Anwar Elak Jawab Soalan Kes Babitkan Setpol


M Fakhrull Halim 
   
Presiden PKR Anwar Ibrahim mengelak menjawab soalan wartawan mengenai siasatan kes jenayah melibatkan setiausaha politiknya, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak malam ini

Anwar dilihat keluar daripada bangunan PKR ketika sidang media selepas mesyuarat biro politik parti itu sedang berlangsung.

Bagaimanapun, Anwar meminta pemberita bertanyakan soalan itu kepada Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil yang sedang memberikan sidang media.

“Fahmi, Fahmi. Tanya Fahmi,” katanya sambil masuk ke dalam kereta lalu beredar meninggalkan bangunan ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.

Sementara itu, Fahmi memaklumkan PKR menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menyiasat kes merusuh dengan senjata yang membabitkan Farhash sebagai suspek utama.

Menurutnya, parti tidak membuat sebarang tanggapan sendiri berhubung kes melibatkan pengerusi PKR Perak itu.

“Pihak berkuasa boleh melakukan siasatan sepenuhnya dan kerjasama boleh diberikan.
"Parti tak ada buat tanggapan berkenaan kes tersebut, terpulang kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan,” katanya.
Menjelaskan lanjut, Fahmi berkata PKR belum lagi membincangkan secara khusus mengenai tindakan yang boleh dikenakan terhadap Farhash.

“Tak dibincangkan. Jika ada sebarang dakwaan dibuat di mahkamah, kita akan biar proses itu berjalan.

“Selepas itu, mungkin parti (baru) boleh mengambil pendirian,” katanya lagi.

Farhash disyaki terlibat dalam kes rusuhan bersenjata di Kompleks Sukan Arena All Stars di Ampang, Kuala Lumpur malam 31 Ogos lalu.

Susulan kejadian yang dikatakan melibatkan antara 12 ke 14 lelaki, seorang lelaki membuat laporan polis mendakwa diserang dengan topi keledar, pisau dan kerusi, meskipun tiga daripada sahabatnya cuba menghentikan kejadian itu.

Kejadian itu menyebabkan pengadu mengalami kecederaan koyak di bahagian tisu pinggang, luka di bahagian anggota badan dan sakit di bahagian kemaluan.

Dalam kenyataannya pagi ini, Farhash mendakwa pengadu terlibat dalam kes jenayah melibatkan keluarganya.

Bagaimanapun, petang tadi, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Fadzil Ahmat dalam satu kenyataan memaklumkan Farhash selaku suspek utama masih gagal dikesan dan diarahkan utk segera tampil bagi membantu siasatan.

Terdahulu hari ini, seorang Anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Zakaria Abdul Hamid menggesa lembaga disiplin parti itu tidak bersikap pilih kasih dan mengambil tindakan terhadap Farhash yang merupakan

Menurutnya,"bukan sekali dua" Farhash melanggar undang-undang dan sikap angkuhnya wajar dikekang serta-merta demi menjaga nama baik PKR serta Anwar Ibrahim.

Mengulas kenyataan tersebut, Fahmi meminta Zakaria menyuarakannya dalam mesyuarat MPP yang akan datang.

“Mungkin beliau boleh bangkitkan dalam mesyuarat MPP yang akan datang? Saya rasa beliau tak hadir mesyuarat terakhir,” katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/09/anwar-elak-jawab-soalan-kes-babitkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tips Nak Elak Soalan Dari Acik Bawang

Tips Nak Elak Soalan Dari Acik Bawang

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 662 hits
Makcik bawang di mana mana huh kita ni seboleh boleh tak nak masuk dalam kategori makcik bawang ni sbb tak mau soalan atau perkataan yang kita nak keluarkan dari mulut ni menyakitkan menyinggung perasaan orang lain tapi tapi tue cuma kita l...
Lebih Baik Hadir Mesyuarat Bulanan Bukannya Temu Berasingan Kata Setpol Anwar

Lebih Baik Hadir Mesyuarat Bulanan Bukannya Temu Berasingan Kata Setpol Anwar

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 305 hits
Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak PETALING JAYA Adalah lebih baik sekiranya pemimpin PKR termasuk Zuraida Kamaruddin hadir ke mesyuarat bulanan majlis pimpinan pusat dan bukannya bertemu presiden secara berasingan kata setiausaha politik ...
Setpol Anwar Gagal Dikesan Pengadu Tarik Balik Aduan

Setpol Anwar Gagal Dikesan Pengadu Tarik Balik Aduan

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 185 hits
Farhash Wafa Salvador PETALING JAYA Polis yang masih gagal mengesan setiausaha politik Anwar Ibrahim Farhash Wafa Salvador yang merupakan suspek utama dalam siasatan kes rusuhan di Ampang pada 31 Ogos lepas meminta beliau menyerah diri Ketu...
Rusuhan Bersenjata Ini Jawapan Setpol Anwar

Rusuhan Bersenjata Ini Jawapan Setpol Anwar

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 211 hits
Sebelum ini BERNAMA melaporkan Polis meminta Pengerusi PKR Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak tampil membantu siasatan berhubung satu kes pergaduhan yang berlaku dekat sebuah kompleks sukan di Ampang Sabtu lalu Ketua Jabatan Siasatan...
Anwar Jawab Zuraida

Anwar Jawab Zuraida

papar berkaitan - pada 31/8/2019 - jumlah : 251 hits
Berbeza daripada kenyataan Zuraida Kamaruddin hari ini Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata pihaknya sudah membalas satu daripada tiga surat yang dikirimkan Naib Presiden parti berkenaan Untuk dua surat yang lain kata Anwar ia akan dibalas Se...
Polis Masih Kesan Setpol Anwar Kata Igp

Polis Masih Kesan Setpol Anwar Kata Igp

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 317 hits
Pihak berkuasa masih mengesan setiausaha politik presiden PKR Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berkaitan kes serangan fizikal maklum Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador Katanya walaupun pengadu telah menarik balik laporan namun polis ma...
Pengadu Gagal Kenal Pasti Saya Kata Setpol Anwar

Pengadu Gagal Kenal Pasti Saya Kata Setpol Anwar

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 213 hits
Setiausaha politik kepada Anwar Ibrahim Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak mendakwa pengadu dalam kes rusuhan di Ampang baru baru ini gagal mengenalpastinya sebagai salah seorang yang terlibat sewaktu sesi pengecaman Farhash berkata demiki...
Rais Jawab Sindiran Dr Mahathir

Rais Jawab Sindiran Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 120 hits
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Dr Rais Hussin memaklumkan bahawa beliau menggalas jawatan Pengerusi Biro Dasar dan Strategi sejak hari pertama parti ditubuhkan Saya tidak tahu apa yang dikatakan Dr Mahathir da...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


United States President Joe Biden Signs A Rule To Ban Tiktok In The United States Here S The Reason

Lunch Di Restoran Saffani Ipoh Perak

Mentafsir Pilihan Raya Kecil Kkb

Sarapan Apom Manis Bubur Campur Di Padang Speedy Teluk Intan

Apakah Berhijab Harus Dari Hati

Cerita Hari Jumaat