Anwar Ibrahim Dedahkan Salah Guna Kuasa Kerajaan Ph 1 0



Anwar Ibrahim Dedahkan Salah Guna Kuasa Kerajaan PH 1.0  
Akhirnya perdana menteri, Anwar Ibrahim mengakui, kerajaan Pakatan Harapan 1.0 tidak mengamalkan pengasingan kuasa semasa pentadbiran mereka.
Menurut Anwar Ibrahim, semasa pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan 1.0, mereka telah memanipulasi Jabatan Peguam Negara untuk melunaskan dendam kepada musuh politik.

Beliau menyifatkan terdapat pendakwaan dalam beberapa kes yang dilakukan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 sebagai cacat, memandangkan ia dibuat secara terburu-buru.
Anwar Ibrahim juga menyifatkan dalam tempoh itu pendakwaan dibuat penuh racun dan permusuhan.
Sebelum ini Anwar Ibrahim secara konsisten mengatakan beliau tidak mencampuri urusan mahkamah apabila pemimpin UMNO dibebaskan dari pendakwaan.
Tetapi ketika beliau ditanya mengenai pembebasan DS Rosmah dari pertuduhan pengubahan wang haram, beliau akhirnya mengakui kepincangan di era kerajaan Pakatan Harapan 1.0.
Apakah Pertuduhan Ke Atas DS Najib Juga Merupakan Pertuduhan Berasaskan Dendam? Timbul persoalan kepada kita, apakah kepincangan pendakwaan itu hanya berlaku di dalam kes DS Rosmah sahaja?
Apakah ianya tidak berlaku ke atas kes-kes yang dihadapi oleh mantan perdana menteri, DS Najib?
Mahkamah telah membebaskan DS Najib dari pertuduhan kes IPIC.
Mahkamah juga telah membebaskan DS Najib dari pertuduhan meminda laporan audit 1MDB.
Tidak dapat dinafikan, sepanjang perbicaraan kes SRC, terdapat pelbagai persoalan yang masih belum terjawab.
Manakala dalam kes 1MDB pula, DS Najib dilihat sudah dikambing hitamkan oleh satu konspirasi peringkat atasan yang melibatkan campurtangan dari negara kuasa besar dunia.
Mungkin ada yang ketawa apabila dalam keterangan mahkamah, DS Najib mendedahkan perkara tersebut.
Bagi mereka, siapa DS Najib hingga kuasa besar dunia mahu berkonspirasi untuk menjatuhkan beliau?
Pengajaran Dari Peristiwa Arab Spring Tetapi, jangan lupa dengan apa yang sudah berlaku kepada negara Arab selepas Arab Spring.
Bukankah keadaan politik yang tidak stabil di negara Arab selepas Arab Spring juga telah berlaku di negara kita?
Mereka mahu supaya Arab Spring merebak ke Asia Tenggara supaya lebih banyak negara dapat mereka kuasai.
Derma dari kerajaan Arab Saudi adalah untuk membantu DS Najib mengelakkan dari Arab Spring merebak ke Asia Tenggara.
Dan derma ini dianggap oleh negara tersebut sebagai penentangan terhadap agenda tersebut.
Bagi mereka, dengan apa cara sekali pun, DS Najib mesti dijatuhkan kerana bersekutu dengan penentang mereka.
Apa yang mereka dapat?
Negara akan bergantung sepenuhnya kepada bantuan negara tersebut untuk stabilkan politik dan bangunkan semula ekonomi.
Kita akan dijajah dari sudut politik dan ekonomi.
Pemimpin negara akan ditentukan oleh mereka dan aktiviti ekonomi mestilah mengikut telunjuk mereka walau pun ianya akan menindas rakyat.
Itulah akibat dari perbuatan ahli politik yang rakus untuk berkuasa.
Sanggup menjual negara dan rakyat demi memenuhi kerakusan dan agenda politik peribadi.
Perlembagaan dan undang-undang negara digadaikan, yang penting agenda politik tercapai.
Rakyat yang tertipu dengan permainan konspirasi mereka akan bersorak melihat kejatuhan pemimpin yang dizalimi.
Tanpa menyedari masa hadapan yang hitam sedang menunggu.
Itulah yang sudah berlaku selepas kejatuhan DS Najib.
Lebih pelik, sehingga sekarang, masih ada yang membutakan mata dan memekakkan telinga.
Alasan mereka, keadilan sudah bersuara dan hukuman sudah dijatuhkan.
Tetapi apakah keadilan itu benar-benar adil dan hukuman itu benar-benar layak untuk diberikan?
Amaran Allah Dan RasulNya Terhadap Orang Yang Zalim Serta Yang Menyokong Kezaliman Doa orang yang dizalimi tidak ada hijab dan akan diangkat terus ke langit.
Firman Allah SWT:
وَلا تَركَنوا إِلَى الَّذينَ ظَلَموا فَتَمَسَّكُمُ النّارُ وَما لَكُم مِّن دونِ اللَّهِ مِن أَولِياءَ ثُمَّ لا تُنصَرونَ
Mafhumnya:
“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu.
Sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.” – Surah Hud : 113
Sabda Rasulullah SAW:
اتَّقِ دَعْوَةَ الْمَظْلُومِ، فَإِنَّهَا لَيْسَ بَيْنَهَا وَبَيْنَ اللَّهِ حِجَابٌ
Mafhumnya:
“Takutlah terhadap doa orang yang dizalimi, sesungguhnya tiada penghalang antara doa itu dengan Allah SWT.” – Riwayat al-Bukhari (2448)
Bertaubatlah, kerana selagi nyawa belum sampai ke kerongkong, pintu taubat masih terbuka.
 
Anwar Ibrahim Dedahkan Salah Guna Kuasa Kerajaan PH 1.0  
Di Syorkan Untuk Anda: Jihad Membela Fitnah PAS Politik Sabah Semakin Panas, Rakyat Sudah Turun Ke Jalanraya, Apa Solusinya? RCI Pulau Batu Puteh: Siapa Sebenarnya Yang Menipu?  
Temui Kami: My TV Online Telegram Twitter Facebook Youtube Tiktok The post Anwar Ibrahim Dedahkan Salah Guna Kuasa Kerajaan PH 1.0 appeared first on My TV ONLINE.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://my-tv.online/2024/12/30/anwar-ibrahim-dedahkan-salah-guna-kuasa-kerajaan-ph-1-0/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemukiman Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan Tidak Lama Lagi Pm Anwar

Pemukiman Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan Tidak Lama Lagi Pm Anwar

papar berkaitan - pada 3/1/2025 - jumlah : 202 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2025 dalam perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya Foto Facebook Anwar IbrahimPUTRAJAYA 3 Jan Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Jemaah Menter...
Kerajaan Madani Boleh Menang Jika Pru Diadakan Sekarang Pm Anwar

Kerajaan Madani Boleh Menang Jika Pru Diadakan Sekarang Pm Anwar

papar berkaitan - pada 21/12/2024 - jumlah : 290 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab soalan berkaitan kerajaan dan isu semasa dalam sidang media yang diadakan di Subang Jaya pada Sabtu Foto BernamaSUBANG JAYA 21 Dis Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan keyakinan Kerajaan MAD...
Pegawai Kerajaan Nak Apa Lagi Ini Data Melayu Tak Hilang Pun Kuasa

Pegawai Kerajaan Nak Apa Lagi Ini Data Melayu Tak Hilang Pun Kuasa

papar berkaitan - pada 26/12/2024 - jumlah : 124 hits
Semoga penjawat awam khasnya bangsa Melayu tau bersyukur dan bantu tuk memperkasakan pentadbiran Kerajaan PH Jika semak komen ahli dalam mana2 page penjawat awam pesara kerajaan dan pesara tentera lebih ramai kutuk dari sokong
Tak Mustahil Rating Penerimaan Pm Anwar Kerajaan Madani Terus Meningkat Abul Jais

Tak Mustahil Rating Penerimaan Pm Anwar Kerajaan Madani Terus Meningkat Abul Jais

papar berkaitan - pada 25/12/2024 - jumlah : 263 hits
Pemimpin KEADILAN Perak Abul Jais Ashfaq Ahmed menyeru seluruh rakyat terus berganding bahu menyampaikan maklumat dan penerangan berkaitan usaha dan ikhtiar kerajaan meningkatkan taraf hidup mereka Foto Abul JaisIPOH 25 Dis Tidak mustahil r...
Yab Dato Seri Anwar Ibrahim Akan Merasmikan Forum Ekonomi Malaysia Pada 9 Januri

Yab Dato Seri Anwar Ibrahim Akan Merasmikan Forum Ekonomi Malaysia Pada 9 Januri

papar berkaitan - pada 26/12/2024 - jumlah : 193 hits
Rafizi RamliYAB Dato Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ucaptama pada Forum Ekonomi Malaysia 2025 yang akan diadakan pada 9 Januari 2025 Pelbagai topik utama akan dibincangkan termasuklah inovasi dan teknologi peluang pelaburan di Malaysi...
Rating Penerimaan Pm Anwar Naik 4 Peratus Kerajaan Perpaduan 5 Peratus

Rating Penerimaan Pm Anwar Naik 4 Peratus Kerajaan Perpaduan 5 Peratus

papar berkaitan - pada 23/12/2024 - jumlah : 168 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menerima darjah kebesaran tertinggi Kelantan daripada Sultan Muhammad V pada 1 Oktober lalu Foto Facebook Anwar IbrahimKUALA LUMPUR 23 Dis Rating penerimaan terhadap pentadbiran tahun kedua Pe...
Premier Sarawak Keluar Kenyataan Kedudukan Ds Anwar Ibrahim Sebagai Perd

Premier Sarawak Keluar Kenyataan Kedudukan Ds Anwar Ibrahim Sebagai Perd

papar berkaitan - pada 6/1/2025 - jumlah : 127 hits
Premier Sarawak Abang Johari Openg sekali lagi menyeru agar Anwar Ibrahim diberikan peluang untuk menghabiskan tempoh lima tahun sebagai perdana menteri Pengerusi Gabungan Parti Sarawak itu berkata terdapat pihak tertentu yang sibuk bercaka...
Draf Pisahkan Kuasa Ag Pendakwaraya Dijangka Siap Tahun Depan Pm Anwar

Draf Pisahkan Kuasa Ag Pendakwaraya Dijangka Siap Tahun Depan Pm Anwar

papar berkaitan - pada 22/12/2024 - jumlah : 216 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab soalan berkaitan kerajaan dan isu semasa dalam sidang media yang diadakan di Subang Jaya pada Sabtu Foto Facebook Anwar IbrahimSUBANG JAYA 22 Dis Cadangan pemisahan kuasa antara Peguam Negar...
4 Golongan Manusia Haram Disentuh Api Neraka

Teguran Bulan Ramadhan Buat Dj Era

Kakcik Yah Biodata Nenek 75 Tahun Jadi Content Creator Popular

When Politicians Choose Ego Over People

Lirik Lagu Qunut Subuh Bazli Unic

Lirik Lagu Teman Raya Oleh Alieff Irfan Ft Bellestrelle

Ujian Sumatif 1 2025 Sekolah Rendah Bagi Tahun 1 Hingga 6

The Case Against European Rearmament


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


456 200 5 000 Hongkong456 Pgslot Top 2 By Lino Hongkong456 Co 8 Feb 2568

894 Reports Lodged Against Zamri Cops Await Agc S Orders

Fuel Price Update Ron97 At Rm3 28 Diesel In Peninsula Drops 7 Sen To Rm3 06 Per Litre

Netizens Think Bidaah S Feet Kissing And Water Drinking Scene Is Too Much

Failed Startups To Success

Me Time Sempena Women S Day