Anwar Ibrahim Boleh Bersemangat Tapi Ta




SOALAN: Bagaimana untuk mendidik rakyat agar berpolitik matang dan beradab agar tidak menjadi penyokong yang hentam kromo?
 
Ini satu cabaran, kerana jika kita dasarnya agama atau Islam, kita harus perkasa akhlak.
 
Pertama, kita boleh bersetuju atau berbeda pendapat tetapi cerca, maki hamun, fitnah orang , itu tidak dibolehkan.
 
Kedua, kita juga mesti pertahankan budaya ilmu. Maknanya, kita sokong itu apa sebabnya? Kita tak bersetuju apa alasannya? Ini kerana kalau kita sokong itu tanpa alasan, kerana upah beberapa ribu ringgit, ataupun upah jawatan. Ini bermakna sokongan kita itu tidak ada prinsip akhlak.
 
Maka oleh demikian kita harus jelaskan isu ini dan maju terus.
 
Saya tahu kerana kalau lihat dalam komen netizen itu, ada yang kadang-kadang biadab, kasar, lucah. Saya tidak peduli kerana kita ada tanggungjawab masing-masing.
 
Dalam sejarah umat manusia, kata para Rasul a.s. semuanya harus dilalui cercaan manusia. Kita lihat sejarah bukan Islam pun. Kita tengok sejarah Konfucius, hidupnya hidup penuh derita terpaksa merayau dari satu daerah ke satu daerah dicaci, dihina berdepan dengan si jahil murakkab dan juga raja-raja yang zalim.
 
Jadi ini menjadi pengajaran bagi kita. Dan kita perlu anak-anak muda faham terutamanya yang dahagakan ilmu.
 
Jangan jadi umpamanya, dalam beberapa rencana saya lihat, dia terbawa-bawa dalam isu politik padahal membaca pun kurang, kefahaman pun kurang dan fakta pun tak betul.
 
Jadi kita boleh bersemangat tapi tak perlu mencerca.
 
*Anwar Ibrahim 14 Oktober 2020*
*I S L A H M E D I A*


-----------------------------------------


Berikut sebahagian tulisan Rostam A Rahman dan juga ilustrasi Cikgu Anwar Yayasan Anda itu dari FBnya:


*TURUN DEMI DEMOKRASI: SEBUAH KELAS TAMBAHAN DARIPADA CIKGU ANWAR YAYASAN ANDA, JALAN PANTAI BARU KL.*


Dalam satu ironi politik yang lebih halus daripada rempah briyani Hameediyah Penang, Perdana Menteri Malaysia ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim,  atau PMX kepada yang gemar akronim pop, sekali lagi membuktikan bahawa politik Madani bukan sekadar retorik tetapi sebuah silibus sambungan Yayasan Anda. Ya, pada 26 Julai ini, beliau tidak hanya membenarkan demonstrasi bertemakan “Turun Anwar”, malah menyusun atur logistiknya seperti seorang guru besar menyelia Hari Sukan Sekolah.
 
Kita harus akui, ini bukan sekadar demonstrasi, ini adalah bengkel amali demokrasi terbuka.
 
Bayangkan: rakyat turun ke jalan, melaungkan “Turun! Turun!” kepada individu yang dengan tenang menyuruh polis memastikan laungan itu tidak terganggu. Bukankah ini seperti pelajar yang disuruh menulis esei ‘Kelemahan Guru Saya’… dan guru itu sendiri menyemak tatabahasa?
 
Polis pula, dalam era baharu ini, bukan lagi figura ‘abang long’ bercota dan bertopi keledar, tetapi kini berubah wajah menjadi ‘pegawai bimbingan dan kaunseling’ ( abang dan akak fasi) yang mengawal lalu lintas emosi rakyat. Tiada FRU, tiada pancutan air, tiada jamming device. Cuma barisan seragam biru yang mungkin, jika bernasib baik, menghulurkan air mineral dingin serta kata-kata perangsang: “Jangan lupa topi, bang. Panas terik ni.”
 
Cikgu Anwar dan Praktikum Reformasi
 
Untuk memahami peristiwa ini, kita harus mengingat kembali siapa Cikgu kita ini. Anwar bukan nama baharu dalam dunia demonstrasi. Reformasi 1998? Kuliah lapangan beliau. Jalan TAR? Auditorium terbuka. Kini, setelah tiga dekad, beliau bukan sahaja membenarkan pelajar-pelajar baharu mencuba gelanggang, tetapi menyediakan kemudahan prasarana, seakan-akan berkata: “Beginilah caranya kamu jerit. Jangan terlampau garang, tapi pastikan suara jelas sampai ke YouTube.”
 
Barangkali ini adalah versi Madani kepada pepatah lama: "Kalau marah sekalipun, biar bertamadun." Mungkin natijah dari bacaannya buku buku seperti Deschooling oleh Ivan Illich atau magical realisme Gabriel Marcia Marquez di zaman muda beliau……








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/07/anwar-ibrahim-boleh-bersemangat-tapi-ta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Ibrahim Dr Mahathir Bersalah Tapi Kita Tak Teruskan Tindakan Kerana Usianya Sudah 100 Tahun

Anwar Ibrahim Dr Mahathir Bersalah Tapi Kita Tak Teruskan Tindakan Kerana Usianya Sudah 100 Tahun

papar berkaitan - pada 22/7/2025 - jumlah : 238 hits
Zanariah Abd Mutalibzanariah mutalib bh com myKuala Lumpur Kabinet memutuskan tidak mengambil tindakan undang undang terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu Pulau Batu Puteh atas faktor usianya yang sudah lanjut...
Gesa Pecat Tapi Sendiri Tak Boleh Bertang Pun Kerusi Milik Parti Lain Alahaiiii Kiok Juga

Gesa Pecat Tapi Sendiri Tak Boleh Bertang Pun Kerusi Milik Parti Lain Alahaiiii Kiok Juga

papar berkaitan - pada 13/7/2025 - jumlah : 534 hits
Tiba tiba 19 Ketua Cabang Johor tanpa jawatan Ahli Parlimen ADUN buat gesaan gantung sementara Rafizi Rafizi Ramli Rafizi Ramli 8 MP Zahir Hassan Rodziah Ismail Rodziah Ismail Wong Chen Nik Nazmi Nik Nazmi Nik Ahmad Muhammad Bakhtiar MP Sun...
Fakta Paling Jelas Tentang Himpunan Turun Anwar Yang Tak Boleh Disorok Lagi

Fakta Paling Jelas Tentang Himpunan Turun Anwar Yang Tak Boleh Disorok Lagi

papar berkaitan - pada 28/7/2025 - jumlah : 220 hits
1 Kehadiran Tak sampai 25 ribu pun Itu pun angka maksimum dari pelbagai sumber termasuk laporan rasmi PDRM Tak pecah rekod langsung 2 Langsung tak ada kekecohan Tak ada baling botol Tak ada gas pemedih mata Tak ada yang ditahan Aman damai M...
Kesalahan Tun Besar Tapi Tiada Tindakan Atas Faktor Usia Pm Anwar

Kesalahan Tun Besar Tapi Tiada Tindakan Atas Faktor Usia Pm Anwar

papar berkaitan - pada 27/7/2025 - jumlah : 184 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan piala kepada Johan Pertandingan Bahas Kategori Bahasa Inggeris Sekolah Menengah Alam Shah sempena Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri ke 50 Tahun 2025 di Pusat Konvensyen Anta...
Masa Itu Hanya Fikir Biarlah Mati Berpelukan Mangsa Tanah Runtuh

Pengalaman Bagaimana Memotivasikan Diri Sendiri Semasa Belajar

Pengkhianat Dikalangan Penjawat Awam Macam Ini Patut Dijatuhkan Hukuman Mati Je

Pm Anwar Bersama Pengakap Semalaysia Di Johor

Wanita Maut Rempuh Kerbau Di Kuala Terengganu

Camden Market Dengan Nellisa

Tak Sangka Dari Muda Sampai Ke Tua Tak Ada Idea Bijak Dan Bernas

Pretty Nina Minta Nuan Ngenang Baru Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kulit Telur Baik Untuk Tanaman Berkesan Atau Tidak

Emie Sukmasari Kelate Mendonia Chord

Greenstyle A Sustainable Residential Complex By Castello Lagravinese Studio

Find Cure For Bersatu S Chronic Illness Muhyiddin S Ex Aide Says

Love Him Hate Him Pmx Is Malaysia S Best Premier In Terms Of Foreign Policy Achievements

Kampung Sungai Baru Committee Chairman Claims Umbilical Cord Was Buried There Netizens Demand Prove Among Other Things