan pengunjung ke blog anda 1 tip untuk meningkatkan jumlah pengunjung ke blog antaranya 1 Postk...
Disergap Saat Terima 5 Kg Sabu Rizal Dihukum 15 Tahun Penjara

Disergap Saat Terima 5 Kg Sabu Rizal Dihukum 15 Tahun Penjara

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 239 hits
Muhammad Rizal tak banyak bereaksi saat majelis hakim menjatuhinya hukuman 15 tahun penjara Dia dihukum karena terbukti bersalah menjadi perantara peredaran narkotika
Steam Menawarkan Kupon Diskaun Rm10 Bersempena Dengan Jualan Tahun Baru Cina

Steam Menawarkan Kupon Diskaun Rm10 Bersempena Dengan Jualan Tahun Baru Cina

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 347 hits
15 Kongsikan Bersempena dengan perayaan Tahun Baru Cina Steam menawarkan kupon diskaun sebanyak RM10 untuk setiap pembelian pertama berjumlah RM60 Diskaun ini hanya boleh diberi untuk pembelian kepada diri anda sendiri Dalam masa yang sama ...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Rombakan Exco Perlis Dua Adun Digugurkan Tapi Kuota Bersatu Kekal

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Lirik Lagu Rahsia Tuhan Noh Salleh

Cara Mudah Tanam Daun Selom

Mulia Dengan Al Qur An

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Upiak Feat Beby Acha Lato Lato Chord

Worldcoin Dan Ai