Anwar Bergayut Pada Ranting Patah Terlalu Bergantung Dengan Umno


satuberita.my
By Admin
-June 2, 2023
Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN
AHLI Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menganggap Datuk Seri Anwar Ibrahim kini bergayut pada ranting yang patah kerana terlalu bergantung kepada UMNO untuk mendapat sokongan Melayu.

Bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor itu melihat Anwar yang juga Perdana Menteri seperti terlalu taksud dengan UMNO.

“Jika Anwar Ibrahim semacam taksub kepada UMNO sehingga susuk seperti Lokman Noor Adam pun layak dilantik menjadi jurubicara politik Kerajaan Perpaduan, lalu tidak hairanlah jika ada orang yang mengingatkan kata pepatah, adakah Anwar seperti ‘belut pulang ke lumpur’?

“Bagaimanakah nasib PKR, DAP, Parti Amanah Negara (Amanah) dan gabungan Pakatan Harapan yang mengibarkan panji-panji parti pelbagai kaum selama ini? Adakah semua boleh dipajak-gadaikan,” soalnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, PKR yang merupakan parti pelbagai kaum manakala DAP didominasi orang Cina terpaksa menerima hakikat faktor Melayu begitu penting untuk survival politik mereka.

Katanya, Anwar secara individu selaku Perdana Menteri mungkin lebih popular berbanding Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ataupun Tun Dr Mahathir Mohamad.

Namun katanya, PH yang diketuai Anwar masih tidak mempunyai cukup sokongan pengundi Melayu sekiranya tanpa sokongan daripada UMNO.

Hassan berkata, UMNO pula sekarang ini di bawah pimpinan Ahmad Zahid bukan parti sama pada zaman pimpinan Tunku Abdul Rahman ataupun Tun Abdul Razak.

Dakwanya, Ahmad Zahid tidak mampu memperjuangkan nasib orang Melayu, apatah lagi untuk melindungi mereka kerana nasib Presiden UMNO itu sekarang di mahkamah pun masih belum pasti sama ada bebas atau masuk ke penjara seperti dialami Datuk Seri Najib Razak.

Menurutnya, pada Pilihan raya negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) nanti, BN dan PH mungkin mempertaruhkan naratif kerajaan Madani manakala Perikatan Nasional (PN) pula akan mengemukakan perjuangan Melayu dan Islam.

“Gandingan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tan Sri Hadi Awang dari Pas dan kini ditambah oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad akan mengemukakan naratif nasional mereka iaitu Melayu dan Islam sebagai panji-panji perjuangan mereka. Jadi apa pula panji-panji perjuangan Anwar Ibrahim serta Zahid Hamidi dengan pemimpin 19 parti komponen kerajaan perpaduan?

“Mungkinkah naratif nasional kerajaan perpaduan ialah Malaysia Madani? Kalau jawapannya Ya, maka daripada segi politik adakah falsafah

Malaysia Madani dapat memberi saingan kepada naratif Melayu Islam yang dibawa oleh Perikatan Nasional dan mungkin ditambah perisanya dengan Proklamasi Orang Melayu dari Dr Mahathir Mohamad?

“Nampaknya menjelang PRN di enam buah negeri beberapa bulan lagi dan PRU-16 empat tahun lagi akan mengwujudkan pertembungan antara dua blok politik yang dominan sekarang iaitu blok kerajaan perpaduan Malaysia Madani dengan blok pembangkang Melayu Islam,” katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/06/anwar-bergayut-pada-ranting-patah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Bergantung Kepada Zahid Ibarat Bergayut Di Ranting Yang Patah

Anwar Bergantung Kepada Zahid Ibarat Bergayut Di Ranting Yang Patah

papar berkaitan - pada 4/6/2023 - jumlah : 282 hits
Tindak tanduk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kebelakangan ini dilihat terlalu cenderung ke arah UMNO demi mendapatkan sokongan orang Melayu Wakil rakyat kerajaan Hassan Karim mengibaratkan tindakan Pengerusi Pakatan Harapan itu se...
Kalah Atau Menang Anwar Tetap Hargai Umno Kata Penganalisis

Kalah Atau Menang Anwar Tetap Hargai Umno Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 20/5/2023 - jumlah : 373 hits
freemalaysiatoday com 20 May 2023 8 42amAwang Azman Pawi berkata beliau tidak melihat perdana menteri akan meninggalkan Umno atau presidennya Ahmad Zahid Hamidi Seorang penganalisis politik berkata Umno kekal sebagai pertaruhan terbaik untu...
Pau 2023 Akar Umbi Umno Perlu Lapang Dada Anwar Hadir Kata Ahmad Maslan

Pau 2023 Akar Umbi Umno Perlu Lapang Dada Anwar Hadir Kata Ahmad Maslan

papar berkaitan - pada 5/6/2023 - jumlah : 265 hits
AKAR umbi Umno perlu berlapang dada dengan kehadiran wakil parti dalam kerajaan perpaduan khususnya Perdana Menteri Anwar Ibrahim ke Perhimpunan Agung Umno 2023 dari 7 hingga 10 Jun ini kata ahli Majlis Tertinggi Umno Ahmad Maslan Beliau be...
After 25 Years Anwar Returns For Umno Agm

After 25 Years Anwar Returns For Umno Agm

papar berkaitan - pada 9/6/2023 - jumlah : 355 hits
PKR president Anwar Ibrahim arriving at Umno s headquarters in Kuala Lumpur today for the party s general assembly KUALA LUMPUR Twenty five years after being sacked from Umno in 1998 Anwar Ibrahim has returned to the party s headquarters to...
Umno Will Be Wiped Out Says Kj After Sarcastic Invitation To Agm

Umno Will Be Wiped Out Says Kj After Sarcastic Invitation To Agm

papar berkaitan - pada 5/6/2023 - jumlah : 451 hits
Khairy Jamaluddin said the coming state elections will see Umno s downfall PETALING JAYA Khairy Jamaluddin who was sacked from Umno in January said his former party would be wiped out in the upcoming state elections Khairy said this in resp...
Rayu Umno Pulak Tubuh Kesatuan Kesatuan Apa Pulak Mak Long

Rayu Umno Pulak Tubuh Kesatuan Kesatuan Apa Pulak Mak Long

papar berkaitan - pada 5/6/2023 - jumlah : 323 hits
Satu lagi cerita kelakar pagi ni Akhirnya PAS tunduk merayu ke kaki UMNO Dia dah sedar tanpa bantuan UMNO PAS cuma sampah terbiar Hilang sudah ego PAS Akhirnya kluster mahkamah yang pimpinan PAS hina juga yang dirayu Dah lupa ke penghinaan ...
Bukan Warga China Wanita Tempatan Menetap Setahun Di Klia Ada Kad Mental Oku Dihantar Ke Hospital Kajang

Makan Makan Lunch Santai Di Mr Dakgalbi

Mat Hasan Eager To Celebrate Tunnel Case Wee Dares Dap To Leave Crook Lovers

60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2025

Income Usd Cara Jana Pendapatan Dalam Usd Secara Automatik Di Malaysia

Anwar Kongsi Lima Sektor Bernilai Tinggi Jadi Tarikan Pelabur

Oolong Tea Kelebihan Benefit Untuk Kesihatan Kuruskan Badan

Cara Semakan Baki Ptptn Online Tunggakan Terkini


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Amazing Beef Empanada Recipe Bon Appetit

Takkan Duit Dah Habis

Dari Kekangan Dana Ke Puncak Dunia Kisah Kebangkitan Pemanah Berkuda Malaysia Adan Dyna Channel 24 12 2025

First Time Makan Di Sopoong

Menantu Datuk Nikah Kahwin

Labu Masak Lemak Putih Ringkas Tapi Sedap