Anwar Hadiri Perjumpaan Khas Mpn Sabah
KOTA KINABALU: Perdana Menteri yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba pada pukul 8.30 pagi ini bagi menghadiri perjumpaan khas Majlis Pimpinan Negeri Sabah di Magellan Sutera Harbour.
Turut kelihatan menghadiri perjumpaan khas itu adalah Naib Presiden PKR, Awang Husaini Sahari; Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil dan Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek.
Perjumpaan khas itu dijangka akan menyelesaikan krisis MPN Sabah susulan desakan 15 ketua cabang PKR yang mahukan Pengerusi MPN, Datuk Sangkar Rasam meletak jawatan.
Pada 18 Mac lalu, 15 ketua cabang menandatangani akuan bersumpah (SD) untuk mendesak Pengerusi MPN Sabah digantikan dengan ketua cabang yang mendapat sokongan majoriti daripada semua ketua cabang PKR.
Sebelum ini, Ketua Cabang Kota Belud, Datuk Mustapha Sakmud antara yang disebut-sebut berpotensi memegang jawatan sebagai Pengerusi MPN.
Ketua cabang yang menandatangani SD itu adalah Ketua Cabang Kota Marudu, Sazayle Donol Abdullah, Mustapha Sakmud; Datuk Christina Liew (Kota Kinabalu); Peto Galim (Sepanggar); Razeef Rakimin (Tuaran); Raymond Ahuar (Pensiangan)
Turut menyatakan keputusan sama ialah Ketua Cabang Sipitang, Wendey Agong (Sipitang); Dikin Musah (Beaufort); Basran Omar (Beluran); Azmi Tambuyong (Kinabatangan); Roslee Malek (Papar); Awang Chuchu (Kimanis); Roslan Sapar (Kalabakan); Aris Remigius (Batu Sapi); dan Amin Mem (Semporna).
Selepas menghadiri perjumpaan khas itu, Anwar akan menghadiri taklimat pembangunan negeri Sabah dan selepas itu, beliau dijadualkan memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Tan Sri Joseph Kurup di Fook Lu Siew Funeral Parlour.
Perdana Menteri kemudiannya akan menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Madani peringkat nasional di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC). – UTUSAN
Source link
The post Anwar hadiri perjumpaan khas MPN Sabah appeared first on Edisi Viral Plus.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://plus.edisiviral.com/anwar-hadiri-perjumpaan-khas-mpn-sabah/