Anwar Akui Ratifikasi Icerd Ditangguh Bukan Dibatalkan


Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui usaha meratifikasi ICERD ditangguhkan bagi membolehkan kerajaan memberi tumpuan kepada tadbir urus negara terlebih dahulu, lapor FMT.“Pendirian saya ialah anda membincangkan isu ini panjang lebar dan kemudian tangguhkannya dalam proses…kerana kita mahu fokus kepada tadbir urus dan membangunkan institusi terlebih dahulu,” katanya, sambil menambah kerajaan komited terhadap dasar menolak amalan bersifat diskriminasi.Memetik laporan yang sama, Ahli Parlimen Port Dickson itu juga berkata, kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan terus berbincang dengan rakyat dan yakin orang ramai akan memahami kerumitan isu itu.Kenyataan tersebut mencetuskan tanda tanya umum apakah pendirian sebenar kerajaan setelah pemimpin utama PH itu mengakui usaha meratifikasikan ICERD hanya ditangguhkan, dan bukannya dibatalkan seperti mana desakan pelbagai pihak.Semalam, Pejabat Perdana Menteri menerusi satu kenyataannya berkata kerajaan PH tidak akan meratifikasikan ICERD dan memberi jaminan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang di dalamnya termaktub kontrak sosial yang dipersetujui semua wakil kaum.Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Azman Ibrahim berkata, rakyat ingin tahu pendirian jelas kerajaan dalam isu ini sama ada ratifikasi itu ditangguh atau dibatalkan.“PM (Perdana Menteri) menyatakan adalah mustahil ICERD dilaksanakan kerana ia memerlukan pindaan perlembagaan. PH tak ada majoriti dua pertiga untuk pinda perlembagaan. Apakah kalau ada majoriti itu, pindaan perlembagaan akan dibuat untuk memberi laluan perlaksanaan ICERD?“Rakyat mahu dapatkan pendirian lebih jelas dan tegas. Tapi yang jelasnya PH tak mampu nak berhadapan dengan gelombang penyatuan orang Melayu untuk mempertahankan hak,” katanya, laporan Sinar Harian.Sebelum ini Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut membuat kenyataan mengelirukan apabila berkata mustahil ratifikasi ICERD dilaksanakan namun di masa yang sama mengakui kerajaan PH cuba melaksanakan sepenuhnya atau sebahagian dari ICERD.“Kerajaan tidak nyatakan yang kita akan laksanakannya. Tapi kita akan mencuba laksanakannya sama ada secara sepenuhnya atau sebahagian daripadanya, itu bukan perkara utama,” ujarnya, juga dipetik dari laporan Sinar Harian.Terdahulu, isu ratifikasi ICERD mencetuskan bantahan sebahagian besar orang Melayu Islam dan Bumiputera apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy membangkitkan keperluan melaksanakan ratifikasi ICERD selaras dengan manifesto PH.“Saya ingin menyatakan bahawa meratifikasi konvensyen-konvensyen ini termasuk ICERD adalah selaras dengan manifesto Pakatan Harapan (PH).“Komitmen ini bukan sahaja diberi oleh saya tetapi juga Menteri Hal Ehwal Agama Datuk Dr Mujahid Rawa. Ia diperkukuhkan lagi oleh kenyataan Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini,” kata P Waytha Moorthy, yang juga adalah Pengerusi Hindraf pada akhir bulan lalu.Pengumuman tersebut dikritik pelbagai pihak berikutan kebimbangan tindakan meratifikasikan ICERD dilihat bercanggah dengan perlembagaan negara serta akan menghakis hak keistimewaan orang Melayu Islam dan kaum Bumiputera, serta menjejaskan kepentingan agama Islam. – SuaraTVBaju Kurung Edisi 2016 ni terlajak laris.

Baju Kanak-Kanak Harga Murah

Jubah raya cantik dan murah !!

Green Hijab memang Ohsem memang cair.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://1malaynews.blogspot.com/2018/11/anwar-akui-ratifikasi-icerd-ditangguh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hentikan Sekolah Aliran Kaum Sebelum Ratifikasi Icerd Saran Pemuda Amanah

Hentikan Sekolah Aliran Kaum Sebelum Ratifikasi Icerd Saran Pemuda Amanah

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 338 hits
Ketua Pemuda AMANAH Nasional Sany Hamzan berpendapat isu ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum perlu ditangani secara rasional termasuk menghentikan sekolah aliran berasaskan kaum terlebih d...
Cara Ketepikan Icerd Dengan Bijaksana Anwar

Cara Ketepikan Icerd Dengan Bijaksana Anwar

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 207 hits
Astro Awani November 23 2018 08 05 ANWAR berkata mengenepikan isu ICERD dengan rasional dan bijaksana KUALA LUMPUR Ketua Umum Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan negara memerlukan kestabilan dan keharmonian antara kaum beras...
Malaysia Tak Boleh Kata Tolak Icerd Anwar

Malaysia Tak Boleh Kata Tolak Icerd Anwar

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 470 hits
Oleh Ifwan Tun TuahDATUK Seri Anwar Ibrahim berucap pada majlis kesyukuran kemenangan beliau sebagai Ahli Parlimen Port Dickson di Kampung Pachitan malam ini Foto Iqmal Haqim RosmanPORT DICKSON Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan kerajaan ...
Ketua Pemuda Amanah Hentikan Sekolah Vernakular Sebelum Bercakap Soal Ratifikasi Icerd

Ketua Pemuda Amanah Hentikan Sekolah Vernakular Sebelum Bercakap Soal Ratifikasi Icerd

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 404 hits
Ketua Pemuda AMANAH Nasional Sany Hamzan berpendapat isu ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum perlu ditangani secara rasional termasuk menghentikan sekolah aliran berasaskan kaum terlebih d...
Verbal War Over Icerd Should Not Distract Putrajaya S Focus Anwar

Verbal War Over Icerd Should Not Distract Putrajaya S Focus Anwar

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 514 hits
The polemics surrounding the ratification of the International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination should not distract the government s focus on more pressing issues according to PKR president Anwar Ibrahim H...
Apa Yang Berlaku Di Singapura Boleh Dijadikan Contoh Kesan Ratifikasi Icerd

Apa Yang Berlaku Di Singapura Boleh Dijadikan Contoh Kesan Ratifikasi Icerd

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 593 hits
BAGAIMANA nbsp MELAYU SINGAPURA DIPINGGIRKAN KERAJAAN PAP TANPA MENUKAR PERLEMBAGAAN Oleh Abdul Rahim Hilmi Zakariya Orang Melayu ni paranoid Kalau kita ratifikasi ICERD pun hak hak istimewa Bumiputera masih terjamin Nak batalkan Perkara 15...
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Anak Buah Terpaling Kecil

Tasik Kenyir Jana Ekonomi Terengganu

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025

Beli Barang Atas Dasar Buatan Bangsa Pilihan Atau Sebab Memang Nak Pakai Barang Tu

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Bab 4 April 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jep Syukur Dapat Hadiah Bermakna Dedah Anak Disahkan Autisme

Rules And Strategies Of Different Casino Online

Navigating Workers 39 Compensation A Comprehensive Guide For Lawyers

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Bekas Kakitangan Jkm Dipenjara 468 Tahun Denda Rm180 Juta

Samsung S Innovative Smart Ring Aims To Be Your Health Guardian Plus Exciting Offers Await