Anwar Berjaya Dihitamkan Tetapi Belum Tentu Mn Menang Pru 15



Oleh: Tinta Hijau
Sewaktu Pas dipimpin Yang Dipertua Agung Dato’ Asri Muda, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih berada di tahun akhir pengajian di Universiti Malaya (UM) dan merupakan pemimpin persatuan pelajar paling memukau.
Pasca UM, Anwar menganti pimpinan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang berundur justeru diangkat sebagai Presiden ABIM. Kiblat Anwar ketika itu, yang berhubung rapat dengan para ilmuan Islam di dalam ABIM dan organisasi harakah Islamiah seperti Pas, jelas ke arah politik Islam.
Anwar cenderung kepada Pas. Parti itu meletakan Islam sebagai tonggak perjuangan manakala idealisme ABIM pula non partisan. Anwar banyak menyebut kejayaan Ikhwan Muslimin di Mesir dan negara Arab. Juga kejayaan Syeikh Hasan Turabi di Sudan serta beberapa lagi pimpinan Islam di Timur Tengah.
Kejayaan revolusi Iran turut melakar pengaruh kepada gerakan Islam seluruh dunia. Ramai ahli Pas termasuk pimpinan utamanya ketika era Asri seolah-olah yakin Anwar dari ABIM akan menggantikan Asri selepas kejayaan pemimpin muda mengenepikan Yang Di Pertua (YDP) Agung Pas daripada memimpin parti.
Namun akhirnya Pas memilih pemimpin dari dalam iaitu timbalan YDP Ustaz Yusuf Ar Rawa, bekas duta dan timbalan menteri zaman Pas bersama BN. Sejarah selepas itu menyaksikan Anwar berpisah arah dari haluan Pas dengan menyertai Umno. Namun beliau masih mengekalkan hubungan baik dengan sebilangan pimpinan Pas, terutama abang angkatnya Ustaz Fadzil Noor. Anwar juga masih mempunyai hubungan dengan pemimpin Pas yang bersama-samanya dalam ABIM, biar pun beliau di dalam Umno begitu cepat mendaki hierarki Timbalan Presiden dan menjawat Timbalan Perdana Menteri.
Senario politik berubah
Perubahan besar politik (turning point) Anwar berlaku apabila Dr Mahathir memecat beliau daripada semua jawatan pada 2 September 1998. Di situlah bermulanya apa yang disemboyankan oleh ahli PKR hari ini, REFORMASI. Reformasi Anwar disambut oleh pemimpin Pas dalam perjuangan bersama-sama menentang kezaliman Mahathir.
Presiden Pas ketika itu, Fadzil Noor berjaya menyakinkan partinya, perjuangan pembangkang akan berjaya jika bersama golongan reformis dan bergabung dengan parti DAP. Sementara itu, para reformis mengambilalih sebuah parti yang kurang aktif dan dinamakan semula menjadi Parti Keadilan Nasional (KeADILan). Kemudian KeADILan bergabung pula dengan Parti Sosialis Rakyat Malaysia pimpinan Dr Syed Husin Ali lalu di namakan sebagai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Semua ini berlaku pada tahun 1999 sehingga 2015.
Gabungan PKR, Pas dan DAP mencapai kemuncaknya apabila berjaya menawan Perak, Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan pada pilihan raya umum (PRU) 2008. Seminggu selepas kemenangan itu ketiga-tiga parti membentuk gabungan Pakatan Rakyat.
Agen Umno resapi Pas
Namun apa yang tidak disedari oleh pemimpin pembangkang selama tiga dekad terakhir ialah Umno telah meresapi Pas sejak zaman Anwar masih di dalam parti sekular itu lagi. Banyak rahsia sulit Pas diketahui Umno.
Pimpinan Pas sama ada yang lama atau baru menafikan hal ini. Mereka yang digelar alim ulama dalam Pas didakwa berjaya didekati oleh perunding-perunding Umno yang juga alim ulama dalam parti sekular itu. Termasuk bekas-bekas ulama Pas yang keluar atau dipecat didakwa berperanan merundingkan kerjasama dengan Umno.
Meskipun Mursyidul Am Pas Nik Aziz Nik Mat pernah berkeras dan memberi amaran kepada pimpinan jangan berunding dengan Umno dalam banyak kenyataan beliau, namun ada juga pertemuan yang bocor kepada awam. Ramai pimpinan atau penyokong Umno yang berpengaruh didakwa berjumpa pimpinan Pas untuk menyakin bahawa Anwar seorang yang rendah akhlak. Menurut mereka, tidak hairan jika Anwar terlibat dengan kes liwat.
Akhirnya, serangan pelbagai penjuru termasuk menggunakan media sosial dan tentera siber berjaya menyakinkan ahli dan pimpinan Pas akan keburukan berkongsi kuasa bersama Anwar.
Ahli Pas atas dan bawah mulai meratibkan Anwar sebagai insan yang rosak moral. Mereka ini antara yang paling kuat mempersoalkan pengampunan Agong kepada Anwar selepas Pakatan Harapan memenangi PRU14.
Kerjasama Umno-Pas balas dendam?
Paling menyayat hati adalah keputusan Pas bekerjasama dengan Umno. Dalil dan sebab musabab kerjasama ini disediakan oleh alim ulama Pas untuk menyakinkan ahli dari semua peringkat.
Tohmahan dan prasangka umum bahawa Pas bakal bekerjasama dengan Umno akhirnya menjadi kenyataan. Anwar sekali lagi dijadikan musuh ketat dan ditelanjangi kepada umum kononnya sosok yang dikagumi dunia Arab ini tidak mahu memperjuangkan Islam melalui partinya, PKR.
Sebaliknya Umno sebagai parti Melayu boleh menerima Pas yang memperjuangkan Islam. Kesan gabungan Pas-Umno, ahli Pas tidak lagi boleh mengelarkan Umno dengan gelaran yang buruk atau bersangka buruk. Fatwa jika masuk Umno seolah-olah meletakkan sebelah kaki dalam neraka sudah tidak relevan. Begitu juga seruan Amanat Hj Hadi sudah ketinggalan zaman.
Umno turut melarang menyebut Pas sebagai Parti Ajaran Sesat sebagaimana propaganda mereka di media sejak berdekad lalu. Umno dilarang menghina ulama dan lebai Pas sebagai ulama kain pelikat.
Ahli Pas kurang terima
Sebagaimana hebat pun Pas mensucikan kerjasama dengan Umno, kajian persepsi ahli-ahli Pas di Pantai Timur agak negatif. Sebahagian mereka tidak bersetuju dengan kerjasama berkenaan. Mereka hanya berdiam diri dan menunggu PRU15 untuk sama ada keluar mengundi atau tidak.
Kebanyakan yang tidak setuju berdiam diri takut dicerca oleh jemaah. Mereka hanya bercakap kepada pihak yang diyakini mengenai pendirian yang melawan arus.
Hakikatnya, ahli Pas tidak merestui kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana tidak banyak keuntungan yang diperolehi oleh agama Islam. Mereka merasakan PN hanyalah sebuah kerajaan pintu belakang, wujud hasil pengkhianatan YB daripada PKR dan Bersatu juga daripada Amanah serta DAP seperti di Perak, Melaka dan Johor.
Di atas kertas, PRU 15 milik Umno dan Pas yang membentuk Muafakat Nasional. Mereka akan menang besar sebagaimana ditunjukkan dalam siri pilihan raya kecil sejak 2019 lalu.
Namun sekiranya dihitung publisiti buruk kelemahan menteri PN dan kejayaan pemerintahan Islam yang jauh daripada dambaan penyokong Pas ketika menjadi pembangkang, PRU 15 masih sukar diramal keputusannya. Dan tidak mustahil juga andainya PN gagal bertanding sebagai satu blok maka keputusan PRU 14 akan berulang sekali lagi.
______________________________________________________________________________
Penulis merupakan pemerhati politik sejak era Fadzil Noor menjawat Presiden Pas


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/27568

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Gembira Pkp Dilonggarkan Ingat Kita Belum Menang

Jangan Gembira Pkp Dilonggarkan Ingat Kita Belum Menang

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 465 hits
Jangan Gembira PKP Dilonggarkan Ingat Kita Belum MenangPKP Dilonggarkan Ingat Kita Belum Menang Penulisan Dr ZekJangan Gembira PKP Dilonggarkan Ingat Kita Belum MenangAda yang bersorak gembira dengan apa yang diumumkan oleh PM kita hari ini...
Covid 19 Kita Belum Menang Tapi Kita Sedang Menghampiri Kemenangan

Covid 19 Kita Belum Menang Tapi Kita Sedang Menghampiri Kemenangan

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 329 hits
Data dari laman web antarabangsa yang dikemaskini pada 4 Mei yang lalu menunjukkan bahawa Malaysia masih belum lagi berjaya sepenuhnya mengatasi penularan wabak Covid 19 seperti yang telah berjaya dilakukan oleh negara China dan negara nega...
Rezeki Sudah Ditangan Belum Tentu Menjadi Milik Sendiri Alam Rimba Mengajar Erti Kehidupan

Rezeki Sudah Ditangan Belum Tentu Menjadi Milik Sendiri Alam Rimba Mengajar Erti Kehidupan

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 557 hits
Kisah bermula dengan seekor Cheetah telah berjaya memburu seekor Impala Ketika sedang leka menikmati mangsa buruannya datang sekawan burung hering yang memiliki deria bau amat tajam menghampiri Cheetah cuba untuk merebut makanan buruan Chee...
Jika Mukhriz Menang Presiden Bersatu Anwar Melepas Lagi Jawatan Perdana Menteri

Jika Mukhriz Menang Presiden Bersatu Anwar Melepas Lagi Jawatan Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 352 hits
SEMALAM Presiden Warisan Shafie Apdal menulis surat kepada Speaker Dewan Rakyat memohon Dewan membincangkan usul undi percaya kepada Dr Mahathir iaitu bekas Perdana Menteri yang telah meletakkan jawatan dengan sendirinya tanpa disuruh oleh ...
Bpn Pelajar Belum Cukup Usia Punca Permohonan Di Tolak

Bpn Pelajar Belum Cukup Usia Punca Permohonan Di Tolak

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 317 hits
KUALA LUMPUR Pemohon berstatus pelajar dan tidak melepasi syarat kelayakan usia adalah antara alasan yang menyebabkan permohonan Bantuan Prihatin Nasional tidak diluluskan Lembaga Hasil Dalam Negeri LHDN memaklumkan terdapat 240 465 permoho...
Ahmad Samsuri Calon Menteri Besar Kedah Belum Muktamad

Ahmad Samsuri Calon Menteri Besar Kedah Belum Muktamad

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 533 hits
KUALA LUMPUR Naib Presiden PAS Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menjelaskan bahawa partinya masih belum memuktamadkan calon untuk dilantik menjadi Menteri Besar Kedah yang baru Jelasnya ini kerana perbincangan mengenai perkara tersebut masih dilaku...
Sekolah Di Jakpus Belum Ada Yang Tampung Pasien Odp Pdp Covid 19

Sekolah Di Jakpus Belum Ada Yang Tampung Pasien Odp Pdp Covid 19

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 252 hits
Keputusan menggunakan gedung sekolah ini sudah dituangkan dalam Surat Instruksi Nomor 4434 1 772 1 yang ditandatangani oleh Kepala Dinas Pendidikan DKI Nahdiana pada Senin 20 April 2020
Fizo Tak Kisah Tentang Jodoh Biarpun Belum Jumpa Pengganti

Fizo Tak Kisah Tentang Jodoh Biarpun Belum Jumpa Pengganti

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 389 hits
Fizo Omar 35 akui dia masih belum ada pengganti calon isteri baru dan tak terfikir ke arah perkahwinan tetapi tidak menolak jodoh Pun begitu baru baru ini kecoh Fizo dikaitkan dengan pelakon Azar Azmi yang pernah berlakon dengannya dalam dr...
Mui Minta Ketegasan Corona Sudah Terkendali Atau Belum

Mui Minta Ketegasan Corona Sudah Terkendali Atau Belum

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 226 hits
Sekretaris Jenderal Majelis Ulama Indonesia Anwar Abbas mengatakan MUI meminta ketegasan sikap pemerintah soal situasi pandemi Covid 19 di Indonesia apakah sudah terkendali atau belum Hal itu agar tidak terjadi kebingungan di kalangan umat ...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian

Racun Rumput Paling Kuat Tips Penggunaan Racun Selamat